Sunday, May 31, 2020

LATIHAN BM UNTUK LAI KEAN YI


LATIHAN BM UNTUK LAI KEAN YI

A.Tukarkan ayat-ayat pasif berikut kepada ayat aktif.

1.Novel berbahasa Inggeris itu sudah dibaca oleh Helen bulan lalu.
2.Para pengawas dinasihati oleh guru disiplin agar menunjukkan contoh yang baik kepada murid-murid yang lain.
3.Pemandangan di kampung nelayan  itu saya lukis.
4.Tikus telah berjaya ditangkap oleh Si Comot, kucing kesayangan emak pagi tadi.
5.Tingkah laku anak haruslah diawasi oleh ibu bapa agar mereka tidak tersalah langkah
6.Setelah lulus dalam ujian memandu Mei Ling dihadiahi sebuah kereta Kancil oleh Puan Lucy.

B.Nyatakan peribahasa yang sesuai mengikut situasi berikut

1. Kata-kata dan janji manis yang diberi oleh calon yang bertanding dalam pilihanraya itu tidak disukai oleh penduduk di kawasan itu kerana janji yang ditabur tersebut mempunyai maksud yang tertentu.
2. Selepas pertandingan memilih calon wakil rakyat itu berakhir, semua pihak yang bermusuhan telah berbaik-baik semula seperti sediakala.
3. Walaupun sudah sepuluh tahun berhijrah ke luar negara untuk mencari rezeki, namun kehidupan Encik Hamreesh masih juga susah apabila dia pulang ke kampung halamannya.
4. Walaupun berbadan besar dan kelihatan garang namun sebenarnya Encik Lin Cheng Heng seorang yang baik hari dan lemah lembut.
5. Walaupun cuba keluarga Encik Yow Weng Fai cuba menyembunyikan kisah anaknya terlibat dalam rasuah, namun akhirnya rahsia tersebut tersebar juga kepada orang ramai.
6. Hanya Chan Wei Jian sahaja yang nakal di kelas itu tetapi semua pelajar di sekolah itu menganggap pelajar kelas tersebut sebagai kelas pelajar-pelajar nakal.
7. Walaupun asalnya How Huai Lam seorang pelajar yang lembam namun setelah diajar dengan bersungguh-sungguh oleh guru-gurunya, akhirnya dia berjaya dalam peperiksaan itu dengan cemerlang.
8. Santosh seorang pelajar yang tidak tahu bermain badminton tetapi cuba mengambil bahagian dalam pertandingan badminton peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

C.Cari satu kesalahan ejaan dan imbuhan

1.Gaya hidup sihat berupa satu alaman  yang perlu kita lakukan.
2. Keberadaan hidup yang selesa ialah hidup tampa penyakit.
3. Makanan yang kelemakan akan mengakibatkan seseorang mudah dijangkiti pinyakit.
4. Pihak media masa sering bertayangkan pelbagai berita mengenai peperangan.
5. Aktiviti senaman mensebabkan badan kita akan menjadi lebih cerdas dan sihat.
6. Penekanan merupakan salah satu perkara yang boleh menjejaskan kesihatan mentality.
7. Secara tidak lansung kita juga dapat meluang masa bersama keluarga.
8. Apabila tabiat merokok  dihindari, maka hal itu satu penanda yang baik.
9. Setiap pagi budak itu membasuhkan kereta ayah-Nya
10. Tekanan darah tinggi tersebabkan oleh faktor jenetik.

D.Cari satu kesalahan bahasa dan istilah

1.Kementerian Kesihatan berusaha bersungguh untuk membanteras penularan virus itu
2.Pekerja kurier itu maut pemandu kaki mabuk itu melanggar.
3.Jenazah tiga beradik telah dikebumikan dalam satu liang liat.
4.Kes rumah pecah yang dilakukan oleh  Geng Tailong etnik Rohinya telah diberkas.
5.Pemandu yang kemabukan patut dikenakan hukuman yang lebih besar.
6.Isu arak yang menjadi penyebab mabuk individu.
7.Lebih sejuta penduduk Hong Kong turun ke jalanan untuk membantah rang undangundang.
8.Kerana ditahan seorang pemimpin terlibat dalam jenayah perdagangan manusia.
9.Seorang biduan ditemui mati di penjara sel Sungai Buluh.
10.Tunjuk perasaan itu bertukar ganas dan merenggut  hampir 30 nyawa.

E,Tukarkan ayat-ayat aktif berikut kepada ayat pasif.

1.Puan Azizah telah memarahi Azmi kerana memecahkan  pasu bunga
2.Ibu bapa harus mengawasi tingkah laku anak-anak supaya mereka tidak tersalah langkah.
3.Puan Sarah menghadiahi  Atiqah sebuah kereta Kancil setelah lulus dalam ujian memandu.     
4.Kedatangan biras ayah saya yang baru tiba dari Sabah disambut oleh ayah.
5.Dia mendayung sampan itu dengan laju dengan harapan untuk mendapat tempat pertama dalam pertandingan tersebut.
6.Saya  membeli rumah mewah di atas bukit itu dengan duit titik peluh saya sendiri.
7.Ibu Anita membuat kuih bahulu yang sedap itu sempena hari lahir Kalsom.
8.Mereka menyusun kerusi-kerusi  itu di padang sebelum acara sukan bermula.
9.Semua pelajar  sudah membaca buku cerita yang terdapat di perpustakaan.
10.Saya selalu memasang lampu di hadapan rumah sebelum tidur.


