DAPATAN ILMIAH OLEH DR.R.DHANAPAL
Kanak-kanak yang hidup dalam kemiskinan sering terkebelakang berbanding rakan sebaya mereka yang lebih kaya dari segi literasi dan perkembangan bahasa. Susan Neuman (2008) menyatakan bahawa sepanjang 50 tahun pengalaman dalam kajiannya, beliau mendapati bahawa "kanak-kanak yang miskin hanya mendengar sebilangan kecil perkataan, mengalami kesukaran dalam pembinaan sintaksis dan tidak banyak menyoal untuk memulakan sesuatu perbualan. Mereka juga menghadapi kesukaran mempelajari perkataan baharu dan gagal membezakan antara satu perkataan dengan perkataan yang lain. Dalam kajian saya juga hipotesis ini terbukti benar. Pelajar dari taraf sosioekonomi yang rendah menghadapi masalah pembelajaran khususnya dalam pemerolehan bahasa kerana mereka tidak banyak terdedah kepada peluang -peluang untuk berbahasa di rumah. Di rumah mereka hanya menggunakan kos kata yang terhad dan asyik menggunakan struktur ayat yang sama dan streotaip. Mereka seolah-olah menghadapi defisit bahasa. Guru-guru bahasa di sekolah rendah hendaklah memperbanyak aktiviti bahasa kepada kanak-kanak miskin supaya mereka dapat menguasai kosa kata dan sintaksis sebelum melangkah ke sekolah menengah.
No comments:
Post a Comment