Monday, March 29, 2021

KAJIAN KERJA KURSUS SEJARAH STPM MENGENAI TOKOH GURU DR DHANAPAL RENGASAMY OLEH NUR NABILAH BINTI NORDIN PAUMS HSBM 2021

 

PENGENALAN

        Tokoh pendidikan merupakan orang yang sangat berharga dan berjasa di mata masyarakat dalam bidang pendidikan yang boleh dijadikan teladan bagi generasi pada masa kini serta pada masa akan datang. Pencapaian yang dicapai dan sumbangan yang dicurahkan dapat dijadikan sebagai inspirasi dan motivasi bagi menjadikan masyarakat terus berjaya. Antara tokoh yang boleh dijadikan sebagai inspirasi ialah Dr. Dhanapal A/L Rengasamy. Beliau memainkan peranan yang amat penting dalam bidang pendidikan terutamanya bagi subjek Pengajian Am di SMK Tinggi Bukit Mertajam.

        Suatu kajian telah dijalankan mengenai seorang tokoh yang telah lama terlibat dalam dunia pendidikan. Beliau ialah Dr. Dhanapal A/L Rengasamy yang merupakan seorang guru cemerlang di SMK Tinggi Bukit Mertajam dari 2008 hingga tahun 2019. Beliau mula bertugas di sekolah ini pada tahun 1992. Dr. Dhanapal A/L Rengasamy telah banyak memberikan sumbangan serta pencapaian yang amat bermakna terhadap warga di SMK Tinggi Bukit Mertajam. Justeru itu, dalam mencapai sebuah kejayaan sudah tentu beliau telah banyak menempuh  pelbagai cabaran semasa bergelar seorang pendidik di SMK Tinggi Bukit Mertajam.

  

LATAR BELAKANG DR. DHANAPAL A/L RENGASAMY    

              Dr. Dhanapal A/L Rengasamy merupakan seorang anak jati negeri Kedah. Beliau telah dilahirkan pada 27 November 1959. Beliau berasal dari sebuah ladang getah yang dikenali sebagai Ladang Badenoch. IBeliau dibesarkan oleh ibu dan neneknya. Mereka berdua hanya menjadikan pekerjaan menoreh getah sebagai aktiviti rutin untuk menyara kehidupan keluarga mereka. Walaupun, beliau dilahirkan dalam keluarga yang agak daif dan serba kekurangan, namun hal ini langsung tidak menjadi penghalang untuk beliau keluar daripada kepompong kemiskinan yang dialami serta bangkit untuk mencapai kejayaan yang beliau ingini. Di samping itu, Dr. Dhanapal A/L Rengasamy tidak ketinggalan untuk mendapatkan pendidikan seawal beliau berusia 7 tahun. Justeru itu, beliau telah mendapatkan pendidikan rendahnya di Kedah selama 6 tahun.[1]

              Setelah tamat sesi pendidikan di sekolah rendah, beliau tidak menghentikan pendidikan setakat itu sahaja. Sebaliknya, pada tahun 1973 beliau turut meneruskan lagi pendidikannya di Sekolah Menengah Kuala Ketil yang hanya berjarak 20 km dari kawasan tempat tinggal beliau. Sehubungan itu, didapati bahawa Sekolah Menengah Kuala Ketil itu merupakan sekolah luar bandar. Semasa di Sekolah Menengah Kuala Ketil, beliau berada dan belajar di kelas tingkatan peralihan. Difahamkan bahawa semua pelajar daripada sekolah agama, sekolah Tamil dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina diwajibkan berada di dalam kelas tingkatan peralihan.

             

Seterusnya, pada tahun 1975, Dr. Dhanapal A/L Rengasamy telah mengambil peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran yang dikenali sebagai peperiksaan SRP dan beliau telah berjaya mendapat gred A dalam peperiksaan tersebut. Di samping itu, beliau turut lulus dalam  peperiksaan SPM yang diambil oleh beliau pada tahun 1977. Walau bagaimanapun, Dr. Dhanapal A/L Rengasamy tidak dapat melanjutkan pengajiannya ke peringkat STPM disebabkan oleh kemiskinan yang dialami oleh keluarga beliau ketika itu. Namun, beliau telah mendapat rezeki yang tidak terduga iaitu beliau telah mendapat tawaran untuk melanjutkan pengajian di maktab perguruan. Sesungguhnya, kedua-dua orang tua beliau terlalu menginginkan beliau untuk menjadi seorang guru. Jadi, tawaran ini merupakan salah satu peluang untuk beliau mencapaikan hasrat atau impian ibu bapanya.

             Semasa di maktab perguruan, beliau telah mengambil jurusan PPAK AM iaitu yang lebih dikenali sebagai Pendidikan Peringkat Awal Kanak-Kanak dimana beliau boleh mengajar apa jua subjek di peringkat sekolah rendah. Setelah tamatnya pengajian beliau di maktab perguruan, beliau telah ditugaskan untuk mengajar Bahasa Melayu.  

Pada tahun 1981, beliau memulakan kerjayanya sebagai seorang guru terlatih di SRJKT  Ladang Scarboro, Division 2, Sungai Petani. Seterusnya, pada tahun 1982 Dr. Dhanapal A/L Rengasamy telah mengambil peperiksaan STPM sebagai calon persendirian di Sekolah Menengah Kebangsaan Batu Dua, Sungai Petani. (Kini dipanggil SKM Dato Bijaya Setia)  Beliau telah berjaya memperolehi keputusan yang cemerlang dalam STPM dan disebabkan itu beliau telah layak melanjutkan pengajian di Universiti Malaya pada tahun 1983. Beliau telah mengambil jurusan Penulisan Kreatif dan Deskriptif semasa di Universiti Malaya dan beliau juga merupakan seorang mahasiswa yang aktif dalam penyuntingan , penulisan rencana, perbahasan dan penerbitan video. Pada tahun 1987 beliau telah ditugaskan di SMK Sultan Sulaiman Shah, Selangor dan kemudian beliau kembali bertugas di tempat kelahiran , iaitu di Kedah di SMK Baling pada 1991. Pada tahun 1993, beliau telah ditugaskan untuk mengajar warga SMK Tinggi Bukit Mertajam.[2]

Pada tahun 1998 beliau telah mengikuti Ijazah Sarjana dalam bidang Kesusateraan di bawah Mod Campuran, di mana beliau telah menamatkan kursus tersebut dalam setahun sahaja. Kemudian pada tahun 2003, beliau telah berjaya melanjutkan pengajian sebagai pelajar sambilan Doktor Falsafah dan selepas beliau lulus pengajian PHD dalam bidang Sosiologi Pendidikan dari USM pada tahun 2007[3], pihak Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang telah menawarkan jawatan Penolong Kanan Kokurikulum di SMK Bukit Mertajam. Bagaimanapun beliau meletakkan jawatan setahun kemudian kerana beliau mahu menumpukan pengajaran dalam kelas. Pada tahun 2008, beliau turut dilantik sebagai seorang Guru Cemerlang Pengajian Am pada 25 Ogos 2008 di SMK Tinggi Bukit Mertajam.[4]

Selain itu, Dr Dhanapal telah bertemu jodoh dengan seorang gadis juga dari kampung halaman yang sama. Namanya Puan Devika. Pada tahun 1985, beliau dan Pn. Devika telah melalui proses kahwin daftar terlebih dahulu dan beliau telah melangsungkan perkahwinan dengan Pn. Devika secara adat pada tahun 1987. Dua tahun kemudian mereka menimang cahaya mata yang pertama iaitu Jaymathi Dhanapal pada tahun 1989. Beliau turut dikurniakan seorang anak lelaki yang bernama Syadhisy Dhanapal pada tahun 1991. Anak bongsunya Sharmathi Dhanapal lahir pada tahun 1994. Ketiga-tiga orang anaknya cemerlang seperti ayah mereka dalam bidang masing-masing. 