F.MEMAHAMI CATATAN HARIAN

Arahan : Baca catatan harian di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

20 Februari 2008
            Petang - Dari Alor Star, kami tiba di Jeti Kuah, Pulau Langkawi. Kedatangan kami disambut oleh ahli-ahli Rakan Muda dari Kuah yang juga selaku tuan rumah. Dari jeti itu kami dibawa ke Kompleks Belia Kuah dengan menaiki lori Majlis Daerah Langkawi. Kami bermalam di situ. Malam itu kami berpeluang melihat pertandingan akhir tomoi  anjuran kerajaan negeri Kedah.
21 Februari 2008
            Pagi - Kami dikehendaki berada di Hotel Tiara pada pukul 10.00  pagi. Majlis perasmian dan sambutan untuk peserta pertandingan kayak diadakan di hotel itu. Dari situ kami ke pantai Batu Hitam untuk memulakan pusingan pertama menuju ke Pulau Batu Buruk. Pasukan kami akan berentap dengan pasukan dari negeri Selangor, Perak dan Negeri Sembilan. Pelayaran ke pulau itu jauh dan membosankan. Tambahan pula, ombak sangat kuat.  Di tengah perjalanan, kayak kami tersangkut pada batu karang. Nasib baik kayak itu tidak pecah. Kami terpaksa mengusung kayak itu sehingga melewati kawasan batu karang itu  setelah sepuluh kilometer berkayak.  Selepas peristiwa itu, kami berasa amat penat dan bercadang hendak berlabuh untuk berehat di atas beting pasir. Hasrat itu terpaksa kami lupakan sahaja kerana kami gagal menemui beting pasir.
            Petang - Pukul 5.00 petang kami pun tiba di Pulau Batu Buruk. Pasukan dari negeri-negeri lain telah lama tiba. Nampaknya peluang untuk muncul sebagai juara semakin tipis. Meskipun begitu, kami berharap dapat mendahului mereka dalam pusingan kedua nanti. Kami bermalam di pulau itu.
23 Februari 2008
            Pagi - Selepas sarapan, semua pasukan memulakan pelayaran. Kami berkayuh dengan tenang, tidak seperti hari sebelumnya kerana takut  kehabisan tenaga di tengah pelayaran nanti.
            Petang - Setelah lima jam berkayuh, kami pun tiba di pantai Batu Hitam. Pasukan-pasukan dari negeri lain masih di belakang kecuali pasukan dari negeri Perak. Pasukan dari negeri Perak ini bersaing rapat dengan pasukan kami yang muncul sebagai juara. Sementara pasukan kayak dari Negeri Sembilan di tempat ketiga.
1          Tomoi ialah........
            A     nama sejenis seni pertahanan diri
            B     nama sejenis silat yang berasal dari Kedah
            C     nama sejenis tinju yang berasal dari Thailand
            D     nama sejenis permainan yang popular di Kedah

2          Apakah tujuan kami ke Pulau Langkawi?
            A     Untuk menyaksikan pertandingan tomoi
            B     Untuk melihat upacara perasmian ekspedisi berkayak
            C     Untuk menyertai pertandingan berkayak
            D     Untuk menyertai pelayaran ke Pulau Batu Buruk

3          Mengapakah penulis dan rakan-rakannya berada di Hotel Tiara?
            A     Untuk menghadiri upcara sambutan dan perasmian
            B     Untuk mendaftar diri sebagai peserta pertandingan
            C     Untuk memulakan pertandingan kayak itu
            D     Untuk memulakan pelayaran ke Pulau Batu Buruk

4          Pasukan manakah yang menjadi johan dalam pertandingan kayak itu?
            A    Pasukan dari negeri Perak   
            B    Pasukan dari Negeri Sembilan
            C    Pasukan dari negeri Kedah
            D    Pasukan dari negeri Selangor

5          Maklumat manakah yang tidak benar tentang pertandingan kayak itu?
            A     Pertandingan kayak itu dianjurkan oleh Rakan Muda Kuah.
            B     Pasukan kayak dari seluruh Semenanjung terlibat dalam
                   pertandingan  itu.
            C     Halangan seperti batu karang terpaksa ditempuhi oleh pasukan dari
                   negeri Kedah.
            D     Pasukan dari negeri Perak muncul sebagai naib johan dalam
                   pertandingan itu.

G.MEMAHAMI PETIKAN CERPEN

Baca petikan di bawah dan jawab soalan-soalan berikutnya.

