Monday, June 29, 2020

LATIHAN PASCACOVID-19 BAHASA MELAYU SPM SIRI 1


KARANGAN A

NILAI MURNI SANGAT PENTING DIAMALKAN DALAM KEHIDUPAN KITA SEHARIAN. HURAIKAN  KEPENTINGAN NILAI  MURNI.

1.Masyarakat yang berperibadi mulia dan berdisiplin dapat memberi sumbangan yang
   lebih bermakna dalam usaha memajukan negara agar mencapai kemakmuran dan
   kemajuan yang pesat
2.Individu dan masyarakat yang mempunyai nilai murni akan mempunyai budi pekerti
   yang mulia dan akan dihormati oleh orang lain.
3.Pelbagai gejala sosial yang kurang baik dapat dibanteras dan masyarakat hidup
   dalam keadaan aman dan harmonis.
4 Imej negara di kaca mata dunia akan tinggi dan rakyat negara ini dikagumi oleh
   pelancong asing/ masyarakat dunia.
5 Individu yang mempunyai nilai murni akan dapat membuat pertimbangan secara
   rasional dalam menyelesaikan masalah

RUMUSAN

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang faedah industri desa dan cara-cara memajukan industri desa. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Lazimnya, industri desa ini menggunakan bahan-bahan semula jadi tempatan dengan kemahiran bersifat tradisional serta hanya memerlukan pelaburan yang rendah tetapi menghasilkan pulangan yang cepat. Industri ini seperti kraftangan, yang termasuklah anyaman, ukiran, sulaman, serta perusahaan memproses atau membuat makanan seperti keropok, kicap dan sos cili.

Kini, industri desa telah berjaya menguasai pasaran domestik. Bukan setakat itu, industri ini kini telah menembusi pasaran antarabangsa serta mampu meneroka peluang perniagaan berteraskan import dan eksport. Industri ini juga mampu membantu memperkukuh ekonomi negara melalui penjualan produk sama ada di dalam negara mahupun di pasaran global. Perkembangan industri desa turut membantu dalam penyediaan peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan. Mereka dapat menghasilkan produk berkualiti dan memasarkan sendiri produk tersebut tanpa campur tangan orang tengah. Selain kepentingan dari segi ekonomi, industri desa mampu mengekalkan nilai-nilai seni tradisi dan kebudayaan yang diwarisi sejak zaman-berzaman. Menerusi industri desa juga, kemajuan sektor pelancongan turut dapat ditingkatkan.

Lazimnya, para pelancong akan membeli sesuatu barangan yang tidak terdapat di negara mereka. Oleh itu, mereka akan membeli barangan kraf tangan dan buah tangan yang lain sebagai tanda kenang-kenangan sewaktu berada di Malaysia. Oleh itu, semua pihak tidak harus meminggirkan industri tersebut yang ternyata mempunyai pelbagai kepentingan yang tersendiri.

SOALAN 2(A) — PETIKAN UMUM

Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.
(i) Berikan maksud rangkai kata berpeluang cerah. [2 markah]
(ii) Apakah masalah yang berlaku apabila menggunakan khidmat orang tengah dalam urusan jual beli? [3 markah]
(iii) Pada pendapat anda, mengapakah produk industri desa masih kurang mendapat sambutan yang menggalakkan daripada masyarakat tempatan? Berikan tiga sebab. [4 markah]

TULIS SATU AYAT BAGI SETIAP RANGKAI KATA DI BAWAH

 (i) jam tangan (ii) beri laluan (iii) kereta sorong (iv) lintas hormat (v) cermin sisi (vi) kalis air

TUKARKAN AYAT CAKAP AJUK DI BAWAH KEPADA AYAT CAKAP PINDAH

1.“Jika kamu hendak ke Genting Highland, berhati-hatilah ketika memandu kerana jalan raya di situ bengkang-bengkok,” nasihat Malik kepada Farid.
2.“Mari kita keluar makan tengah hari di Restoran Nasi Arab waktu rehat nanti,” kata Amirul kepada Asyikin.
3. “Wah, banyak betul kotak yang awak kumpul petang ini!” kata Ramu kepada Vinod.

