Pekerja kebersihan sekolah yang membersihkan kawasan sekolah dan bilik darjah agar anak-anak kita dapat belajar dengan lebih selesa adalah golongan yang perlu diraikan. Kerja mereka makin berat sejak Covid -19. Walaupun sekolah ditutup namun mereka tetap dengan tugas hakiki mereka. Malangnya mereka " under paid" dan sering menjadi mangsa kerana gaji tidak dibayar secara konsisten oleh sesetengah kontraktor yang tidak berhati perut. Saya kasihan melihat beberapa orang makcik dan pakcik yang bertungkus lumus bekerja namun di bawah panas terik. Kita patut menghargai mereka.
Sunday, February 7, 2021
STUDENTS LESS MOTIVATED
Students are less motivated than before the pandemic. Most of them felt that their motivation had dropped by schools', colleges' and universities' lockdown due to COVID-19 pandemic. For them my advice is:
You must trust yourself. Then only you may feel more confident. Confidence is one of the best ways to ensure your success in your studies or in your examinations. Build your confidence and try to live outside your comfort zone as much as possible. You must have something like group discussions with your friends. You can meet and chat with them regarding your studies via Google Meet. In any circumstances, don't give up your hardworking and your strength. Selamat belajar dan berjaya.
MENGAPA KRITIK AHLI PARLIMEN
Saya tak faham mengapa orang asyik mengkritik ahli parlimen yang kononnya mendapat gaji tanpa bekerja dan tidak perlu ke parlimen kerana parlimen tidak bersidang. Adakah ahli parlimen yang berpakat meminta PM supaya menggantungkan persidangan parlimen? Penggantungan persidangan parlimen dicadang/dinasihati oleh PM kepada YDPA. Jadi tidaklah adil jika difitnah ahli parlimen mendapat gaji buta dsb. Mereka juga ada amanah untuk pergi melawat mangsa banjir di kawasan mereka dan ada yang menghulurkan bantuan kepada mangsa Covid. Jika media tidak melaporkan sumbangan bakti wakil rakyat, ini tidak bermakna mereka langsung tidak bekerja. LawatanYB-YB ke kawasan mereka juga sebahagian daripada amanah mereka. Bagi saya tidak sesiapa pun mendapat gaji buta. Masing-masing ada tugas untuk digalas dan disempurnakan.
TANGANI COVID-19
Banyak negara berjaya mengurangkan penularan Covid-19 kerana mereka melakukan penjarakan fizikal. Mengapa di negara, kita tidak boleh mempraktikkannya? Saya bimbang sekolah kita akan menjadi kluster baru sekiranya pelajar tidak mengamalkan penjarakan fizikal. Pengasingan dan sanitasi adalah langkah pencegahan utama untuk mengurangkan penularan Covid-19. Segalanya akan dipermudah. Kita semua mesti bertanggungjawab dan saling menjaga .
WRITE SOMETHING
MOTIVATION
Bicara bersantai dgn kohort kedua pelajar tuisyen PA. Just talked about recent development in our national politics, legislative and judiciary. Later had discussion with form 5 BM tuition students and talked to them about Komsas especially ulasan cerpen Hipertensi, Bukan Gila and some traditional prose and poems. Taught them techniques how to use ONE word to anwers FIVE different answers in KOMSAS.Gave both of these groups, motivation to study hard and showed them some approaches how to study and excel in their coming examinations. Response is really good and encouraging.
DAPATAN KAJIAN
DAPATAN ILMIAH OLEH DR.R.DHANAPAL
Kanak-kanak yang hidup dalam kemiskinan sering terkebelakang berbanding rakan sebaya mereka yang lebih kaya dari segi literasi dan perkembangan bahasa. Susan Neuman (2008) menyatakan bahawa sepanjang 50 tahun pengalaman dalam kajiannya, beliau mendapati bahawa "kanak-kanak yang miskin hanya mendengar sebilangan kecil perkataan, mengalami kesukaran dalam pembinaan sintaksis dan tidak banyak menyoal untuk memulakan sesuatu perbualan. Mereka juga menghadapi kesukaran mempelajari perkataan baharu dan gagal membezakan antara satu perkataan dengan perkataan yang lain. Dalam kajian saya juga hipotesis ini terbukti benar. Pelajar dari taraf sosioekonomi yang rendah menghadapi masalah pembelajaran khususnya dalam pemerolehan bahasa kerana mereka tidak banyak terdedah kepada peluang -peluang untuk berbahasa di rumah. Di rumah mereka hanya menggunakan kos kata yang terhad dan asyik menggunakan struktur ayat yang sama dan streotaip. Mereka seolah-olah menghadapi defisit bahasa. Guru-guru bahasa di sekolah rendah hendaklah memperbanyak aktiviti bahasa kepada kanak-kanak miskin supaya mereka dapat menguasai kosa kata dan sintaksis sebelum melangkah ke sekolah menengah.
UMUR PERSARAAN
Sepatutnya kerajaan dan swasta hendaklah melanjutkan umur persaraan kepada 65 tahun. Kajian antarabangsa mendapati mereka yg berusia 55 hingga 65 tahun masih aktif, produktif dan kognitif mereka masih berupaya. Jangan terkejut di negara kita, golongan berusia semakin meningkat seperti di negara Jepun. Terima kasih kpd kerajaan yg menjaga tahap kesihatan warga emas di samping keluarga penyayang menjaga warga emas dalam keluarga mereka.
SAYA DAN ONLINE
Dulu pelajar suruh guna online saya melarikan diri. Kini online mengejar saya, saya tidak dapat lari. Kini saya kendalikan 10 online teaching dan satu face to face teaching ( for private tuition) seminggu. Mulai next week akan ditambah 2 lagi online teaching. Mungkin parents suka pengajaran secara maya. Oh! jangan salah faham ye? Ada online yang saya buat secara percuma. Cuma bakti kpd yang memerlukan. Covid mengajar saya supaya banyak sabar dan duduk di rumah buat online teaching dan membaca. Mulut ucapkan terima kasih kpd Covid tetapi hati nescaya marah-marahinya.
GURU TIDAK BERKESAN
Posting ini kepada guru-guru yang ineffective dalam pengajaran maya sahaja, tidak dirujuk kepada semua guru secara total. Saya rasa terpanggil apabila seorang guru menghadap skrin komputer sambil mengharap pelajar-pelajarnya mengikuti kelas dalam taliannya. Ramai guru tidak mengajar dengan menghadapi pelajar secara bersemuka dalam talian.Ada yang mempertontonkan video dalam telegram atau WhatsApp. Kemudian suruh pelajar menonton sehingga habis. Selepas itu mereka memberikan pelajar tugasan dan menyuruh mereka menghantar tugasan tersebut dalam dua atau tiga hari. Malah minta pelajar menaip dan menghantar e-mel kepada guru. Ada guru bergantung pada WhatsApp 100 peratus. Jadi tidaklah berlaku komunikasi dua hala yang sangat penting dalam PdPc. Tentulah kehadiran pelajar ke kelas online guru sekolah merosot berbanding guru tuisyen. Guru tuisyen mempergunakan waktu 100 peratus untuk mengajar dengan menjelaskan topik secara bersemuka maya. Pelajar kita memerlukan penjelasan dan penerangan guru dari mata ke mata bukan sering menggunakan bahan sekunder untuk menjelaskan sesuatu. Jadi guru hendaklah menerangkan konsep-konsep penting. Selepas pelajar-pelajar memahaminya, barulah tayangan video dsb boleh dipertontonkan. Bagaimana jika pelajar lemah dalam menaip? Sudah nescaya mereka tidak dapat meluahkan fikiran mereka secara bebas. Apa salahnya pelajar merakamkan tulisan tangan mereka dan WhatsApp kepada guru untuk disemak. Nota berjela-jela panjang pun tidak wajar dihantar kepada pelajar. Keupayaan memori dalam telefon ayah bondanya terhad.Yang penting biarlah nota guru sedikit tetapi pemahaman pelajar mestilah semaksimum mungkin. Hal ini hanya dapat tercapai jika guru memahami sukatan lebih mendalam dan menjelaskanya dengan lebih yakin.Guru bukanlah moderator sebaliknya hendaklah menjadi narator yang berkesan.
