Wednesday, May 20, 2020

JAWAPAN LATIHAN BAHASA MELAYU CUTI PKP TINGKATAN 4/5 SIRI 8


JAWAPAN LATIHAN BAHASA MELAYU CUTI PKP TINGKATAN 4/5 SIRI 8

Kesalahan imbuhan dan ejaan

1Kerajaan berusaha meningkatkan sistem kesampaian  [H1] perkhidmatan awam melalui sistem ekerajaan[H2] ,
2.Pelbagai penghalangan [H3] telah dihadapi dalam  merialisasikan [H4] Wawasan 2020
3Untuk menjadi sebuah negara maju, masyarakat kita sewajanya [H5] menjadi sebuah masyarakat pencipta bukannya dijadikan [H6] masyarakat pengguna sahaja.
4Faktor pelbagai aliran fahaman politik mendorong menghalangnya [H7] intergrasi [H8] antara kaum dan wilayah.
5.Akses kepada pekerjaan merupakan antara penunjuk [H9] kepada pencapaian kualiti dan kesejateraan [H10] hidup dalam kehidupan bernegara.
6.Malaysia berjaya mengekalkan perhubungan [H11] yang hamorni [H12] antara pelbagai kaum dalam kalangan rakyatnya.
7.Selain aspek pembangunan pizikal[H13] , pembangunan sosial juga menjadi [H14] pengukuran kemajuan sesebuah negara.
8.Pelbagai masalah telah dikenalpasti [H15] dalam merealisasikan sistem penyampaian khidmat awam yang tercekap [H16] di Malaysia.
9. Langkah-langkah yang wajar perlu dilaksanakan untuk mempertingkatkan [H17] taraf sosio ekonomi [H18] rakyat.
10.Untuk melahirkan model [H19] insan yang berkualiti tinggi pekerja perlu miliki [H20] kemahiran dan pengetahuan.
11Kreatif dan inovatif merupakan dua elimen [H21] penting dalam sektor buatan[H22] .
12.Menggunakan [H23] teknologi hijau dapat menangani masalah alam sekitar yang makin serious [H24] di negara kita..

Kesalahan kata/istilah dan kesalahan bahasa

1.Kepimpinan sangat penting di dalam [H25] mencorakkan budaya institusi [H26] dan masyarakat
2. Tiap [H27] pekerja perlu mempunyai azam dan iltizam yang teguh untuk memberikan panduan [H28] dan petunjuk.
3. Kurang ketelusan dalam urusan yang kepentingan awam melibatkan [H29] menjadi punca berlakunya amanah[H30] .
4. Kecelaruan dan perselisihan pendapat di [H31] kalangan masyarakat menjejaskan perhimpunan[H32] .
5. Struktur institusi juga perlu diubah dan diperkemas dari masa [H33] ke semasa bagi menangani tuntutan dan cabaran baru[H34] .
6. Manusia yang tamak dan penting akan [H35] diri akan melibatkan diri dalam pelbagai bentuk kelakuan[H36] 
7. Penghayatan dan pengalaman [H37] prinsip Rukun Negara adalah penting dalam kalangan semua[H38] 
warganegara Malaysia.
8. Penguatkuasaan undang-undang bukan merupakan satunya [H39] langkah untuk mencapai
matlamat memelihara persekitaran[H40] .

9.Kita hendaklah  bersikap terbuka terhadap teknik [H41] hidup rakyat berbagai [H42] keturunan.
10.Kegiatan memberikan hutang [H43] wang secara haram berlaku dengan berleluasa oleh kerana      [H44] kegiatan tersebut mendapat sambutan daripada orang ramai

Nyatakan peribahasa yang sesuai

Negara kita telah mengalami perubahan kerajaan. Setiap pemimpin ada gayanya dalam membawa kemajuan dan pembanguna kepada rakyat dan negara[H45] . Perbuatan memfitnah[H46]  pemimpin terdahulu membuang masa kita sahaja. Mereka sudah tidak memegang tampuk kuasa. Rakyat hendaklah menggembleng tenaga dengan kepimpinan sekarang untuk menjayakan dasar-dasar baharu mereka[H47] . Setiap pembaharuan yang dibawa hendaklah kita sahut dengan seadanya[H48] . Jangan sesekali membangkang atau membantah tanpa usul periksa[H49] .Jika rakyat masih mahukan kerajaan pimpinan lama juga, maka mereka hendaklah menunggu pilihan raya yang akan datang. Setiap kehilangan pemimpin lama, tentu ada pemimpin yang baharu meggantikannya[H50] .






 [H1]penyampaian


 [H2]e-kerajaan ataupun kerajaan elektronik


 [H3]halangan


 [H4]merealisasikan


 [H5]sewajarnya


 [H6]menjadi


 [H7]terhalangnya


 [H8]integrasi


 [H9]petunjuk


 [H10]kesejahteraan


 [H11]hubungan


 [H12]harmoni


 [H13]fizikal


 [H14]diajdikan


 [H15]dikenal pasti


 [H16]cekap


 [H17]meningkatkan


 [H18]sosioekonomi


 [H19]modal


 [H20]memiliki


 [H21]elemen


 [H22]pembuatan


 [H23]penggunaan


 [H24]serius


 [H25]dalam


 [H26]organisasi


 [H27]setiap/tiap-tiap


 [H28]pedoman


 [H29]yang melibatkan kepentingan awam


 [H30]rasuah


 [H31]dalam


 [H32]perpaduan


 [H33]semasa


 [H34]baharu


 [H35]mementingkan


 [H36]salah laku


 [H37]pengamalan


 [H38]kalangan


 [H39]satu-satunya


 [H40]alam sekitar


 [H41]cara


 [H42]pelbagai


 [H43]pinjaman


 [H44]sebab


 [H45]sekali air bah sekali pantai/pasir berubah


 [H46]lempar batu sembunyikan tangan


 [H47]ke bukit sama didaki ke lurah sama dituruni


 [H48]buang yang keruh, ambil yang jernih


 [H49]serkap jarang


 [H50]patah tumbuh hilang berganti

No comments:

Post a Comment