PERANAN DAN SUMBANGAN DR. DHANAPAL A/L RENGASAMY 

SEPANJANG BERGELAR GURU CEMERLANG PENGAJIAN AM.

Apabila memegang gelaran atau jawatan sebagai seorang pendidik, sudah tentu Dr. Dhanapal A/L Rengasamy harus memikul tanggungjawab yang amat besar dalam melaksanakan tugasnya sebagai seorang guru cemerlang bagi subjek Pengajian Am. Terdapat pelbagai peranan yang telah berjaya dimainkan oleh Dr. Dhanapal A/L Rengasamy sepanjang beliau berkhidmat sebagai guru cemerlang di SMK Tinggi Bukit Mertajam. Antara perkara yang amat dititikberatkan oleh beliau ialah beliau sering mendahului serta mengutamakan sekolah terlebih dahulu. Sebagai contoh, beliau sering melaksanakan pelbagai program untuk para pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Bukit Mertajam.

Antara peranan yang telah dimainkan oleh beliau sepanjang bergelar seorang pendidik ialah beliau akan sentiasa memastikan prestasi keputusan bagi subjek Pengajian Am sentiasa meningkat dari semasa ke semasa. Sekiranya, prestasi keputusan bagi subjek Pengajian Am tidak memberangsangkan, beliau perlu memastikan bilangan calon yang gagal dalam subjek Pengajian Am harus berjaya dikurangkan dari tahun sebelumnya. Sehubungan itu, beliau juga perlu meningkatkan profesionisme dalam subjek Pengajian Am. Sebagai contoh, Dr. Dhanapal akan membimbing guru-guru yang masih muda atau yang masih belum mempunyai pengalaman menjadi seorang guru dan beliau juga akan memberi tunjuk ajar kepada pelajar-pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Bukit Mertajam.[6]

Selain itu, Dr. Dhanapal juga sering memberikan buah fikiran ataupun idea-idea baru kepada Kementerian dan Jabatan dari semasa ke semasa. Contohnya, apabila pihak JPN menyuruh beliau agar memberikan ceramah di sekolah yang berdekatan, beliau harus keluar dari sekolah pada waktu yang memang telah ditetapkan secara seragam bagi guru-guru Pengajian Am. Antara waktu yang telah ditetapkan ialah setiap hari khamis iaitu selepas waktu rehat. Sememangnya, pihak JPN yang telah diberikan tanggungjawab untuk menetapkan masa bagi guru-guru Pengajian Am keluar daripada sekolah untuk memberikan ceramah di luar.[7]

Di samping itu, beliau juga merupakan guru pertama yang telah membuat surat secara hitam putih iaitu beliau melaporkan kepada pengetua tentang arahan yang telah diberikan oleh pihak JPN bahawa beliau perlu keluar untuk memberikan ceramah di beberapa sekolah yang telah ditetapkan. Justeru itu, waktu itu juga turut diambil alih oleh guru lain dan Dr. Dhanapal akan menggantikan semula waktu dimana beliau keluar untuk memberikan ceramah pada hari berikutnya. Perkara tersebut turut menjadi ikutan oleh rakan-rakan guru yang lain. Contohnya, Puan Suzi turut melakukan perkara yang sama iaitu Puan Suzi juga menulis surat terlebih dahulu sebelum keluar dari sekolah atas urusan-urusan tertentu. Bahkan, pengetua juga menyarankan agar semua guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Bukit Mertajam membuat surat seperti yang dilakukan oleh Dr. Dhanapal A/L Rengasamy.[8]

Seterusnya, Dr. Dhanapal A/L Rengasamy juga memainkan peranan sebagai pemeriksa kertas peperiksaan bagi subjek Pengajian Am, Pemikir Pengajian Am Ketua Panitia, penceramah dan sebagainya.[9] Terutamanya di Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Bukit Mertajam, beliau sering memberikan ceramah di Dewan SMK Tinggi Bukit Mertajam.[10] Sehubungan itu, beliau juga perlu membuat penilaian terhadap guru-guru cemerlang yang lain. Contohnya, Dr. Dhanapal juga telah menilai guru-guru baru yang memohon jawatan sebagai seorang guru cemerlang. Bahkan, beliau juga perlu memantau segala cara atau kaedah pembelajaran yang digunakan oleh guru-guru kepada pelajar-pelajar mereka. Pemilihan yang menentukan bahawa seseorang itu layak memegang jawatan sebagai seorang guru cemerlang haruslah dibuat bersama Jemaah Nazir. Sebagai contoh, Dr. Dhanapal pernah pergi ke Sekolah Jenis Kebangsaan Cina iaitu SMJK (C) Heng Ee  untuk menilai beberapa orang guru yang bakal memegang jawatan sebagai seorang guru cemerlang di sekolah itu.[11]

            Sehubungan itu, sepanjang Dr. Dhanapal A/L Rengasamy bergelar seorang pendidik di SMK Tinggi Bukit Mertajam, beliau telah banyak memberikan sumbangan daripada segala aspek. Sehubungan itu, beliau juga sering mengutamakan pendidikan anak-anak didiknya berbanding hal-hal lain. Oleh itu, beliau telah melaksanakan pelbagai bentuk program untuk meningkatkan prestasi pelajar-pelajar dalam subjek Pengajian Am di SMK Tinggi Bukit Mertajam. Dr. Dhanapal A/L Rengasamy ini juga tidak pernah lokek dengan ilmu yang dicurahkan kepada anak-anak didiknya serta beliau juga tidak pernah mengeluh dalam usaha untuk membantu para pelajarnya yang lemah dalam subjek Pengajian Am. Di samping itu, beliau telah banyak memberikan sumbangan yang amat bermakna terutamanya kepada sekolah, pelajar-pelajar dan para guru di SMK Tinggi Bukit Mertajam.

Antara sumbangan beliau yang sungguh bermakna dan sentiasa diingati oleh para warga SMK Tinggi Bukit Mertajam ialah beliau pernah mengadakan program teknik menjawab yang dikenali sebagai Program Bestari Pengajian Am. Beliau telah menjemput para pelajar dan guru daripada beberapa buah sekolah yang mengambil subjek Pengajian Am di seluruh negeri Pulau Pinang. Contohnya, beliau telah mengarahkan setiap sekolah supaya menghantar wakil daripada 10 orang pelajar serta 2 orang guru bagi setiap sekolah. Oleh itu, dengan kehadiran pelajar-pelajar dan guru daripada sekolah yang berlainan ini mampu mengimarahkan dan menjayakan lagi program tersebut. Program tersebut diadakan di SMK Tinggi Bukit Mertajam, di mana ketika itu difahamkan bahawa Abdul Rashid Bin Mansor merupakan pengetua di SMK Tinggi Bukit Mertajam. Sehubungan itu, Dr. Dhanapal A/L Rengasamy juga sering melaksanakan program sebegini selama dua tahun berturut-turut supaya para pelajar terlatih serta dapat memahami teknik menjawab dengan lebih efisien.