WTO DAN NAM
UNTUK PELAJAR PENGAJIAN AM SEM 3
1. Antara pencapaian WTO ialah Perjanjian Umum mengenai Tarif dan Perdagangan (GATT) Tujuannya untuk mempromosikan perdagangan internasional dengan mengurangkan atau menghilangkan halangan perdagangan seperti tarif atau kuota.
2. Antara pencapaianNAM ialah NAM News Agency @ Rangkaian Berita NAM untuk melaporkan berita-berita yg seimbang iaitu tidak menyebelahi mana-mana kuasa dalam siaran berita. NAM ialah Non-Alignment Movement @ Pergerakan Negara-Negara Berkecuali
PENDIDIKN MORAL
Pengetahuan merupakan salah satu daripada empat komponen yang disentuh dalam falsafah pendidikan kebangsaan. Guru-guru hendaklah menumpukan kemahiran dan nilai untuk melahirkan individu yang holistik. Kelemahan dalam sistem pendidikan kita ialah nilai dibincangkan dan diuji dalam peperiksaan namun nilai ini tidak diinternalisasi oleh pelajar. Guru terbaik hendaklah mengajar daripada hati mereka dan bukan hanya daripada buku semata-mata.
Di kebanyakan negara maju, pendidikan prasekolah mereka lebih berfokuskan maruah diri, harga diri, dan rasa hormat terhadap orang lain, integriti, dan cinta akan alam. Nilai-nilai sejagat ini disatukan dengan norma budaya tempatan. Maka dengan ini pemikiran rasional berkembang secara semula jadi. Kita di Malaysia telah gagal dalam banyak cara untuk mendidik masyarakat kita. Pendidikan Moral yang diajar di peringkat SPM, bukanlah untuk menguji pelajar secara mekanisme iaitu jangan menguji mereka sejauh manakah mereka menghafal nilai moral dan menulis jawapannya mengikut teknik-teknik tertentu dalam SPM. Jika matlamat kita adalah untuk melahirkan warga yang bernilai moral, perlukah diwujudkan peperiksaan untuk menguji mekanisme menjawab dalam SPM? Adakah kita nampak sebarang logik di sini? Bolehkah KPM menjamin kita bahawa jika pelajar tersebut mendapat A+ dalam Pendidikan Moral maka dia boleh menjadi seorang warga yang bernilai moral dalam kehidupan dewasanya nanti ? Jadi kita hendaklah kembali kepada asas-asas pembinaan insan yang bermoral bukan sekadar menguji pengetahuan tentang MORAL
KES JENAYAH DELHI PART 2
Sebelas hari selepas serangan itu dia dipindahkan ke sebuah hospital di Singapura untuk rawatan kecemasan tetapi meninggal dua hari kemudian. Kejadian itu mendapat liputan nasional dan antarabangsa secara meluas dan dikecam oleh banyak pihak, baik di India mahupun di luar negara. Lantaran ,tunjuk perasaan awam terhadap pemerintah negara turut diadakan kerana kerajaan gagal memberikan keselamatan dan perlindungan yang sewajarnya kepada kaum wanita.Protes seumpamanya turut berlaku di bandar-bandar besar di seluruh negara. Oleh sebab undang-undang India tidak membenarkan media menyiarkan nama mangsa pemerkosaan, maka mangsa hanya dikenali sebagai Nirbhaya, yang bermaksud "tidak takut". Perjuangan dan kematiannya menjadi simbol penentangan terhadap , pencabulan dan penyeksaan terhadap wanitadi seluruh dunia.
KES JENAYAH DELHI
Kes rogol berkumpulan yang telah berlaku di India pada tahun 2012 telah menarik perhatian seluruh warga dunia. Kesemua perogol dijatuhkan hukuman mati setelah ramai penduduk India dan warga dunia mendesak mahkamah supaya berbuat demikian. Kes ini dipanggil pembunuhan Geng Delhi 2012 . Kumpulan ini merogol dan menyerang mangsa sehingga mati pada 16 Disember 2012 di Munirka, berdekatan dengan Delhi Selatan. Kejadian itu berlaku ketika Jyoti Singh, seorang wanita iaitu pelatih fisioterapi berusia 23 tahun, dipukul, dirogol, dan diseksa di sebuah bas persendirian apabila mangsa dan rakan lelakinya dalam perjalanan. Terdapat enam lelaki yang lain di dalam bas, termasuk pemandu telah memperkosa wanita itu dan memukul rakannya.
DRAMA JENAYAH DELHI
Sebuah drama jenayah telah diterbitkan di India berdasarkan insiden tersebut. Judul drama tersebut ialah Delhi Crime (DC) .DC ditayangkan oleh Netflix secara beturutan sebanyak 7 episod. DC merupakan siri televisyen web drama jenayah India yang memenangi anugerah Emmy yang ditulis dan diarahkan oleh Richie Mehta. DC ini Dibintangi oleh Shefali Shah, Rasika Dugal, Adil Hussain dan Rajesh Tailang. Dua episod pertama ditayangkan di Festival Filem Sundance 2019 dalam kategori Indie Episodik. Siri ini dilancarkan di Netflix pada 22 Mac 2019. Semua pelakon yang membintangi DC membawa perwatakan masing-masing secara hidup atau real. DC ini merupakan satu penghargaan kepada semua wanita di dunia ini . Saya habis menontonya kesemua 7 episod selama dua hari di NETFLIX. Terima kasih kepada NETFLIX kerana memberi kesedaran kepada masyarakat betapa wanita harus dihormati dan dihargai
KOMEN PELAJAR
Komen pelajar terbaik saya: "
Saya suka kelas Dr dalam talian daripada mengikuti tweeter atau Facebook kerana Dr. menggunakan pelajaran selama dua jam sebanyak mungkin. Dr. tahu bagaimana memanfaatkan dua jam itu dan menjadikan kami lebih berminat untuk belajar "
MOE
I appeal to MOE to immediately open the schools. Students are no longer interested in online. They feel tired quickly as they have been facing phone or computer screen too long. It is impossible for all the teachers to use online classes due to students' access restrictions. Not all the parents can afford this facility.
PERKONGSIAN
Mengapakah saya semakin sering berkongsi sesuatu di sini. Saya sangat percaya bahawa perkongsian masih merupakan kaedah terbaik untuk kita belajar dan mengingati sesuatu. Perkongsian merupakan sifat manusia yang sangat mendasar. Kalau kita berkongsi sesuatu , maka kita dapat mengingati perkara itu lebih lama. Ini juga dapat meningkatkan kematangan fikiran kita. Dalai Lama pernah berkata, “kongsikan pengetahuan anda. Ini adalah Salah satu cara untuk mencapai keabadian.
INTELEKTUAL
Intelektual merupakan ahli pemikir atau think tank bagi sesebuah negara. Mereka mendukung wawasan analitik. Mereka membentuk idea dan ideologi masa depan. Mereka melakukan penyelidikan, menerapkan pemikiran kritis, akal, mengajar, mengarang buku, mencabar sesuatu dogma yang tidak relevan pada masa kini . Mereka mengisi minda kita dengan alat kognitif. Mereka amat mencintai pengetahuan demi kebaikan semua umat.
