Wednesday, April 22, 2020

LATIHAN KARANGAN MASA CUTI PKP T2/3


KARANGAN PT3

1.Sejak akhir-akhir ini masalah kehilangan anak-anak kecil  senantiasa mendapat liputan dalam media cetak.  . Bincangkan langkah-langkah untuk menangani masalah-masalah kehilangan anak daripada terus berleluasa.

Pendahuluan : berita kehilangan kanak-kanak yang disiarkan media massa amat menggusarkan – tindakan   perlu diambil untuk mengatasi masalah ini
Isi-isi
1.peranan ibu bapa – mengawasi pergerakan anak-anak mereka –
2.peranan sekolah – menjadikan sekolah sebagai tempat yang selamat –
3.peranan taman asuhan kanak-kanak – mengambil langkah-langkah bagi menjamin keselamatan  kanak-kanak
4.peranan masyarakat – bersikap prihatin apabila melihat kejadian yang mencurigakan –
Penutup : semua pihak perlu menggembleng tenaga dalam menangani masalah kehilangan kanak-kanak.


2.Bincangkan langkah-langkah yang boleh diambil untuk membantu mangsa bencana alam.
PENDAHULUAN
Sebagai masyarakat yang mempunyai sifat kemanusiaan kerana berat mata memandang, berat lagi bahu memikul, kita sepatutnya bersimpati dan menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan ibarat hulurkan tangan, ringankan beban.
Isi-Isi
1.Sebagai insan yang sedar tentang kesusahan orang lain- kita boleh menyalurkan bantuan dengan kutipan derma- derma dihulurkan akan disalurkan kepada mangsa bencana alam yang amat memerlukan dan mendambakannya-mangsa meneruskan kehidupan di bumi ciptaan Tuhan ini- Bantuan yang disumbangkan tidak semestinya wang ringgit- bantuan lain seperti ubat-ubatan, pakaian dan makanan juga diperlukan[H1] .
2.Menganggotai pasukan penyelamat dan pencari-membantu dan mencari mangsa yang terperangkap dalam runtuhan bangunan- mencari mangsa yang hilang selepas kejadian bencana alam- banyak pasukan penyelamat sanggup menghadapi banjir dan tsunami- memberikan bantuan yang semampu boleh[H2] .
3. Menjadi sukarelawan- meninggalkan keluarga yang tersayang dalam tempoh yang agak lama - memberikan bantuan kepada mangsa yang amat memerlukan bantuan kemanusiaan-bantuan rawatan, membina rumah mangsa yang telah musnah semula dan mententeramkan emosi mangsa adalah antara tugas sukarelawan[H3] 

4. Bantuan pascabencana terus dihulurkan- pihak kerajaan memberikan bantuan-sumbangan modal dan kepakaran untuk membangunkan kawasan yang telah tejejas teruk semula- merasakan rintihan dan suara hati mangsa bencana-  sokongan yang diberikan itu telah dapat mengurangkan sedikit beban yang ditanggung oleh mangsa-mangsa[H4] .

KESIMPULAN
Intihanya, semua orang seharusnya melupakan batasan agama, bangsa dan warna kulit  dalam menghulurkan bantuan-tidak menjadi enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing. Walau di mana-mana jua kita berada, kita harus sedar bahawa manusia semuanya sama iaitu menginginkan kehidupan yang sempurna[H5] .





 [H1]Peribahasa: cubit paha kiri, paha kanan pun sakit juga


 [H2]Peribahasa : hari tidak selamanya panas.


 [H3]Peribahasa: sekali tersengat selalu beringat.


 [H4]Frasa menarik: memberikan sinar kehidupan yang baharu kepada mereka selepas diuji dengan musibah yang tidak diduga itu.


 [H5]Peribahasa: hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.

No comments:

Post a Comment