PENGAJIAN AM SEM2 –ESEI –STRATEGI
MENANGANI ANCAMAN DALAMAN MALAYSIA
Bagi memelihara dan mempertahankan keselamatan negara beberapa strategi
utama perlu dilaksanakan. Huraikan strategi-strategi yang dapat dilaksanakan
oleh kerajaan bagi mencapai matlamat tersebut.
PENDAHULUAN
Keselamatan
negara merupakan satu tonggak utama dalam menentukan kemajuan negara dan
kesejahteraan hidup rakyat. Terdapat beberapa strategi dalam menentukan
keselamatan negara sentiasa terjamin.
ISI-ISI- 5 STRATEGI
1.MENDUKUNG
PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN
Meningkatkan
penghayatan, menghormati, dan mendukung prinsip-prinsip yang terkandung dalam
Perlembagaan Persekutuan demi kestabilan dan kesejahteraan negara. Akur dengan
perlembagaan tanpa mempertikaikan kesahihannya. Memprotes dan membantah adalah
satu kesalahan.
2.MENGUKUHKAN SISTEM
DAN INSTITUSI NEGARA
Mengukuhkan
penerimaan rakyat terhadap sistem Demokrasi Berparlimen, Raja berpelembagaan
dan institusi negara berteraskan kepada Perlembagaan Persekutuan dan Prinsip
Rukun Negara yang menjadi tunjang kestabilan sosio-politik negara. Institusi
negara menjalankan amanah dengan penuh integiriti dan akauntabiliti
3.MENGUKUHKAN PERPADUAN
NASIONAL
Mengukuhkan
perpaduan nasional berteraskan kepada Perlembagaan Persekutuan bagi membentuk
sebuah bangsa Malaysia yang mempunyai identiti yang sama walaupun mengamalkan
kepelbagaian budaya. DBK hendaklah dipraktikkan tanpa waswas dan prejudis
walaupun semua amalan budaya etnik lain diterima dalam arus budaya perdana.
4. MERAPATKAN JURANG
SOSIOEKONOMI
Memperbanyakkan
peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan, menambahbaik ketidakseimbangan
pendapatan antara kaum, mentransformasi luar bandar bagi meningkatkan
kesejahteraan masyarakat, memperkasa komuniti untuk membina masyarakat yang produktif
dan mampu menjana pendapatan sendiri serta memperkukuh infrastruktur luar
bandar bagi menyokong pertumbuhan ekonomi penduduk.
5. PERPADUAN MELALUI
PENDIDIKAN
Menyemai
dan memupuk semangat dan kepentingan perpaduan dalam kalangan rakyat pelbagai
kaum bermula dengan sistem pendidikan berteraskan kepada bahasa pengantar
kebangsaan iaitu Bahasa Melayu. BM berperanan sebagai bahasa kebangsaan bukan
setakat di sekolah, malah dalam media massa dan juga di tempat awam
KESIMPULAN
Kerajaan
tidak dapat memelihara keselamatan tanpa sinergi rakyat. Setiap lapisan
masyarakat di negara ini hendaklah bekerjasama dengan kerajaan untuk memastikan
keselamatan negara terpelihara sepanjang masa. Salah satu caranya ialah
mematuhi undang-undang tanpa melakukan sesuatu yang memprovokasinya.
No comments:
Post a Comment