PENGASUHAN DI HARI TUA
Saya baru pulang dari Hospital Kulim setelah melawat seorang pesakit yang tua. Jadi saya rasa terpanggil untuk meluahkan sesuatu di sini. Ramai orang begitu sibuk dengan jadual sehari-harian sehingga sukar meluangkan masa untuk ibu bapa mereka yang sudah tua. Menjaga ibu bapa yang sudah tua, patut menjadi keutamaan bagi setiap anak. Walaupun kita boleh menggunakan perkhidmatan pengasuh untuk menjaga ibu bapa yang sudah tua, tetapi masih ada kemungkinan kurangnya kepuasan, kegembiraan, atau kesenangan dalam kalangan orang-orang tua ini. Kepuasan dan kesenangan tersebut jauh berbeza dengan penjagaan dan pengasuhan oleh darah daging sendiri. Kita perlu mempertimbangkan ibu bapa kita - walaupun kita adalah orang yang paling sibuk di dunia.
KESUNYIAN
Apabila kita kesunyian atau kesepian, kita sentiasa melayani pemikiran kita sendiri. Kita tidak mengadakan perbualan dengan orang lain . Kita bimbang perbualan tersebut mungkin membatasi pemikiran kita. Kita juga gelisah atau mudah resah apabila kita bersendirian. Gelisah juga apabila memikirkan hari-hari tua dengan pelbagai kerenah diri kita.Orang seperti ini berasa senang dan damai apabila berada dengan kumpulan besar. Manusia ialah haiwan sosial, jadi bagaimana seseorang itu boleh bersendirian tanpa bergaul dalam sosial. Bagi segelintir, mereka boleh menjadi gila apabila mengurungkan diri dalam bilik tanpa berteman.
PM KITA SAH
Banyak kali sudah saya jelaskan dalam posting saya. Pelantikan TSMY YAB Perdana Menteri kita adalah sah di sisi undang-undang-Saya tidak nampak sebarang pencabulan kedaulatan undang-undang. Lagi pun PM memiliki kuasa eksekutif. Jadi beliau berhak menasihati YDPA dan baginda akan akur dalam beberapa perkara yang berkaitan dengan pentadbiran negara. Sama ada mempunyai majoriti cukup atau tidak untuk mengusul undi tidak percaya terhadap TSMY pun tidak timbul lagi sebab majoriti sudah bersetuju dan menyokong menerima Bajet 2021. Kalau pihak yang tidak bersetuju dengan PM, mengapakah peruntukan untuk semua kementerian diterima ? Belakangan ini saya mendapati semua usaha PM kita mencapai kejayaan. Kalau ada pihak tertentu tidak berpuas hati dengan tindak-tanduk beliau seperti menawarkan jawatan dalam GLC dan sebagainya, bagi saya isu ini tidak timbul kerana itu adalah kuasa eksekutifnya. Mereka yang menyeru kita jangan berpolitik, inilah sebenarnya berpolitik dan ingin mengheret rakyat untuk menentang cara pelantikan PM. Bukankah jawatan PM itu jawatan lantikan YDPA? Sebelum beliau dilantik sebagai PM, YDPA telahpun berjumpa dengan parti-parti politik yang ingin menyokongnya sebagai PM. Saya berpendapat usaha mereka ini gagal. Tak akanlah seseorang yang menunggu jawatan PM yang begitu lama (malah berdekad-dekad), tiba-tiba sahaja meletakkan jawatan begitu sahaja. PM kita hanya menyandang jawatan ini selama 10 bulan sahaja. Berikanlah peluang kepada beliau untuk menghabiskan penggal ini sehingga ke PRU 2015. Saya mendapati rakyat khususnya netizen berasa gusar dan resah setelah media sosial dibanjiri dengan bermacam-macam tohmanan dan kritikan terhadap PM. Kalau kesemua kita sayang akan negara dan menjunjung kedaulatan undang-undang serta ingin memperkasa institusi YDPA, maka akur sahajalah dengan situasi kini. Apa pun saya nampak PM kita cukup "cool"sahaja. Jadi tidak perlulah menguar-uarkan isu pelantikan TSMY sebagai PM lagi....
MELUAHKAN KESEDIHAN
Oleh: Dr.R .Dhanapal
Amat jarang antara kita meluahkan kesedihan atas apa-apa alasan pun. Orang yang boleh meluahkan perasaan sedihnya kepada orang lain, boleh dikatakan orang tersebut berani. Kegembiraan dan kesedihan adalah lumrah hidup manusia. Adakalanya kita sedih, tetapi kita tahu akan puncanya. Ada kalanya kita sedih tanpa sebarang alasan pun. Mungkin seseorang itu sedih kerana kecewa, takut atau kehilangan sesuatu. Orang yang paling dipercayai boleh menyebabkan kita bersedih jika orang tersebut tidak mensyukuri budi baik kita ataupun memutuskan hubungan dengan kita tanpa sebarang alasan yang munasabah. Kesedihan adalah sesuatu yang menyakitkan kita. Orang yang sering sedih perlu mencari apakah puncanya dia bersedih. Adakah dia bersedih kerana dirinya sendiri. Jika “ya”, maka dia hendaklah mengubah dirinya sendiri. Jika kesedihan disebabkan oleh orang lain, lebih baik kita berbincang dengan mereka. Lainlah halnya jika orang yang kita sedihi itu sudah tiada di dunia.
Walaupun kita tidak tahu mengapa kita bersedih tetapi kesedihan itu dapat membantu kita mengisi detik-detik hidup kita. Untuk merungkaikannya,kita perlu mencari apakah erti sebenar kehidupan. Jika kita mempunyai terlalu banyak harapan dan jangkaan, maka akhirnya kita akan berasa sedih jika apa yang diharapkan itu tidak menjadi kenyataan. Dalam konteks ini kita perlu menelaah kutipan pendapat Sigmund Freud. Dalam bukunya berjudul, “Civilization and its Discontents” (1929), beliau berpendapat bahawa agama adalah satu-satunya institusi yang cuba menjelaskan makna di sebalik kehidupan seharian. Menurutnya apa yang dikehendaki oleh manusia ialah kebahagiaan. Dari mana datangnya kebahagiaan? Soalan ini banyak bergantung pada konteks. Dalam karya psikoanalisisnya, Freud berpendapat bahawa semua kebahagiaan adalah prinsip kesenangan. Kesenangan ini memberikan satu kepuasan kepada manusia. Kepuasan itulah dapat mengubati kesedihan seseorang. Kesedihan yang tidak ditangani dengan bijak pula akan membawa kepada masalah kemurungan. Kemurungan ini pula menyebabkan seseorang mengalami kesihatan mental. Tegasnya, untuk mengelakkan kesihatan mental dan kemurungan, kita hendaklah mengelakkan diri kita daripada sedih.
Bibliografi:
1.Sigmund Freud dalam http://courses.washington.edu/freudlit/Civilization.Notes.html
TESIS SAYA
Dulu apabila saya buat tesis pascasarjana di universiti sama ada model atau teori bagi topik kajian, saya cari sendiri melalui pembacaan , perbincangan dan penerokaan jurnal- jurnal berskala tinggi. Kemudian dengan bersusah payah membentuk soal selidik setelah menguji kesahan dan kebolehpercayaan. Tetapi sekarang dalam Facebook kerap didapati pelajar siswazah meminta-minta soal selidik, teori dan sumber bacaan bagi tajuk mereka kepada rakan FB mereka tanpa segan silu. Usahalah sendiri. Barulah anda berasa berpuas dan bangga dengan kajian anda.
