Nostalgia 5 Setinggi Awan
Sebagai seorang pelajar siswazah di UM pada tahun 1983 saya
melanjutkan pelajaran dengan wang saya sendiri (self-funding). Ramai juga
bertanya bagaimana saya dapat hidup selama tiga tahun di KL itu? Tidak satu sen
pun saya terima dari kampung.NLFCS membantu dari segi yuran pengajian. Makan,
minum, penginapan, duit petrol motor, wang saku, duit belanja buat tugasan dan
aktiviti universiti yang lain, kena tanggung sendiri. Saya dapat ditawarkan mengajar
BM STP di Stamford College , Jalan
Barat. Dua minggu sekali, bayaran RM 100.00. Kemudian mendapat peluang mengajar
home tuition untuk seorang pelajar wanita juga di PJ. Saya mengajar BM STP
dengan bayaran RM 120.00 sebulan( beberapa bulan kemudian dia datang mencari
saya di UM bersama ayah pesaranya untuk menzahirkan terima kasih kerana dia
mendapat A dalam subjek yang saya ajar malah dapat tawaran buat Law di UM. Saya
cukup bangga kerana titik peluh saya tidak sia-sia). SMC sebuah badan NGO/NPO
menawarkan saya mengajar BM STP di PJ, Sentul dan Bricksfield. Jumlahnya dapat
sebulan RM 360.00 sebulan. Begitulah saya dapat mencari makan sambil belajar di
UM sehingga tahun 1986. Saya menjimatkan belanja dan kirimkan sedikit ke
kampung halaman. Ketika itu menoreh getah di ladang tidak menjamin pendapatan
yang lumayan. Tidak seperti pelajar
sejurusan saya yang lain, ada yang hidup mewah dan ada yang mendapat biasiswa.
Cuma tiba-tiba teringat kisah lama dan iktibar untuk pelajar saya yang akan
menjejak kaki di universiti tidak lama lagi.
No comments:
Post a Comment