Thursday, April 9, 2020

LATIHAN MASA CUTI TINGKATAN 1


Dalam setiap ayat di bawah ini, terdapat satu kesalahan bahasa.
1.Anggota tentera itu sedang menyandang sebatang senapang ketika menjalankan tugas di sempadan negara.
2.“Baginda ingin beradu sekarang kerana hari sudah larut malam,” titah Sultan kepada para pegawai istana.
3.Novel itu telah dikaji oleh kami sebagai persediaan bagi menghadapi peperiksaan tidak lama lagi.
4.Dalam memastikan kestabilan politik serantau, Malaysia telah menjalinkan hubungan yang baik dengan lain-lain negara.

Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan ejaan.
1.Encik Muhammad Yusoff telah dilantik sebagai setiausaha dan ditugaskan untuk mencatit minit mesyuarat tersebut.
2.Puan Siti Aafiyah meminta suaminya membeli barang keperluan dapur yang dijual di pasaraya yang tersohor di bandar ini.
3.Beberapa naskah akhbar terbitan tahun 70-an dan majalah lama masih ada dalam simpanan nenekku.

Tukar ayat majmuk di bawah menjadi dua ayat tunggal tanpa mengubah maksud asalnya.
 (i) Majlis rumah terbuka itu meriah kerana terdapat pelbagai juadah disediakan.
 (ii) Mariam tidak terbaca novel yang tebal itu.
(iii)Banglo itu baru sahaja siap dan belum ada penghuninya.
(iv) Saya suka belajar Bahasa Perancis manakala adik saya suka belajar Bahasa Jepun.
(v)Mereka melompat-lompat di tepi koridor sambil menjerit dengan kuat.

Nyatakan sama ada ayat-ayat di bawah ayat tunggal atau ayat majmuk.
1.Peserta yang pengsan itu bernama Sulaiman. ___________
2.Adik saya suka menonton rancangan kartun.____________
3.Wanita yang berambut panjang itu ialah Cikgu Soon _____________
4.Sakinah akan berasa kecewa jika dia gagal dalam pertandingan itu.  _____________
5. Encim Rahman sedang menyapu daun-daun kering. ______________
6.Kucing itu mengiau kerana lapar.    ______________
7.Cikgu Anita memakai baju batik hari. ______________
8.Mereka bertiga pergi ke kantin. ______________
9.Gopal masih mempunyai datuk dan nenek.______________
10. Hartawan itu sangat kedekut._______________

Gabungkan ayat-ayat tunggal di bawah dengan kata hubung yang diberi supaya menjadi ayat majmuk.
1.     Ayah membaca surat khabar.
Ayah menonton televisyen.                                   sambil
2.    Hanita tinggal di Taman Aman.
Suresh tinggal di Taman Aman                             dan
3.    Amran melayari internet.
Amran mencari maklumat terbaru.                       untuk
4.    Kasut itu berwarna biru.
Kasut itu sangat mahal.                                       yang
5.    Kami terkejut.
Kami terdengar bunyi letupan.                            apabila
6.    Halim kaya.
Halim kedekut.                                                  tetapi
Kemukakan peribahasa yang menggambarkan situasi yang terdapat dalam ayat tersebut.
1.Firas akhirnya pulang ke Malaysia setelah bekerja selama 15 tahun di luar negara dan tidak akan kembali ke negara tersebut semula.
2.Setelah beberapa jam adik berkurung di dalam bilik kerana tidak puas hati akan sikap tegas kakaknya, dia akhirnya berbaik dengan kakaknya itu semula.
3. Apabia kedua-dua pemimpin negara bertelaga maka yang menjadi mangsa ialah rakyat yang tidak berdosa
4.Saya amat kaget kecemerlangan Ali yang tidak diduga kerana selama ini kepandaiannya tidak terserlah
5. Bangsa di sesebuah negara akan hilang jika mereka tidak menuturkan bahasa mereka.

Baca Sinopsis Kuih Bakul Limau Mandarin oleh Mohd. Helmi Ahmad di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya


Mengisahkan Sim Pau, seorang ibu yang gembira apabila menerima panggilan telefon daripada Lim Meng yang hendak pulang beraya. Namun berita gembira itu tidak disenangi oleh Lim Pooi, si ayah yang masih menyimpan kemarahan terhadap anak perempuannya itu. Anak bongsu keluarga berbangsa Cina dipersalahkan atas segala musibah yang menimpa keluarga mereka termasuklah kematian anak sulung lelaki mereka, Lim Foong. Sim Pau yang selama ini bersabar, akhirnya bersuara menentang suaminya. Lim Pooi terkejut melihat keberanian isterinya. Sim Pau menceritakan segala-galanya termasuklah punca kematian Lim Foong. Lim Pooi menginsafi kesalahannya. Sehari sebelum Tahun Baru Cina, kepulangan Lim Meng disambut dengan perasaan terharu. Akhirnya, mereka berkumpul sebagai sebuah keluarga semula.