Izah rasa benar-benar tersinggung.  Cuti persekolahan kali ini terpaksa dihabiskan bersama-sama ibu dan ayah sahaja.   Cuti persekolahannya tidak seindah dan seceria cuti Amylia.   Penat lelahnya menghabiskan kerja-kerja sekolah lebih awal daripada biasa tidak berpada.   Susah payahnya mencuci kasut sepulangnya dari sekolah siang tadi seperti tidak bermakna.   Penat fikirannya merancangkan aktiviti sepanjang percutiannya juga menjadi sia-sia.
“Minggu depan mereka berjanji akan pulang,”   Haji Din menyatakan pesanan anak-anaknya tadi.
 “Ayah percaya?”  tanya Izah yang yakin janji itu akan dimungkiri lagi.
“Kita sahajalah yang pergi.   Tidak pun Izah ulang kaji pelajaran sahaja di rumah.” Haji Din cuba memujuk ketika Izah merungut-rungut kerana marah akan Along dan Angah yang sering mungkir janji.
 “Hari-hari Izah belajar.   Cuti sekolah Izah nak berehatlah pula,” rungut Izah yang masih tidak puas hati.  Tadi sebelum waktu terakhir persekolahan, dia terpaksa mengaku kepada teman karibnya bahawa keluarganya akan ke Pulau Langkawi pada cuti persekolahan ini.   Izah berasa jengkel kepada Amylia hingga terpaksa mengakui perkara yang dia sendiri tidak yakin. 
 “Kita berehat sahaja di rumah.  Badan pun tak penat.   Nanti ayah masakkan nasi tomato kegemaran Izah.  ”Bagaimana?”  Haji Din memujuk lagi.   Dia yang tua pun tersinggung hati apatah lagi Izah yang masih kanak-kanak.    Namun sebagai orang tua, Haji Din memahami masalah anak-anaknya.   Izwan sudah berkeluarga.   Izani pula terpaksa balik ke kampung suaminya kerana bapa mentuanya sakit.    Haji Din yakin suatu hari nanti Izah akan lebih memahami.



1          Bagaimanakah perasaan Izah apabila mengetahui bahawa abang dan kakaknya tidak dapat menunaikan janji mereka?
A        Tidak puas hati
B        Tersentuh
C         Hampa
D        Marah

2          Siapakah Amylia?
A          Kakak Izah
B          Kawan Izah
C         Anak Haji Din
 D        Anak jiran Izah


3          Mengapakah Izah beria-ia untuk bercuti dengan abang dan kakaknya?
A          Mereka telah berjanji untuk membawanya pergi bercuti.
B          Ayahnya tidak mahu menemaninya ke Pulau Langkawi.
C         Izah berasa penat menghadap pelajaran sahaja.
D         Amylia juga akan bercuti ke Pulau Langkawi.


4          Semua perbuatan Izah yang berikut menunjukkan bahawa dia sudah bersiap sedia untuk pergi bercuti kecuali
A          Izah telah membereskan kerja-kerja sekolahnya.
B          Izah telah merancangkan aktiviti untuk percutian itu.
C         Dia telah meminta ayahnya memasakkan nasi tomato.
D         Dia mencuci kasut sekolah sebaik-baik sahaja pulang dari sekolah.

5          Haji Din memujuk Izah dengan
A          mengatakan akan memasak nasi tomato kegemaran Izah.
B          membenarkan Izah pergi bercuti bersama-sama abangnya.
C         berjanji akan membawa Izah melawati abangnya.
D         membeli hadiah untuknya.

H.KARANGAN

SUMBANGAN SAYA KEPADA NEGARA TERCINTA

Pendahuluan-Bangga menjadi rakyat Malaysia-Malaysia adalah tanah tumpah darah saya-rasa bersyukur kerana dapat lahir dan membesar di sini- negara saya aman damai dan hidup saya di sini sejahtera berbanding negara lain.

Isi 1-Saya mematuhi peraturan dan undang-undang- tidak terlibat dalam jenayah-elakkan gejala sosial-menghormati lambang kebesaran negara- membantu masyarakat beragama dan etnik yang lain-ketika memandu saya tidak akan cuai

Isi 2-Saya akan banyak menimba ilmu-dapat memberi pandangan kepada negara saya dengan idea yang bernas-membantu golongan buta huruf-mengendalikan kelas percuma kepada orang miskin- di tempat kerja saya akan menghasilkan barangan baharu dengan kreativiti saya

Isi 3-Saya akan melakukan kerja-kerja sosial- menyertai badan bukan kerajaan untuk membantu masyarakat- membantu mangsa banjir, tanah runtuh dan sebagainya-membantu mereka mendapatkan pakaian, makanan, perubatan dan wang mengikut kemampuan saya

Isi 4-Saya akan menyambut hari-hari kebesaran Malaysia- Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia-memberikan kesedaran kepada masyarakat lain-menganjurkan aktiviti yang sesuai-menggalakkan ramai mengambil bahagian- menceritakan sumbangan pejuang kebangsaan terdahulu kepada mereka.