Seterusnya, Dr. Dhanapal A/L Rengasamy juga telah melaksanakan program untuk pelajar yang lemah atau pelajar yang mempunyai harapan untuk lulus dalam subjek Pengajian Am. Pelajar-pelajar ini lebih dikenali sebagai pelajar galus iaitu pelajar yang mendapat markah antara 35% dan 40%. Walaubagaimanapun, Dr. Dhanapal masih meyakinkan pelajar-pelajar tersebut bahawa mereka masih berpeluang untuk mendapat keputusan yang cemerlang dalam subjek pengajian Am. Contohnya, beliau dan beberapa orang guru Pengajian Am akan membantu dan membimbing para pelajar tersebut agar mereka dapat mencapai gred A ataupun lulus dalam peperiksaan bagi subjek Pengajian Am.

 Terdapat pelbagai teknik yang telah diajari oleh beliau dan rakan-rakan guru dalam usaha untuk membantu para pelajar supaya lebih memahami kehendak soalan dan sebagainya. Sejajar itu, beliau turut mengadakan kelas tambahan bagi pelajar-pelajar galus supaya beliau dapat melihat anak-anak didiknya berjaya pada masa hadapan.[12] Hal ini dikatakan demikian kerana subjek Pengajian Am merupakan subjek yang wajib lulus oleh semua pelajar sekiranya mereka ingin melanjutkan pengajian ke peringkat universiti.

 Di samping beliau menumpukan sepenuh perhatian dan fokus terhadap pelajar, panitia, guru dan sebagainya. Dr. Dhanapal turut mengendalikan LDP iaitu Latihan Dalam Perkhidmatan. LDP ini bertujuan untuk membantu atau membimbing guru-guru tentang pedagogi dan cara penandaan kertas peperiksaan Pengajian Am. Hal ini kerana Dr. Dhanapal A/L Rengasamy sendiri mempunyai banyak pengalaman sebagai ketua panitia Pengajian Am dan pemeriksa kertas peperiksaan Pengajian Am. Oleh itu, beliau akan berjumpa dengan guru-guru dan membimbing mereka tentang cara penandaan dan pemarkahan yang lebih tepat dan betul.[13]

Selain itu, sebagai seorang setiausaha PIBG Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Bukit Mertajam[14] era 2000-an, beliau bersama AJK PIBG yang lain telah berjaya membina sebuah makmal komputer di blok B. Dengan adanya kemudahan sebegini ia dapat memudahkan urusan pelajar-pelajar dalam melayari Internet dan mencari maklumat tambahan dalam menyiapkan tugasan yang diberi oleh guru. Difahamkan bahawa Dr. Dhanapal juga telah banyak memberikan sumbangan dalam bentuk tenaga dengan menjadi pemeriksa kertas, Ketua Pengawas STPM, SPM dan MUET. Beliau telah melaksanakan tanggungjawab ini dari tahun 1991 sehingga 2017. Bahkan pada tahun 2004 hingga 2014, beliau juga merupakan pemikir Pengajian Am untuk JPN Pulau Pinang. Contohnya, sebagai seorang pemikir Pengajian Am, beliau perlu membantu guru dan pelajar dalam meningkatkan prestasi sekolah di Pulau Pinang dari semasa ke semasa. Oleh hal yang demikian, beliau sering memberikan tunjuk ajar kepada rakan-rakan guru yang lain tentang cara untuk menyediakan atau melaksanakan pembelajaran yang lebih efektif serta mudah difahami oleh pelajar-pelajar.[15]

Di atas pelbagai sumbangan yang telah dicurahkan oleh beliau, jadi selayaknya Dr. Dhanapal diberikan penganugerahan. Contohnya, pada tahun 2004, beliau telah mendapat sijil penghargaan dari Anugerah Perkhidmatan Cemerlang iaitu APC. Beliau turut diberikan sejumlah wang yang bernilai RM1000. Bahkan pada tahun 2019, beliau sekali lagi diberikan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang. Difahamkan lagi bahawa Dr. Dhanapal turut mendapat APC semasa memegang DG 54. Untuk pengetahuan, APC DG 54 ini biasanya diberikan kepada Pengarah Pelajaran, Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan Ketua Sektor. Kebiasaannya guru-guru sekolah jarang sekali mendapat APC DG 54 tersebut.[16]

 

 PENCAPAIAN DAN CABARAN DR. DHANAPAL A/L RENGASAMY SEPANJANG 

BERGELAR SEORANG PENDIDIK.

            Terdapat pelbagai pencapaian yang telah berjaya dicapai oleh Dr. Dhanapal A/L Rengasamy sepanjang beliau bergelar seorang pendidik di SMK Tinggi Bukit Mertajam. Antara pencapaian yang telah berjaya dicapai oleh Dr. Dhanapal ialah beliau telah berjaya meningkatkan prestasi Pengajian Am dalam kalangan pelajar. Sebagai contoh, bilangan pelajar yang gagal dalam subjek Pengajian Am juga semakin berkurang semenjak Dr. Dhanapal mengambil alih jawatan sebagai Panitia Pengajian Am. Sejajar itu, Dr. Dhanapal juga telah berjaya diikuti ataupun dijadikan sebagai role model kepada rakan-rakan guru yang lain. Sebagai contoh, Puan Che Nora mengikuti cara pembelajaran Dr. Dhanapal terhadap anak-anak didiknya dengan memanggil pelajar-pelajar yang lemah untuk menghadiri kelas tambahan serta Puan Che Nora turut membimbing mereka dengan pelbagai teknik atau cara yang mudah untuk memahami sesuatu soalan. Bahkan, ketika hari cuti Puan Che Nora turut mengadakan kelas tambahan untuk pelajar-pelajarnya.

            Selain itu, Dr. Dhanapal juga pernah memegang jawatan sebagai Pengerusi MKG iaitu Majlis Kebajikan Guru pada tahun 1993. Beliau telah berjaya membawa masuk pegawai INTAN ataupun yang lebih dikenali sebagai Institut Tadbir Awam Negara kampus Sungai Petani. Dr. Dhanapal telah membawa mereka ke SMK Tinggi Bukit Mertajam untuk memberikan ceramah kepada semua guru di SMK Tinggi Bukit Mertajam. Bahkan, beliau turut menjemput pegawai NPC iaitu National Products Activity Corporation di Kepala Batas yang dikenali sebagai Pusat Daya Pengeluaran Negara. Beliau menjemput orang NPC ke SMK Tinggi Bukit Mertajam untuk memberikan taklimat atau ceramah tentang pengurusan masa, pemimpinan berkualiti dan sebagainya.[17]

             Seterusnya, beliau juga menjemput  penceramah dari luar datang ke SMK Tinggi Bukit Mertajam. Sebagai contoh, Dr. Dhanapal telah menjemput Profesor Abdullah Hassan untuk menyampaikan ceramah beliau mengenai Pemikiran Lateral. Sebagai contoh, Profesor Abdullah Hassan memberi ceramah mengenai pedagogi Bahasa Melayu kepada semua guru Bahasa Melayu di SMK Tinggi Bukit Mertajam. Sehubungan itu, Dr. Dhanapal juga telah berjaya mengadakan Program Dua Hala antara SMK Tinggi Bukit Mertajam dengan Thailand. Difahamkan bahawa program ini semakin mantap apabila Dr. Dhanapal melakukan sedikit pembaharuan terhadap program tersebut. Pembaharuan yang dilakukan oleh beliau adalah disebabkan terdapat beberapa aduan daripada pelajar-pelajar Thailand bahawa mereka dilayan dengan tidak baik oleh keluarga angkat masing masing.