KEBEBASAN
Untuk melangkah ke arah yang betul, kita memerlukan kebebasan yang menakjubkan. Kita hendaklah mara ke depan dengan irama dan selera kita sendiri. Sekali-kali jangan jadi seperti domba untuk disembelih.
MY THESIS
When I did my postgraduate thesis at university, whether it was a model or theory , I put my efforts to find for myself through reading, discussing and exploring high-scale journals. Then I was forming a questionnaire instrument after testing the validity and reliability. But now on Facebook, it is often found that graduate students ask for questionnaires, theories and reading resources for their topics without hesitation. My advice to them is try it yourself. Only then do you feel satisfied and proud of your study.
HORIZON PEMBACAAN
Selain mempunyai horizon pembacaan yang luas, kita hendaklah berhujah sesuatu idea dengan teliti dan penuh analisis. Hujah kita hendaklah berlandaskan fakta dan rasional bukan emosional. Setiap kali berhujah kita hendaklah merungkaikan sesuatu masalah satu persatu Wacana kita hendaklah kritikal dan berani bak pepatah, berani kerana benar, takut kerana salah
KETERUJAAN
Manusia pada hari ini begitu cepat teruja dan kagum apabila seseorang itu memiliki kekayaan, hidup mewah dan serba kelengkapan. Janganlah kagum dengan wang, pingat, darjat atau gelaran yang dimiliki oleh orang itu. Kagum dengan kebaikan, integriti, kerendahan hati, dan kemurahan hati yang dipamerkannya.
SEMUANYA INDAH
Semua perkara di dunia ini akan menjadi indah sehingga kita belum melihat dan memahaminya dengan sempurna.
JIKA MASA TERLUANG
Saya suka menyediakan jawapan bagi soalan-soalan peperiksaan jika ada masa terluang. Sekurang-kurang saya dapat membantu pelajar yang lemah dan membimbing pelajar yang tidak faham akan elemen-elemen teknikal dalam jawapan mereka. Mereka sangat teruja dan suka akan jawapan-jawapan seumpama ini.
DRAMA JENAYAH
Mungkin anda sudah lama menonton "The Fall" sebuah drama jenayah bersiri. Tetapi saya baru sahaja mendapat kesempatan melalui NETFLIX. Drama ini berunsur jenayah dan psikologi. Banyak manusia yang berada di sekitar kita mungkin bersikap musang berbulu ayam. Betapa seorang ayah dan suami menjalani double life. Di luar sebagai insan biasa. Tersembunyi dalam pandangan yang jelas. Inilah dikatakan ekstrinsik dan intrinsik. Adegan pemburuan polis terhadap penjayah mengingatkan kita cerita kucing dengan tikus. Moto ringkasnya ialah: Mereka yang bukan sebahagian daripada penyelesaian adalah sebahagian daripada masalah. Worth watching....
APATETIK
Ramai antara kita bersikap apatetik terhadap apa yang berlaku di sekitar kita. Kita bersikap tidak ambil peduli atau acuh tak acuh terhadap penularan Covid-19. Kita juga apatetik terhadap undang-undang dan keharmonian negara. Ada pula pemimpin yang bersikap apatetik terhadap isu rasuah. Banyak kes di mahkamah jelas membuktikannya.
SEJARAH HIDUP
Kita semua tahu orang yang hidup terlalu lama pada masa lalu tentu melalui terlalu banyak sejarah dan terlalu banyak yang mengingati. Kadang kala inilah akhirnya dapat menghancurkan masa kini dan masa depan kita. (boleh ditafsir)
PALING SABAR
Kalau bertanya saya siapakah orang yang paling tabah dan sabar pada waktu sekarang. Saya akan menjawabnya, mereka ialah pelajar-pelajar SPM dan STPM yang bakal menduduki peperiksaan awam. Walaupun peperiksaan mereka ditunda ke Februari dan Mac, tetapi mereka masih bersemangat menelaah pelajaran di rumah dan tekun menghadirii kelas tuisyen agar tidak mahu ketinggalan dalam persiapan mereka menghadapi peperiksaan. Mereka sedar, hanya peperiksaan ini sahajalah yang dapat menjamin masa depan lantas menyinari hidup mereka kelak. Syabas kepada mereka.
PESARA DAN KWSP
Ramai pesara yang memiliki kurang RM5,000 dalam akaun 1 KWSP dan ada yang kurang atau tiada simpanan kembali bekerja demi menyara kehidupan. Mereka terpaksa menempuh cabaran seperti menanggung kos perubatan dan kos sara hidup yang semakin tinggi. Lagipun mereka sudah biasa bekerja dan pernah bersosial sebelum bersara. Kini ada yang bekerja bukan sahaja untuk menampung perbelanjaan keluarga tetapi juga untuk bersosial dengan masyarakat luar. Malah fleksbiliti waktu kerja juga mendorong mereka untuk bekerja.
KIJANG YNG LEMAH
Pelajar yang mengambil Komsas PT3 tentu tidak terlepas daripada mempelajari sajak bertajuk Kijang Yang Lelah. Sewaktu muda dan kuat, kijang itu dikagumi dan dihormati kerana kijang itu gagah, bertenaga dan pantas. Tetapi setelah kijang itu menjadi tua, kudratnya sudah tiada. Kijang itu tidak lagi dikagumi dan dihargai. Bagaimanapun pada akhir rangkap, kijang itu digambarkan seolah- olah mengumpulkan segala tenaga yang ada dan menyusun langkahnya dengan cukup berhati-hati agar tidak tersadung dek akar ataupun jerat. Baginya, hari-hari mendatang perlulah dilalui dan sisa-sisa hidupnya perlulah dilewati. Begitulah keadaan diri kita yang sudah bersara dan kini dijamah usia. Sajak ini memang relevan dengan keadaan kontemporari. Adalah menjadi satu tamparan hebat kepada mereka yang mengatakan bahawa Komsas dan Kesusasteraan adalah sesuatu yang membuang masa. Setiap karya sastera mendukung mesejnya yang tersendiri. Saya amat meminati sajak ini dan mengajar kepada pelajar dengan penuh khusyuk dan dramatik. Pelajar akhirnya teruja dan memahami maksud yang tersirat.
WAS ADMITTED
Three years ago I left for Lam Wa Ee Hosiptal for my back pain. First time I was in hospital. I was there for 6 days. I spent my entire time on the bed or with physiotherapists. But the pain remains. Until now I still can feel the pain. But used to it. And as a Hindi song goes "Koi hamdard nahi, dard hi mera saaya hai!" It means "No sympathy, pain is my shadow!"I walk 6-7000 steps a day and sit in front of the computer. I even made a few road and overseas trips till covid crashed into my lives. What to do? Must face it and must move on.
DI HOSPITAL L.W.E
Tiga tahun yang lalu saya dimasukkan ke Hospital Lam Wa Ee kerana sakit belakang yang amat perit. Kali pertama dalam kehidupan saya berada di hospital begitu lama iaitu selama 6 hari. Saya menghabiskan seluruh masa saya dengan terlantar di katil ataupun di bilik fisioterapi. Tetapi kesakitan tetap ada. Sehingga kini saya masih dapat merasakan keperitan di belakang. Tetapi sudah menjadi satu kelaziman. Ada sebuah lagu Hindi yang berseni kata, "Koi hamdard nahi, dard hi mera saaya hai!" Maksudnya "Tidak ada simpati, kesakitan adalah bayangan saya!" Saya masih boleh berjalan 6000 hingga 7000 kadang kala mencecah 8000 langkah sehari. Kini boleh duduk berjam-jam di hadapan komputer. Malah saya juga masih mengajar sambil berdiri , yang paling lama pun 5 jam. Bahkan saya telah melalui beberapa perjalanan dalam dan luar negara bersama dengan kesakitan ini. Apakan dayaku? Saya mesti mara ke depan walaupun dari semasa ke semasa berkunjung pusat fisioterapi.
