Sunday, February 7, 2021

KESUNYIAN

 Apabila kita kesunyian atau kesepian, kita sentiasa melayani pemikiran kita sendiri. Kita tidak mengadakan perbualan  dengan orang lain . Kita bimbang perbualan tersebut mungkin membatasi pemikiran kita. Kita juga gelisah atau mudah resah apabila kita bersendirian. Gelisah juga apabila memikirkan hari-hari tua dengan pelbagai kerenah diri kita.Orang seperti ini berasa senang dan damai apabila berada dengan kumpulan besar. Manusia ialah haiwan sosial, jadi bagaimana seseorang itu boleh bersendirian tanpa bergaul dalam sosial. Bagi segelintir, mereka boleh menjadi gila apabila mengurungkan diri dalam bilik tanpa berteman.

No comments:

Post a Comment