Saturday, May 9, 2020
Kelebihan Bidang Bahasa di IPT
Selain menjadi guru, mereka yang mengambil kursus bahasa boleh menjadi jurubahasa di mahkamah, boleh menjadi pakar perunding pekerja atau menjadi konsultan atau menjadi penulis, penerbit dan penyunting. Hal ini kerana mereka boleh pandai bermain atau memanipulasi bahasa.Orang berbahasa boleh menyejukkan hati para pesakit mental dan pekerja sakit mental. Kebanyakan hospital swasta sekarang mempunyai pakar psikoterapi iaitu ahli bahasa. Kursus bahasa juga membantu pelajar bekerja sebagai human resource manager atau personel manager iaitu pengurus perjawatan. Jawatan-jawatan ini tidak mewajibkan kelulusan ekonomi, business studies atau accounting. If do your best in your interview surely you will get it. Bagi saya semua kursus memberikan sesuatu ilmu kepada kita. Jangan fikirkan kerjaya sekarang, pastikan pelajar menumpu perhatian dalam STPM dan cuba memperoleh result yang baik dulu. Andai kata pelajar mendapat semua A, sudah pasti pelajar akan ditawarkan law. Lulusan law tidak semestinya ke mahkamah untuk berbicara kes. Just jadi saja perunding law, penasihat undang-undang syarikat . Teruskan perjuangan anda sebagai pelajar. Saya dalam bidang STPM selama 36 tahun. Saya tahu onak dan duri dalam STPM. Dari semasa ke semasa saya juga membantu pelajar-pelajar universiti. Saya sangat percaya pada peribahasa ini. Di mana ada kemahuan di situ ada jalan.
Labels:
Opinion
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment