Sunday, February 7, 2021

KES JENAYAH DELHI PART 2

 Sebelas hari selepas serangan itu dia dipindahkan ke sebuah hospital di Singapura untuk rawatan kecemasan tetapi meninggal dua hari kemudian. Kejadian itu mendapat liputan nasional dan antarabangsa secara meluas dan dikecam oleh banyak pihak,  baik di India mahupun di luar negara. Lantaran ,tunjuk perasaan awam terhadap pemerintah negara turut diadakan kerana kerajaan gagal memberikan keselamatan dan perlindungan yang sewajarnya kepada kaum wanita.Protes seumpamanya turut  berlaku di bandar-bandar besar di seluruh negara. Oleh sebab undang-undang India tidak membenarkan media menyiarkan  nama mangsa pemerkosaan, maka mangsa hanya dikenali sebagai Nirbhaya, yang bermaksud "tidak takut". Perjuangan dan kematiannya menjadi simbol penentangan terhadap , pencabulan dan penyeksaan terhadap  wanitadi seluruh dunia.

No comments:

Post a Comment