TSUNAMI 2004
Sudah 16 tahun Tsunami telah melanda 14 buah negara termasuk Malaysia. Ramai kehilangan nyawa dan harta benda. Tsunami berlaku pada 26 Disember 2004. Bagi mereka yang masih hidup tanpa orang kesayangan mereka di sisi, kita ucapkan agar " move on". Bagi mereka yang sudah meninggal, rehatlah dalam kedamaian dengan berkat Tuhan.
SEMAKAN PHD
Saya baru sahaja membaca satu cadangan proposal PHD salah seorang guru. Saya mintanya supaya melakukan pemerhatian , perbincangan dengan pihak wewenang dan penelitian dokumen sebelum mencari masalah kajian. Kita tidak boleh menyatakan masalah kajian berdasarkan asumsi dan "hear -say"sahaja. Pembaca akan lebih yakin jika masalah itu dapat dibuktikan dengan sebarang teori atau model kajian.
KHABAR ANGIN
Jangan mudah percaya dengan khabar angin. Ada yang mengatakan khabar angin itu lazimnya BENAR, tetapi kita hendaklah menerima khabar itu daripada pihak wewenang atau pihak yang bertanggung jawab. Jika khabar angin itu diciptakan oleh seseorang pembenci, baik jangan diterima ataupun disebarkan.
KEHIDUPAN
Tulislah untuk memberitahu yang sebenarnya tentang kehidupan anda. Jangan berasa gusar ataupun gentar tulis sesuatu tentang diri anda. Jangan pertahankan sesuatu yang salah dan tak adil. Tidak perlu sembunyikan atau lindungi sesuatu yang mungkar. Tuliskanlah sesuatu yang boleh memulihkan semangat hidup anda.Tulislah seolah-olah anda tahu anda akan mati malam ini, esok, dalam seminggu, satu tahun seratus ... Semuanya berlaku sekarang. Tulislah mengenai semua perkara bahawa pada akhir hayat anda, anda akan menyesal kerana tidak menyatakan apa yang penting dalam hidup anda.
KAJIAN SOSIOLOGI
Kita selalu salah faham bahawa anasir atau elemen yang jahat sahaja yang bertanggung jawab terhadap kekejaman, keganasan dan bencana yang berlaku dalam masyarakat pada hari ini. Mereka yang arif dan bijaksana hanya membisukan diri sambil melihat apa yang berlaku di sekitar mereka tanpa sebarang kelibatan mereka. Perlu ingat bukan semua orang yang hidup dalam masyarakat ini musuh sosial yang mempunyai pelbagai pemikiran yang kejam dalam benak mereka. Seperti yang pernah diutarakan oleh seorang ahli sosiologi Itali, Alfred Barreto, 20 peratus orang jahat bertanggungjawab terhadap 80 peratus perkara buruk yang berlaku dalam masyarakat ini. Manakala 20 peratus orang baik, bertanggungjawab terhadap 80 peratus perkara yang baik berlaku dalam masyarakat. Menurut perspektif beliau, majoriti masyarakat yang terpelajar, arif dan bijaksana hanya bersikap berdiam diri walapun mereka boleh berfikir secara munasabah tentang sesuatu isu yang menimpa masyarakat hari ini. Yang peliknya ialah, mereka enggan memberikan sebarang komen mengenai sesuatu isu yang berlaku dalam kalangan masyarakat seperti rasuah, penyalahgunaan kuasa, jenayah, inflasi dan sebagainya.
GENERASI MUDA
Generasi muda pada masa ini berfikir dengan jelas dan rasional mengenai senario politik dan perwatakan pemimpin.Golongan muda arif yang mana yang betul dan yang mana salah. Ahli politik tidak boleh memperlakonkan skrip drama politik yang usang dan jumud. Kaum muda sudah berpandangan jauh. Mereka sudah mula memikirkan survival mereka pada masa mendatang. Wabak Corona dan kegelojohan politik semasa makin mematangkan fikiran mereka. Mereka tidak mudah dibeli dengan tipu helah ataupun melalui sogokan.
WABAK KORONA
Ada kemungkinan wabak korona meningkat jika pihak berkuasa tidak mengawal restoran, pub , kelab malam, tempat hiburan, jalan raya dan tempat penginapan semasa sambutan Tahun Baru 2021. Wabak korona cenderung meningkat jika tahap penyertaan masyarakat yang tinggi. Kita cuba menyambut Tahun Baru dengan menjauhkan diri daripada sebarang aktiviti yang tidak menjarakkan sosial.
KEGANASAN RUMAH TANGGA
Keganasan rumah tangga dan perceraian oleh pasangan semakin meningkat di negara kita ekoran lock down Covid-19. Saya bertambah kaget apabila pihak berkuasa tidak mengambil sebarang langkah alternatif untuk mengatasi masalah rumah tangga ini. Masalah rumah tangga bukan masalah peribadi pasangan hidup malah boleh menjadi punca masalah sosial.
BANDURA
Bagaimana manusia mempelajari sesuatu. Mereka belajar daripada pemerhatian, peniruan dan interaksi dengan orang lain. Jika ibu bapa tahu akan Teori Bandura, maka ibu bapa akan meminta anak-anak mereka menjauhkan diri daripada rakan anak mereka yang nakal atau jahat. Kata Bandura, " human behavior is learned from watching and interacting with other human beings"
Bandura , 1986. A. Social foundations of thought and action: A social cognitive theory. Englewood Cliffs, NJ: Prentice-Hall
[Google Scholar]
CLASSES OFF
To all my students, there will be no classes this week.Let me take a break. Our classes will resume next week as usual. I will let you know the mode of teaching next week.Thank you and Happy New Year.
LOOKING BACK 2020
Looking back, year 2020, I’ve accomplished my duty as a retired teacher. I did few researches for my own and managed to make a name for myself in the education field, serving many students and doing consultation and helping some university students in their task, whether that is first or post degree.I am confident I would continue this service if the Almighty gives me life and strength physically and mentally.
POSTGRADUATE
Jika anda seorang calon pascasiswazah,
Apa sahaja penyelidikan yang ingin anda lakukan, fikirkan masalah penyelidikan yang ingin anda kaji. Kemudian ketahui adakah teori yang menyokong topik anda. Ada baiknya jika anda menemukan banyak teori. Lebih baik baca kesemuanya dan pilih yang mana paling sesuai dengan topik anda. Instrumen, persoalan kajian dan hipotesis boleh difikirkan kemudian. Fikirkan secara rasional sama ada masalah yang hendak anda kaji itu patut dikaji? Nyatakan rasional anda. Setelah anda memikirkan kesemua elemen ini, maka anda sudah berada di landasan yang betul. Jadi tunggu apa lagi? Bacalah tinjauan literatur dan teori yang berkaitan. Semoga berjaya
THE NEW SABAH TIMES
The New Sabah Times yang telah beroperasi selama 60 tahun akan menutup tirainya mulai 1/1/2021.Orang ramai sering merungut apabila mendengar sesuatu media ditutup atau wartawan kehilangan pekerjaan. Kemudian mereka mengadu pula media tidak membuat liputan. Begitu banyak kisah dan peristiwa yang boleh digeledah dan dibongkar oleh media. Memang tidak dapat disangkal bahawa media merupakan nadi utama pembangunan sesebuah negara. Terkuburnya satu lagi media.