Kesimpulan-Saya amat mencintai negara saya-saya tidak dapat bayangkan bahawa saya boleh hidup bahagia di negara lain- Negara saya tiada sebarang peperangan atau sebarang bencana alam yang boleh meragut nyawa manusia- Di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung


Saturday, May 30, 2020

KARANGAN TERBAIK BHG. A OLEH SRIDRAN SPM


KARANGAN BAHASA MELAYU SPM

BAHAGIAN A

TAJUK : USAHA-USAHA MEMUPUK JATI DIRI REMAJA

            Remaja dapat ditakrifkan sebagai seseorang yang beusia[H1]  antara 12 hingga 21 tahun. Kebanyakan remaja masih berada di bangku sekolah atau di pusat pengajian tinggi. Menurut mantan Menteri Belia dan Sukan, Syed[H2]  Saddiq bin Syed Abdul Rahman, usia remaja merupakan waktu yang sesuai untuk seseorang dididik dan dipupuk jati dirinya. Ketika usia setahun sejagung ini jugalah, seseorang boleh terpengaruh dengan perkara negatif jika tiada bimbingan. Pada zaman dahulu, remaja merupakan tulang belakang sesebuah kumpulan masyarakat. Merekalah yang berada di barisan hadapan ketika sama-sama menjayakan sesuatu aktiviti atau majlis. Namun demikian, dalam  meniti kehidupan pada marcapada, remaja semakin hilang jati diri dek pengaruh budaya kuning. Isu yang sering meniti dari bibir ke bibir masyarakat ini telah mewujudkan suatu polemik yang hebat dalam kalangan marhaen [H3] negara, malah isu ini juga hangat diperkatakan dari warung kopi hingga persidangan di Parlimen. Persoalan yang kini menjadi percaturan minda ialah apakah usaha-usaha bagi memupuk jati diri remaja ?

            Antara prakarsa yang afdal bagi memupuk jati diri dalam kalangan remaja ialah kita haruslah memperkenalkan tokoh pejuang kemerdekaan tanah air kepada mereka. Sebagai contohnya, nama dan gambar pejuang kemerdekaan seperti Dato’ Onn Jaafar, Ahmad Boestamam, dan Tunku Abdul Rahman perlulah diletakkan di tempat-tempat strategik seperti perpustakaan[H4] , muzium[H5] , dan pusat[H6]  beli-belah sepanjang masa. Gambar-gambar ini perlu disertakan dengan keterangan berkaitan dengan pengorbanan tokoh-tokoh tersebut. Melalui metode ini, remaja akan menyedari asal usul mereka dan menyedari pahit getir yang dilalui oleh pejuang kemerdekaan bagi memajukan negara Malaysia dan meletakkan ibu pertiwi mereka pada tahap duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan negara-negara maju yang lain. Para remaja juga akan menginsafi segala kesalahan dan kesilapan lalu dan bertaubat untuk mengubah sikap indivualistik [H7] dan materialistik mereka. Oleh itu, jelaslah bahawa remaja perlu mengenali tokoh-tokoh pejuang kemerdekaan demi memupuk jati diri mereka.

            Jika disingkap dari perspektif yang berbeza, pihak kerajaan juga boleh mengadakan kempen-kempen kesedaran dalam usaha bagi memupuk jati diri remaja. Sebagai contohnya, kerajaan boleh menghasilkan iklan melalui pelbagai media untuk menunjukkan kepentingan jati diri kepada remaja. Mereka boleh menggunakan media massa dan media elektronik sebagai wadah yang signifikan bagi menjayakan kempen-kempen tersebut. Kempen ini perlu diadakan secara konsisten sehingga menampakkan hasil umpama genggam bara api biar sampai menjadi arang. Sebaliknya, pihak kerajaan tidak seharusnya bersikap seperti hangat-hangat tahi ayam dalam menjalankan kempen kesedaran ini kerana pemupukan jati diri remaja merupakan suatu agenda besar negara. Jati diri remaja merupakan langkah awal ke arah pemupukan semangat patriotik terhadap negara. Natijahnya, ternyatalah bahawa kempen kesedaran tentang kepentingan jati diri yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan secara berterusan mampu memupuk jati diri remaja.

            Bertitik tolak daripada manifestasi di atas, penghayatan remaja terhadap mata pelajaran Sejarah merupakan  salah satu inisiatif yang penting bagi memupuk jati diri remaja. Sebagai misalan, mata pelajaran Sejarah yang diajarkan menggunakan metode menarik akan meningkatkan kefahaman dan penghayatan remaja terhadap peristiwa-peristiwa sejarah yang berlaku di negara kita. Dengan yang demikian, para remaja dapat meneladani nilai-nilai moral yang penting daripada peristiwa-peristiwa tersebut. Kebijaksanaan guru dalam usaha untuk menarik minat pelajar terhadap mata pelajaran ini membolehkan jati diri mereka dipupuk sedikit demi sedikit. Selain menjadi syarat wajib lulus dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia, mata pelajaran Sejarah juga penting untuk menanamkan semangat cinta akan negara dalam sanubari remaja seperti sekali membuka pura, dua tiga hutang berbayar. Izharnya, jelaslah bahawa mata pelajaran Sejarah yang dihayati dan dihargai akan dapat memupuk jati diri remaja.

