Pengetahuan merupakan salah satu daripada empat komponen yang disentuh dalam falsafah pendidikan kebangsaan. Guru-guru hendaklah menumpukan kemahiran dan nilai untuk melahirkan individu yang holistik. Kelemahan dalam sistem pendidikan kita ialah nilai dibincangkan dan diuji dalam peperiksaan namun nilai ini tidak diinternalisasi oleh pelajar. Guru terbaik hendaklah mengajar daripada hati mereka dan bukan hanya daripada buku semata-mata.
Di kebanyakan negara maju, pendidikan prasekolah mereka lebih berfokuskan maruah diri, harga diri, dan rasa hormat terhadap orang lain, integriti, dan cinta akan alam. Nilai-nilai sejagat ini disatukan dengan norma budaya tempatan. Maka dengan ini pemikiran rasional berkembang secara semula jadi. Kita di Malaysia telah gagal dalam banyak cara untuk mendidik masyarakat kita. Pendidikan Moral yang diajar di peringkat SPM, bukanlah untuk menguji pelajar secara mekanisme iaitu jangan menguji mereka sejauh manakah mereka menghafal nilai moral dan menulis jawapannya mengikut teknik-teknik tertentu dalam SPM. Jika matlamat kita adalah untuk melahirkan warga yang bernilai moral, perlukah diwujudkan peperiksaan untuk menguji mekanisme menjawab dalam SPM? Adakah kita nampak sebarang logik di sini? Bolehkah KPM menjamin kita bahawa jika pelajar tersebut mendapat A+ dalam Pendidikan Moral maka dia boleh menjadi seorang warga yang bernilai moral dalam kehidupan dewasanya nanti ? Jadi kita hendaklah kembali kepada asas-asas pembinaan insan yang bermoral bukan sekadar menguji pengetahuan tentang MORAL
No comments:
Post a Comment