Pelajar yang mengambil Komsas PT3 tentu tidak terlepas daripada mempelajari sajak bertajuk Kijang Yang Lelah. Sewaktu muda dan kuat, kijang itu dikagumi dan dihormati kerana kijang itu gagah, bertenaga dan pantas. Tetapi setelah kijang itu menjadi tua, kudratnya sudah tiada. Kijang itu tidak lagi dikagumi dan dihargai. Bagaimanapun pada akhir rangkap, kijang itu digambarkan seolah- olah mengumpulkan segala tenaga yang ada dan menyusun langkahnya dengan cukup berhati-hati agar tidak tersadung dek akar ataupun jerat. Baginya, hari-hari mendatang perlulah dilalui dan sisa-sisa hidupnya perlulah dilewati. Begitulah keadaan diri kita yang sudah bersara dan kini dijamah usia. Sajak ini memang relevan dengan keadaan kontemporari. Adalah menjadi satu tamparan hebat kepada mereka yang mengatakan bahawa Komsas dan Kesusasteraan adalah sesuatu yang membuang masa. Setiap karya sastera mendukung mesejnya yang tersendiri. Saya amat meminati sajak ini dan mengajar kepada pelajar dengan penuh khusyuk dan dramatik. Pelajar akhirnya teruja dan memahami maksud yang tersirat.
No comments:
Post a Comment