            Sebagai menggulung segala ikhtisar yang telah dikemukakan di atas, sudah terang lagi bersuluh bahawa usaha-usaha sebegini perlu dilakukan secara holistik oleh semua pihak yang bertanggungjawab. Pelbagai pihak sama ada kerajaan atau badan bukan kerajaan (NGO) perlu berganding bahu dan bersinergi agar usaha murni ini membuahkan hasil secara berteusan dalam jangka masa panjang persis kata peribahasa Melayu alang-alang berminyak, biar licin. Pihak kerajaan juga mengharapkan generasi pada zaman kemodenan [H8] ini yang terdiri daripada para remaja dapat menyedari kepentingan jati diri mereka. Mereka seyogianya sedar bahawa mereka merupakan bakal pemimpin yang akan menerajui negara kita ke arah kemajuan dari segi pembangunan dan ekonomi. Mereka seharusnya mengorak langkah pertama dan berinisiatif dalam hal ini kerana persis kata orang-orang tua, di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Sebagai pengitlakan, negara yang berjaya tentulah berpaksikan jati diri rakyat sendiri kerana jati diri bangsa merupakan asas kehebatan sesebuah negara.





 [H1]berusia


 [H2]Yang Berhormat


 [H3]Marhaen normally is used for rakyat biasa


 [H4]Di


 [H5]di


 [H6]di


 [H7]individualistik


 [H8]moden

Friday, May 29, 2020

LATIHAN MASA CUTI PKP TINGKATAN 4/5 SIRI 10


LATIHAN MASA CUTI PKP TINGKATAN 4/5 SIRI 10

Cari satu kesalahan ejaan dan imbuhan

1.Pembaca tetap membaca akhbar bercetak walaupun teknologi sudah kemajuan.
2.Seramai 40 orang penghuni di Ampang mengarah meninggalkan kediaman masing-masing susutan berlaku tanah runtuh.
3.Seorang nelayan melaporkan hilang selepas bot dinaikinya ditemui tanpa pengemudi di muwara Kuala Kedah.
4.Pihak polis mengambil langkah proktif membuat peninjauan udara.
5.Seekor gajah liar telah menanapkan sederit rumah di kampung itu.
6.Mereka yang mengambil penyempatan untuk menziarai sauadara mara sewaktu PKP telah ditahan oleh polis.
7.Hujan lebat lebih empat jam pagi hari ini menyebabkan lapan kawawasan di Alma melanda banjir kilat.
8.Seorang lelaki menyembunyikan rokok seludup dalam trelar dipandunya gagal mengkaburi pihak berkuasa.
9.Seramaia 57 individu dikompon selepas mendapati ingkar Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat.
10.Seorang kanak-kanak yang  berusai lima tahun dari Taman Bukit digigit anjing pemeliharaannya.

Cari satu kesalahan bahasa dan istilah

1.Pelbagai faedah kita akan mendapat hasil daripada hubungan dengan negara China, secara komersil dan budaya
2.Universiti  awam telah memulakan hantaran pulang mahasiswa yang berada di kampung ke kampus halaman masing-masing.
3.Mereka yang membuat sebarang  idea berbaur perkauman terhadap ras etnik lain akan ditangkap.
4.Di mana-mana seluruh dunia, kerajaan sedang berusaha untuk mengatasi masalah penirisan ozon.
5.Seorang pegawai didakwa kerana maklumat dipalsukan borang permohonan merentas negeri.
6.Malaysia bersedia menjalani usaha pemuliharaan ekonomi pada tahun 2021
7.Amerika Syarikat dan China saling berbalah-balahan  antara satu sama lain dalam isu penyakit korona.
8.Tiga wanita dan enam orang anak mereka, mati ditembak lelaki sekumpulan bersenjata.
9.Kerajaan menawarkan ganjaran besar kepada sesiapa yang berjaya memberi makluman mengenai rasuah dalam di kalangan penjawat awam.
10.Kerajaan telah meluluskan orang ramai makan dan minum di premis makanan termasuk di restoran dan di gerai makanan.

Tukarkan ayat-ayat pasif berikut kepada ayat aktif.

1.Novel berbahasa Inggeris itu sudah dibaca oleh Helen bulan lalu.
2.Para pengawas dinasihati oleh guru disiplin agar menunjukkan contoh yang baik kepada murid-murid yang lain.
3.Pemandangan di kampung nelayan  itu saya lukis.
4.Tikus telah berjaya ditangkap oleh Si Comot, kucing kesayangan emak pagi tadi.
5.Tingkah laku anak haruslah diawasi oleh ibu bapa agar mereka tidak tersalah langkah
6.Setelah lulus dalam ujian memandu Mei Ling dihadiahi sebuah kereta Kancil oleh Puan Lucy.

Nyatakan peribahasa yang sesuai mengikut situasi berikut

1. Kata-kata dan janji manis yang diberi oleh calon yang bertanding dalam pilihanraya itu tidak disukai oleh penduduk di kawasan itu kerana janji yang ditabur tersebut mempunyai maksud yang tertentu.
2. Selepas pertandingan memilih calon wakil rakyat itu berakhir, semua pihak yang bermusuhan telah berbaik-baik semula seperti sediakala.
3. Walaupun sudah sepuluh tahun berhijrah ke luar negara untuk mencari rezeki, namun kehidupan Encik Hamreesh masih juga susah apabila dia pulang ke kampung halamannya.
4. Walaupun berbadan besar dan kelihatan garang namun sebenarnya Encik Lin Cheng Heng seorang yang baik hari dan lemah lembut.
5. Walaupun cuba keluarga Encik Yow Weng Fai cuba menyembunyikan kisah anaknya terlibat dalam rasuah, namun akhirnya rahsia tersebut tersebar juga kepada orang ramai.
6. Hanya Chan Wei Jian sahaja yang nakal di kelas itu tetapi semua pelajar di sekolah itu menganggap pelajar kelas tersebut sebagai kelas pelajar-pelajar nakal.
7. Walaupun asalnya How Huai Lam seorang pelajar yang lembam namun setelah diajar dengan bersungguh-sungguh oleh guru-gurunya, akhirnya dia berjaya dalam peperiksaan itu dengan cemerlang.
8. Santosh seorang pelajar yang tidak tahu bermain badminton tetapi cuba mengambil bahagian dalam pertandingan badminton peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

