Wednesday, March 31, 2021

Nostalgia 6

 

Nostalgia 6 Serangkul Kasih

Pengalaman belajar di Universiti Malaya merupakan satu kenangan manis. Saya telah mempelajari banyak perkara baru dalam jangka masa yang tiga tahun. Saya mempergunakan hampir semua peluang yang diberikan kepada saya. Saya ditempatkan di kolej kediaman kedua. Namun selepas minggu  haluan siswa, saya masih ditawarkan menginap di sana, tetapi saya telah mengambil keputusan untuk tinggal di luar. Salah satu puncanya ialah makanan. Saya tidak begitu suka  makanan yang telah ditetapkan mengikut menu kolej kediaman. Lagipun pelajar tidak bebas keluar masuk dari kampus khususnya pada waktu malam. Jadi terdapat banyak kekangan kebebasan kepada pelajar. Pada tahun pertama saya dilantik sebagai salah seorang ahli jawatankuasa majalah Budiman Universiti Malaya iaitu sebagai wakil pelajar jabatan penulisan. Saya ditawarkan untuk menulis rencana untuknya. Sebuah rencana saya pernah tersiar dalam majalah itu. Saya telah menulis tentang pengalaman saya meredah Sungai Tembeling dan berkhemah di Taman Negara di Pahang. Kemudian rencana ini diterjemah dalam bahasa Tamil dan pernah disiarkan juga dalam salah sebuah akhbar harian Tamil pada tahun 1984. Saya masih ingat , saya berasa waswas untuk mengikuti kursus Rancangan Penulisan Kreatif dan Deskriptif di Jabatan Pengajian Melayu yang ditawarkan kepada saya . Hal ini sedemikian kerana kerana saya telah memperoleh A dalam Bahasa Melayu STP tahun 1982. Saya dipujuk oleh seorang pensyarah arwah Abdullah Tahir . Akhirnya saya termakan pujukannya. Selain penulisan, saya juga dibenarkan mengambil kursus-kursus yang saya minati dari luar jabatan pengajian.

No comments:

Post a Comment