BUKAN. UNTUK NAFKAH
Saya tidak menulis untuk mencari nafkah, untuk menambah pendapatan persaraan atau untuk menjana wang. Saya menulis di sini untuk menyatakan pendapat atau perasaan saya tentang apa yang saya nampak penting bagi saya. Kadang kala saya terpaksa menyinggung masalah politik dan sosial yang kian mengancam survival masyarakat kita. Kita semua arif betapa kita membenci media kerana mereka gagal menyelongkar kebenaran yang jitu mengenai rasuah, pembohongan, penyalahgunaan kuasa, salah laku pemimpin dan sebagainya. Kebebasan akhbar dan kebebasan bersuara seolah-olah menjadi satu utopia. Sebilangan pemimpin menggunakan negara ini sebagai bank simpanan mereka sendiri. Apabila saya berkongsi sesuatu yang menggusarkan pemikiran dan perasaan saya mengenai masalah yang kita hadapi, saya tidak banyak mendapat perhatian di sini.
DIFFERENT NEW YEAR
Bagi kebanyakan kita, Tahun Baru ini, sangat berbeza daripada apa yang kita harapkan atau inginkan. Kita sedar bahawa kita perlu berhati-hati menyambutnya.
PANDEMIC
Pandemik ini telah membawa penderitaan, ketakutan, dan kematian kepada penduduk di mana-mana sahaja. Tetapi kesannya tidak dikongsi bersama.
SEPARUH KEDUA 2020
Separuh kedua tahun 2020 telah dihabiskan dengan kelas online. Bagaimanapun kerjasama, komitmen dan sokongan pelajar amat luar biasa. Kalau kelas dimulakan 8 malam, mulai 7.40 pelajar sudah minta hantar link atau code untuk Google Meet. Begitu teruja hendak mengikuti kelas. Saya berharap keterujaan dan komitmen tersebut hendaklah diteruskan sepanjang tanun 2021. Anda memberikan semangat kepada saya untuk saya terus berbakti untuk anda
SECOND HALF OF 2020
The second half of 2020 has been spent with online classes. However, the cooperation, commitment and support of the students is extraordinary. If the class starts at 8 pm, starting at 7.40 students have been asking for link or code for Google Meet. They are so excited to attend class. I hope that the excitement and commitment will continue throughout the year 2021. You inspire me to continue to serve you better. Thank you guys.
COLONIALISME
Kolonialisme selalunya ada kaitan dengan kebangkitan Renaissance di Eropah kerana kebangkitan inilah mendorong orang Eropah keluar dari benua mereka ke sesebuah negara membawa tamadun mereka kepada bangsa asing. Begitu juga dengan kolonialisme di Tanah Melayu oleh British.Selepas kolonialisme ini, berlaku pula neokolonialisme di negara kita. Kita dijajah pula oleh golongan kapitalis yang mengamalkan globalisasi perdagangan dan imperialisme budaya. Mereka tidak perlu menggunakan tentera atau kawalan politik terhadap kita untuk mempengaruhi kita. Sebaliknya penjajah menggunakan kapitalisme, imperialisme budaya dan globalisasi.
LONG WRITINGS
Many sent personal messages and asked me why my writings are too long and they are tired of reading it. I told them that was my style of writings.
NATIONALISME
Istilah nasionalisme berbeza dengan patriotisme. Patriotisme merupakan perasaan taat setia dan mempunyai ''sense of belonging'' yang mendalam kepada negara. Nasionalisme merujuk kepada perasaan patriotisme yang kemudiannya bertukar menjadi satu sentimen yang lebih radikal dan bersifat imperialisme. Propaganda nasionalisme inilah yang sering diuar-uarkan semasa zaman Perang Dunia Kedua oleh Adolf Hitler (Jerman), Josef Stalin (Russia) dan Hirohito (Jepun). Pada masa ini, nasionalisme sering digunakan bagi membangkitkan sentimen perkauman dan agama bagi menutup kelemahan kerajaan pemerintah, sebagaimana yang dilakukan oleh sesetengah negara.
STUDENTS
To all my students,
We have 5 districts in Penang. All the 5 districts were declared as red zone area. So I have to conduct online classes starts from today. Sorry for any inconvenience.
STEALING MEMBERS
It is understood that some stole members from other parties simply to gain influence and maintain power. Rather than getting worse, it is better to dissolve parliament and form a new government.
EXPERIENCE
Usia melambangkan ilmu dan pengalaman seseorang. Bukan maksudnya ketuaan seseorang. Apabila anda sudah tua, orang melihat kita sebagai orang yang berfikiran matang dan ilmu atau pengalaman yang ada, dapat anda kongsi dengan mereka. Apabila orang tersebut menghidapi sesuatu penyakit, barulah dia terasa dan sedar dirinya sudah tua. Jadi dalam usia begini, selagi kita tidak menghidapi sebarang penyakit, selagi itulah kita boleh membanggakan diri kita belum tua. Ahli-ahli filosof yang rata-ratanya sudah berusia pernah berkata bahawa selagi anda berupaya untuk berfikir dan masih boleh mengingati sesuatu, maka anda belum tua
GOVT.NOT CRUEL
Adalah tidak adil jika tuduh kerajaan zalim kerana mendakwa mereka yang menerima habuan atau sogokan di mahkamah. Kalau benar mereka tidak bersalah, buktikan sahaja di mahkamah. Kerajaan tidak semena-mena membuat pendakwaan tanpa penyiasatan terperinci oleh SPRM.
SOCRATES
Socrates pernah sebut"..the unexamined life is not worth living". Ungkapan ini sering mengusik kalbu. Saya mula bertanya kepada diri saya. Adakah hidup selama 60 tahun di bumi ini, saya tidak memberi apa-apa sumbangan?....
DATA INTERPRETATION
Ketika mentafsir jadual perangkaan, ada seorang pelajar memberitahu saya bahawa wujud keadaan tidak konsisten yang konsisten.Maksudnya perubahan yang tidak konsisten berlaku secara konsisten. Saya memberitahunya dalam tafsiran perangkaan , pelajar hanya boleh menulis sama ada nilai itu meningkat/menurun secara konsisten ataupun tidak konsisten.Saya jelaskannya, istilah "consistently inconsistent" ini seolah-olah membawa makna yang abstrak atau absurd. Statisitik perlu dihuraikan dengan kejelasan/ clarity tanpa sebarang kesamaran makna.
WORK AFTER RETIRED
Bekerja semula selepas bersara, sama ada melalui online atau medsos, kita dapat berkongsi pengetahuan dan kita dapat menjaga kesihatan mental kita. Kita bukan sahaja dapat mengekalkan pengetahuan yang kita miliki malah kita mungkin dapat mempelajari banyak perkara baharu jika kita bekerja semula. Kita dapat kongsikan informasi dengan majikan, rakan sekerja, dan pelajar kita. Berbantukan talian, kita boleh bekerja dari rumah dengan lebih kondusif dan ini sudah tentu mengelakkan perjalanan yang menyiksa dan menjimatkan masa.Ada sesetengah pula hanya memenuhi impian dengan melakukan apa yang ingin dilakukan.John Robinson, seorang profesor sosiologi di University of Maryland mengatakan ada 3 perkara yang biasanya ingin dilakukan oleh seseorang pesara iaitu membaca, berehat dan menonton televisyen.