LATIHAN MASA CUTI PKP TINGKATAN 1/2/3 SIRI 10


LATIHAN MASA CUTI PKP TINGKATAN 1/2/3 SIRI 10

Cari satu kesalahan ejaan dan imbuhan

1.Gaya hidup sihat berupa satu alaman  yang perlu kita lakukan.
2. Keberadaan hidup yang selesa ialah hidup tampa penyakit.
3. Makanan yang kelemakan akan mengakibatkan seseorang mudah dijangkiti pinyakit.
4. Pihak media masa sering bertayangkan pelbagai berita mengenai peperangan.
5. Aktiviti senaman mensebabkan badan kita akan menjadi lebih cerdas dan sihat.
6. Penekanan merupakan salah satu perkara yang boleh menjejaskan kesihatan mentality.
7. Secara tidak lansung kita juga dapat meluang masa bersama keluarga.
8. Apabila tabiat merokok  dihindari, maka hal itu satu penanda yang baik.
9. Setiap pagi budak itu membasuhkan kereta ayah-Nya
10. Tekanan darah tinggi tersebabkan oleh faktor jenetik.

Cari satu kesalahan bahasa dan istilah

1.Kementerian Kesihatan berusaha bersungguh untuk membanteras penularan virus itu
2.Pekerja kurier itu maut pemandu kaki mabuk itu melanggar.
3.Jenazah tiga beradik telah dikebumikan dalam satu liang liat.
4.Kes rumah pecah yang dilakukan oleh  Geng Tailong etnik Rohinya telah diberkas.
5.Pemandu yang kemabukan patut dikenakan hukuman yang lebih besar.
6.Isu arak yang menjadi penyebab mabuk individu.
7.Lebih sejuta penduduk Hong Kong turun ke jalanan untuk membantah rang undangundang.
8.Kerana ditahan seorang pemimpin terlibat dalam jenayah perdagangan manusia.
9.Seorang biduan ditemui mati di penjara sel Sungai Buluh.
10.Tunjuk perasaan itu bertukar ganas dan merenggut  hampir 30 nyawa.

Tukarkan ayat-ayat aktif berikut kepada ayat pasif.

1.Puan Azizah telah memarahi Azmi kerana memecahkan  pasu bunga
2.Ibu bapa harus mengawasi tingkah laku anak-anak supaya mereka tidak tersalah langkah.
3.Puan Sarah menghadiahi  Atiqah sebuah kereta Kancil setelah lulus dalam ujian memandu.     
4.Kedatangan biras ayah saya yang baru tiba dari Sabah disambut oleh ayah.
5.Dia mendayung sampan itu dengan laju dengan harapan untuk mendapat tempat pertama dalam pertandingan tersebut.
6.Saya  membeli rumah mewah di atas bukit itu dengan duit titik peluh saya sendiri.
7.Ibu Anita membuat kuih bahulu yang sedap itu sempena hari lahir Kalsom.
8.Mereka menyusun kerusi-kerusi  itu di padang sebelum acara sukan bermula.
9.Semua pelajar  sudah membaca buku cerita yang terdapat di perpustakaan.
10.Saya selalu memasang lampu di hadapan rumah sebelum tidur.

LATIHAN KARANGAN TINGKATAN 4 &5 SIRI 10


LATIHAN KARANGAN TINGKATAN 4 &5 SIRI 10

Untuk memastikan rakyat dapat menikmati kualiti hidup yang lebih tinggi dan bersaing di peringkat global, kerajaan perlu memainkan peranan yang sangat dominan. Huraikan penyataan ini.

Pendahuluan

-rakyat berhak menikmati kehidupan yang lebih baik-tidak seseorang pun terlepas daripada arus pembangunan negara- rakyat mesti hidup dengan dibekalkan segala kemudahan dan prasarana yang berkualiti-langkah perlu diambil supaya Malaysia berdiri sama tinggi dan dududk sama rendah dengan negara-negara lain

Isi-isi

-kerajaan hendaklah membangunkan kawasan kediaman yang berdaya maju dan menarik-mempengaruhi bentuk dan ciri kawasan yang boleh menjadikannya tempat yang menarik untuk didiami, bekerja dan beriadah-kawasan yang bebas daripada pencemaran dan jenayah-rakyat patut berasa puas dan bahagia tinggal di kawasan itu- menyediakan jalan di tempat kediaman yang lebih selamat