              Apabila hal-hal seperti ini telah sampai ke pengetahuan beliau, perasaan bimbang mula menyelubungi diri Dr. Dhanapal. Oleh hal yang demikian, Dr. Dhanapal telah menyuarakan pendapat ataupun idea dengan menempatkan pelajar-pelajar Thailand itu di Asrama SMK Tinggi Bukit Mertajam. Keadaan ini, sudah tentu dapat menjaga keselamatan diri pelajar-pelajar Thailand itu disebabkan kawasan asrama itu sentiasa dipantau dan dikawal oleh warden asrama dan pengawal keselamatan. Disamping itu, apabila mereka tinggal di asrama, secara tidak langsung mereka juga dapat menggunakan segala kemudahan yang telah disediakan dengan sebaiknya oleh pihak asrama. Sebagai contoh, kemudahan locker untuk menyimpan barang, tandas, seterika dan sebagainya. Bahkan, mereka juga dapat makan bersama-sama pelajar asrama di dalam dewan makan asrama. Malahan pelajar-pelajar asrama turut boleh mengeratkan tali persaudaraan antara pelajar-pelajar Thailand tersebut.

              Dr. Dhanapal tidak mengesyorkan pelajar-pelajar Thailand agar tinggal di asrama selama 6 hari 5 malam tetapi penempatan pelajar-pelajar Thailand di asrama hanya dibuat selama 3 hari 2 malam sahaja selepas itu barulah mereka akan mengikut ibu bapa angkat masing-masing. Seterusnya, Dr. Dhanapal juga antara guru daripada SMK Tinggi Bukit Mertajam yang telah di jemput ke Thailand untuk menyampaikan ceramah. Antara ceramah yang telah disampaikan oleh beliau ialah mengenai Cara-Cara Pengajaran Bahasa Inggeris. Difahamkan bahawa sebelum ini beberapa orang guru daripada SMK Tinggi Bukit Mertajam telah terlibat dalam program tersebut. Perkara ini sungguh mengagumkan semua pihak. Pihak sekolah amat beruntung kerana  memiliki seorang guru seperti Dr. Dhanapal A/L Rengasamy yang sentiasa berani untuk mencuba perkara baharu dalam pendidikannya. Keadaan ini, turut memberikan inspirasi kepada rakan-rakan guru yang lain supaya mengikuti cara yang telah dilakukan oleh Dr. Dhanapal.[18]

   Untuk pengetahuan, Dr. Dhanapal juga pernah menjadi perantara alumni dengan SMK Tinggi Bukit Mertajam daripada segi bentuk kewangan. Beliau telah berjaya melaksanakan tugasnya sebagai urus setia yang menguruskan segala hal terutamanya dalam menyediakan dan menyiapkan kertas kerja, meminta dana ataupun sumbangan daripada pihak PIBG untuk membeli hadiah terutamanya kepada pelajar-pelajar cemerlang. Seterusnya, Dr. Dhanapal A/L Rengasamy juga berjaya membentangkan kertas kerja yang bertajuk Pengajaran Penulisan Berkesan di Seminar Kebangsaan Tingkatan Enam anjuran Bahagian Pengurusan Sekolah, KPM (2009).[19]

           Sepanjang Dr. Dhanapal A/L Rengasamy bergelar seorang pendidik di Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Bukit Mertajam, beliau telah banyak menempuh pelbagai cabaran demi mencapai dan meningkatkan prestasi para pelajar dalam subjek Pengajian Am. Cabaran-cabaran yang dihadapi oleh Dr. Dhanapal sedikit sebanyak boleh menggugat harapan atau impian beliau yang menginginkan kejayaan daripada aspek akademik dalam kalangan pelajar di SMK Tinggi Bukit Mertajam. Walau bagaimanapun, Dr. Dhanapal A/L Rengasamy mengatakan bahawa sesuatu cabaran itu sudah pasti dapat diatasi dengan pelbagai cara. Sehubungan dengan itu, Dr. Dhanapal juga mengatakan bahawa cabaran yang dihadapi sepanjang berada di SMK Tinggi Bukit Mertajam bukanlah penghalang untuk beliau melaksanakan tanggungjawab sebagai guru cemerlang bagi subjek Pengajian Am.

            Antara cabaran yang terpaksa dihadapi oleh Dr. Dhanapal A/L Rengasamy sepanjang bergelar seorang guru cemerlang bagi subjek Pengajian Am di SMK Tinggi Bukit Mertajam ialah kurangnya kerjasama daripada pihak guru. Difahamkan bahawa terdapat beberapa orang guru yang enggan mengikuti kaedah pembelajaran yang telah digunakan oleh Dr. Dhanapal. Keadaan ini terjadi kerana guru-guru ingin menggunakan kaedah pembelajaran dengan cara mereka sendiri. Kaedah pembelajaran yang digunakan oleh Dr. Dhanapal sememangnya tidak dapat diragui lagi kerana kaedah pembelajaran yang digunakan oleh beliau sangat memberi kesan yang positif dalam kalangan pelajar. Hal ini dapat dibuktikan bahawa terdapat beberapa bekas pelajar Dr. Dhanapal A/L Rengasamy yang telah berjaya memperoleh gred A bagi subjek Pengajian Am. Terbuktilah bahawa kaedah pembelajaran yang digunakan oleh Dr. Dhanapal semasa di dalam kelas amat berkesan. Tambahan pula, Dr. Dhanapal mempunyai banyak pengalaman kerana beliau pernah menjadi pemeriksa kertas peperiksaan serta semua pelajar yang mempelajari subjek Pengajian Am dengan beliau juga mudah memahami setiap topik yang diajar. Malah, beliau juga pernah menghasilkan kajian tindakan mengenai pengajaran Pengajian Am.

            Seterusnya, difahamkan bahawa sesetengah guru hanya menggunakan buku teks semasa pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Kaedah pembelajaran yang hanya menggunakan buku teks sepenuhnya membuatkan para pelajar cepat berasa bosan dan mengambil tindakan untuk tidur di dalam kelas. Oleh itu, Dr. Dhanapal A/L Rengasamy merasakan bahawa beliau bertanggungjawab untuk membimbing rakan-rakan guru tentang kaedah pembelajaran yang berkesan memandangkan beliau merupakan guru yang paling senior pada ketika itu.