Medsos=media sosial
SORRY..NGO
Saya memohon maaf kepada NGO-NGO yang menghubungi saya untuk mengadakan seminar secara maya bagi subjek Pengajian Am Sem 1 dan 3 serta subjek BM di peringkat SPM. Jika diberitahu terlebih awal mungkin saya dapat membantu mereka. Kini saya telah komited dengan kelas-kelas dalam talian.
PROBLEMS OF OLD PEOPLE
Masalah dengan orang-orang yang berusia ialah mereka enggan melepaskan apa yang digenggam oleh mereka sejak sekian lama. Sama ada organisasi ataupun parti politik ataupun institusi. Mereka menganggap mereka yang terbaik. Kita memang maklum dengan pengalaman mereka. Tetapi bukankah mereka patut memberi laluan kepada generasi muda. Generasi muda lebih bertenaga, banyak idea dan pasti mereka juga mempunyai pelbagai aspirasi untuk melakukan yang terbaik untuk institusi, orgnisasi mahupun parti politik. Sampai bila generasi yang berusia ini mentabik dada dan masih berbuih mulut "mengangkat bakul". Sekadar berkongsi pengalaman, pengetahuan dan kemahiran sudah memadailah. Janganlah berkeras mahu menduduki sesuatu jawatan dan berpaut erat padanya. Berikanlah peluang kepada yang muda untuk mengemudi negara dan masyarakat ini. Mana tahu mereka mungkin terbaik daripada mereka yang mendakwa diri mereka baik?
PERJUANGAN
Setiap orang tentu berjuang sesuatu dalam hidup. Dalam usaha perjuangan ini nescaya ada kegetiran dan kepayahan. Tetapi mereka enggan mendedahkan hatta membicarakan.Oleh itu, pilihlah kebaikan dan buatlah kebaikan jika mampu.
WRITING ESSAY
Begitu juga dalam penulisan esei.
Ketika menghuraikan idea, pelajar perlu konsisten dengan huraiannya. Ada pelajar dengan tetiba sahaja masukkan huraian yang tak konsisten. "Inconsistent" ini seolah-olah membawa makna yang abstrak atau absurd.Setiap esei perlu dihuraikan dengan kejelasan/ clarity tanpa sebarang kesamaran makna.
FRESH GRADUATES
To all fresh graduates, job seekers or anyone seeking to improve his writing skills. Business Writing has become a necessary skill these days, it is important to create a proper email, formal business documents in order to look smarter and to win everyone's attention and respect. Pls learn how to write business documents and increase your soft skills as well. All the best
POSTPONE SCHOOLS
It is better if school sessions are postponed as it is difficult to control primary and lower secondary students. Teachers find it difficult to ensure that students strictly follow the SOP especially during the registration of new students.
ZERO COVID
Zero Covid bukanlah bermaksud pembasmian virus yang menjadi punca Covid 100%. Kita tidak dapat mencegah influenza atau Covid-19. Zero Covid bermaksud penyingkiran Covid-19 dari sesebuah wilayah atau kawasan. Hal ini mendasari inisiatif yang diamalkan di NZ, Australia, Taiwan, China, Korea Selatan dan di tempat-tempat lain. Juga bukanlah bermaksud bahawa mereka tidak mempunyai sebarang kes baharu. Semua negara menghadapi kes-kes baharu tetapi negara-negara tersebut menanganinya secara pengasingan. Hanya melalui pengasingan diri daripada kelompok luar, Covid-19 ini boleh dicegah. Banyak negara sudah mula meminta rakyatnya mengasingkan diri daripada kontek luar. Impaknya memang menakjubkan.
COVID
Dalam masa terdekat ini, nampaknya Covid-19 tidak dapat dibendung. Kita harus mengubah mind set kita dan mesti belajar hidup dengannya. Comfortable zone yang kita nikmati selama ini entah tidak tahu bila akan dinikmati lagi. Melihat wajah Malaysia tanpa Covid menjadi satu utopia. Kita kena biasakan cara hidup dengan apa yang dialami sekarang. Isu sosioekonomi makin menghantui rakyat marhaen kita. Segala-galanya menjadi terbatas dan terhalang. Kita cuma boleh menyerah kepada Maha Pencipta.
AGEING
Setiap kita mempunyai waktu tertentu untuk kembali kepada Pencipta. Baik mana sekalipun kita menjaga tubuh badan kita, setelah mencapai takat-takat tertentu, tubuh kita akan menjadi longlai, goyah dan tidak gah. Kejasmanian tubuh kita mungkin berubah esok atau lusa atau mungkin malam ini. Setiap manusia pasti akan mengalaminya. Ada yang memikirkan fenomena ini tidak akan berlaku kepada diri mereka. Mereka seumpama ini hidup dalam syurga palsu atau dalam syurga rekaan mereka sendiri. Kita tidak akan memikirkan usia kita, jika kita terus aktif dan memberikan sumbangan kepada orang lain.Jadi terpulang kepada kita sama ada kita ingin menjadikan sisa hidup ini demi kebaikan orang ataupun biarkan usia ini menjamah tubuh kita sehingga tubuh ini menyembah bumi.
SOP
Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah merayu lagi agar rakyat Malaysia tidak kira pangkat dan bangsa mematuhi SOP. Saya rasa rayuan ini kepada para pemimpin. Nasib baik kita tidak mengadakan pilihan raya dalam waktu yang terdekat ini. Kita berharap semua pemimpin kita melupakan sejenak politik dan hulurkanlah kerjasama dan sokongan anda ke arah menangani Covid-19 ini. Makin lama makin gusar, bimbang dan takut kerana Covid-19 tidak mengenali mangsa.
TUITION
If parents ( my tuition students' parents) can not receive any material from me, please let me know in advance so I can send it again. At least please provide me a genuine WhatsApp number that can be easily contacted. Thanks for your support and cooperation.
BRISK WALK
Since this MCO. I dare not go for brisk walk in public places. All the parks in Bukit Mertajam have been closed. I had to walk around my neighbourhood. I am also afraid of people, so walk alone while listening to music to avoid boredom.
PARKS ARE CLOSED
All parks are closed. Now have to go for brisk walk around my Taman neighbourhood. I have been walking alone because scared of crowds. Boring but listen to some youtube speeches. Today I walked along a kampung road for one hour to refresh my body and mind. Health experts recommend that we should walk 10,000 steps a day (about five miles) to stay healthy. But sometimes I could not reach this target.
SEDIA NOTA
Terpaksa bersengkang mata untuk menyediakan latihan dan nota BM SPM dan Pengajian Am STPM untuk minggu ini. Sediakan input tambahan agar mereka dapat menguasai beberapa elemen peperiksaan dengan seelok-eloknya sebelum melangkah ke dewan peperiksaan tidak lama lagi. Di Sabah, dicatatkan seramai 36 pelajar yang bakal menduduki SPM dijangkiti Covid-19. Saya berdoa dan amat berharap pelajar-pelajar kita tidak dijangkiti virus ini. Biarlah mereka menduduki peperiksaan SPM dan STPM Sem 1 dan Sem 3 dengan tenang dan selesa. Harap pihak KPM, JPN dan sekolah membuat persediaan yang rapi agar pelajar-pelajar kita tidak tercicir daripada menduduki peperiksaan awam ini.
DONALD TRUMP
Akhirnya Donald Trump telah meninggalkan Rumah Putih setelah membuat satu ucapan yang meminta rakyatnya "semoga hidup baik '. Khabarnya dalam ucapan tersebut beliau tidak mengucapkan tahniah atas kemenangan penggantinya Joe Biden. Malah tidak juga menjemput Biden ke jamuan teh untuk meraikannya. Begitulah manusia. Manusia amat berat hati untuk menerima kegagalan. Selamat bersara kepada Trump. Kita berharap Joe Biden dapat mengatasi kemelut yang berpanjangan antara Palestin dengan Israel.