-kerajaan hendaklah menyediakan sistem pengangkutan awam yang mengutamakan rakyat-menstrukturkan semula sektor pengangkutan yang sedia ada- memastikan pelaburan yang berterusan dalam infrastruktur supaya pengangkutan awam menjadi pilihan utama-kerajaan boleh menswastakan sektor pengangkutan yang tidak menguntungkan-rakyat berasa selesa dan kondusif mengguanakan pengangkutan awam

-kerajaan juga boleh mentransformasikan penjagaan kesihatan untuk mempertingkat kualiti hidup rakyat-kita mahukan rakyat bebas penyakit- jangka hayat rakyat ditingkatkan-kadar kesuburan wanita meningkat- kesihatan warga tua dan kanak-kanak sentiasa dijaga-sistem penyampaian kesihatan seperti di hospital, klinik dan pusat rawatan dipertingkatkan dan diperbaiki-menekankan rawatan kepada pencegahan penyakit dan gaya hidup sihat

-kerajaan haruslah memastikan akses kepada perumahan yang berkualiti dan mampu milik-rumah perlu dibina dengan banyak untuk memenuhi keperluan rakyat- ada sesetengah rakyat kita menjadi gelandangan- masalah tidur di tepi bangunan atau jalan hendaklah dikurangkan- di kawasan yang kekurangan tanah, rumah pangsa boleh dibina- kerajaan sentiasa mengawal harga perumahan- jangan sehingga menjejaskan golongan tidak berada

-kerajaan sewajarnya menyediakan utiliti dan perkhidmatan awam yang lebih cekap-lebih mengutamakan kecekapan perkhidmatan- menyediakan bekalan air yang bersih khususnya di kawasan luar bandar-di kawasan bandar pula sistem pembentungan hendaklah dikawal selia-menyediakan bekalan elektrik dan jalur lebar yang lebih efisien-kerajaan juga meningkatkan pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam

Penutup

-secara keseluruhan langkah-langkah yang disarankan dapat menjamin kemampanan kualiti
hidup rakyat Malaysia- kerajaan hendaklah komited untuk memastikan kualiti hidup rakyat-
sama ada yang tinggal  di kawasan bandar ataupun di kawasan luar bandar-selaras dengan aspirasi Malaysia untuk menjadi sebuah negara maju

PELAJAR-PELAJAR DIMINTA MENGEMBANGKAN HURAIAN DENGAN CONTOH DAN PERIBAHASA YANGS SESUAI

LATIHAN KARANGAN TINGKATAN 2&3 SIRI 10


LATIHAN KARANGAN TINGKATAN 1/2/3 SIRI 10

Setiap individu dan masyarakat berperanan penting dalam meningkatkan kualiti hidup. Bincangkan penyataan ini.

Pendahuluan:

-peningkatan kualiti hidup rakyat merupakan antara ciri sesebuah negara yang maju-rakyat tidak patut ketinggalan namun negara maju dan moden

Isi-isi penting:

-ketua keluarga haruslah membina keluarga bahagia-setiap individu dalam keluarga perlu memainkan peranan masing-masing-mewujudkan kehidupan keluarga yang harmoni, saling bertoleransi, dan saling menghormati-ibu bapa berperanan menyediakan sumber kewangan yang mencukupi-memenuhi keperluan anak-anak dan keluarga-ibu bapa perlu mempunyai pegangan hidup yang baik bertunjangkan didikan moral dan ajaran agama

-masyarakat hendaklah menambahkan ilmu pengetahuan-penguasaan ilmu pengetahuan melambangkan kualiti hidup yang baik-perlu mengejar dan menambah ilmu setinggi yang boleh-tidak menjadi seperti katak di bawah tempurung-keluar daripada kepompong kemiskinan apabila mendapat pekerjaan yang baik ataupun menjadi usahawan yang berjaya-mencapai taraf negara maju menjelang tahun 2050-masyarakat juga dapat hidup dalam keadaan yang harmoni dan bersatu padu.

-masyarakat sewajarnya menjana pertumbuhan ekonomi negara-pertumbuhan ekonomi negara turut melambangkan peningkatan kualiti hidup-individu dan masyarakat memberikan sumbangan kepada ekonomi negara-setiap tenaga kerja yang masih aktif dapat digembleng dalam setiap sektor ekonomi-contohnya bidang pertanian, perindustrian, pelancongan, pengangkutan dan sebagainya- jika ekonomi negara kukuh  maka kerajaan boleh menyediakan pelbagai kemudahan infrastruktur kepada rakyat semula

-kerajaan haruslah menggunakan sistem pengangkutan mesra alam-alam sekitar yang bersih mencerminkan kualiti hidup yang sihat- asap daripada cerobong alat-alat pengangkutan yang ketinggalan zaman merupakan antara faktor utama pencemaran alam-di bandar-bandar besar udara sangat tercemar-perlu diperluas kepada penggunaan enjin kenderaan elektrik seperti di negara China-alam sekitar yang bersih akan mengurangkan risiko penyakit

Penutup:

- Pelbagai pihak perlu bekerjasama untuk meningkatkan kualiti hidup rakyat di negara ini-maju mundur sesebuah negara bergantung kepada kualiti hidup yang dinikmati oleh rakyatnya





JAWAPAN LATIHAN MASA CUTI PKP TINGKATAN 4/5 SIRI 9


JAWAPAN LATIHAN  MASA CUTI PKP TINGKATAN 4/5 SIRI 9

Cerakinkan kepada dua ayat tunggal

1.a.Kebiasaan baharu kehidupan sebenarnya mengajar masyarakat nilai-nilai murni yang perlu dipatuhi.
b.Hormat-menghormati adalah teras utama dalam menjalani kehidupan.

