Thursday, June 11, 2020

JAWAPAN LATIHAN MASA CUTI PKP BM TINGKATAN 4/5 SIRI 11


JAWAPAN LATIHAN MASA CUTI PKP BM TINGKATAN 4/5 SIRI 11

Bina satu ayat supaya anda jelas faham akan maksudnya. Binaan ayat boleh terus die-melkan kepada saya bersama karangan kamu.

(i) menatang – Pelayan restoran itu menatang makanan yang telah kami tempah.
(ii)menjinjing – Wanita tua itu menjinjing beberapa buah beg plastik.
(iii) mengandar- Penoreh getah itu mengandar dua baldi susu getah ke kilang.
(iv) menuntun- Budak yang baik hati itu menuntun seorang wanita tua untuk melintas jalan raya.  
(v) mengheret-  Kita tidak patut mengheret orang yang tidak bersalah ke mahkamah.
(vi) menyorong- Pekerja sekolah menyorong beberapa buah pasu bunga ke dewan sekolah.

Cari satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan imbuhan

1.Remaja diseru untuk mengikuti perkembangan isu semasa
2.Para sarjana hendaklah mengadakan perbincangan ilmiah dalam media.
3.Peserta  kem pengakap dinasihatkan agar mencari kenalan baharu
4.Meja bulat diwujudkan untuk bertukar-tukar pendapat sesama peserta persidangan
5.Mereka yang ditahan dalam lokap polis dibenarkan berhubung dengan orang tersayang.
6.Ibu bapa hendaklah menjadi suri teladan dalam pembentukan keluarga bahagia
7.Golongan tua sewajarnya menerapkan didikan agama sejak anak-anak kecil.
8.Guru-guru kaunseling haruslah sentiasa memberikan nasihat kepada pelajar yang bermasalah.
9.Novel yang sedang saya baca itu menceritakan kisah-kisah teladan.
10.Pelajar-pelajar  sepatutnya dibawa melawat ke muzium atau pameran yang berkaitan kemerdekaan
11.Audiens insaf setelah menonton rancangan televisyen yang memaparkan kesusahan hidup yang dialami orang lain.
12.Gotong-royong membersihkan kawasan perumahan telah diadakan di Taman Bukit.
14. Perkhidmatan gunting rambut dibenarkan beroperasi mulai Isnin nanti
15. Pengusaha dan pelanggan rawatan dan solekan hendaklah mengamalkan penjarakan sosial.

Cari satu kesalahan bahasa dan satu kesalahan istilah

1.Pelaburan asing menjadi sumber pendapatan sejak sesebuah negara mencapai merdeka.
2.Salah satu sumber pendapatan negara adalah melalui cukai yang dikenakan.
3.Kerajaan Jepun memberikan pinjaman untuk negara kita membangun.
4.Penularan Covid-19 menjejaskan peluang pekerjaan masyarakat seluruh dunia.
5.Subjek Sains membantu negara membangunkan teknologi dan inovasi dalam negara.
6.Dasar Pertambahan pekerja asing dapat mengurangkan pengaliran wang keluar ke luar negara.
7.Peningkatan kualiti pendidikan akan mewujudkan persaingan yang sihat.
8.Generasir muda hendaklah berusaha mempertahankan adat warisan.
9.Bahasa Malaysia yang mempunyai sejarah silam hendaklah diwarisi oleh remaja.
 10.Sejarah memupuk penghayatan masyarakat terhadap perjuangan terdahulu.
11.Semua etnik di negara ini sentiasa diseru supaya memperlihatkan identiti bangsa Malaysia.
12.Pelajar-pelajar Malaysia di luar negara haruslah meningkatkan imej negara di mata dunia.
13.Bahasa Malaysia menjadi wadah memupuk perpaduan rakyat Malaysia berbilang kaum.
14.Banyak destinasi pelancongan dibuka untuk menarik pelancong.
15.Kini semua pelanggan hendaklah mendaftarkan diri sebelum masuk ke sesebuah premis perniagaan.

Cari peribahasa yang sesuai mengikut situasi dalam ayat-ayat berikut
1. Encik Surinder meminta pelajarnya bernama Khor Chean Foo membaiki komputernya tetapi akhirnya komputer itu semakin rosak teruk dan tidak dapat digunakan sama sekali.
Jawapan: bagaikan tikus membaiki labu (menjadikan sesuatu lebih teruk rosaknya)

2. Perbuatan Mathews itu sungguh melampau kerana dia menggunakan Santos untuk memikat hati adik perempuan Santos yang cantik itu.
Jawapan: batu loncatan (menggunakan seseorang untuk mencapai sesuatu maksud)

3. Pada waktu hampir senja barulah para pelajar tingkatan satu dan tingkatan peralihan berduyun-duyun pulang ke rumah masing-masing.
Jawapan: bagai itik pulang petang (balik dalam keadaan berbaris-baris)

4. Oleh sebab terlalu mengikut rasa marah setelah dirotan oleh guru disiplinnya akibat berambut panjang, Tan Yee Voong menyepak tiang gol itu sehingga menyebabkan kakinya patah.
Jawapan: ikut rasa binasa, ikut hati mati (melakukan perbuatan tanpa berfikir akan menyebabkan kesan yang buruk)

5. Walaupun berani dan bijak dengan selok-belok di hutan itu tetapi Gan Yang tidak menunjuk-nunjuk kemampuannya itu kepada peserta perkhemahan tersebut.
Jawapan: Ikut resmi padi, makin tunduk makin berisi (orang bijak tidak suka menunjuk-nunjuk)

6. Sejak pengurus itu bersara, Michele Tan yang memangku jawatannya semakin sombong dan bersifat kejam kepada pekerja-pekerja bawahannya.
Jawapan: seperti kaduk naik junjung (semakin berlagak setelah mendapat kenaikan pangkat)

7. Sebagai rakyat negara asing yang berhijrah ke Malaysia untuk mencari rezeki, pendatang asing mestilah menghormati undang-undang yang diguna pakai di Malaysia.
Jawapan: masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak / di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung (mengikut adat resam di mana kita berada)

8. Tidak ada apa-apa yang lebih dipercayai dan bermakna oleh seseorang itu kecuali janji-janji yang telah diucapkannya kepada mereka.
Jawapan: kerbau dipegang pada talinya, manusia dipegang pada janjinya. (manusia dipercayai jika menunaikan janjinya)

9. Walaupun hanya memenangi pertandingan membaca berita peringkat sekolah namun berita kemenangan Lim Weng Hoi itu tersebar ke seluruh daerah Cheras.
Jawapah: jangan ikut resmi ayam, bertelur sebiji riuh sekampung (berita kejayaan yang tidak seberapa tetapi menjadi riuh di seluruh tempat)

10. Walaupun berbadan kecil dan kurus namun semua pelajar takut akan Azila yang garang dan pandai bersilat itu.
Jawapan: kecil-kecil cili padi (walaupun berbadan kecil tetapi amat berani)


No comments:

Post a Comment