KARANGAN A
NILAI MURNI SANGAT PENTING DIAMALKAN DALAM KEHIDUPAN KITA SEHARIAN.
HURAIKAN KEPENTINGAN NILAI MURNI.
1.Masyarakat
yang berperibadi mulia dan berdisiplin dapat memberi sumbangan yang
lebih bermakna dalam usaha memajukan negara
agar mencapai kemakmuran dan
kemajuan yang pesat
2.Individu
dan masyarakat yang mempunyai nilai murni akan mempunyai budi pekerti
yang mulia dan akan dihormati oleh orang
lain.
3.Pelbagai
gejala sosial yang kurang baik dapat dibanteras dan masyarakat hidup
dalam keadaan aman dan harmonis.
4 Imej
negara di kaca mata dunia akan tinggi dan rakyat negara ini dikagumi oleh
pelancong
asing/ masyarakat dunia.
5 Individu
yang mempunyai nilai murni akan dapat membuat pertimbangan secara
rasional dalam menyelesaikan masalah
RUMUSAN
Baca petikan di bawah dengan teliti,
kemudian buat satu rumusan tentang faedah industri desa dan cara-cara memajukan
industri desa. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.
Lazimnya, industri desa ini menggunakan
bahan-bahan semula jadi tempatan dengan kemahiran bersifat tradisional serta
hanya memerlukan pelaburan yang rendah tetapi menghasilkan pulangan yang cepat.
Industri ini seperti kraftangan, yang termasuklah anyaman, ukiran, sulaman,
serta perusahaan memproses atau membuat makanan seperti keropok, kicap dan sos
cili.
Kini, industri desa telah berjaya
menguasai pasaran domestik. Bukan setakat itu, industri ini kini telah menembusi
pasaran antarabangsa serta mampu meneroka peluang perniagaan berteraskan import
dan eksport. Industri ini juga mampu membantu memperkukuh ekonomi negara
melalui penjualan produk sama ada di dalam negara mahupun di pasaran global. Perkembangan
industri desa turut membantu dalam penyediaan peluang pekerjaan kepada penduduk
tempatan. Mereka dapat menghasilkan produk berkualiti dan memasarkan sendiri
produk tersebut tanpa campur tangan orang tengah. Selain kepentingan dari segi
ekonomi, industri desa mampu mengekalkan nilai-nilai seni tradisi dan
kebudayaan yang diwarisi sejak zaman-berzaman. Menerusi industri desa juga,
kemajuan sektor pelancongan turut dapat ditingkatkan.
Lazimnya, para pelancong
akan membeli sesuatu barangan yang tidak terdapat di negara mereka. Oleh itu,
mereka akan membeli barangan kraf tangan dan buah tangan yang lain sebagai
tanda kenang-kenangan sewaktu berada di Malaysia. Oleh itu, semua pihak tidak
harus meminggirkan industri tersebut yang ternyata mempunyai pelbagai
kepentingan yang tersendiri.
SOALAN 2(A) — PETIKAN UMUM
Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab
soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.
(i) Berikan maksud rangkai kata
berpeluang cerah. [2 markah]
(ii) Apakah masalah yang berlaku apabila
menggunakan khidmat orang tengah dalam urusan jual beli? [3 markah]
(iii) Pada pendapat anda, mengapakah
produk industri desa masih kurang mendapat sambutan yang menggalakkan daripada
masyarakat tempatan? Berikan tiga sebab. [4 markah]
TULIS SATU AYAT BAGI SETIAP
RANGKAI KATA DI BAWAH
(i) jam tangan (ii) beri laluan (iii) kereta
sorong (iv) lintas hormat (v) cermin sisi (vi) kalis air
TUKARKAN AYAT CAKAP AJUK DI
BAWAH KEPADA AYAT CAKAP PINDAH
1.“Jika kamu hendak ke Genting Highland,
berhati-hatilah ketika memandu kerana jalan raya di situ bengkang-bengkok,”
nasihat Malik kepada Farid.
2.“Mari kita keluar makan tengah hari di
Restoran Nasi Arab waktu rehat nanti,” kata Amirul kepada Asyikin.
3. “Wah, banyak betul kotak yang awak
kumpul petang ini!” kata Ramu kepada Vinod.
