PENULISAN SAINTIFIK
1.Penyataan
Masalah
Kemahiran menulis ialah apa yang hendak ditulis dan
memilih bentuk yang tepat.Kemahiran ini merupakan satu aktiviti konstruktivis
yang memerlukan seseorang terlibat secara aktif dalam proses membentuk makna
denganbahasa tulisan.(Hayes & Flower,1979).Penulisan ini dibahagi dua,iaitu
penulisan berbentuk saintifik dan bukan saintifik.Yang bukan saintifik terdiri
daripada penulisan deskriptif,naratif,imaginasi dan sebagainya.Penulisan
saintifik juga dikenali juga sebagai penulisan ternikal.Oleh sebab laras bahasanya
terlalu akademik,penulisan ini dikenali juga sebagai penulisan ilmiah atau
akademik.Tujuan penulisan saintifik ialah untuk memberitahu sesuatu kepada
pembaca supaya pembaca tersebut dapat bertindak.Penulisan ini mempunyai
matlamat khusus dan khalayak khusus.Penulisan ini lebih berkuasa daripada
penulisan lain kerana penulisan ini membolehkan sesuatu perkara akan terjadi
atau berlaku.(Kenneth W.Houp,1984)Penulisan saintifik sememangnya tidak
ditekankan dalam system pendidikan kita.
Objektif Sukatan Pelajaran KBSM mahupun Sukatan
Pelajaran Sijil Tinggi Persekolahan(STPM) tidak memberi penekanan terhadap
penulisan saintifik.Laporan-laporan Majlis Peperiksaan Malaysia(bagi STPM) dan
Lembaga Peperiksaan Malaysia(bagi SPM) melaporkan bahawa calon-calon SPM dan
STPM gagal menggunakan penulisan saintifik ataupun teknikal dalam jawapan
mereka.Misalnya Laporan Majlis Peperiksaan Malaysia bagi mata pelajaran Fizik
960,STPM 2009 mengatakan bahawa,”..pada amnya bahasa yang digunakan memuaskan
tetapi masih terdapat calon menggunakan bahasa yang kurang tepat dari segi
sains untukmenjelaskan fenomena fizik…”(Laporan STPM,2009).Bagi subjek Kimia
pula,laporan STPM 2010 mengatakan bahawa…”kelemahan pelajar ialah suka membuat
ayat yang panjang-panjang,berbelit-belit dan sebahagiannya tergantung. …malah
terdapat juga ketidaktepatan perostolahan kimia…..kelemahan calon menguasai
konsep saintifik menyebabkan mereka tidak kritis dan fakta-fakta calon
berulang-ulang….takrif juga tidak sempurna..”(Laporan STPM,2010)
Laporan tersebut menunjukkan bahawa mutu jawapan
pelajar dalam mata-mata pelajaran tersebut tidak berkualiti dan tidak memenuhi
cirri-ciri penulisan saintifik.Bagi mata pelajaran Pengajian Am,pelajar-pelajar
dikehendaki menulis dua buah karangan iaitu satu daripada laras sastera dan
satu daripada laras sains.Bagi penulisan laras sains,pelajar-pelajar tidak
menggunakan sebarang teknik saintifik seperti istilah
khusus,ketepatan,objektiviti,kejelasan
dan sebagainya“…penggunaan bahasa calon dalam
karangan laras sains terlalu umum,terdapat perulangan fakta,pemerengganantidak
betul,jawapan tidak diolah dengan kemas dan tidak menguasai maklumat tentang
tajuk karangan…”(Laporan STPM,2008,2009 dan 2010).Yang menjadi ironisnya ialah
pelajar-pelajar tidak diajar atau dibimbing di sekolah tentang bahasa atau
laras sains.Jadi tidak hairanlah jika pelajar-pelajar menggunakan laras bahasa
umum dalam kedua-dua karangan tersebut.
