Tuesday, May 12, 2020

JAWAPAN LATIHAN BAHASA MELAYU CUTI PKP TINGKATAN 2/3 SIRI 7


JAWAPAN LATIHAN BAHASA MELAYU CUTI PKP TINGKATAN 2/3 SIRI 7

LATIHAN BAHASA
kesalahan penggunaan kata/istilah dan kesalahan tatabahasa
1.Puan Rahimah sedang  [H1] bertutur dalam perhimpunan bila [H2] para pelawat itu tiba di sekolah.
2.Ketiga-tiga orang pelajar-pelajar [H3] yang cemerlang itu menerima peluang [H4] untuk melanjutkan pelajaran ke sekolah berasrama penuh.
3.Muka Farida bengkak [H5] oleh kerana [H6] disengat tebuan semasa dia mencolok [H7] buah mangga itu.
4.Kereta yang Hairul pandu itu [H8] terbabas ketika dia membelok di pusingan [H9] yang tajam itu.
5.Baginda mengingatkan [H10] pembesar-pembesar negeri supaya sentiasa amanah di dalam [H11] melaksanakan tugas dan tanggugjawab.
6.Kedua [H12] orang sahabat itu telah berkongsi modal untuk membuka sebuah butik eksekutif [H13] berhampiran dengan pusat bandar.
7.Semasa sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung, Cikgu Zuraidi menerangkan lain-lain faktor[H14]  yang mengakibatkan kemerosotan [H15] Empayar Uthmaniyah.
8.Tahap [H16] kehidupan rakyat di negara ini semakin teruk dari masa [H17] ke semasa kerana kejatuhan nilai Ringgit Malaysia yang semakin membimbangkan.

10.Encik Nazlan berjanji untuk memberikan bonus sebagai intensif [H20] kepada semua pekerja-pekerjanya [H21] jika mereka dapat meningkatkan produktiviti syarikat.
11.Sikap profesion yang ditunjukkan [H22] oleh pegawai kanan itu kepada peserta program amat dikagumi oleh saya.[H23] 
12.Pembeli yang menjuarai cabutan bertuah itu berpeluang untuk memilih apa [H24] barangan elektirk seperti ketuhar atau seterika [H25] yang dipamerkan.
13. Pendemik Covid-19 yang sungguh amat [H26] membimbangkan rakyat di negara kita menyebabkan kerajaan telah mengambil beberapa langkah untuk mengawal  penyambungan [H27] wabak tersebut.
14.Para-para [H28] peniaga diingatkan agar mengibarkan [H29] tanda harga pada barangan yang dijual  untuk mengelakkan unsur penipuan.
15.Semua kotak-kotak [H30] yang berisi peralatan perubatan itu telah dibawa [H31] oleh mereka itu dari atas lori.
Cerakinkan kepada dua ayat tunggal
1.      Ayah mencuci kereta di halaman rumah
2.      Ibu memasak rendang di dapur.
3.      Salina menderita penyakit kanser tahap empat
4.      Salina telah meninggal dunia di Hospital Sungai Buloh petang semalam.
5.      Pekerja-pekerja  asing menjadi pilihan banyak majikan di negara ini
6.   Pekerja-pekerja  asing sanggup menerima upah lebih rendah.
7.  Adakah Encik Amran hendak ke Muzium Negara?
8.  Adakah Encik Amran hendak ke Putrajaya?
9. Pendebat itu petah berhujah
10. Pendebat itu bijak mematahkan hujah lawan.
11. Semua anggota masyarakat hendaklah saling menghormati
12. Kehidupan rakyat di  negara ini bertambah harmoni.
13. Jadual kerja pemimpin besar itu padat
14. Pemimpin besar itu masih dapat meluangkan masanya   untuk bertemu  dengan
      penduduk setempat.
15. Aktiviti kokurikulum dilaksanakan di sekolah.
16. Aktiviti kokurikulum  memberikan faedah yang banyak kepada murid-murid.
17. Sumbangan sektor perindustrian terhadap kekukuhan ekonomi Malaysia tidak dapat
     disangkal lagi
18. Sumbangan sektor perindustrian perlu diberikan  fokus utama dari semasa ke semasa.
19. Pembeli iru memenangi cabutan bertuah
20. Pembeli itu berpeluang untuk memilih mana-mana barang elektrik seperti ketuhar.
21. Produk herba di negara kita mempunyai potensi untuk dikomersialkan ke peringkat
      antarabangsa
22.  Produk herba di negara kita kerana memiliki khasiat yang tinggi.
23. Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan oleh kerajaan.
24. Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) memutuskan rantaian jangkitan virus Covid-19.
25. Setiap hari ramai orang awam ditahan oleh pihak berkuasa
26. Setiap hari ramai orang awam melanggar arahan  Perintah Kawalan Pergerakan
      (PKP).
27. Sebagai pengguna, kita perlulah mengamalkan budaya berjimat cermat semasa
      berbelanja
28. Sebagai pengguna, kita perlulah mengamalkan budaya menabung wang.

Gabungkan ayat-ayat tunggal di bawah ini supaya menjadi satu ayat
1.Mata pelajaran Sains dianggap mata pelajaran yang sukar oleh sesetengah pelajar manakala mata pelajaran Seni dianggap mata pelajaran yang senang oleh sesetengah pelajar.
2.Buku cerita yang sangat tebal itu dibeli bersempena pesta buku yang diadakan di
Plaza Angsana, Johor Bahru.
3.Para pelajar perlu menyiapkan latihan Bahasa Melayu dalam tempoh yang ditetapan. 
4.Dalam usaha mengawal jangkitan virus Covid-19 , orang ramai perlu sentiasa mematuhi arahan Perintah Kawalan Pegerakan(PKP) dan  menjaga kebersihan diri.
5.Kemalangan ngeri yang  melibatkan beberapa buah kenderaan di Jalan Kemboja menyebabkan kesesakan jalan raya.
6.Golongan muda tidak sepatutnya lupa akan jasa warga tua kerana warga tua telah banyak berkorban untuk  membangunkan negara tercinta.
7.Murid perempuan yang  telah menerima Anugerah Tokoh Kurikulum itu berjaya mengharumkan nama sekolah di peringkat kebangsaan walaupun dia telah mengalami kecederaan di bahagian kaki.
8.Pokok-pokok hiasan yang ditanam berjajaran di bahu jalan di sepanjang jalan utama buakn sahaja mengindahkan pemandangan persekitaran malah membekalkan oksigen.







 [H1]akan


 [H2]apabila


 [H3]pelajar


 [H4]tawaran


 [H5]lebam


 [H6]sebab


 [H7]


 [H8]dipandu oleh Hairul itu


 [H9]selekoh


 [H10]menitahkan


 [H11]dalam


 [H12]kedua-dua


 [H13]eksklusif


 [H14]faktor-faktor lain


 [H15]kejatuhan


 [H16]taraf


 [H17]semasa


 [H18]dijalankan oleh IPKP


 [H19]menemukan


 [H20]insentif


 [H21]pekerjanya


 [H22]diperlihatkan


 [H23]amat saya kagumi


 [H24]apa-apa


 [H25]sterika


 [H26]sungguh/amat


 [H27]penularan


 [H28]para


 [H29]mempamerkan


 [H30]kotak


 [H31]diangkut/diturunkan

No comments:

Post a Comment