            Selain itu, Dr. Dhanapal A/L Rengasamy juga menghadapi pelbagai cabaran ketika beliau bergelar sebagai Ketua Panitia bagi subjek Pengajian Am. Antara cabarannya ialah beliau terpaksa berhadapan dengan guru-guru yang kurang berpengalaman atau guru-guru yang baru sahaja menamatkan sesi pendidikan di universiti atau sebagainya. Oleh sebab mereka masih baru dalam dalam industri pendidikan, jadi Dr. Dhanapal A/L Rengasamy telah melaksanakan LDP iaitu Latihan Dalam Perkhidmatan dalam kalangan guru-guru di SMK Tinggi Bukit Mertajam. Dengan adanya program LDP ini guru-guru boleh menambahkan lagi pengetahuan mengenai kaedah pembelajaran dan cara memberi pemarkahan serta menanda skrip yang betul ketika menanda kertas peperiksaan pelajar-pelajar di SMK Tinggi Bukit Mertajam.

        Tambahan pula, pengetua juga sering menyuruh Dr. Dhanapal A/L Rengasamy memberikan tunjuk ajar kepada guru-guru lain supaya mereka dapat meningkatkan lagi teknik pembelajaran yang lebih efisien. Oleh itu, beliau sentiasa berjumpa dengan guru-guru ketika mempunyai masa lapang untuk membantu mereka dalam meningkatkan kaedah pembelajaran agar lebih menarik. Sebagai contoh, Dr. Dhanapal A/L Rengasamy telah membimbing Pn. Siti Nazila dan Pn Suriana Binti Mat Ghani mengenai cara pembelajaran yang lebih produktif. Memandangkan ketika itu, Pn Siti Nazila dan Pn. Suriana masih baru serta tidak mempunyai banyak pengalaman dalam mengajar pelajar-pelajar. Keadaan ini menyebabkan Dr. Dhanapal A/L Rengasamy melakukan LDP bersama mereka selama dua hari dalam seminggu.

            Cabaran yang seterusnya ialah Dr. Dhanapal A/L Rengasamy terpaksa berhadapan dengan pelbagai jenis pelajar di SMK Tinggi Bukit Mertajam. Sebagai contoh, terdapat beberapa orang pelajar yang masih lemah dalam penguasaan Bahasa Melayu terutamanya pelajar-pelajar yang datang dari Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Damai. Difahamkan bahawa kebanyakan pelajar Cina amat lemah dalam menulis karangan bagi subjek Pengajian Am. Bahkan, kadang kala terdapat segelintir pelajar Cina yang tidak memahami kehendak soalan.

            Pelajar-pelajar Melayu juga mengalami masalah dalam membuat graf semasa semester dua. Hal ini dikatakan demikian kerana mereka masih lemah dalam pengiraan untuk menentukan skala pada graf. Tambahan pula, ada dalam kalangan mereka yang langsung tidak mempunyai asas atau latar belakang dalam subjek Matematik. Walau bagaimanapun, keadaan ini berjaya diatasi oleh Dr. Dhanapal A/L Rengasamy apabila beliau telah mengambil keputusan untuk membuat kelas tambahan bagi pelajar-pelajar yang masih lemah dalam menyiapkan pelbagai bentuk graf. Dengan adanya kelas tambahan, Dr. Dhanapal boleh membantu dan membimbing mereka dari semasa ke semasa serta para pelajar juga boleh menanyakan soalan sekiranya mereka tidak memahami tentang cara penghasilan graf yang betul dan tepat.[20]    

 

  KESIMPULAN

      Setelah menjalankan kajian ini, penulis boleh membuat satu kesimpulan bahawa kajian ini mampu menjadi suatu medium yang wajar digunakan bagi memperkenalkan tokoh pendidikan yang merupakan seorang guru cemerlang bagi subjek Pengajian Am di Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Bukit Mertajam. Beliau ialah Dr. Dhanapal A/L Rengasamy. Penulis telah dapat mengkaji dan mengenalpasti latar belakang, peranan dan sumbangan serta pencapaian dan cabaran beliau sepanjang beliau bergelar seorang guru cemerlang bagi subjek Pengajian Am  di Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Bukit Mertajam. Selain itu, melalui kajian ini penulis juga dapat mengetahui sejarah hidup tokoh melalui latar belakang beliau dan boleh menjadikannya sebagai suatu inspirasi bagi penulis serta pembaca untuk mencapai kejayaan sendiri pada masa hadapan. Penulis juga ingin mengemukakan cadangan iaitu kajian sebegini haruslah dijalankan dengan lebih kemas dan teratur supaya dapat dijadikan sebagai sumber rujukan bagi pihak yang memerlukan.

NOTA HUJUNG



[1] Dr. Dhanapal A/L Rengasamy, 61 tahun, guru cemerlang Pengajian Am, Bukit Mertajam (Ditemubual pada 31 Januari, 2020)

[2] Dr. Dhanapal A/L Rengasamy, 61 tahun, guru cemerlang Pengajian Am, Bukit Mertajam (Ditemubual pada 2 Februari,   2020)

[3] Gcpengajianam “Norma Akademik Guru” http://gcpengajianam.blogspot.com/2010/10/norma-akademik-guru.html?m=1 ( Diakseskan pada 22 Januari, 2020)

[4] Sijil Penghargaan, Guru Matapelajaran Pengajian Am Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Bukit Mertajam, 31 Disember, 2000.

[5] Dr. Dhanapal A/L Rengasamy, 61 tahun, guru cemerlang Pengajian Am, Bukit Mertajam (Ditemubual pada 31 Januari, 2020)

[6] Dr. Dhanapal A/L Rengasamy, 61 tahun, guru cemerlang Pengajian Am, Bukit Mertajam (Ditemubual pada 2 Februari, 2020)

[7]Blogpengajianam “Ceramah dan Teknik Menjawab Pengajian Am di HSBM” https://blogpengajianam.wordpress.com/2014/05/11/ceramah-dan-teknik-menjawab-pengajian-am-di-hsbm/ ( Diakses pada 20 Januari, 2020)

[8] Dr. Dhanapal A/L Rengasamy, 61 tahun, guru cemerlang Pengajian Am, Bukit Mertajam (Ditemubual pada 31 Januari, 2020)

[9] Sijil Penghargaan, Penceramah Bengkel Kecemerlangan Akademik MGC SMKTBM Fasa 1 Pengajian Am STPM, 4 Jun, 2010.

[10] Sijil Penghargaan, Penceramah Program Jejak Jaya, 2009.

[11] Guru cemerlang Pengajian Am “Norma Akademik Guru” http://gcpengajianam.blogspot.com/2010/10/norma-akademik-guru.html?m=1 ( Diakses pada 5 Februari,2020)

[12] Dr. Dhanapal A/L Rengasamy, 61 tahun, guru cemerlang Pengajian Am, Bukit Mertajam (Ditemubual pada 8 Mac, 2020)

[13]Guru cemerlang Pengajian Am “Norma Akademik Guru” http://gcpengajianam.blogspot.com/2010/10/norma-akademik-guru.html?m=1 ( Diakses pada 5 Februari, 2020)

[14] Sijil Penghargaan, Setiausaha PIBG Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Bukit Mertajam, 26 Mac, 2005.

