Friday, May 29, 2020

JAWAPAN LATIHAN MASA CUTI PKP TINGKATAN 1,2,3 SIRI 9


JAWAPAN LATIHAN MASA CUTI PKP TINGKATAN 1,2,3 SIRI 9

Betulkan kesalahan-kesalahan dalam ayat berikut. Mungkin satu atau lebih

1. Ibadah haji menjadi salah satu tuntutan yang perlu dipenuhi oleh umat Islam seperti yang termaktub dalam Rukun Negara[H1] .
2.Pattani berletak [H2] di wilayah Thai yang mempunyai majoriti penghuni [H3] yang beragama Islam
3.United Kingdom pernah menjadi agresif [H4] dalam Persatuan [H5] Eropah.
4.Seramai lima atlet [H6] telah disenaraipendek [H7] untuk hadiah itu.
5.Negeri Perak Darul Aman [H8] merupakan salah satu daripada 13 buah negeri Malaysia dibentuk[H9] .
6. Kebanyakan pemikiran datang daripada logik akal [H10] dan terbukti salah jika dilihat dari sudut motivasi [H11] semata-mata.
7.Matapelajaran [H12] Fizik sangat penting jika seseorang hendak mendalamkan [H13] bidang astronomi.
8.Italy [H14] merupakan salah satu pasukan bola sepak kebangsaan [H15] yang paling berjaya di dunia.
9. Tidak ada apa [H16] yang mereka risaukan [H17] waktu itu.
10.Ayahnya setuju [H18] walaupun melanggar syarat yang dia sendiri menetapkan.[H19] 
11.Semuanya dia kenal[H20] .
12.Dia menjawab seperti disuruh-suruh oleh kuasa yang dia tidak tahu [H21] dari mana puncanya.
13.Haji Isa memperisteri [H22] anak lelakinya dengan seorang gadis kampung
14.Siti Nurhaliza membuat [H23] ayahnya secawan teh.
15.Cikgu Norida menceritakan [H24] tentang pengalamannya
16.Hambali sentiasa berfikir [H25] masalah dirinya
17.Jalil tidak datang ke sekolah oleh kerana [H26] demam
18.Orang tua itu tidur bertilamkan dengan [H27] surat khabar lama
19.Markah Bahasa Melayunya telah meningkat dari [H28] 80% ke 90%
20.Apabila [H29] membaca surat khabar, kita boleh [H30] mengetahui pelbagai berita terkin[H31] 

nyatakan 3 peribahasa yang sesuai bagi setiap petikan berikut

1.Sebenarnya Abu tidak berminat dan tidak pandai bermain bola sepak ketika di kampung[H32] . Setelah dia melanjutkan pelajarannya di institusi pengajian tinggi  ,minatnya untuk bermain bola timbul dan dia telah bergiat cergas[H33]  dalam permainan tersebut. Hasil usaha gigih tanpa mengenal penat dan erti jemu[H34] ,  dia telah terpilih sebagai pemain yang akan mewakili institusi tempatnya belajar

2. Memang banyak faedah yang akan diperoleh jika kita merantau atau pergi ke sesuatu tempat yang jauh dari tempat kita[H35] . Kita akan dapat melihat cara hidup masyarakat di tempat tersebut yang berbeza dengan cara hidup kita. Oleh itu, memang ada orang yang suka mengembara ke tempat lain sama ada untuk mencari pekerjaan[H36]  ataupun pengalaman. Ada pula perantau yang terus menetap di tempat tersebut, tetapi ada juga yang pulang ke tempat asal setelah lama berada di perantauan[H37] .

3. Muthusami memang merupakan seorang anak yang degil dan[H38]  tidak mendengar nasihat ibu bapanya. Segala nasihat ibu bapanya tidak diendahkannya[H39]  dan dia sering melakukan sesuatu perkara mengikut perasaannya serta tidak memikirkan kesan buruk yang akan menimpa dirinya suatu hari nanti. Dia sering memandu keretanya dengan laju dan dalam keadaan bahaya. Namun begitu, selepas dia terlibat dalam kemalangan jalan raya yang menyebabkan kakinya patah, barulah dia menyesal [H40] dan sedar akan kedegilannya. Namun begitu, penyesalannya itu sudah terlambat. Selain itu, semua kawannya yang selalu mendampinginya selama ini sudah mula menjauhkan diri.

4.Bapa Faizal baru sahaja mendapat wang yang banyak hasil jualan tanahnya[H41] . Dia terlalu gembira kerana tidak menyangka tanah itu akan dimajukan oleh kerajaan. Wang yang diperoleh itu akan digunakan untuk membeli rumah banglo baru dan kereta mewah yang diidamkannya selama ini. Namun begitu, perangainya juga sudah berubah sejak mendapat wang yang banyak itu dan masanya selalu dihabiskan di meja judi[H42] . Dia begitu boros berbelanja dan berjudi hingga menyebabkan wangnya habis dalam[H43]  masa dua tahun sahaja. Akhirnya,dia menyesali sikapnya yang boros itu, tetapi sudah terlambat[H44] .







 [H1]Islam


 [H2]terletak


 [H3]penduduk


 [H4]aktif


 [H5]Kesatuan


 [H6]Orang atlet


 [H7]disenarai pendek


 [H8]Redzuan


 [H9]terbentuk


 [H10]akal logik


 [H11]emosi


 [H12]mata pelajaran


 [H13]mendalami


 [H14]Itali


 [H15]antarabangsa


 [H16]tidak ada apa-apa /tiada apa-apa


 [H17]risau akan


 [H18]bersetuju


 [H19]ditetapkan olehnya


 [H20]dikenalinya


 [H21]tidak diketahui


 [H22]memperisterikan


 [H23]membuatkan


 [H24]bercerita


 [H25]memikirkan


 [H26]sebab


 [H27]bertilamkan


 [H28]daripada…kepada


 [H29]jika


 [H30]dapat


 [H31]terkini


 [H32]kaki bangku


 [H33]belakang parang diasah lagikan tajam


 [H34]hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih


 [H35]jauh perjalanan luas pemandangan


 [H36]cuba nasib


 [H37]bagai gagak pulang ke benua


 [H38]keras kepala


 [H39]bagai mencurahkan air ke daun keladi


 [H40]sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tidak berguna


 [H41]durian runtuh


 [H42]kaki judi


 [H43]ingat sebelum kena jimat sebelum habis


 [H44]nasi sudah menjadi bubur

No comments:

Post a Comment