Sukatan Pelajaran digubal berasaskan irea
komunikatif di mana Bahasa Merentas Kurikulm.Komunikatif sama ada secara lisan
ataupun penulisan adalah amat penting kerana dengan kemahiran ini pelajar dapat
mencetuskan fikiran mereka dan dapat berkomunikasi dengan orang lain dengan
berkesan.Penulisan saintifik atau teknikal merupakan sebahagian daripada
kemahiran komunikatif.Penguasaan kemahiran penulisan saintifik akan membolehkan
pelajar-pelajar dapat menghadapi dunia kerjaya mereka apabila dewasa
nanti.Penulisan saintifik banyak digunakan dalam semua bidang professional dan
perindustrian.Pemerhatian dan pemeriksaan penulisan oleh penyelidik sebagai
guru Pengajian Am dan mengajar mata pelajaran ini di kedua_dua aliran
kemanusiaan dan sains berpendapat pendekatan penulisan saintifik ini sesuai dan
berkesan diajarkan di peringkat menengah tinggi di sekolah-sekolah.
2.Objektif Kajian
Kajian ini adalah untuk mengetahui sejauh manakah
tahap penulisan saintifik dalam kalangan pelajar tingkatan enam.Kajian ini
bertujuan untuk mengenal pasti cirri-ciri penulisan saintifik dalam penulisan
pelajar iaitu dalam mata pelajaran Pengajian Am dan mata-mata pelajaran sains
tulen dan sains social.
3.Sorotan Kajian
Ramai yang beranggapan bahawa apabila disebut sahaja
penulisan saintifik,maka yang difikirkan ialah penggunaan istilah yang khusus
dalam penulisan tersebut.Sebenarnya istilah saintifik tersebut hanya sebahagian
daripada beberapa ciri yang menentukan corak penulisan saintifik.Menurut Asmah
Hj.Omar,
“…sebenarnya bahasa saintifik mempunyai pengertian
yang luas dari segi laras dan gaya,bentuk kata,frasa,modus dan teksnya.Ini kerana
bahasa saintifik agak berlainan sedikit dari segi gaya bahasa dibandingkan
bidang yang lain sama ada dari segi takrif,modus,penghuraian dan
sebagainya…”.(Asmah,1987)
‘Penulisan bukanlah suatu perlakuan yang
mudah.Penulisan memerlukan
penelitian,penganalisisan,penyusunan fakta dan
penghuraiannya kepada bentuk pengucapan yang logical.Dalam buku‘Effective
Writing Strategies for Engineers and Scientists’,karangan Woolston et.al
(1998),penulisan ditakrifkan sebagai satu proses mereka bentuk sesuatu dokumen yang
menepati sesuatu kehendak dan menentukan ia menepati sesuatu fungsi yang
dihasratkan”(Ismail Ahmad,1996).Dalam hal perlakuan penulisan pelajar,dokumen
tersebut ialah penulisan yang dihasilkan sama ada dalam mata pelajaran
Pengajian Am atau menulis sesi bagi mata pelajaran sains tulen atau sains dan
social.Saintifik atau tidak sesuatu penulisan diukur dari segi penggunaan
bahasa dan isinya.Bahassa penulisan saintifik lebih khusus berbanding bahasa
bukan saintifik lebih deskriptif dan terhurai.Manakala isi dalam penulisan
saintifik memperkatakan suatu bidang dengan tepat,objektif,jelas,ringkas dan
mudah difahami.
Kekhususan fakta dan ketepatan kata menyebabkan
seseorang yang bukan dari bidang tersebut mengalami kesukaran memahaminya dan
mengatakan bidang penulisan saintifik ini kabur dan kompleks.Kompleks atau
rumitnya di sini ialah bahasa dan isi tersebut tidak dapat difahami oleh
pembaca biasa.Untuk memudahkan pemahaman pembaca ilustrasi seperti
gambar,graf,peta dan grafik lain turut digunakan.Biasanya ini dapat digunakan
dalam penulisan sains tulen yang menekankan sains empirical dan teknikal.Untuk
menghasilkan penulisan saintifiks atau teknikal yang berkualiti seseorang perlu
mematuhi beberap peraturan dan prosedur.Yang pertama mematuhi peraturan penulisannya
dan kedua menyarankan kaedah kepada penulis muda dalam bidang ini agar mereka
dapat mengolah dan menyampaikan hasil kerja atau laoran mereka dan akhirnya
diterima oleh pembaca.(P.G.Cooray,1992).Peraturan dan prosedur yang dimaksudkan
ialah ketepatan kandungan penulisan saintifik dan kejelasan.Dalam aspek
kejelasan,kata-kata yang digunakan hendaklah terus terang dan tiada makna
tersirat.Penulis hendaklah menulis berkaitan dengan tajuknya sahaja. P.G.Cooray
mencadangkan penulisan saintifik hendaklah bebas daripada kata-kata
jargon,kolokial dan hendaklah diberi takrifan terhadap istilah khusus.