[15]Dr. Dhanapal A/L Rengasamy, 61 tahun, guru cemerlang Pengajian Am, Bukit Mertajam (Ditemubual pada 31 Januari, 2020)

[16]Dr. Dhanapal A/L Rengasamy, 61 tahun, guru cemerlang Pengajian Am, Bukit Mertajam (Ditemubual pada 22 Februari,  2020)

[17] Dr. Dhanapal A/L Rengasamy, 61 tahun, guru cemerlang Pengajian Am, Bukit Mertajam (Ditemubual pada 31 Januari,  2020)

[18] Dr. Dhanapal A/L Rengasamy, 61 tahun, guru cemerlang Pengajian Am, Bukit Mertajam (Ditemubual pada 22 Februari, 2020)

[19] Dr. Dhanapal “guru cemerlang Pengajian Am” https://www.google.com/url?q=https//gcpengajianam.blogspot.com/.  ( Diakseskan pada 22 Januari, 2020)

[20] Dr. Dhanapal A/L Rengasamy, 61 tahun, guru cemerlang Pengajian Am, Bukit Mertajam (Ditemubual pada 31 Januari, 2020).

 

BIBLIOGRAFI

           SIJIL

Sijil Penghargaan, Guru Mata Pelajaran Pengajian Am Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Bukit Mertajam, 31 Disember 2000.

Sijil Penghargaan, Setiausaha PIBG Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Bukit Mertajam, 26 Mac 2005.

Sijil Penghargaan, Penceramah Bengkel Kecemerlangan Akademik MGC Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Bukit Mertajam Fasa 1 Pengajian Am STPM, 4 Jun 2010.

Sijil Penghargaan, Jawatankuasa Pelaksana Peringkat Negeri Pulau Pinang, 27 Julai 2011.

Sijil Penghargaan, Penceramah Program Jejak Jaya, 2009.

Sijil Penghargaan, Fasilitator Program Selangkah Ke Menara Gading, Ogos 2010.

Sijil Penyertaan, Seminar Kajian Tindakan Guru Cemerlang Peringkat Daerah Seberang Perai Tengah, 21 Mei 2011.

 

PIALA

Plak Persidangan Kebangsaan Guru Cemerlang, dirasmikan oleh MGCM Akademi Kenegaraan, 2010.

Plak Setiausaha PIBG, dirasmikan oleh Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Bukit Mertajam, 26 Mac 2005.

 

  LAMAN WEB

Blog Pengajian Am, Ceramah dan Teknik Menjawab Pengajian Am di HSBM, diakses pada 14 Mac 2020, https://blogpengajianam.wordpress.com/2014/05/11/ceramah-dan-teknik-menjawab-pengajian-am-di-hsbm/

Blog Guru Cemerlang Pengajian Am, Norma Akademik Guru, diakses pada 15 Mac 2020,  http://gcpengajianam.blogspot.com/2010/10/norma-akademik-guru.html?m=

 

 

 


[1] Dr. Dhanapal A/L Rengasamy, 61 tahun, guru cemerlang Pengajian Am, Bukit Mertajam (Ditemubual pada 31 Januari, 2020)

[1] Dr. Dhanapal A/L Rengasamy, 61 tahun, guru cemerlang Pengajian Am, Bukit Mertajam (Ditemubual pada 2 Februari,   2020)

[1] Gcpengajianam “Norma Akademik Guru” http://gcpengajianam.blogspot.com/2010/10/norma-akademik-guru.html?m=1 ( Diakseskan pada 22 Januari, 2020)

[1] Sijil Penghargaan, Guru Matapelajaran Pengajian Am Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Bukit Mertajam, 31 Disember, 2000.

[1] Dr. Dhanapal A/L Rengasamy, 61 tahun, guru cemerlang Pengajian Am, Bukit Mertajam (Ditemubual pada 31 Januari, 2020)

[1] Dr. Dhanapal A/L Rengasamy, 61 tahun, guru cemerlang Pengajian Am, Bukit Mertajam (Ditemubual pada 2 Februari, 2020)

[1]Blogpengajianam “Ceramah dan Teknik Menjawab Pengajian Am di HSBM” https://blogpengajianam.wordpress.com/2014/05/11/ceramah-dan-teknik-menjawab-pengajian-am-di-hsbm/ ( Diakses pada 20 Januari, 2020)

[1] Dr. Dhanapal A/L Rengasamy, 61 tahun, guru cemerlang Pengajian Am, Bukit Mertajam (Ditemubual pada 31 Januari, 2020)

[1] Sijil Penghargaan, Penceramah Bengkel Kecemerlangan Akademik MGC SMKTBM Fasa 1 Pengajian Am STPM, 4 Jun, 2010.

[1] Sijil Penghargaan, Penceramah Program Jejak Jaya, 2009.

[1] Guru cemerlang Pengajian Am “Norma Akademik Guru” http://gcpengajianam.blogspot.com/2010/10/norma-akademik-guru.html?m=1 ( Diakses pada 5 Februari,2020)

[1] Dr. Dhanapal A/L Rengasamy, 61 tahun, guru cemerlang Pengajian Am, Bukit Mertajam (Ditemubual pada 8 Mac, 2020)

[1]Guru cemerlang Pengajian Am “Norma Akademik Guru” http://gcpengajianam.blogspot.com/2010/10/norma-akademik-guru.html?m=1 ( Diakses pada 5 Februari, 2020)

[1] Sijil Penghargaan, Setiausaha PIBG Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Bukit Mertajam, 26 Mac, 2005.

[1]Dr. Dhanapal A/L Rengasamy, 61 tahun, guru cemerlang Pengajian Am, Bukit Mertajam (Ditemubual pada 31 Januari, 2020)

[1]Dr. Dhanapal A/L Rengasamy, 61 tahun, guru cemerlang Pengajian Am, Bukit Mertajam (Ditemubual pada 22 Februari,  2020)

[1] Dr. Dhanapal A/L Rengasamy, 61 tahun, guru cemerlang Pengajian Am, Bukit Mertajam (Ditemubual pada 31 Januari,  2020)

[1] Dr. Dhanapal A/L Rengasamy, 61 tahun, guru cemerlang Pengajian Am, Bukit Mertajam (Ditemubual pada 22 Februari, 2020)

[1] Dr. Dhanapal “guru cemerlang Pengajian Am” https://www.google.com/url?q=https//gcpengajianam.blogspot.com/.  ( Diakseskan pada 22 Januari, 2020)

[1] Dr. Dhanapal A/L Rengasamy, 61 tahun, guru cemerlang Pengajian Am, Bukit Mertajam (Ditemubual pada 31 Januari, 2020).

 

BIBLIOGRAFI

             SIJIL

Sijil Penghargaan, Guru Mata Pelajaran Pengajian Am Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Bukit Mertajam, 31 Disember 2000.

Sijil Penghargaan, Setiausaha PIBG Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Bukit Mertajam, 26 Mac 2005.

Sijil Penghargaan, Penceramah Bengkel Kecemerlangan Akademik MGC Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Bukit Mertajam Fasa 1 Pengajian Am STPM, 4 Jun 2010.

Sijil Penghargaan, Jawatankuasa Pelaksana Peringkat Negeri Pulau Pinang, 27 Julai 2011.

Sijil Penghargaan, Penceramah Program Jejak Jaya, 2009.

Sijil Penghargaan, Fasilitator Program Selangkah Ke Menara Gading, Ogos 2010.