2. a.Perhubungan sosial antara masyarakat mampu dieratkan melalui hubungan dua hala. b.Perhubungan sosial menggunakan teknologi terkini.

3 a.Kerajaan melarang solat sunat Aidilfitri di surau di negeri-negeri.
b. Kerajaan melarang solat sunat Aidilfitri di masjid di negeri-negeri.

4. a.Orang ramai dinasihatkan untuk melupakan hasrat merentas negeri untuk balik kampung.
b. Orang ramai menyusahkan diri sendiri apabila diarahkan untuk berpatah balik.

5.a.Mahkamah mengesahkan sesuatu.
b. Sekumpulan pendatang asing tanpa izin dikenakan hukuman.

Cantumkan dua ayat berikut menjadi satu ayat

1.Kerajaan sentiasa mengingatkan orang ramai agar berbelanja secara hemat pada waktu kemelesatan ini
2.Pihak yang tidak bertanggungjawab memainkan peranan dengan memecahbelahkan perpaduan rakyat.
3.Kita dinasihatkan menjaga kebersihan supaya virus tidak merebak.
4. Bahasa Melayu lambang kedaulatan negara dan menyatupadukan rakyat.
5. Pihak polis sering mengadakan sekatan jalan raya kerana pemandu masih degil untuk pulang ke kampung.

Kesalahan ejaan dan imbuhan

1.Tiga orang laki-laki [H1] didenda kerana dimiliki [H2] dua papan mercun
2.Barisan bertugas [H3] hadapan dibenarkan menyambut hari lembaran[H4] 
3. Pusat menahan [H5] pendatang asing disembur ubat nyah virus [H6] Covid-19
4.Seorang seleberiti [H7] didakwa di mahkamah kerana disokong [H8] rusuhan kaum.
5.Kebanyakan hotel di Melaka jualan [H9] kerana kemelestan [H10] ekonomi.
6.Seorang anak yathim [H11] mendapat bantuan lanjutkan [H12] pelajaran di universiti
7. Mereka yang melompat parti sepatunya [H13] meletakkan [H14] jawatan mereka.
8. Penyenaman [H15] dapat menyihatkan dan mencairkan bakuan [H16] darah.
9.Polis berjaya medamaikan [H17] dua kumpulan yang bergaduh di sebuah restoren[H18] .
10.Pemandu mabuk terlanggar [H19] harta awan [H20] semakin mejadi-jadi di negara kita.

Kesalahan bahasa dan istilah
1.Setiap kali tiba hari lebaran, terkenangkan [H21] rakan-rakan Melayu di kandang [H22] getah.
2.Dia bersila duduk [H23] di atas lantai menjamu kuih [H24] raya bersama kawan-kawannya.
3. Oleh kerana [H25] kemiskinan, ramai tidak meneruskan pelajaran [H26] menengah.
4. Hari raya [H27] pada tahun ini menyahut persahabatan silam tanpa terbuka majlis[H28] .
5.Kefahaman [H29] multi budaya [H30] sangat penting diamalkan di negara ini.
6. Intelek [H31] itu menghasilkan sebuah tulisan yang mempaparkan [H32] analisis yang mantap.
7. Pesakit itu terpaksa menjalankan [H33] dianalisis [H34] untuk mencuci darahnya.
8. Pak Kassim sudah menjadi mendiang [H35] sejak lamanya puluhan tahun. [H36] 
9. Usaha-usaha pembuatan [H37] filem terpaksa ditangguhkan kerana bimbangkan [H38] penularan virus.
10. Kajian beliau memusnahkan [H39] mitos bahawa semua hantu berasal daripada [H40] kawasan kubur.






 [H1]lelaki


 [H2]memiliki


 [H3]petugas


 [H4]lebaran


 [H5]tahanan


 [H6]nyahvirus


 [H7]selebiriti


 [H8]menyokong


 [H9]dijual


 [H10]kemelesetan


 [H11]yatim


 [H12]melanjutkan


 [H13]sepatutnya


 [H14]meletak


 [H15]senaman


 [H16]pembekuan


 [H17]mendamaikan


 [H18]restoran


 [H19]melanggar


 [H20]awam


 [H21]terkenang akan


 [H22]ladang


 [H23]duduk bersila


 [H24]juadah


 [H25]sebab


 [H26]pendidikan


 [H27]Raya


 [H28]majlis terbuka


 [H29]pemahaman


 [H30]multibudaya


 [H31]sarjana


 [H32]memaparkan


 [H33]menjalani


 [H34]dialisis


 [H35]arwah


 [H36]puluhan tahun lamanya


 [H37]pembikinan


 [H38]bimbang akan


 [H39]menghapuskan/mengikis


 [H40]dari