Sunday, February 7, 2021

DRAMA JENAYAH DELHI

 Sebuah drama jenayah telah diterbitkan di India berdasarkan insiden tersebut. Judul drama tersebut ialah Delhi Crime  (DC) .DC ditayangkan oleh Netflix secara beturutan sebanyak 7 episod. DC merupakan siri televisyen web drama jenayah India yang memenangi anugerah Emmy yang ditulis dan diarahkan oleh Richie Mehta. DC ini Dibintangi oleh Shefali Shah, Rasika Dugal, Adil Hussain dan Rajesh Tailang. Dua episod pertama ditayangkan di Festival Filem Sundance 2019 dalam kategori Indie Episodik. Siri ini dilancarkan di Netflix pada 22 Mac 2019. Semua pelakon  yang membintangi DC membawa perwatakan masing-masing secara hidup atau real. DC ini merupakan satu penghargaan kepada semua wanita di dunia ini . Saya habis menontonya kesemua 7 episod selama dua hari di NETFLIX. Terima kasih kepada   NETFLIX  kerana memberi kesedaran kepada masyarakat betapa wanita harus dihormati dan dihargai

No comments:

Post a Comment