SATU KESALAHAN EJAAN DAN SATU KESALAHAN PENGGUNAAN IMBUHAN

1.Sempena perayaan Hari Guru pada tahun ini sebuah syarikat korperat telah diberikan kupon percuma sebagai tanda menghargai jasa guru-guru.
2.Hujan yang turun tercurah-curah sejak pagi tadi menyebabkan kampong itu dilanda banjir sedalam dua meter.
3.Beberapa orang pelajar balik awal kerana terlibat dengan rapthai acara pesembahan sempena Perayaan Hari Kebangsaan.

3 KESALAHAN EJAAN 3 KESALAHAN IMBUHAN

Pembangunan pesat di ibu kota menyebabkan kesesakkan jalan raya berlaku. Keadaan ini menjadi semakin terok kerana pembinaan jalan raya tidak dirancang dengan teliti. Selain itu, sikap pengguna yang tidak berdisplin dan kekurangan polis trafik menjadikan masaalah ini semakin rumit. Pengguna pula sering meletakan kenderaan sesuka hati sehingga menganggu kelancaran lalu lintas

SATU KESALAHAN PENGGUNAAN KATA ATAU ISTILAH DAN SATU KESALAHAN TATABAHASA

1.Sesetengah orang berasa mewah apabila mereka membeli barangan yang berjenama tanpa memikirkan harga barangan itu sama ada berpatutan dan tidak.
2. Ayah merancang berangkat ke kampung di hujung minggu ini kerana memenuhi jemputan majlis perkahwinan anak rakan baiknya.
3.Peristiwa sebuah pesawat Air Asia yang terhumban di Laut Jawa telah dirakam oleh seorang saksi menggunakan digital kamera.
4.Novel karya novelis terkenal tanah air itu mencatat rekod jualan paling terlaris kerana mendapat sambutan luas daripada kalangan penggemar novel.
5.Datuk Lee Chong Wei telah menyertai perlawanan badminton Terbuka Malaysia yang berlangsung di bulan November tahun lalu.
6.Sultan itu telah berkenan menabalkan putera beliau sebagai Raja Muda bila berusia sepuluh tahun.

TIGA KESALAHAN PENGGUNAAN KATA ATAU ISTILAH DAN TIGA KESALAHAN TATABAHASA

Senaman tiga atau dua kali kita perlu melakukan seminggu agar tubuh dapat bertugas dengan baik. Amalan minum air kosong juga perlu dititikberatkan bagi menggantikan cecair yang telah hilang di dalam badan. Tekanan juga dapat dihilangkan menerusi senaman. Oleh itu, untuk memperoleh kesihatan yang baik, rakyat Malaysia hendaklah mengamalkan senaman yang konsituensi. Rehat dan tidur secukupnya juga merupakan ubat yang mujarad untuk mengekalkan kesihatan. Kita tidak kurang digalakkan tidur dari lapan jam sehari.

NYATAKAN PERIBAHASA YANG SESUAI BAGI SETIAP AYAT DI BAWAH

1.Ayah berusaha untuk menyelesaikan perselisihan faham rakan-rakannya itu dengan berhati-hati agar tidak seorang pun daripada mereka berkecil hati.
2.Emak sukar membuat pilihan apabila melihat pelbagai warna dan corak fabrik ketika mengunjungi sebuah gedung pakaian yang terkenal di Kuala Lumpur.
3.Setelah bekerja dan berjaya menjawat jawatan tinggi di Kuala Lumpur, dia jarang pulang ke kampung walaupun ibunya sedang sakit.

BINA AYAT DENGAN MENGGUNAKAN PERIBAHASA


1.bagai isi dengan kuku.
2.makan angin.
3.sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit.
4.bagai ulat lupakan daun
5.sudah jatuh ditimpa tangga
6. bagai pungguk rindukan bulan
7.hanya jauhari mengenal manikam


NYATAKAN PERIBAHASA YANG SESUAI MENGIKUT MAKNA AYAT

1.Pemeriksaan awal mampu mengesan penyakit ketika masih pada peringkat awal bak pepatah, _________________________________________________
2. Tiada cara lain untuk kekal sihat selain mengubah gaya hidup harian_______________
3. Untuk memperoleh keputusan SPM  yang baik, pelajar hendaklah mengamalkan kaedah pembelajaran yang efektif___________________________________________________

