Thursday, April 16, 2020

Jawapan Latihan Masa Cuti PKP Tingkatan 2/3 siri 3



Latihan Masa Cuti PKP Tingkatan 2/3 siri 3

Dalam setiap ayat di bawah terdapat beberapa kesalahan bahasa.

1.     Ali ditugas [H1] sebagai Pengarang di akhbar Utusan Melayu semenjak lapan tahun yang  lalu.
2.     Hana berkecimpung di[H2]  dalam bidang peternakan[H3]  itik, rusa  dan Angsa sejak kecil lagi
3.     Asean dianggota[H4]  oleh Malaysia, Indonesia, Thailand, Filipina, Berunai, Vietnam, Singapura, Laos, myanmar[H5] , dan kemboja.
4.     Menurut percayaan[H6]  masyarakat Melayu, sang kancil adalah [H7] binatang yang pintar.
5.     Tabeat[H8]  merokok bagi wanita hamil akan bahayakan[H9]  kesihatan dan keselamatan bayi yang di kandung[H10] .
6.     "Keahlian aku[H11]  di dalam[H12]  persatuan ini sudah berlangsung selama enam tahun," berkata[H13]  pensyarah tersebut.
7.     "Sekolah saya[H14]  akan adakan[H15]  satu persembahan  anekaragam," kata Alias kepada ibunya.
8.     Kami hendaklah senantiasa berwas[H16]  pada terhadap anasir negatif  kalangan[H17]  ahli persatuan ini.
9.     Kita bagai[H18]  pihak kerajaan akan terus berusaha membangun[H19]  ekonomi negara.
10.  Gejala cetak rompak boleh lumpuhkan[H20]  industri seni utamanya[H21]  industri muzik dan perfileman tanahair[H22] .
11.  "Dimanakah[H23]  awak letakkan gergaji yang telah gunakan[H24]  tadi?" tanya Ramzi kepada anaknya.
12.  "Engkaulah[H25]  Wakil Jualan yang perlu saya tunggu-tunggu?" kata[H26]  Linggam  kepada lelaki itu.
13.  Pastikan awak mencatit[H27]  nama dan angka giliran pada kertas jawap[H28]  tersebut.
14.  Pengurus Pemasaran akan sentiasa[H29]  membantu engkau di dalam [H30] melaksanakan tugas-tugas tersebut.
15.  Remaja hendaklah mengembling[H31]  tenaga bersama kerajaan menamatkan[H32]  gejala rasuah
16.  Mass[H33]  media di negara diberi kebebasan yang sepenuhnya untuk menunjukkan[H34]  sebarang berita
17.  Dalam kotak itu menyimpannya stem[H35] , sekru dan wang mata[H36]  asing.
18.  Lelaki yang tua itu hendak berpinang[H37]  gadis yang mentah[H38]  di kampung itu
19.  Penduduk[H39] -penduduk Malaysia hendaklah berkibarkan[H40]  bendera Malaysia di pmeris[H41]  masing-masing.
20.  Internet menya[H42] mbungkan ahli keluarga tetapi[H43]  mereka menetap di serata tempat
21.  Dia mengatakan[H44]  dia tidak dapat hadiri[H45]  mesyuarat di Pulau Langkawi
22.  Manisah ingin sekali cuba[H46]  memakai baju baru[H47]  yang ditempahnya minggu lalu
23.  Dalam acara itu Ahmad telah mendahulukan[H48]  ramai peserta[H49] -peserta lain
24.  Dengan[H50]  kehadiran tuan akan menyerikan lagi majlis[H51]  ini
25.  Yang manakah betul, ini[H52]  dan itu?
26.  Kerajaan tidak pernah mengenepikan[H53]  masalah mana[H54]  kaum di negara ini.
27.  Awak perlu mempastikan[H55]  samada[H56]  hendak melanjutkan pelajaran atau ingin bekerja
28.  Keindahan pulau yang amat mengkagumkan[H57]  itu menyebabkan pelancong menawan[H58]  hati.
29.  Pihak MPSP akan memperindahkan[H59]  tempat itu agar tempat itu memperlihatkan[H60]  ceria.
30.  Lain-lain[H61]  usaha perlulah lakukan[H62]  untuk mengheret para pelabur ke nagara ini
31.  Banyak rumah-rumah[H63]  musnah dalam pembakaran[H64]  yang berlaku pada awal pagi itu
32.  Sila ambil ingatan bahawa bilik urusetia[H65]  ditutup tengahari[H66] .
33.  Ayahnya menyambut ulangtahun[H67]  ke 48 di sebuah hotel yang sangat mengemukakan[H68] .
34.  Kasih-sayang yang di[H69]  curahkan sesama pasangan boleh mengelakkan penceraian[H70] 
35.  Mak Temah membungkusi[H71]  Roslinda nasi lemak sebagai bekal[H72]  ke tempat bekerja.






 [H1]ditugaskan


 [H2]dalam bidang


 [H3]penternakan


 [H4]dianggotai


 [H5]nama negara huruf besar


 [H6]kepercayaan


 [H7]ialah


 [H8]tabiat


 [H9]membahayakan


 [H10]dikandung


 [H11]saya


 [H12]dalam


 [H13]kata


 [H14]kami


 [H15]mengadakan


 [H16]berwaspada


 [H17]dalam kalangan


 [H18]bagi


 [H19]membangunkan


 [H20]melumpuhkan


 [H21]terutamanya


 [H22]tanah air


 [H23]di manakah


 [H24]saya gunakan tadi


 [H25]Engkaukah


 [H26]tanya


 [H27]mencatat


 [H28]jawapan/jawaban (dua-dua boleh diterima)


 [H29]senantiasa


 [H30]dalam


 [H31]menggembleng


 [H32]membanteras


 [H33]media massa


 [H34]menyiarkan


 [H35]setem


 [H36]mata wang asing


 [H37]meminang


 [H38]sunti


 [H39]penduduk


 [H40]mengibarkan


 [H41]premis


 [H42]menghubungkan


 [H43]meskipun


 [H44]bahawa


 [H45]menghadiri


 [H46]mencuba


 [H47]baharu


 [H48]mendahului


 [H49]peserta


 [H50]boleh dibuang


 [H51]majlis lagi


 [H52]yang ini atau yang itu?


 [H53]mengetepikan


 [H54]mana-mana


 [H55]memastikan


 [H56]sama ada


 [H57]mengagumkan


 [H58]tertawan


 [H59]memperindah


 [H60]kelihatan


 [H61]usaha-usaha lain


 [H62]dilakukan


 [H63]rumah


 [H64]kebakaran


 [H65]urus setia


 [H66]tengah hari


 [H67]ulang tahun


 [H68]terkemuka


 [H69]dicurahkan


 [H70]perceraian


 [H71]membungkuskan


 [H72]bekalan

No comments:

Post a Comment