Sunday, February 7, 2021

ZERO COVID

 Zero Covid bukanlah bermaksud pembasmian virus yang menjadi punca Covid 100%. Kita tidak dapat mencegah influenza atau Covid-19. Zero Covid bermaksud penyingkiran Covid-19 dari sesebuah wilayah atau kawasan. Hal ini mendasari inisiatif yang diamalkan  di NZ, Australia, Taiwan, China, Korea Selatan dan di tempat-tempat lain. Juga bukanlah bermaksud bahawa mereka tidak mempunyai sebarang kes baharu. Semua negara menghadapi kes-kes baharu tetapi negara-negara tersebut menanganinya secara pengasingan. Hanya melalui pengasingan diri daripada kelompok luar, Covid-19 ini boleh dicegah. Banyak negara sudah mula meminta rakyatnya mengasingkan diri daripada kontek luar. Impaknya memang menakjubkan.

No comments:

Post a Comment