LATIHAN BM UNTUK LAI KEAN
YI
A.Tukarkan ayat-ayat pasif berikut kepada ayat aktif.
1.Novel berbahasa Inggeris itu
sudah dibaca oleh Helen bulan lalu.
2.Para pengawas dinasihati oleh
guru disiplin agar menunjukkan contoh yang baik kepada murid-murid yang lain.
3.Pemandangan di kampung
nelayan itu saya lukis.
4.Tikus telah berjaya ditangkap
oleh Si Comot, kucing kesayangan emak pagi tadi.
5.Tingkah laku anak haruslah
diawasi oleh ibu bapa agar mereka tidak tersalah langkah
6.Setelah lulus dalam ujian
memandu Mei Ling dihadiahi sebuah kereta Kancil oleh Puan Lucy.
B.Nyatakan peribahasa yang sesuai mengikut situasi berikut
1. Kata-kata dan janji manis yang
diberi oleh calon yang bertanding dalam pilihanraya itu tidak disukai oleh
penduduk di kawasan itu kerana janji yang ditabur tersebut mempunyai maksud
yang tertentu.
2. Selepas pertandingan memilih
calon wakil rakyat itu berakhir, semua pihak yang bermusuhan telah berbaik-baik
semula seperti sediakala.
3. Walaupun sudah sepuluh tahun
berhijrah ke luar negara untuk mencari rezeki, namun kehidupan Encik Hamreesh
masih juga susah apabila dia pulang ke kampung halamannya.
4. Walaupun berbadan besar dan
kelihatan garang namun sebenarnya Encik Lin Cheng Heng seorang yang baik hari
dan lemah lembut.
5. Walaupun cuba keluarga Encik Yow
Weng Fai cuba menyembunyikan kisah anaknya terlibat dalam rasuah, namun
akhirnya rahsia tersebut tersebar juga kepada orang ramai.
6. Hanya Chan Wei Jian sahaja
yang nakal di kelas itu tetapi semua pelajar di sekolah itu menganggap pelajar
kelas tersebut sebagai kelas pelajar-pelajar nakal.
7. Walaupun asalnya How Huai Lam
seorang pelajar yang lembam namun setelah diajar dengan bersungguh-sungguh oleh
guru-gurunya, akhirnya dia berjaya dalam peperiksaan itu dengan cemerlang.
8. Santosh seorang pelajar yang
tidak tahu bermain badminton tetapi cuba mengambil bahagian dalam pertandingan
badminton peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
C.Cari satu kesalahan ejaan dan imbuhan
1.Gaya hidup sihat berupa satu
alaman yang perlu kita lakukan.
2. Keberadaan hidup yang selesa
ialah hidup tampa penyakit.
3. Makanan yang kelemakan akan
mengakibatkan seseorang mudah dijangkiti pinyakit.
4. Pihak media masa sering
bertayangkan pelbagai berita mengenai peperangan.
5. Aktiviti senaman mensebabkan
badan kita akan menjadi lebih cerdas dan sihat.
6. Penekanan merupakan salah satu
perkara yang boleh menjejaskan kesihatan mentality.
7. Secara tidak lansung kita juga
dapat meluang masa bersama keluarga.
8. Apabila tabiat merokok dihindari, maka hal itu satu penanda yang baik.
9. Setiap pagi budak itu
membasuhkan kereta ayah-Nya
10. Tekanan darah tinggi
tersebabkan oleh faktor jenetik.
D.Cari satu kesalahan bahasa dan istilah
1.Kementerian Kesihatan berusaha
bersungguh untuk membanteras penularan virus itu
2.Pekerja kurier itu maut pemandu
kaki mabuk itu melanggar.
3.Jenazah tiga beradik telah
dikebumikan dalam satu liang liat.
4.Kes rumah pecah yang dilakukan
oleh Geng Tailong etnik Rohinya telah
diberkas.
5.Pemandu yang kemabukan patut
dikenakan hukuman yang lebih besar.
6.Isu arak yang menjadi penyebab
mabuk individu.
7.Lebih sejuta penduduk Hong Kong
turun ke jalanan untuk membantah rang undangundang.
8.Kerana ditahan seorang pemimpin
terlibat dalam jenayah perdagangan manusia.
9.Seorang biduan ditemui mati di
penjara sel Sungai Buluh.
10.Tunjuk perasaan itu bertukar
ganas dan merenggut hampir 30 nyawa.
E,Tukarkan ayat-ayat aktif berikut kepada ayat pasif.
1.Puan Azizah telah memarahi Azmi
kerana memecahkan pasu bunga
2.Ibu bapa harus mengawasi
tingkah laku anak-anak supaya mereka tidak tersalah langkah.
3.Puan Sarah menghadiahi Atiqah sebuah kereta Kancil setelah lulus
dalam ujian memandu.
4.Kedatangan biras ayah saya yang
baru tiba dari Sabah disambut oleh ayah.
5.Dia mendayung sampan itu dengan
laju dengan harapan untuk mendapat tempat pertama dalam pertandingan tersebut.
6.Saya membeli rumah mewah di atas bukit itu dengan
duit titik peluh saya sendiri.