SATU KESALAHAN EJAAN DAN SATU
KESALAHAN PENGGUNAAN IMBUHAN
1.Sempena perayaan Hari Guru pada tahun
ini sebuah syarikat korperat telah diberikan kupon percuma sebagai tanda
menghargai jasa guru-guru.
2.Hujan yang turun tercurah-curah sejak
pagi tadi menyebabkan kampong itu dilanda banjir sedalam dua meter.
3.Beberapa orang pelajar balik awal
kerana terlibat dengan rapthai acara pesembahan sempena Perayaan Hari
Kebangsaan.
3 KESALAHAN EJAAN 3 KESALAHAN
IMBUHAN
Pembangunan pesat di ibu kota
menyebabkan kesesakkan jalan raya berlaku. Keadaan ini menjadi semakin terok
kerana pembinaan jalan raya tidak dirancang dengan teliti. Selain itu, sikap
pengguna yang tidak berdisplin dan kekurangan polis trafik menjadikan masaalah
ini semakin rumit. Pengguna pula sering meletakan kenderaan sesuka hati
sehingga menganggu kelancaran lalu lintas
SATU KESALAHAN PENGGUNAAN KATA
ATAU ISTILAH DAN SATU KESALAHAN TATABAHASA
1.Sesetengah orang berasa mewah apabila
mereka membeli barangan yang berjenama tanpa memikirkan harga barangan itu sama
ada berpatutan dan tidak.
2. Ayah merancang berangkat ke kampung
di hujung minggu ini kerana memenuhi jemputan majlis perkahwinan anak rakan
baiknya.
3.Peristiwa sebuah pesawat Air Asia yang
terhumban di Laut Jawa telah dirakam oleh seorang saksi menggunakan digital
kamera.
4.Novel karya novelis terkenal tanah air
itu mencatat rekod jualan paling terlaris kerana mendapat sambutan luas
daripada kalangan penggemar novel.
5.Datuk Lee Chong Wei telah menyertai
perlawanan badminton Terbuka Malaysia yang berlangsung di bulan November tahun
lalu.
6.Sultan itu telah berkenan menabalkan
putera beliau sebagai Raja Muda bila berusia sepuluh tahun.
TIGA KESALAHAN PENGGUNAAN KATA
ATAU ISTILAH DAN TIGA KESALAHAN TATABAHASA
Senaman tiga atau dua kali kita perlu
melakukan seminggu agar tubuh dapat bertugas dengan baik. Amalan minum air
kosong juga perlu dititikberatkan bagi menggantikan cecair yang telah hilang di
dalam badan. Tekanan juga dapat dihilangkan menerusi senaman. Oleh itu, untuk
memperoleh kesihatan yang baik, rakyat Malaysia hendaklah mengamalkan senaman
yang konsituensi. Rehat dan tidur secukupnya juga merupakan ubat yang mujarad
untuk mengekalkan kesihatan. Kita tidak kurang digalakkan tidur dari lapan jam
sehari.
NYATAKAN PERIBAHASA YANG
SESUAI BAGI SETIAP AYAT DI BAWAH
1.Ayah berusaha untuk menyelesaikan
perselisihan faham rakan-rakannya itu dengan berhati-hati agar tidak seorang
pun daripada mereka berkecil hati.
2.Emak sukar membuat pilihan apabila melihat
pelbagai warna dan corak fabrik ketika mengunjungi sebuah gedung pakaian yang
terkenal di Kuala Lumpur.
3.Setelah bekerja dan berjaya menjawat
jawatan tinggi di Kuala Lumpur, dia jarang pulang ke kampung walaupun ibunya
sedang sakit.
BINA AYAT DENGAN MENGGUNAKAN PERIBAHASA
1.bagai isi dengan kuku.
2.makan angin.
3.sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit.
4.bagai ulat lupakan daun
5.sudah jatuh ditimpa tangga
6. bagai pungguk rindukan bulan
7.hanya jauhari mengenal manikam
NYATAKAN PERIBAHASA YANG SESUAI
MENGIKUT MAKNA AYAT
1.Pemeriksaan awal mampu mengesan
penyakit ketika masih pada peringkat awal bak pepatah, _________________________________________________
2. Tiada cara lain untuk kekal sihat
selain mengubah gaya hidup harian_______________
3. Untuk memperoleh keputusan SPM yang baik, pelajar hendaklah mengamalkan kaedah
pembelajaran yang efektif___________________________________________________
SOALAN 2 (B) – PETIKAN PROSA
MODEN
Baca petikan cerpen di bawah dengan
teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat
anda sendiri.
