Sunday, February 7, 2021

PROBLEMS OF OLD PEOPLE

 Masalah dengan orang-orang yang berusia ialah mereka enggan melepaskan apa yang digenggam oleh mereka sejak sekian lama. Sama ada organisasi ataupun parti politik ataupun institusi. Mereka menganggap mereka yang terbaik. Kita memang maklum dengan pengalaman mereka. Tetapi bukankah mereka patut memberi laluan kepada generasi muda. Generasi muda lebih bertenaga,  banyak idea dan pasti mereka juga mempunyai pelbagai aspirasi untuk melakukan yang terbaik untuk institusi, orgnisasi mahupun parti politik. Sampai bila generasi yang berusia ini mentabik dada dan masih berbuih mulut "mengangkat bakul". Sekadar berkongsi pengalaman, pengetahuan  dan kemahiran sudah memadailah. Janganlah berkeras mahu menduduki sesuatu jawatan dan berpaut erat padanya. Berikanlah peluang kepada yang muda untuk mengemudi negara dan masyarakat ini. Mana tahu mereka mungkin terbaik daripada mereka yang mendakwa diri mereka baik?

No comments:

Post a Comment