Sunday, May 10, 2020

LATIHAN BAHASA MELAYU CUTI PKP TINGKATAN 2/3 SIRI 7


LATIHAN BAHASA MELAYU CUTI PKP TINGKATAN 2/3 SIRI 7

KARANGAN: Berdasarkan rangka berikut, bincangkan kaedah ulang kaji yang efektif kepada pelajar-pelajar.

Pelajar boleh memilih mana-mana 4 isi sahaja
Isi-isi  
1.   Membaca  nota secara berfokus dan pantas.
2.   Mencatat serta mengingati hanya isi-isi penting
3.   Membuat latihan pengukuhan
4.   Menganalisis kekerapan  soalan tahun-tahun lepas
5.   Mengingati nota ringkas yang dibuat
6.   Pembacaan pantas dan  efektif
7.   Belajar dalam kumpulan.
8.   Mengadakan perbincangan secara  tidak formal bagi mendapatkan pandangan serta nasihat daripada guru-guru yang mengajar

LATIHAN BAHASA

kesalahan penggunaan kata/istilah dan kesalahan tatabahasa
1.Puan Rahimah sedang  bertutur dalam perhimpunan bila para pelawat itu tiba di sekolah.
2.Ketiga-tiga orang pelajar-pelajar yang cemerlang itu menerima peluang untuk melanjutkan pelajaran ke sekolah berasrama penuh.
3.Muka Farida bengkak oleh kerana disengat tebuan semasa dia mencolok buah mangga itu.
4.Kereta yang Hairul pandu itu terbabas ketika dia membelok di pusingan yang tajam itu.
5.Baginda mengingatkan pembesar-pembesar negeri supaya sentiasa amanah di dalam melaksanakan tugas dan tanggugjawab.
6.Kedua orang sahabat itu telah berkongsi modal untuk membuka sebuah butik eksekutif berhampiran dengan pusat bandar.
7.Semasa sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung, Cikgu Zuraidi menerangkan lain-lain faktor yang mengakibatkan kemerosotan Empayar Uthmaniyah.
8.Tahap kehidupan rakyat di negara ini semakin teruk dari masa ke semasa kerana kejatuhan nilai Ringgit Malaysia yang semakin membimbangkan.
9.Kajian yang Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian jalankan telah berjaya mengemukakan baka pokok yang bermutu.

10.Encik Nazlan berjanji untuk memberikan bonus sebagai intensif kepada semua pekerja-pekerjanya jika mereka dapat meningkatkan produktiviti syarikat.
11.Sikap profesion yang ditunjukkan oleh pegawai kanan itu kepada peserta program amat dikagumi oleh saya.
12.Pembeli yang menjuarai cabutan bertuah itu berpeluang untuk memilih apa barangan elektirk seperti ketuhar atau seterika yang dipamerkan.
13. Pendemik Covid-19 yang sungguh amat membimbangkan rakyat di negara kita menyebabkan kerajaan telah mengambil beberapa langkah untuk mengawal  penyambungan wabak tersebut.
14.Para-para peniaga diingatkan agar mengibarkan tanda harga pada barangan yang dijual  untuk mengelakkan unsur penipuan.
15.Semua kotak-kotak yang berisi peralatan perubatan itu telah dibawa oleh mereka itu dari atas lori.

Cerakinkan kepada dua ayat tunggal
1.   Ayah mencuci kereta di halaman rumah manakala ibu memasak rendang di dapur.
2.   Salina yang menderita penyakit kanser tahap empat telah meninggal dunia di Hospital Sungai Buloh petang semalam.
3.   Pekerja-pekerja  asing menjadi pilihan banyak majikan di negara ini kerana mereka sanggup menerima upah lebih rendah.
4.   Adakah Encik Amran hendak ke Muzium Negara atau ke Putrajaya.
5.   Pendebat itu petah berhujah dan bijak mematahkan hujah lawan.
6.   Semua anggota masyarakat hendaklah saling menghormati agar kehidupan rakyat di
 negara ini bertambah harmoni.
 7.  Walaupun jadual kerja pemimpin besar itu padat, beliau masih dapat meluangkan masanya
 untuk bertemu  dengan penduduk setempat.
 8. Aktiviti kokurikulum yang dilaksanakan di sekolah memberikan faedah yang banyak kepada murid-murid.
9. Sumbangan sektor perindustrian terhadap kekukuhan ekonomi Malaysia tidak dapat disangkal lagi malah perlu diberikan  fokus utama dari semasa ke semasa.
10.Pembeli yang memenangi cabutan bertuah itu berpeluang untuk memilih mana-mana barang elektrik seperti ketuhar.
11. Produk herba di negara kita mempunyai potensi untuk dikomersialkan ke peringkat antarabangsa kerana memiliki khasiat yang tinggi.
12.Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan oleh kerajaan untuk memutuskan rantaian jangkitan virus Covid-19.
13.Setiap hari ramai orang awam ditahan oleh pihak berkuasa kerana melanggar arahan  Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
14.Sebagai pengguna, kita perlulah mengamalkan budaya berjimat cermat semasa berbelanja dan mengamalkan budaya menabung wang.

Gabungkan ayat-ayat tunggal di bawah ini supaya menjadi satu ayat
1.Mata pelajaran Sains dianggap mata pelajaran yang sukar oleh sesetengah pelajar.  Mata pelajaran Seni dianggap mata pelajaran yang senang oleh sesetengah pelajar.
2.Buku cerita itu sangat tebal.  Buku itu dibeli bersempena pesta buku yang diadakan di
Plaza Angsana, Johor Bahru.
3.Para pelajar perlu menyiapkan latihan Bahasa Melayu dalam tempoh yang ditetapan. 
4.Dalam usaha mengawal jangkitan virus Covid-19 , orang ramai perlu sentiasa mematuhi arahan Perintah Kawalan Pegerakan(PKP).  Orang ramai perlu sentiasa menjaga kebersihan diri.
5.Kemalangan ngeri itu melibatkan beberapa buah kenderaan.  Kemalangan itu berlaku di Jalan Kemboja.  Kemalangan itu menyebabkan kesesakan jalan raya.
6.Golongan muda tidak sepatutnya lupa akan jasa warga tua. Warga tua telah banyak berkorban.  Warga tua berkorban membangunkan negara tercinta.
7.Murid perempuan itu telah menerima Anugerah Tokoh Kurikulum.  Dia berjaya mengharumkan nama sekolah di peringkat kebangsaan. Dia telah mengalami kecederaan di bahagian kaki.
8.Pokok-pokok hiasan ditanam berjajaran di bahu jalan di sepanjang jalan utama.  Pokok-pokok tersebut mengindahkan pemandangan persekitaran.  Pokok-pokok tersebut membekalkan oksigen.


No comments:

Post a Comment