Penggunaan kata-kata hendaklah padat dan barsifat
ekonomik iaitu tiada pembaziran kata-kata.Penulisan saintifik juga harus
memperlihatkan kepaduan iaitu penulisan mempunyai urutan logic dalam setiap
bahagian penulisan.
Penulisan saintifik yang berkualiti harus mewujudkan
hubungan antara penulis dengan pembaca.Kesan penulisan yang berkualiti bukan
sahaja terletak pada bahasa,malah bergantung juga kepada 8 kriteria yang
disarankan seperti berikut.(John Kirkman,1994)sama ada
l pembaca biasa dengan penulisan tersebut,
l sikap pembaca terhadap penulisan,keadaan mental
dan fizikal sewaktu membaca penulisan saintifik,
l motivasi pembaca,
l harapan pembaca terhadap gaya,
l pengolahan dan reka letak,
l pengolahan bahan penulisan oleh penulis,
l sejauhmana penulis memasukkan maklumat yang
terperinci
l dan keadaan fizikal teks seperti reka letak
(layout),saiz huruf dan muka taip yang digunakan dalam penulisan saintifik.
Dari segi gaya bahasa penulisan saintifik,beliau
menyimpulkan bahawa (1) ayat yang pendek,mudah dan ringkas,(2) kosa kata yang
padat,kusus,dan konkrit.(3)frasa hendaklah bersesuaian dengan ekpresi,berterus
terang tanpa berselindung maklumat.(4)kata kerja yang digunakan dalam penulisan
hendaklah kata kerja aktif iaitu ayatt dimulakan dengan kata nama sebagai
subjek(pelaku) (5)perenggan yang seimbang (6)tanda baca yang sesuai .(john
Kirkman,1994)Dalam makalah “the Functional writing Modelin Technical Writing Courses”
.Anita Brostoff mencadangkan bahawa penulisan saintifik harus mempunyai
beberapa aspek iaitu (1)pengolahan idea iaitu olahan idea ini menyatukan
perengan dengan logic (2) sentiasa merujuk kepada pembaca (3)meramalkan olahan
idea kepada pembaca dan (4)penghujahan yang logik (dalam Dwight
W.Stevenson,1981)
Penulisan saintifik atau teknikal hendaklah jelas
dengan matlamatnya.Ini bermaksud tiada sebarang penulisan saintifik tanpa jelas
dengan maknanya.(Kenneth W.Houp &thosmas E.Pearsall,1984)Hal ini berlaku
kerana setiap penulis saintifik sebelum mula menulis mereka telah memastikan
siapakah pembaca mereka.Setelah sudahpasti dengan audiensnya ,bahasa yang
digunakan adalah padat,langsung dan ringkas.renulisan santifik ialah kayar
bukan fiksyen .Penulisan saintifik ini meliputi pelbagai bidang.Apabila pelajar
sekolah yang terdedah kepada penulisan saintifik ,mereka akan memanfaatkan apa
yang dipelajari dalam penulisan ini dalam hidup sebenar mereka apabila mereka
memasuki alam pekerjaan sebagai ahli perniagaan,sarjana,guru,saintis,industrialis.doktor,ahli
ekonomi dan sebagainya Mereka akan menggunakan komunikasi yang berkesan satu
cara untuk menukar-nukar informasi dari penulis kepada pembaca secara bermakna
dan berkesan .Oleh itu peljar sekolah patut didedahkan kepentingan penulisan
saintifk sejak di sekolah lagi.Kegagalan kerajaan menekan kan penulisan ini
sebagai satu kemahiran dalam sukatan pelajaran adalah satu kekurangan dalam
dunia akademik.Antaralain pelajar perlu sedar bahawa perubahan tamadun manusia ke
era globalisasi memerlukan penulisan yang bercorak informative
Manusia mempunyai pelbagai pengalaman identiti dan
reaksi.Jadi menyampaikan komunikasi secara saintifik dengan setepat-tepatnya
adalah sukar.Bagaimanapun pegguaan lapan prinsip dalam penulisan saintifik atau
teknikal berikut akan dapat mengatasi masalah komunikasi tersebut.Antaranya:
• -penulis saintifik memahami pembacanya
• -ketahui tujuan teks yang ditulis
• -ketahui kandungan penulisan
• -mengolah bahan penulisan
• -menulis secara objektif
• -menggunakan bahasa yang standard
• -menggunakan format yang betul
• -sesuaikan amalan etika dalam penulisan
saintifik(narva T.Barnett,1987)
Selain teknik (gaya),bahasa juga memainkan peranan
dalam saintifik .Tanpa mengetahui tatabahasa.sukar untuk penulis saintifik
merakamkam cetusan ideanya secara berkesan .Hasil penulisan yang tidak berkesan
disebabkan bahasa yang lemah,kurang mendapat perhatian daripada pembaca.Jadi
mesej yang ingin disampaikan oleh penulis tidak kesampaian kepada khalayak/Idea
tidak selanjar dan tidak berkesan jika menggunkan tatabahasa dengan tidak
betul.(Ismail Ahmad ,1996).Kepentigan tatabahsa dalam penulisan saintifik perlu
kerana pembaca dapat membaca tulisan tersebut dengan lancar.Maksud tatabahsa di
sini bukanlah huraian struktur ayat tersebut .Dalam bukunya,”Element Of
Scientific Writing”,penulisnya menerangkan bahawa prinsip pertama penulisan
saintifik ialah bahasa sebagai aspek primer dan isi sains sebagai aspek
sekunder.(Alwarez,1980)
Penulisan berkualitif dan berkesan mesti dimulakan
dengan penggunaan tatabahasa yang betul,termasuk mekanisnya seperti tanda
baca,ejaan dan huruf besar dan kecil.Salah eja atau salah guna sesuatu
oerkataan akan membawa konotasi yang salahdalam penulisan saintifik .Gangguan
seumpama ini menjelaskan kosentrasi yang salahdalam penulisan
saintifik.Gangguan seumpama ini menjejaskan konsentrasi pembaca terhadap teks
saintifik .,Penggunaan tatabahsa yang betul juga memberi kuasa autoriti kepada
penulis untuk menyampaikan mesejnya .Subjek kajian iaitu pelajar tingkatan enam
sudahpun menguasai bahasa Malaysia selama 12 tahun.Jadi mustahil bagi ,ereka
,asih menyalahgunakan bahasa dalam penulisan saintifik.Penulis saintifik
hendaklah mengelakkan
• penggunaan perkataan yang membeza-bezakan lelaki
dengan perempuan
• tabiat meminggirkan wanita dalam penulisan
• penggunaan kata nama sebagai subjek ,kata kerja
yang betul
• kata-kata yang membawa makna tersirat dan
kata-kata yang mengelirukan pembaca.
• kepada penulis .Penulis menggunakan laras sains
tetapi bahasanya bernada sajak seperti rimanya sama.terdapat aliterasi,asonansi
dan sebagainya.
