Sunday, February 7, 2021

NATIONALISME

 Istilah nasionalisme  berbeza dengan patriotisme. Patriotisme merupakan perasaan taat setia dan mempunyai ''sense of belonging'' yang mendalam kepada negara. Nasionalisme merujuk kepada perasaan patriotisme yang kemudiannya bertukar menjadi satu sentimen yang lebih radikal dan bersifat imperialisme. Propaganda nasionalisme inilah yang sering diuar-uarkan semasa zaman Perang Dunia Kedua oleh Adolf Hitler (Jerman), Josef Stalin (Russia) dan Hirohito (Jepun). Pada masa ini, nasionalisme sering digunakan bagi membangkitkan sentimen perkauman dan agama bagi menutup kelemahan kerajaan pemerintah, sebagaimana yang dilakukan oleh sesetengah negara.

No comments:

Post a Comment