Friday, May 29, 2020

LATIHAN MASA CUTI PKP TINGKATAN 1/2/3 SIRI 10


LATIHAN MASA CUTI PKP TINGKATAN 1/2/3 SIRI 10

Cari satu kesalahan ejaan dan imbuhan

1.Gaya hidup sihat berupa satu alaman  yang perlu kita lakukan.
2. Keberadaan hidup yang selesa ialah hidup tampa penyakit.
3. Makanan yang kelemakan akan mengakibatkan seseorang mudah dijangkiti pinyakit.
4. Pihak media masa sering bertayangkan pelbagai berita mengenai peperangan.
5. Aktiviti senaman mensebabkan badan kita akan menjadi lebih cerdas dan sihat.
6. Penekanan merupakan salah satu perkara yang boleh menjejaskan kesihatan mentality.
7. Secara tidak lansung kita juga dapat meluang masa bersama keluarga.
8. Apabila tabiat merokok  dihindari, maka hal itu satu penanda yang baik.
9. Setiap pagi budak itu membasuhkan kereta ayah-Nya
10. Tekanan darah tinggi tersebabkan oleh faktor jenetik.

Cari satu kesalahan bahasa dan istilah

1.Kementerian Kesihatan berusaha bersungguh untuk membanteras penularan virus itu
2.Pekerja kurier itu maut pemandu kaki mabuk itu melanggar.
3.Jenazah tiga beradik telah dikebumikan dalam satu liang liat.
4.Kes rumah pecah yang dilakukan oleh  Geng Tailong etnik Rohinya telah diberkas.
5.Pemandu yang kemabukan patut dikenakan hukuman yang lebih besar.
6.Isu arak yang menjadi penyebab mabuk individu.
7.Lebih sejuta penduduk Hong Kong turun ke jalanan untuk membantah rang undangundang.
8.Kerana ditahan seorang pemimpin terlibat dalam jenayah perdagangan manusia.
9.Seorang biduan ditemui mati di penjara sel Sungai Buluh.
10.Tunjuk perasaan itu bertukar ganas dan merenggut  hampir 30 nyawa.

Tukarkan ayat-ayat aktif berikut kepada ayat pasif.

1.Puan Azizah telah memarahi Azmi kerana memecahkan  pasu bunga
2.Ibu bapa harus mengawasi tingkah laku anak-anak supaya mereka tidak tersalah langkah.
3.Puan Sarah menghadiahi  Atiqah sebuah kereta Kancil setelah lulus dalam ujian memandu.     
4.Kedatangan biras ayah saya yang baru tiba dari Sabah disambut oleh ayah.
5.Dia mendayung sampan itu dengan laju dengan harapan untuk mendapat tempat pertama dalam pertandingan tersebut.
6.Saya  membeli rumah mewah di atas bukit itu dengan duit titik peluh saya sendiri.
7.Ibu Anita membuat kuih bahulu yang sedap itu sempena hari lahir Kalsom.
8.Mereka menyusun kerusi-kerusi  itu di padang sebelum acara sukan bermula.
9.Semua pelajar  sudah membaca buku cerita yang terdapat di perpustakaan.
10.Saya selalu memasang lampu di hadapan rumah sebelum tidur.

No comments:

Post a Comment