KONGSI IDEA
Saya hanya ingin berkongsi idea saya dengan mereka yang berminat. Dan secara jujur, apa yang saya harapkan ialah komen yang membina sebagai balasan. Tulisan saya mungkin ada unsur lintas budaya atau cross-cultural di dalamnya. Tetapi sambutannya amat menggalakkan daripada bekas pelajar saya.
SHARE IDEAS
I just wanted to share my ideas with those interested. And honestly, what I expected is positive comments in return, as there were many cross-cultural elements in them. But the response has been encouraging especially from my former students.
KANGKUNG PROFESSOR
The Kangkung Professor issues are back. Industry players @ professionals are more qualified, skilled and more hands on than professors who only rely on textbooks and do research in the library. Please do not be angry with me. What is the contribution of so many emeritus professors or emerita in Malaysia? Especially in the field of social sciences. Some have no retirement date. Who pays them and how much they are paid? Why not give opportunities to young PhD students those who have new ideas and more energetic.
JOGGING
To avoid crowd, today I walked in front of SK Stowell road and Jalan Stowell for one hour to refresh my body and mind. Mengimbau zaman persekolahan anak saya di sini dari tahun 1 hingga 6. Sekolah inilah memberikan anak saya ilmu yang paling asas. Segala peristiwa yg dialaminya mengusik kalbu saya. Bangunan putih itu bangunan asrama BM High School. BM High dan Stowell berpisah tiada.
PKP KETAT
Kerajaan sepatutnya menguatkuasakan PKP yang paling ketat selama sekurang-kurangnya dua minggu lagi. Kini banyak kluster baharu adalah di tempat kerja. Dua sektor yang paling kronik ialah perkilangan dan pembinaan yang melibatkan pekerja asing. Apa salahnya tutup sahaja kedua-dua sektor ini untuk dua minggu. Hospital kita pun sudah tenat dan makin kurang kemudahan logistik.
UNKNOWN FOLLOWERS
Why am I getting too much friend requests from unknown people everyday? Some accounts are fake and some are genuine. So very difficult to determine. I have to introduce my self. I am a PhD. holder in Education from University Science of Malaysia in 2008. I did my psychosocial doctoral thesis on how self-reliance, self-concept and intellectual readiness affect students' academic achievement. My research area was student attitudes, behavior stand and the theories that underlie it. Before sending any friend request, please read someone's background. Thanks.
MATA KULIAH WAJIB
Sepatutnya sastera dijadikan satu mata kuliah wajib sama ada di sekolah atau di IPT. Sastera lebih mementingkan konsep, tafsiran dan pengalaman kita terhadap dunia. Kajian kesusasteraan juga boleh diterapkan sebagai satu disiplin kerana semua kegelisahan, kegembiraan dan ketakutan yang kompleks yang dialami oleh manusia dapat terjawab melaluinya. Malah sastera boleh membantu kita mengatasi setiap masalah yang kita hadapi dalam urusan kehidupan seharian kita. Sejak saya di sekolah rendah hingga menengah saya didedahkan sastera. Sastera seolah-olah sudah menjadi sebati dalam hidup saya. Bukan maksudnya kita menidakkan Sains . Jika Sains boleh menjamin masa depan kita secara jasmaniah dan duniawi. Sastera pula membantu kita dari segi rohaniah, insaniah dan manusiawi.
REDUCE COVID-19
Many countries managed to reduce covid spread because they practiced physical distancing. Why in our country we can not practise it. I am worried that our schools will become new clusters if students do not practice physical distancing. Isolation and sanitation are primary preventive measures for reducing Covid-19 spread. Things will be ok, but each of us must be responsible and care for one another. Many, many blessings.
E-MEL PELAJAR
Saya menerima banyak e-mel karangan pelajar. Memandangkan saya sibuk dengan kelas dalam talian, kadang kala saya terlepas pandang e-mel anda. Terdapat banyak e-mel yang belum saya baca dalam inbox saya. Jika pelajar "pm" saya, maka mudah bagi saya untuk mencarinya. Masalahnya ialah ramai pelajar menggunakan nama samaran. Saya tidak membacanya kerana terfikir "junk emails". Tolong gunakan nama sebenar dalam e-mel anda .
BACA NOVEL
Baru saja terima novel Tuan Md Isa Md Yusop iaitu Langit Tidak Selalu Cerah- Hati Orang Tua. Terima kasih Tuan.Sejak menjadi manula, langit hidup saya pun tidak secerah dulu. ( akronim manula ialah manusia lanjut usia).
PENGASINGAN SOSIAL
Pengasingan sosial atau pengurungan diri memberi impak negatif kepada para pesara, dan ini sering mengundang masalah kesihatan umum yang buruk, tekanan darah tinggi, dan disfungsi imun, serta peningkatan risiko penyakit kronik, kematian pramatang, dan disfungsi kognitif. Oleh itu, kita hendaklah merancang untuk memasukkan beberapa aktiviti sosial biasa ke dalam rutin kehidupan kita setelah bersara.Hal ini termasuklah berkebun, membaca buku, bercerita, bersenam dan melakukan kerja-kerja sampingan supaya kita sentiasa sibuk.
SEGUNUNG BUDI SELANGIT KASIH
Majlis persaraan saya yang ketiga diadakan di Light Hotel Bandar Sunway, Seberang Jaya. ( pertama oleh sekolah di majlis perhimpunan sekolah , kedua oleh guru-guru Tingkatan 6) Segunung Budi Selangit Kasih kepada semua yang meraikan persaraan saya.Budi Tuan/ Puan rasa nak junjung.Kasih Tuan /Puan tidak dapat dibalas. Hanya Yang Maha Esa saja yang membalas jasa baik Tuan/Puan.
HAPPY TIMES COME AND GO BUT THE MEMORIES STAY FOREVER
STAY FOCUS
Pelajar yang setia dengan saya, sila kekal setia sehingga exam kamu. Pada waktu genting sekarang inilah, kamu sepatutnya kuatkan azam dan kekal berfokus. Saya akan mencuba membantu kamu sebaik mungkin termasuk berbincang soalan-soalan penting selepas dianalisis daripada trials negeri/ sekolah lain. Jadi kuatkan azam dan iltizam kamu. Kamu sememangnya dilahirkan di bumi ini untuk membuktikan kamu boleh berjaya dan mengharumkan nama dan membanggakan kedua-dua ibu bapa kamu. Saya di sini akan mencuba yang terbaik dan terdaya untuk kamu. Percayalah..
ulangkaji
Terima kasih kepada semua rakan guru yang sudi menghantar kertas soalan sekolah atau negeri masing-masing kepada saya. Hampir setahun suku saya telah meninggalkan sekolah, namun budi baik yang ditunjukkan kepada saya amat saya kagumi dan hargai. Soalan-soalan ini amat penting bagi saya untuk membuat analisis dan membantu pelajar menjawab soalan peperiksaan SPM ataupun STPM nanti dengan lebih yakin, baik dan selesa. Hanya Tuhan akan membalas jasa baik rakan-rakan saya.
KARMA
Dunia tidak begitu peduli dengan Aung San Suu Kyi kerana sikapnya yang tidak peduli terhadap Rohingya. Apabila Rohingya diusir dari Myanmar, Aung San Suu Kyi tidak mempertahankan kaum Rohingya. Mereka terpaksa menjadi pelarian. Jangan lupa karma. Kini Aung San Suu Kyi pula menjadi "pelarian " di negara sendiri apabila kerajaannya di"hijack" oleh junta.