SOALAN 2 (B) – PETIKAN PROSA MODEN

Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

“Tapi, dunia ini sudah berubah, bonda. Kita bukan lagi hidup pada zaman perjuangan menentang musuh penjajah. Sekarang kita hidup dalam dunia yang mengejar harta, pangkat dan kekayaan di bumi mewah ini. Tanah air ini bukan milik bangsa kita sahaja. Kita hidup dengan perkongsian hak dan identiti yang sama rata. Sejarah lama tidak perlu dibangkitkan lagi.” Bonda merenung mata saya dengan ekor pandangan yang penuh prejudis. Dihela nafas panjang-panjang menahan rasa sebelum bersuara, “Mel, sejarah bukan buta.

Sejarah ialah guru yang tidak pernah berdusta. Bangsa yang membaca dan mengkaji sejarah silam tidak akan melakukan kesilapan kali kedua. Lihat bangsa Yahudi yang terus mencipta kejayaan besar dari zaman ke zaman kerana mengkaji sejarah lampau. Mereka membina agenda besar untuk bangsa dan keturunannya.” Kata-kata bonda itu seolah-olah menikam tajam ke dalam urat-urat saraf saya. Saya pandang bonda sambil mengangguk sebelum kembali membelek helaian demi helaian kitab-kitab lama yang hampir lusuh dan tertanggal kulitnya.

Perkataan-perkataan yang tertulis dalam tulisan jawi lama itu masih mampu saya baca dan fahami walaupun agak perlahan. Sejarah dan kisah bangsa saya pada zaman silam yang berjaya membina ketamadunan dunia cukup membanggakan saya. Saya selusuri bab demi bab dalam teks Sejarah Melayu dan Hikayat Hang Tuah dengan rasa besar hati.(Munsyi)

1.Berdasarkan petikan, apakah kata-kata Mel yang menyebabkan bonda memandang saya dengan pandangan yang penuh prejudis? [2 markah]
2. Pada pendapat anda, selain wajib lulus dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), apakah kepentingan lain mempelajari mata pelajaran Sejarah? [3 markah]
3.Jelaskan satu persoalan dalam petikan dan satu persoalan lain daripada keseluruhan cerpen? [4 markah

SOALAN 2(C) – PETIKAN PROSA TRADISIONAL

Baca petikan prosa tradisional di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Maka kata segala anak buah Seri Nara Diraja, " Bagaimana maka datuk hendak beristeri muda, kerana datuk sudah tua, dan bulu mata dengan bulu kening sudah bertemu ? " Maka kata Seri Nara Diraja, " Di mana kamu sekalian tahu ? Jikalau demikian sia-sialah cula dibeli oleh bapaku sekati emas di benua Keling itu. " Dan telah sudah lepas idah, maka Seri Nara Diraja pun bernikah dengan Tun Kudu.Maka menjadi muafakatlah Seri Nara Diraja dengan Paduka Raja, menjadi berkasih-kasihan seperti saudara sejalan jadi.

Maka sembah Seri Nara Diraja pada Sultan Muzaffar Syah, " Tuanku, baiklah Paduka Raja dijadikan bendahara, kerana ia sedia anak bendahara. " Maka titah baginda, " Baiklah. " Syahdan, Bendahara Paduka Raja itulah yang dikatakan orang bijaksana, kerana pada zaman itu tiga buah negeri yang sama besarnya ; pertama Majapahit ; kedua Pasai ; ketiga ; Melaka. Di dalam negeri tiga buah itu, ada tiga orang yang bijaksana; di Majapahit Patih Aria Gajah Mada; dan di Pasai, Orang Kaya Kanayan; dan di Melaka, Bendahara Paduka Raja; dan Seri Nara Diraja menjadi penghulu bendahari. (‘Burung Terbang Dipipiskan Lada’)

1.Nyatakan sifat-sifat fizikal Seri Nara Diraja. [2 markah]
2.Apakah yang terjadi antara Seri Nara Diraja dengan Paduka Raja setelah Seri Nara Diraja bernikah dengan Tun Kudu? [3 markah]
3.Pada pandangan anda, apakah kesan kepada sesebuah negara jika para pemimpinnya tidak bersepakat? [3 markah]

No comments:

Post a Comment