7.Ibu Anita membuat kuih bahulu
yang sedap itu sempena hari lahir Kalsom.
8.Mereka menyusun kerusi-kerusi itu di padang sebelum acara sukan bermula.
9.Semua pelajar sudah membaca buku cerita yang terdapat di
perpustakaan.
10.Saya selalu memasang lampu di
hadapan rumah sebelum tidur.
F.MEMAHAMI CATATAN HARIAN
Arahan : Baca catatan harian di bawah, kemudian jawab
soalan-soalan berikutnya.
20 Februari 2008
Petang -
Dari Alor Star, kami tiba di Jeti Kuah, Pulau Langkawi. Kedatangan kami
disambut oleh ahli-ahli Rakan Muda dari Kuah yang juga selaku tuan rumah. Dari
jeti itu kami dibawa ke Kompleks Belia Kuah dengan menaiki lori Majlis Daerah
Langkawi. Kami bermalam di situ. Malam itu kami berpeluang melihat pertandingan
akhir tomoi anjuran kerajaan negeri
Kedah.
21 Februari 2008
Pagi -
Kami dikehendaki berada di Hotel Tiara pada pukul 10.00 pagi. Majlis perasmian dan sambutan untuk
peserta pertandingan kayak diadakan di hotel itu. Dari situ kami ke pantai Batu
Hitam untuk memulakan pusingan pertama menuju ke Pulau Batu Buruk. Pasukan kami
akan berentap dengan pasukan dari negeri Selangor, Perak dan Negeri Sembilan.
Pelayaran ke pulau itu jauh dan membosankan. Tambahan pula, ombak sangat
kuat. Di tengah perjalanan, kayak kami
tersangkut pada batu karang. Nasib baik kayak itu tidak pecah. Kami terpaksa
mengusung kayak itu sehingga melewati kawasan batu karang itu setelah sepuluh kilometer berkayak. Selepas peristiwa itu, kami berasa amat penat
dan bercadang hendak berlabuh untuk berehat di atas beting pasir. Hasrat itu
terpaksa kami lupakan sahaja kerana kami gagal menemui beting pasir.
Petang -
Pukul 5.00 petang kami pun tiba di Pulau Batu Buruk. Pasukan dari negeri-negeri
lain telah lama tiba. Nampaknya peluang untuk muncul sebagai juara semakin
tipis. Meskipun begitu, kami berharap dapat mendahului mereka dalam pusingan
kedua nanti. Kami bermalam di pulau itu.
23 Februari 2008
Pagi -
Selepas sarapan, semua pasukan memulakan pelayaran. Kami berkayuh dengan
tenang, tidak seperti hari sebelumnya kerana takut kehabisan tenaga di tengah pelayaran nanti.
Petang -
Setelah lima jam berkayuh, kami pun tiba di pantai Batu Hitam. Pasukan-pasukan
dari negeri lain masih di belakang kecuali pasukan dari negeri Perak. Pasukan
dari negeri Perak ini bersaing rapat dengan pasukan kami yang muncul sebagai
juara. Sementara pasukan kayak dari Negeri Sembilan di tempat ketiga.
1 Tomoi
ialah........
A nama sejenis seni pertahanan diri
B nama sejenis silat yang berasal dari Kedah
C nama sejenis tinju yang berasal dari
Thailand
D nama sejenis permainan yang popular di
Kedah
2 Apakah
tujuan kami ke Pulau Langkawi?
A Untuk menyaksikan pertandingan tomoi
B Untuk melihat upacara perasmian ekspedisi
berkayak
C Untuk menyertai pertandingan berkayak
D Untuk menyertai pelayaran ke Pulau Batu
Buruk
3 Mengapakah
penulis dan rakan-rakannya berada di Hotel Tiara?
A Untuk menghadiri upcara sambutan dan
perasmian
B Untuk mendaftar diri sebagai peserta
pertandingan
C Untuk memulakan pertandingan kayak itu
D Untuk memulakan pelayaran ke Pulau Batu
Buruk
4 Pasukan
manakah yang menjadi johan dalam pertandingan kayak itu?
A
Pasukan dari negeri Perak
B
Pasukan dari Negeri Sembilan
C
Pasukan dari negeri Kedah
D
Pasukan dari negeri Selangor
5 Maklumat
manakah yang tidak benar tentang pertandingan kayak itu?
A Pertandingan kayak itu dianjurkan oleh
Rakan Muda Kuah.
B Pasukan kayak dari seluruh Semenanjung
terlibat dalam
pertandingan itu.
C
Halangan seperti batu karang terpaksa ditempuhi oleh pasukan dari
negeri Kedah.
D Pasukan dari negeri Perak muncul sebagai
naib johan dalam
pertandingan itu.
G.MEMAHAMI PETIKAN CERPEN
Baca petikan di bawah dan jawab soalan-soalan berikutnya.
Izah rasa benar-benar tersinggung. Cuti persekolahan kali ini terpaksa
dihabiskan bersama-sama ibu dan ayah sahaja.