• Penulissn saintifik dibentuk oleh ciri-ciri
saintifiknya.Ciri saintifik tersebut ialah jelas dan terbaca (readability),Maksudnya,pembaca
memahami dengan medah.Koheren ,maksudnya ,terdapat kepaduan antara isi,huraian
dan buklti atau contoh yang jelas .Mudah dan langsung ,maksudnya tiada
pembaziran kata-kata .Kepelbagaian maksudnya pelbagai gaya dapat diperlihatkan.Ketegasan
dan objektiviti,maksudnya penulis bersikap yakin,autoriti dan pendapatnya diuji
secara empirikal
• tanda baca seperti sempang,noktah bertindih ,koma
dan noktah diberi perhatiab serius
oleh penulisan saintifik(MArva T.Barnett,1987)
Pendek kata kecekapan tatanahasa dianggap komponen
yang penting yang meliputi pengetahuan dan kemahiran menggunakan peraturan dan
bentuk tatabahasa yang tepat bagi memahami atau membentuk makna(Hashim
Othman,2000)
Selain bahasa dan teknik,maklumat yang ditulis dalam
penulisan saintifik adalah sangat penting .Hanya maklumat dalam teks saja
membezkan sesebuah teks itu saintifik atau sebaliknya.Fungsi asas penulisan
saintifik adalah untuk menyampaikan maklumat dan hasil kajian tentang Sains
atau yang berhubung dengan sains.Berbanding dengan bidang penulisan
lain,penulisan saintifik lebih dan melibatkan ketrampilan dan kepakaran dalam
sesuatu bidang iktisas yang khusus(Ismail Ahmad & MD Nordin
Hj.Hasan,1995).Maklumat yang digunakan dalam penulisan menunjukkan kepakaran
penulis dalam bidangnya .Walau apapun bidang kepakaran ,penulis saintifik tidak
boleh elak daripada empatjenis pendedahan maklumat (1)pemerihalan proses
(2)dekripsi objek (3)penyebaran polisi (4) penhuraian teori (ibid,1995)Pendek
kata maklumat yang digunakan adalah boleh diuji,boleh diyakini dan boleh
diulangi dalam situasi yang lain
Gaya bahasa penulisan saintifik juga
bervariasi.Penulis boleh menggunakan pelbagai gaya bahasa mengikut tujuan
penulisan saintifik tersebut dihasilkan.Gaya bahasa merujuk kepada satu teknik
atau cara penulis mengungkapkan matlamat dan ideanya.Gaya ini bergantng kepada
bentuk penulisan.Gaya bahasa ini dibahagi kepda didaktik
formal,pendedahan,kewartawanan,esei,retorik,poetik dan ilmiah (Ismail
Ahmad,1996).Gaya bahasa didaktik digunakan dalam manual sains atau teknologi di
malmal atau di kelas.Dalam gaya ini guru mengajar pelajar peringkat demi
peringkat .Contoh yang paling tepat ialah guru menjalankan ujian amali di
maklmal.Untuk menghasilakanmakalah atau tesis,perlu digunakan gaya ilmiah atau
akademik .Laras bahasanya tinggi dan berintelektual tnggi .(Asmah Hj.Omar
.1987)/Gaya bahasa ini menggunakan kata kerja pasif diri ketiga .Hal ini kerana
penulisan saintifik jenis ini seolah-olah menunjukkan perbuatan tersebut telah
berlalu dan diceritakan oleh orang ketiga .Gaya bahasa pendedahan digunakan
apabila penulis saintifik ingin mengemukakan sesuatu penemuan baru.Gaya bahasa
kewartawanan lebih merujuk kepada gaya laporan iaitu penulis elaporkan sesuatu
fenomena yang telah berlaku .Gaya poetik ialah gaya yang menarik perhatian
orang kepada penulis.Penulis menggunakan laras sains tetapi bahasanya bernada
sajak seperti rimanya sama ,terdapat aliterasi,asonansi dan sebagainya
Penulisan saintifk dibentuk oleh ciri-ciri
saintifiknya,Ciri saintifik tersebut ialah jelas dan terbaca
(readability_.Maksudnya pembaca memahami dengan mudah.koheren,maksudnya
terdapatkepaduan antara isi,huraian dan bukti atau contoh yang jelas .Mudah dan
langsangt ,maksudnya tiada pembaziran kata-kata.Kepelbagaian maksudnya penulis
bersikap yakin,autotiti dan pendapatnya boleh diuji secara empirikal
4.Metodologi Penyelidikan
4.1Subjek
Subjek kajian terdiri daripada pelajar tingkatan
enam jurusan kemausiaan dan sains.Pelajar enam rendah dipilih kerana pelajar
enam atas akan menghadapi STPM pada tahun ini.Pemilihan sekolah yang mempunyai
tingkatan enam dipilih secara rawak.Setiap sekolah yang dipilih ,akan terpilih
juga pelajar dari kedua-dua jurusan .Subjek telah mempunyai penguasaan bahasa
yang agak baik kerana mereka telah memperoleh sekurang-kurangnya kepujian dalam
bahasa Malaysia di peringkat SPM.Subjek yang berbakat saintifik juga akan
dikenalpasti untuk kajian ini.Pemilihan ini akan dibuat berdasarkan minat dan
kecenderungan mereka dalam mata-mata pelajaran sains tulen sebelum
ini.Persampelan kajian ialah penulisan subjek yang panjangnya 300 hingga 350
perktaan(kehendak soalan STPM)
4.2 Alat ukur
Kajian ini akan menggunakan dua alat iaitu model
penulisan saintifik yang direka oleh penyelidik dan skema penaksiran penulisan
saintifik juga direka oleh penyelidik setelah mengubahsuai Skala Penulisan
Kualititatif. Kedua-dua model dan skema ini akan diujikesahan dan
kebolehpercayaannya dengan melakukan satu ujian oleh pemeriksa atau penilai
yang terdiri daripada guru-guru tingkatan enam yang mengajar subjek berkenaan.
