LATIHAN MASA CUTI PKP TINGKATAN 1,2,3 SIRI 9
Betulkan kesalahan-kesalahan dalam ayat berikut. Mungkin satu atau
lebih
1.
Ibadah
haji menjadi salah satu tuntutan yang perlu dipenuhi oleh umat Islam seperti
yang termaktub dalam Rukun Negara.
2.Pattani
berletak di wilayah Thai yang mempunyai majoriti penghuni yang beragama Islam
3.United
Kingdom pernah menjadi agresif dalam Persatuan Eropah.
4.Seramai
lima atlet telah disenaraipendek untuk hadiah itu.
5.Negeri
Perak Darul Aman merupakan salah satu daripada 13 buah negeri Malaysia dibentuk.
6.
Kebanyakan pemikiran datang daripada logik akal dan terbukti salah jika dilihat
dari sudut motivasi semata-mata.
7.Matapelajaran
Fizik sangat penting jika seseorang hendak mendalamkan bidang astronomi.
8.Italy
merupakan salah satu pasukan bola sepak kebangsaan yang paling berjaya di dunia.
9.
Tidak ada apa yang mereka risaukan waktu itu.
10.Ayahnya
setuju walaupun melanggar syarat yang dia sendiri menetapkan.
11.Semuanya
dia kenal.
12.Dia
menjawab seperti disuruh-suruh oleh kuasa yang dia tidak tahu dari mana
puncanya.
13.Haji
Isa memperisteri anak lelakinya dengan seorang gadis kampung
14.Siti
Nurhaliza membuat ayahnya secawan teh.
15.Cikgu
Norida menceritakan tentang pengalamannya
16.Hambali
sentiasa berfikir masalah dirinya
17.Jalil
tidak datang ke sekolah oleh kerana demam
18.Orang
tua itu tidur bertilamkan dengan surat khabar lama
19.Markah
Bahasa Melayunya telah meningkat dari 80% ke 90%
20.Apabila
membaca surat khabar, kita boleh mengetahui pelbagai berita terkin
nyatakan 3 peribahasa yang sesuai bagi setiap petikan berikut
1.Sebenarnya
Abu tidak berminat dan tidak pandai bermain bola sepak ketika di kampung. Setelah
dia melanjutkan pelajarannya di institusi pengajian tinggi ,minatnya untuk bermain bola timbul dan dia
telah bergiat cergas dalam permainan tersebut. Hasil usaha gigih tanpa mengenal
penat dan erti jemu, dia telah terpilih
sebagai pemain yang akan mewakili institusi tempatnya belajar
2.
Memang banyak faedah yang akan diperoleh jika kita merantau atau pergi ke
sesuatu tempat yang jauh dari tempat kita. Kita akan dapat melihat cara hidup
masyarakat di tempat tersebut yang berbeza dengan cara hidup kita. Oleh itu,
memang ada orang yang suka mengembara ke tempat lain sama ada untuk mencari
pekerjaan ataupun pengalaman. Ada pula perantau yang terus menetap di tempat
tersebut, tetapi ada juga yang pulang ke tempat asal setelah lama berada di
perantauan.
3.
Muthusami memang merupakan seorang anak yang degil dan tidak mendengar nasihat
ibu bapanya. Segala nasihat ibu bapanya tidak diendahkannya dan dia sering
melakukan sesuatu perkara mengikut perasaannya serta tidak memikirkan kesan
buruk yang akan menimpa dirinya suatu hari nanti. Dia sering memandu keretanya
dengan laju dan dalam keadaan bahaya. Namun begitu, selepas dia terlibat dalam
kemalangan jalan raya yang menyebabkan kakinya patah, barulah dia menyesal dan
sedar akan kedegilannya. Namun begitu, penyesalannya itu sudah terlambat.
Selain itu, semua kawannya yang selalu mendampinginya selama ini sudah mula
menjauhkan diri.
4.Bapa
Faizal baru sahaja mendapat wang yang banyak hasil jualan tanahnya. Dia terlalu
gembira kerana tidak menyangka tanah itu akan dimajukan oleh kerajaan. Wang
yang diperoleh itu akan digunakan untuk membeli rumah banglo baru dan kereta
mewah yang diidamkannya selama ini. Namun begitu, perangainya juga sudah
berubah sejak mendapat wang yang banyak itu dan masanya selalu dihabiskan di
meja judi. Dia begitu boros berbelanja dan berjudi hingga menyebabkan wangnya
habis dalam masa dua tahun sahaja. Akhirnya,dia menyesali sikapnya yang boros
itu, tetapi sudah terlambat.
Karangan
Pada pendapat kamu bagaimanakah latar belakang keluarga menjadi faktor gejala
sosial dalam kalangan remaja
Pendahuluan
-keluarga
merupakan antara pengaruh utama dalam kehidupan seseorang remaja-kegagalan ibu bapa
mendidik anak-anak menjejaskan masa depan-ibu bapa menyebabkan mereka terlibat
dengan gejala-gejala sosial-tidakmampu untuk membentuk diri mereka
Isi-isi
1.gejala
sosial banyak berlaku dalam kalangan remaja dari keluarga kurang berada-
pendapatan
ibu bapa yang rendah-anak membesar dalam keadaan terbiar-keinginan dan
keperluan anak tidak dipenuhi-remaja dua kali ganda lebih cenderung bertingkah
laku negatif berbanding remaja lain-remaja sentiasa bandingkan diri dengan
remaja dari keluarga yang berada
2.faktor
ekonomi-tidak
berkeupayaan berbelanja mewah-pendapatan cepat habis-perceraian di antara ibu
bapa-pertambahan ibu tunggal atau bapa tunggal mencetuskan masalah keluarga-menyebabkan
timbulnya masalah juvana- rumah tangga yang retak dan ibu tunggal lebih mudah
terbabit dalam tingkah laku berbanding remaja daripada keluarga normal.
3.gejala
sosial disebabkan konflik dan tekanan psikologikal –keluarga tidak
memberikan kebahagiaan kepada mereka-berlakunya konflik antara remaja dengan
ibu bapa-kekurangan dan gangguan interaksi yang berkesan-jiwa remaja memberontak
dan mendorong mereka bertingkah laku jahat-degil dan enggal dengar nasihat
orang-orang tua
4.hubungan
komunikasi yang tidak baik-ibu bapa yang jarang berada di rumah-tidak
meluangkan masa bersama anak-anak- masa yang ada pula terbatas-ibu bapa yang
sibuk dengan kerja boleh menyebabkan hubungan
antara anak dengan ibu bapa renggang-anak-anak pulang dari sekolah, ibu
bapa tiada di rumah- remaja lebih suka menghabiskan masa bersama rakan-rakan sebelum
pulang ke rumah
Kesimpulan
-masalah
sosial yang melanda remaja pada masa kini dipengaruhi beberapa faktor-antara
faktor terpenting ialah latar belakang keluarga-ibu bapa hendaklah berusaha
membanteras masalah sosial remaja-sesungguhnya remaja yang unggul dan
berkualiti adalah remaja yang dapat membangunkan negara supaya lebih standing dan
maju dengan negara-negara lain.
PELAJAR HENDAKLAH MENGHUBUNGKAN AYAT-AYAT
DENGAN KATA HUBUNG DAN PENANDA WACANA YANG SESUAI. JANGAN CANTUMKAN
RANGKA-RANGKA SAHAJA
No comments:
Post a Comment