Friday, May 29, 2020

LATIHAN KARANGAN TINGKATAN 2&3 SIRI 10


LATIHAN KARANGAN TINGKATAN 1/2/3 SIRI 10

Setiap individu dan masyarakat berperanan penting dalam meningkatkan kualiti hidup. Bincangkan penyataan ini.

Pendahuluan:

-peningkatan kualiti hidup rakyat merupakan antara ciri sesebuah negara yang maju-rakyat tidak patut ketinggalan namun negara maju dan moden

Isi-isi penting:

-ketua keluarga haruslah membina keluarga bahagia-setiap individu dalam keluarga perlu memainkan peranan masing-masing-mewujudkan kehidupan keluarga yang harmoni, saling bertoleransi, dan saling menghormati-ibu bapa berperanan menyediakan sumber kewangan yang mencukupi-memenuhi keperluan anak-anak dan keluarga-ibu bapa perlu mempunyai pegangan hidup yang baik bertunjangkan didikan moral dan ajaran agama

-masyarakat hendaklah menambahkan ilmu pengetahuan-penguasaan ilmu pengetahuan melambangkan kualiti hidup yang baik-perlu mengejar dan menambah ilmu setinggi yang boleh-tidak menjadi seperti katak di bawah tempurung-keluar daripada kepompong kemiskinan apabila mendapat pekerjaan yang baik ataupun menjadi usahawan yang berjaya-mencapai taraf negara maju menjelang tahun 2050-masyarakat juga dapat hidup dalam keadaan yang harmoni dan bersatu padu.

-masyarakat sewajarnya menjana pertumbuhan ekonomi negara-pertumbuhan ekonomi negara turut melambangkan peningkatan kualiti hidup-individu dan masyarakat memberikan sumbangan kepada ekonomi negara-setiap tenaga kerja yang masih aktif dapat digembleng dalam setiap sektor ekonomi-contohnya bidang pertanian, perindustrian, pelancongan, pengangkutan dan sebagainya- jika ekonomi negara kukuh  maka kerajaan boleh menyediakan pelbagai kemudahan infrastruktur kepada rakyat semula

-kerajaan haruslah menggunakan sistem pengangkutan mesra alam-alam sekitar yang bersih mencerminkan kualiti hidup yang sihat- asap daripada cerobong alat-alat pengangkutan yang ketinggalan zaman merupakan antara faktor utama pencemaran alam-di bandar-bandar besar udara sangat tercemar-perlu diperluas kepada penggunaan enjin kenderaan elektrik seperti di negara China-alam sekitar yang bersih akan mengurangkan risiko penyakit

Penutup:

- Pelbagai pihak perlu bekerjasama untuk meningkatkan kualiti hidup rakyat di negara ini-maju mundur sesebuah negara bergantung kepada kualiti hidup yang dinikmati oleh rakyatnya





No comments:

Post a Comment