Jika koefisiennya tinggi maka alat ini boleh mengukur prestasi subjek. Untuk
mengukur kebolehpercayaan alat saya akan menggunakan nilai Cromback-Alpha untuk
ketekalan ujian. Ujian yang tekal mempunyai nilai alpha melebihi 0.5. Indeks
kebolehpercayaan saja belum menjamin kesahannya. Penyelidik juga akan melihat
bukti-bukti lain yang relevan dengan instrument yang digunakan. Model akan
direka sendiri berdasarkan cirri-ciri penulisan saintifik yang patut dipatuhi
oleh subjek semasa menghasilkan penulisan. Kedua-dua model dan skema penaksiran
akan diubahsuai daripada The Development Of A Qualitative Writing Scale oleh
Harriet Wong dari UKM dan Quality Characteristic And Element oleh Gretchmen
Hargis (1998) New Jersey
4.3 Rekabentuk
Kajian akan menggunakan sebanyak 10 hipotesis nol.
Setiap hipotesis ini akan diuji signifikannya setelah melihat
perubahan-perubahan pada pemboleh ubah bebas. Jika pembolehubah bebas dapat
mempengaruhi pembolehubah bersandar, maka penyelidik dapat merumuskan bahawa
pembolehubah bebas ada hubungan signifikan dengan pembolehubah bersandar. Maka
dengan ini skema yang dibina oleh penyelidik dapatlah diterima. Pengkaji ingin
memastikan sama ada skema yang diberi kepada kumpulan eksperimen dapat membantu
subjek atau tidakuntuk menghasilkan penulisan saintifik yang berkualiti. Kajian
ini akan menggunakan reka bentuk eksperimen. Subjek dibahagi kepada tiga
kumpulan iaitu kumpulan eksperimen, kumpulan kawalan 1 dan kumpulan kedua.
Dalam setiap kumpulan terdapat subjek dari jurusan sains dan kemanusiaan.
Kajian ini akan dijalankan selama 8 minggu (2 bulan). Pada pertama subjek
daripada ketiga-tiga kumpulan diberi ujian pra yang menguji kemahiran penulisan
saintifik. Selepas ujian pra, subjek daripada kumpulan eksperimen diberi
latihan terancang dengan menggunakan model penulisan yang direka selama enam
minggu menerusi pengajaran guru. Guru-guru akan diberitahu supaya menggunakan
model penulisan penyelidik sebagai alat pengajaran dan pembelajaran.
Subjek kumpulan kawalan 1 dan 2 diajar secara biasa
tanpa treatment atau olahan. Subjek diajar dengan menggunakan model lama yang
digunakan oleh guru sekarang. Pada minggu kelapan ketiga-tiga kumpulan akan
diberi ujian pasca.
4.4 Tatacara
1. Penyelidik akan mereka bentuk sebuah model
penulisan saintifik.
2. Penyelidik akan mereka bentuk sebuah skema untuk
penaksir/penilai penulisan saintifik.
3. Penyelidik akan mendapat kebenaran daripada
housekeepers seperti Jabatan Pendidikan.
4. Pada minggu pertama tempoh kajian, ujian pra akan
dijalankan untuk 3 kumpulan tersebut.
