sekadar memotivasikan
Sekadar motivasikan 2
Ramai pelajar masih menghubungi saya walaupun
mereka telah menjejakkan kaki mereka di
menara gading sama ada di dalam ataupun di luar negara. Saya sentiasa mendorong
dan memotivasikan mereka agar menjadi
cemerlang dalam pelajaran dan kerjaya yang bakal diceburi. Saya berharap semua pelajar tuisyen saya
menjadi yang terbaik dalam setiap usaha dan jurusan mereka. Sebilangan besar
ibu bapa dan guru pelajar tuisyen saya di Bukit Mertajam tahu mengenai saya.
Saya pernah menjadi pemeriksa kertas
Pengajian Am di peringkat STPM Kebangsaan dari tahun 1991 hingga saya bersara
pada tahun 2019. Saya pernah dianugerahi sebagai Guru Cemerlang Pengajian Am pada tahun 2008
hingga saya bersara. Saya telah mengendalikan banyak seminar dan membentangkan
kertas-kertas kerja untuk banyak agensi
di bawah naungan KPM. Sekiranya mana-mana NGO menjemput saya untuk memberikan
ceramah, mereka selalu meminta saya untuk berkongsi pengalaman saya sebagai
seorang ayah dan guru yang cemerlang. Saya yakin kalian melakukan yang terbaik
untuk membanggakan kedua-dua ibu bapa kalian
No comments:
Post a Comment