Cuti persekolahannya tidak seindah dan seceria cuti Amylia. Penat lelahnya menghabiskan kerja-kerja
sekolah lebih awal daripada biasa tidak berpada. Susah payahnya mencuci kasut sepulangnya
dari sekolah siang tadi seperti tidak bermakna. Penat fikirannya merancangkan aktiviti
sepanjang percutiannya juga menjadi sia-sia.
“Minggu depan mereka berjanji akan pulang,” Haji Din menyatakan pesanan anak-anaknya
tadi.
“Ayah percaya?” tanya Izah yang yakin janji itu akan
dimungkiri lagi.
“Kita sahajalah yang pergi.
Tidak pun Izah ulang kaji pelajaran sahaja di rumah.” Haji Din cuba
memujuk ketika Izah merungut-rungut kerana marah akan Along dan Angah yang
sering mungkir janji.
“Hari-hari Izah
belajar. Cuti sekolah Izah nak
berehatlah pula,” rungut Izah yang masih tidak puas hati. Tadi sebelum waktu terakhir persekolahan, dia
terpaksa mengaku kepada teman karibnya bahawa keluarganya akan ke Pulau
Langkawi pada cuti persekolahan ini.
Izah berasa jengkel kepada Amylia hingga terpaksa mengakui perkara yang
dia sendiri tidak yakin.
“Kita berehat sahaja
di rumah. Badan pun tak penat. Nanti
ayah masakkan nasi tomato kegemaran Izah.
”Bagaimana?” Haji Din memujuk
lagi. Dia yang tua pun tersinggung hati
apatah lagi Izah yang masih kanak-kanak.
Namun sebagai orang tua, Haji Din memahami masalah anak-anaknya. Izwan sudah berkeluarga. Izani pula terpaksa balik ke kampung
suaminya kerana bapa mentuanya sakit.
Haji Din yakin suatu hari nanti Izah akan lebih memahami.
1
Bagaimanakah perasaan Izah apabila mengetahui bahawa abang dan kakaknya
tidak dapat menunaikan janji mereka?
A Tidak puas hati
B Tersentuh
C Hampa
D Marah
2 Siapakah Amylia?
A Kakak Izah
B Kawan Izah
C Anak Haji Din
D
Anak jiran Izah
3 Mengapakah
Izah beria-ia untuk bercuti dengan abang dan kakaknya?
A Mereka telah berjanji untuk
membawanya pergi bercuti.
B Ayahnya tidak mahu menemaninya ke
Pulau Langkawi.
C Izah berasa penat menghadap pelajaran
sahaja.
D Amylia juga akan bercuti ke Pulau
Langkawi.
4 Semua
perbuatan Izah yang berikut menunjukkan bahawa dia sudah bersiap sedia untuk
pergi bercuti kecuali
A Izah telah membereskan kerja-kerja
sekolahnya.
B Izah telah merancangkan aktiviti
untuk percutian itu.
C Dia telah meminta ayahnya memasakkan
nasi tomato.
D Dia mencuci kasut sekolah sebaik-baik
sahaja pulang dari sekolah.
5 Haji Din
memujuk Izah dengan
A mengatakan akan memasak nasi tomato
kegemaran Izah.
B membenarkan Izah pergi bercuti
bersama-sama abangnya.
C berjanji akan membawa Izah melawati
abangnya.
D membeli hadiah untuknya.
H.KARANGAN
SUMBANGAN SAYA KEPADA
NEGARA TERCINTA
Pendahuluan-Bangga menjadi rakyat
Malaysia-Malaysia adalah tanah tumpah darah saya-rasa bersyukur kerana dapat
lahir dan membesar di sini- negara saya aman damai dan hidup saya di sini
sejahtera berbanding negara lain.
Isi 1-Saya mematuhi peraturan dan
undang-undang- tidak terlibat dalam jenayah-elakkan gejala sosial-menghormati
lambang kebesaran negara- membantu masyarakat beragama dan etnik yang lain-ketika
memandu saya tidak akan cuai
Isi 2-Saya akan banyak menimba
ilmu-dapat memberi pandangan kepada negara saya dengan idea yang
bernas-membantu golongan buta huruf-mengendalikan kelas percuma kepada orang
miskin- di tempat kerja saya akan menghasilkan barangan baharu dengan
kreativiti saya
Isi 3-Saya akan melakukan
kerja-kerja sosial- menyertai badan bukan kerajaan untuk membantu masyarakat-
membantu mangsa banjir, tanah runtuh dan sebagainya-membantu mereka mendapatkan
pakaian, makanan, perubatan dan wang mengikut kemampuan saya
Isi 4-Saya akan menyambut
hari-hari kebesaran Malaysia- Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia-memberikan
kesedaran kepada masyarakat lain-menganjurkan aktiviti yang sesuai-menggalakkan
ramai mengambil bahagian- menceritakan sumbangan pejuang kebangsaan terdahulu
kepada mereka.
Kesimpulan-Saya amat mencintai
negara saya-saya tidak dapat bayangkan bahawa saya boleh hidup bahagia di
negara lain- Negara saya tiada sebarang peperangan atau sebarang bencana alam
yang boleh meragut nyawa manusia- Di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung
No comments:
Post a Comment