5. Pada minggu kedua hingga ketujuh, guru-guru akan
mengajar penulisan saintifik dengan menggunakan model penulisan kepada kumpulan
eksperimen. Pada tempoh yang sama kedua-dua kumpulan kawalan 1 dan 2 akan
diajar tanpa model penulisan saintifik. Mereka akan diajar dengan cara biasa.
6. Pada minggu kelapan, ketiga-tiga kumpulan akan
diberi ujian pasca.
5 Analisis Data
Penyelidik akan menggunakan statistic inferensi. Dalam
hal ini penyelidik akan menggunakan Ujian T sample korelasi- satu ujian
berparameter yang digunakan untuk menentukan samaada wujud perbezaan yang
bererti dari segi statistic di antara prestasi subjek yang telah dipilihsecara
rawak dalam dua kumpulan yang mempunyai hubungan dalam satu daripada dua cara.
Subjeknya sama tetapi diukur prestasi dalam dua keadaan yang berlainan iaitu
pretest dan posttest. Penerokaan komponen atau cirri-ciri penulisan saintifik
dalam penulisan dilakukan dengan menggunakan kaedah analisis factor.
6.Perkakasan dan Bahan
Bahan yang akan digunakan dalam kajian ini ialah
esei-esei penulisan saintifik untuk dinilai. Model penulisan yang akan direka
oleh penyelidik akan digunakan oleh guru-guru bagi kumpulan eksperiman.
Kertas-kertas digunakan untuk diedar kepada subjek untuk menulis esei dan
kemudahan percetakan juga diperlukan. Bahan boleh difotokopi.
7.Bibliografi
Asmah Hj.Omar, (1987)Bahasa Malaysia Saintifik,
Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur
Barnett, Marva, (1987)Elements of Technical Writing,
Delmar Publishing, USA.
Cooray P.G., (1992)GuideTo Scientific and Technical
Writing, Hindagala, Sri Lanka
Desmond Allison, (1999) Language Testing And
Evaluation: An Introductry Course, Singapore University Press, Singapore.
Hargis, Gretchen., (1998) Developing Quality
Technical Information, Prentice Hall, New Jersey, USA.
Harriet Wong, (1989) The Development Of A
Qualitative Writing Scale, Pusat Bahasa UKM, Kuala Lumpur.
Hashim Othman, (2000)Penerokaan Komponen Komunikatif
Dan Pembinaan Skema Pemarkahan Holistik, Tesis Ph.D belum diterbitkan, USM,
Pulau Pinang.
Huckin N.Thomas, (1991) Technical and Professional
Communication, Mc.Graw Hill Inc., New York
Ismail Ahmad, (1996) Penulisan Saintifik, Dewan
Bahasa Dan Pustaka, Kuala Lumpur
Ismail Ahmad dan Md.Nordin Hj.Hasan (1995)
Komunikasi Saintifik, Dewan Bahasa Dan Pustaka, Kuala Lumpur.
Lindsay, David (1984) A Guide To Scientific Writing,
Longman Cheshire, Melbourne, Australia
Kirkan, John (1994) Good Style Writing For Science
And Technology, E&FN Spon, London
Majlis Peperiksaan Malaysia (1988,1989,1994 dan
1999), Laporan Peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia, Federal
Publications, Kuala Lumpur
Mitcell, Cates Ward (1990), Panduan Amali Untuk
Penyelidikan Pendidikan (terjemahan Syaharom Abdullah), Dewan Bahasa Dan
Pustaka, Kuala Lumpur.
Mokhtar Ismail, (1995) Penilaian Di Bilik Darjah,
Dewan Bahasa Dan Pustaka, Kuala Lumpur
Steveson W. Dwight (ed.) (1981) Courses, Components,
And Exercises In Technical Communication, National Council Of Teachers Of
English, Illinois.
Taeko Kamimura (2000) Integration Of Process And
Product Orientation in EFL Writing Instruction dalam RELC Journal, SEAMEO,
Regional Language Center, Singapore.
W.Houp, Kenneth (1984) Reporting Technical
Information 5th.Edition, Mac Millan Publishing Company, New York, USA
No comments:
Post a Comment