Sijil Penyertaan, Seminar Kajian Tindakan Guru Cemerlang Peringkat Daerah Seberang Perai Tengah, 21 Mei 2011.

 

PIALA

Plak Persidangan Kebangsaan Guru Cemerlang, dirasmikan oleh MGCM Akademi Kenegaraan, 2010.

Plak Setiausaha PIBG, dirasmikan oleh Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Bukit Mertajam, 26 Mac 2005.

 

 LAMAN WEB

Blog Pengajian Am, Ceramah dan Teknik Menjawab Pengajian Am di HSBM, diakses pada 14 Mac 2020, https://blogpengajianam.wordpress.com/2014/05/11/ceramah-dan-teknik-menjawab-pengajian-am-di-hsbm/

Blog Guru Cemerlang Pengajian Am, Norma Akademik Guru, diakses pada 15 Mac 2020,  http://gcpengajianam.blogspot.com/2010/10/norma-akademik-guru.html?m=

 

LAMPIRAN

TEMUBUAL

            Nama              :              Doktor Dhanapal A/L Rengasamy

            Jantina           :              Lelaki

            Telefon No     :              011-36917517

Pekerjaan      :              Guru cemerlang Pengajian Am di SMK Tinggi BM                          

                                   

           Pada hari jumaat, 31 Januari 2020, saya telah mengunjung ke rumah Dr. Dhanapal A/L Rengasamy yang terletak berdekatan dengan Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Bukit Mertajam bagi mendapatkan maklumat dengan lebih terperinci mengenai sejarah Dr. Dhanapal A/L Rengasamy sepanjang beliau bergelar seorang guru cemerlang bagi subjek Pengajian Am di SMK Tinggi Bukit Mertajam. Saya telah bertemu bual dengan Dr. Dhanapal yang  merupakan guru cemerlang Pengajian Am di SMK Tinggi Bukit Mertajam. Kesanggupan beliau dalam memberikan kerjasama bagi memudahkan temu bual saya amatlah dihargai walaupun beliau agak sibuk pada masa itu. Temu bual tersebut dijalankan pada hari jumaat, iaitu 31 Januari 2020, pada pukul 1:20 petang hingga pukul 2:50 petang.

 

Berikutnya adalah kandungan temu bual saya bersama Dr. Dhanapal A/L Rengasamy.

            31 JANUARI 2020, 1:20 PETANG

           Saya : Hai dan selamat petang cikgu. Cikgu apa khabar?

           Dr. Dhanapal : Saya sihat sahaja.

Saya : Jika tidak keberatan, saya ingin menemu bual cikgu bagi mendapatkan beberapa maklumat tentang kerja kursus saya. Boleh?

Dr. Dhanapal : Apa salahnya. Boleh sahaja. Saya akan membantu apa yang termampu.

Saya : Baiklah saya mulakan, bolehkah cikgu beritahu saya mengenai latar belakang cikgu terlebih dahulu.

Dr. Dhanapal : Baiklah. Saya dilahirkan di Ladang Badenoch pada 27 November 1959 dan telah mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah di Kedah dan saya telah menyambung pelajaran di Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Ketil yang berjarak 20 km dari rumah saya. Saya juga telah melanjutkan pelajaran di Maktab Perguruan dalam jurusan PPAK AM iaitu Pendidikan Peringkat Awal Kanak-Kanak. Sehubungan itu, saya juga menyambung pengajian di Universiti Malaya dalam jurusan Penulisan Kreatif dan Deskriptif dan saya juga merupakan satu-satunya pelajar India yang ditawarkan kursus itu daripada jumlah 27 orang pelajar. Saya turut melanjutkan pelajaran dalam jurusan masters ijazah Sarjana Sastera di Universiti Sains Malaysia dan berjaya menghabiskannya dalam setahun. Setelah itu saya tidak menamatkan pelajaran sampai situ sahaja malahan saya melanjutkan lagi pelajaran dengan menjadi pelajar sambilan PHD Doktor Falsafah.

Saya : Boleh saya tahu pencapaian yang cikgu telah kecapi sepanjang bergelar seorang guru cemerlang di Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Bukit Mertajam?

Dr. Dhanapal : Saya pernah menjadi Pengerusi MKG iaitu Majlis Kebajikan Guru dimana saya merupakan orang pertama yang membawa masuk orang INTAN iaitu Institut Tadbir Awam Negara, Sungai Petani. Saya telah membawa mereka untuk memberikan ceramah kepada semua guru di SMK Tinggi Bukit Mertajam. Sehubungan itu, saya juga berjaya melakukan program dua hala iaitu antara Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Bukit Mertajam dengan Thailand. Program dua hala tersebut semakin mantap sejak saya memulakannya. Hal ini dikatakan kerana sebelum ini mereka komplen bahawa pelajar-pelajar Thailand dilayan dengan tidak baik oleh keluarga angkat masing-masing.

Saya : Sungguh besar pencapaian ataupun kejayaan cikgu sepanjang menjadi guru cemerlang di SMK Tinggi Bukit Mertajam. Selain itu, jika tidak keberatan bolehkah saya mendapatkan salinan sijil-sijil dan plak cikgu yang berkaitan dengan tajuk kerja kursus saya ini?

Dr. Dhanapal : Terima kasih atas pujian anda. Baiklah, saya ada menyediakan beberapa sijil dan plak yang kamu perlukan. Kamu bolehlah mendapatkan salinannya.

Saya : Terima kasih atas segala jasa baik cikgu yang sudi menyediakan sijil-sijil tersebut dan sudi ditemu bual.

Dr. Dhanapal : Sama-sama. Jika ada apa-apa yang tidak lengkap, hubungilah saya.

          Saya : Baiklah, terima kasih. Selamat tinggal

                

Foto 1 : Gambar saya bersama beliau ketika saya berkunjung ke rumah beliau         untuk menemu bual mengenai kerja kursus sejarah.

                                 


                     

            Foto  2 : Gambar saya bersama beliau di dewan makan asrama Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Bukit Mertajam.

 


      PROPOSAL KAJIAN

TEMA : SEJARAH TOKOH

1.0 TAJUK: SUMBANGAN DAN PENCAPAIAN DR. DHANAPAL A/L RENGASAMY SEBAGAI GURU CEMERLANG DI SMK TINGGI BUKIT MERTAJAM PADA TAHUN 1993-2015.

             2.0 PENGENALAN

      Tokoh pendidikan merupakan orang yang sangat berharga di mata masyarakat dalam  bidang pendidikan yang boleh dijadikan teladan bagi generasi pada masa kini dan pada masa akan datang. Pencapaian yang dicapai dan sumbangan yang dicurahkan dijadikan sebagai inspirasi dan motivasi bagi menjadikan masyarakat terus berjaya. Antara tokoh yang boleh dijadikan sebagai inspirasi ialah Dr. Dhanapal A/L Rengasamy. Beliau memainkan peranan yang amat penting dalam bidang pendidikan terutamanya bagi subjek Pengajian Am di SMK Tinggi Bukit Mertajam.