“Tapi, dunia ini sudah berubah, bonda.
Kita bukan lagi hidup pada zaman perjuangan menentang musuh penjajah. Sekarang
kita hidup dalam dunia yang mengejar harta, pangkat dan kekayaan di bumi mewah
ini. Tanah air ini bukan milik bangsa kita sahaja. Kita hidup dengan
perkongsian hak dan identiti yang sama rata. Sejarah lama tidak perlu
dibangkitkan lagi.” Bonda merenung mata saya dengan ekor pandangan yang penuh
prejudis. Dihela nafas panjang-panjang menahan rasa sebelum bersuara, “Mel,
sejarah bukan buta.
Sejarah ialah guru yang tidak pernah
berdusta. Bangsa yang membaca dan mengkaji sejarah silam tidak akan melakukan
kesilapan kali kedua. Lihat bangsa Yahudi yang terus mencipta kejayaan besar
dari zaman ke zaman kerana mengkaji sejarah lampau. Mereka membina agenda besar
untuk bangsa dan keturunannya.” Kata-kata bonda itu seolah-olah menikam tajam
ke dalam urat-urat saraf saya. Saya pandang bonda sambil mengangguk sebelum
kembali membelek helaian demi helaian kitab-kitab lama yang hampir lusuh dan
tertanggal kulitnya.
Perkataan-perkataan yang tertulis dalam
tulisan jawi lama itu masih mampu saya baca dan fahami walaupun agak perlahan.
Sejarah dan kisah bangsa saya pada zaman silam yang berjaya membina ketamadunan
dunia cukup membanggakan saya. Saya selusuri bab demi bab dalam teks Sejarah
Melayu dan Hikayat Hang Tuah dengan rasa besar hati.(Munsyi)
1.Berdasarkan petikan, apakah kata-kata
Mel yang menyebabkan bonda memandang saya dengan pandangan yang penuh prejudis?
[2 markah]
2. Pada pendapat anda, selain wajib
lulus dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), apakah kepentingan lain
mempelajari mata pelajaran Sejarah? [3 markah]
3.Jelaskan satu persoalan dalam petikan
dan satu persoalan lain daripada keseluruhan cerpen? [4 markah
SOALAN 2(C) – PETIKAN PROSA TRADISIONAL
Baca petikan prosa tradisional di bawah dengan
teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat
anda sendiri.
Maka kata segala anak buah Seri Nara Diraja, "
Bagaimana maka datuk hendak beristeri muda, kerana datuk sudah tua, dan bulu
mata dengan bulu kening sudah bertemu ? " Maka kata Seri Nara Diraja,
" Di mana kamu sekalian tahu ? Jikalau demikian sia-sialah cula dibeli
oleh bapaku sekati emas di benua Keling itu. " Dan telah sudah lepas idah,
maka Seri Nara Diraja pun bernikah dengan Tun Kudu.Maka menjadi muafakatlah
Seri Nara Diraja dengan Paduka Raja, menjadi berkasih-kasihan seperti saudara
sejalan jadi.
Maka sembah Seri Nara Diraja pada Sultan Muzaffar
Syah, " Tuanku, baiklah Paduka Raja dijadikan bendahara, kerana ia sedia
anak bendahara. " Maka titah baginda, " Baiklah. " Syahdan,
Bendahara Paduka Raja itulah yang dikatakan orang bijaksana, kerana pada zaman
itu tiga buah negeri yang sama besarnya ; pertama Majapahit ; kedua Pasai ;
ketiga ; Melaka. Di dalam negeri tiga buah itu, ada tiga orang yang bijaksana;
di Majapahit Patih Aria Gajah Mada; dan di Pasai, Orang Kaya Kanayan; dan di
Melaka, Bendahara Paduka Raja; dan Seri Nara Diraja menjadi penghulu bendahari.
(‘Burung Terbang Dipipiskan Lada’)
1.Nyatakan sifat-sifat fizikal Seri Nara Diraja. [2
markah]
2.Apakah yang terjadi antara Seri Nara Diraja dengan
Paduka Raja setelah Seri Nara Diraja bernikah dengan Tun Kudu? [3 markah]
3.Pada pandangan anda, apakah kesan kepada sesebuah
negara jika para pemimpinnya tidak bersepakat? [3 markah]