1.Apakah tema cerpen ini dan buktikannya?
2. Jelaskan persoalan Kepercayaan pada perkara khurafat dengan contoh sekali
3. Adakah Sim Pau berani menyuarakan pendapatnya? Jika ya, apakah pendapatnya itu?
4. Mengapakah berita kepulangan Lim Meng tidak disenangi oleh Lim Pooi?
5. Lim Meng pulang ke rumah dan disambut oleh Sim Pau dengan pelukan. Namun dia masih ragu-ragu akan penerimaan bapanya. Apakah teknik peristiwa ini?
6. Siapakah Sim Pau?
7. Bagi setiap teknik berikut nyatakan contohnya.



i.     Pemerian
ii.    Imbas Kembali
iii.   Imbas Muka
iv.   Dialog
v.    Monolog Dalaman
vi.   Saspens

KARANGAN


Usaha melahirkan pelajar yang cemerlang bukan sesuatu yang mudah bagi sesebuah sekolah. Pihak sekolah menghadapi pelbagai cabaran dalam melahirkan pelajar yang cemerlang. Huraikan
Intro
·         Sudah terang lagi bersuluh bahawa pendidikan secara formal di sekolah telah melahirkan ramai tokoh agung dan professional
·         Namun begitu, usaha-usaha melahirkan masyarakat yang terdidik akan lebih membuahkan hasil sekiranya segala cabaran yang terdapat di sekolah mampu diatasi.
·         Jika tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya
Idea 1
·         Antara cabaran yang dihadapi oleh pihak sekolah ialah bilangan murid yang terlalu ramai di dalam kelas.
·         Ada sekolah yang mencapai angka 45 orang pelajar bagi kelas-kelas tertentu.
·         Kesannya, pelajar-pelajar yang sedehana pandai dan lembap akan ketinggalan dalam pelajaran mereka. Hal ini akan menjadikan mereka berasa rendah diri dan terpinggir.
·         Mereka tidak menghayati pepatah bagai ular menyusur akar tidak akan hilang bisanya
Idea 2
·         Cabaran kedua yang dihadapi di semua sekolah  di negara kita ialah kemerosotan disiplin pelajar.
·         Gejala-gejala disiplin pelajar seperti ponteng rsekolah, melawan guru, bergaduh, menghisap rokok, merosakkan  harta sekolah dan lain-lain itu telah banyak memberi kesan negatif terhadap pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.
·         Guru-guru lebih banyak menghabiskan masa untuk mendisiplinkan pelajar daripada mengajar.
·         Bak kata pepatah guru ibarat lilin, membakar diri menerangi orang lain
Idea 3
·         Cabaran seterusnya yang dihadapi oleh pihak sekolah ialah beban kerja guru yang terlalu banyak.
·         Ini termasuklah kerja-kerja perkeranian seperti menaip dan menyiapkan stastistik peperiksaan, mengisi dan mengemas kini pelbagai borang serta fail pelajar.
·         Pelbagai beban tugas utama mereka di sekolah, iaitu mengajar dan mendidik.
·         Mereka terpaksa melakukan banyak kerja bak pepatah sambil menyelam minum air
Idea 4
·         Di samping itu, pelajar yang bekerja juga menjadi penghalang kepada sekolah untuk  melahirkan pelajar yang cemerlang.
·         Pada masa ini, ada pelajar yang bekerja di bengkel-bengkel, kedai makan, klinik swasta, ladang dan sebagainya.
·         Kalau adapun pelajar yang meneruskan persekolahan, mereka hanyalah mengharapkan sijil berhenti sekolah sahaja.
·         Jika takut dilambung ombak,jangan berumah di tepi pantai. Pelajar hendaklah sanggup menghadapi cabaran jika mereka menginginkan kejayaan
Konklusi
·         Kesimpulannya, dunia pendidikan hari ini menghadapi terlalu banyak cabaran dan kekangan.
·         Kesepaduan tindakan antara guru, ibu bapa dan masyarakat, selain pihak berkuasa dituntut demi menangani cabaran ini. 
·         Kesemua pihak hendaklah bekerjasama bagai aur dengan tebing untuk merungkaikan semua cabaran ini

No comments:

Post a Comment