            3.0 OBJEKTIF    

      Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengkaji latar belakang dan sejarah perkembangan Dr. Dhanapal A/L Rengasamy sebagai seorang guru cemerlang di SMK Tinggi Bukit Mertajam. Kajian ini juga akan meneliti dengan lebih terperinci tentang sumbangan dan pencapaian Dr. Dhanapal A/L Rengasamy sepanjang menjadi seorang pendidik. Selain itu, kajian ini juga ingin mengenalpasti cabaran dan pengalaman yang dihadapi oleh beliau sepanjang menjadi guru cemerlang di SMK Tinggi Bukit Mertajam.

            4.0 PERMASALAHAN KAJIAN

      Permasalahan kajian ini ialah untuk mengetahui apakah latar belakang sejarah perkembangan Dr. Dhanapal A/L Rengasamy sebagai seorang guru cemerlang. Selain itu, pengkaji juga ingin mengetahui bilakah beliau bermula kerjayanya sebagai seorang guru dan bilakah beliau dilantik sebagai guru cemerlang. Kajian ini juga adalah untuk mengenalpasti pencapaian dan sumbangan beliau sepanjang menjadi seorang guru di SMK Tinggi Bukit Mertajam. Melalui kajian ini pengkaji juga akan meneliti cabaran dan pengalaman yang dihadapi oleh beliau sepanjang beliau menjadi seorang pendidik.

             5.0 SKOP KAJIAN

      Pengkaji ingin mengkaji mengenai Dr. Dhanapal A/L Rengasamy yang merupakan seorang guru cemerlang di SMK Tinggi Bukit Mertajam. Kajian yang dijalankan ini turut membataskan ruang kajian iaitu hanya di daerah tempat beliau menjalankan tugasnya sebagai pendidik iaitu di SMK Tinggi Bukit Mertajam. Dari segi tempoh kajian, kajian ini bermula dari tahun 1993 hingga 2015. Tempoh kajian ini dipilih kerana tokoh ini berkhidmat sebagai pendidik dan telah banyak memberi sumbangan serta pencapaian sepanjang bergelar seorang guru cemerlang.

             6.0 SOROTAN KAJIAN LEPAS

      Dalam buku yang bertajuk “Prof.Diraja Ungku Aziz”, Tokoh Ekonomi Berjiwa      Masyarakat (2006) karya Rabiah Sidin, mengulas tentang Prof Ungku Aziz yang merupakan seorang pakar ekonomi tempatan. Beliau juga adalah salah seorang yang disegani namanya dalam kalangan masyarakat kerana beliau mempunyai keperibadian yang patut dicontohi oleh masyarakat. Sebagai contoh, beliau merupakan seorang yang telah menjadi penggerak dalam sistem pendidikan di Malaysia. Dengan berpandukan buku ini, pengkaji mendapati bahawa isu-isu  yang tertulis dalam buku tersebut merupakan sesuatu perkara yang menjadikan garis panduan bagi setiap guru di negara ini untuk terus mencurahkan bakti kepada masyarakat,bangsa,agama dan negara dalam menjadikan anak didik mereka sebagai pelajar yang cemerlang dalam pelbagai bidang.

      Seterusnya,  menurut Rabiah Sidin dalam buku yang berjudul Tokoh Pendidikan Melayu (2007) menceritakan tentang pengalaman, peranan, sumbangan dan identiti sebenar tokoh-tokoh. Antara nama-nama tokoh yang disebut dalam buku tersebut ialah Tan Sri Rashdan Haji Baba, Tan Sri Halimah Haji Muhammad dan lain-lain. Pada pendapat pengkaji, buku tersebut sesuai dijadikan panduan kajian ini kerana Dr. Dhanapal juga telah memainkan peranan dan memberi sumbangan yang besar kepada masyarakat sekelilingnya dalam bidang pendidikan.

      Sehubungan itu, tokoh pendidik iaitu Awang Had Salleh yang merupakan salah seorang naib canselor Universiti Utara Malaysia dan terkenal dengan hasil karya kesusasteraan. Kejayaan beliau dalam menerbitkan sebuah kumpulan cerpen, sebuah novel dan sebuah buku drama. Hal ini jelas membuktikan bakat Awang Had Salleh sebagai seorang penulis kreatif negara ini.

            7.0 KAEDAH KAJIAN

      Dalam menghasilkan kajian ini, pengkaji menggunakan tiga kaedah iaitu kepustakaan, temubual dan kajian lapangan. Kaedah yang pertama dalam kajian ini ialah kaedah kepustakaan yang dijalankan oleh pengkaji bagi mendapatkan segala maklumat yang berkaitan dengan tajuk kajian. Kaedah kepustakaan ini menggunakan sumber seperti buku-buku, internet, majalah dan laman sesawang. Disamping itu juga, pengkaji akan menjalankan penyelidikan dengan menggunakan kaedah temubual untuk mendapatkan segala maklumat-maklumat yang berkaitan dengan tajuk kajian. Kaedah temubual ini merupakan kaedah yang amat penting dalam menjalankan kajian ini. Tambahan pula, bagi memantapkan penyelidikan pengkaji turut menggunakan kaedah kajian lapangan. Kajian lapangan ini ialah dengan mencari individu tersebut untuk mendapatkan keterangan yang lebih lanjut tentang kajian.

             8.0 PEMBAHAGIAN STRUKTUR ESEI

      Penulisan ini dapat dibahagikan kepada beberapa bahagian. Antaranya ialah pengenalan, isi dan kesimpulan. Dalam bahagian pengenalan, Pengkaji akan menerangkan tentang definisi  tokoh dan perkembangan tokoh secara umum. Seterusnya, di bahagian isi pula, pengkaji juga akan menghuraikan tentang sumbangan, pencapaian dan cabaran Dr. Dhanapal A/L Rengasamy sepanjang beliau menjadi seorang guru cemerlang di SMK Tinggi Bukit Mertajam. Sehubungan itu, di bahagian kesimpulan pula, pengkaji akan membuat kesimpulan dengan menyatakan apa yang akan dimanfaatkan daripada hasil kajian ini.

             9.0 PENUTUP     

      Di harapkan dengan adanya kajian ini, perjalanan hidup sebagai seorang pendidik seperti Dr. Dhanapal A/L Rengasamy akan dapat dirasai oleh masyarakat dalam menjadikan anak bangsa terus maju dan berjaya dalam pelbagai bidang yang diceburi. Sehubungan itu, pengkaji turut membuat rumusan tentang tokoh yang dikaji iaitu Dr. Dhanapal A/L Rengasamy yang merupakan seorang guru cemerlang di SMK Tinggi Bukit Mertajam. Dengan ini, pengkaji berharap semoga kajian ini dapat disiapkan dengan sepenuhnya.

             10.0 BIBLIOGRAFI

          Rabiah Sidin, “Buku Tokoh Pendidikan Melayu”, Ampang Press Sdn. Bhd, Shah Alam,  Dewan              Bahasa Pustaka, 2007.

         Rabiah Sidin, “Prof Diraja Ungku Aziz”, Tokoh Ekonomi Berjiwa Masyarakat, Dewan Bahasa 

          Pustaka, 2006.

          http://pkdeafipik.blogspot.com/2014/01/tokoh-pendidik-di-malaysia.html?m=1

 

  

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

           

 

 

 

 

 

 

 

 


 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

          

 

 

 

 

 

No comments:

Post a Comment