Sunday, April 12, 2020

LATIHAN MASA CUTI PKP T4 /5 SIRI 3



LATIHAN MASA CUTI PKP T4 /5 SIRI 3


Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian tulis satu rumusan tentang peranan ibu bapa menggalakkan anak-anak bersenam dan kebaikannya kepada kesihatan diri. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Tabiat bersenam merupakan satu tabiat yang diakui mempunyai pelbagai manfaat bagi kesihatan diri yang menyeluruh. Namun, untuk menjadikannya sebagai amalan harian bukan satu perkara yang mudah. Sikap ibu bapa yang memandang tinggi kepentingan aktiviti sukan dan senaman harus dipuji. Ibu bapa mempunyai pengaruh yang sangat kuat dalam memupuk tabiat suka akan senaman dalam diri anak-anak mereka. Oleh itu, ibu bapa disarankan untuk menghantar anak-anak ke kelas senaman sama ada yang dianjurkan oleh pihak sekolah atau pihak swasta. Hal ini dikatakan demikian kerana sokongan untuk anak-anak melakukan aktiviti tersebut turut mempengaruhi pembentukan tabiat ini. Segelintir ibu bapa mempunyai persepsi yang negatif terhadap tabiat ini kerana tidak melihat aktiviti senaman sebagai satu aktiviti yang penting berbanding dengan akademik.

Bagi menggalakkan anak-anak bersenam, ibu bapa perlu mempunyai persepsi positif terhadap aktiviti senaman supaya anak-anak cenderung untuk terlibat dalam aktiviti ini. Mereka yang mempunyai persepsi yang negatif akan bertindak sebaliknya. Anak-anak yang rajin bersenam sebaik-baiknya diberikan motivasi dan peneguhan yang berterusan seperti pujian dan hadiah untuk menggalakkan mereka menjadikan senaman sebagai budaya. Selain galakan dan motivasi, tabiat senaman juga dapat dipupuk melalui sokongan membelikan peralatan untuk bersenam bagi kegunaan anak- anak. Walaupun begitu, segelintir ibu bapa menghadapi masalah kekurangan kemudahan dan sumber untuk melibatkan diri dalam aktiviti senaman. Banyak kajian saintifik yang menunjukkan bahawa kanak-kanak yang mempunyai ibu bapa yang aktif bersenam mendorong mereka untuk mengikut perlakuan ibu bapa.

Oleh itu, ibu bapa sendiri haruslah melibatkan diri dalam aktiviti senaman dan fizikal. Satu pendekatan yang boleh dilakukan oleh ibu bapa adalah dengan melakukan aktiviti senaman dan sukan bersama-sama. Bagi kebanyakan ibu bapa, mencari masa untuk bersama-sama melakukan aktiviti senaman ialah cabaran. Pada masa lapang dan hujung minggu, bawalah anak-anak ke tempat rekreasi bagi bersenam. Walaupun masa tidak boleh dicipta, ibu bapa boleh mengurus masa untuk memberi ruang kepada aktiviti fizikal dan senaman bersama-sama. Di samping itu, ibu bapa patut menemani anak-anak bersenam kerana terdapat segelintir anak- anak yang mahu bersenam bersama-sama orang yang rapat. Jika anak-anak masih berkeras, ibu bapa seharusnya menasihati anak-anak tentang akibat kemalasan bersenam. Tindakan ini barangkali boleh menyedarkan anakanak. Penglibatan anak-anak dalam senaman bukanlah untuk bersaing tetapi harus bermatlamatkan kesihatan. Sesungguhnya, untuk menggalakkan penglibatan anak- anak dalam aktiviti senaman dan sukan, sokongan yang berterusan akan membantu pembentukan sikap dan tabiat ini dalam diri anak

1.Penulis ada menyatakan beberapa halangan daripada ibu bapa hingga menyebabkan amalan senaman sukar dilaksanakan dalam kalangan anak-anak mereka. Nyatakan tiga halangan tersebut. [3 markah]
2. Pihak kerajaan turut mempunyai peranan dalam melahirkan masyarakat yang sihat dengan menggalakkan amalan senaman. Pada pendapat anda, apakah peranan pihak kerajaan dalam menggalakkan amalan senaman dalam kalangan masyarakat? [4 markah]
Baca petikan prosa tradisional di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Maka kata segala anak buah Seri Nara Diraja, "Bagaimana maka datuk hendak beristeri muda, kerana datuk sudah tua, dan bulu mata dengan bulu kening sudah bertemu?" Maka kata Seri Nara Diraja, "Di mana kamu sekalian tahu? Jikalau demikian sia-sialah cula dibeli oleh bapaku sekati emas di benua Keling itu." Dan telah sudah lepas idah, maka Seri Nara Diraja pun bernikah dengan Tun Kudu. Maka menjadi muafakatlah Seri Nara Diraja dengan Paduka Raja, menjadi berkasih-kasihan seperti saudara sejalan jadi. Maka sembah Seri Nara Diraja pada Sultan Muzaffar Syah, "Tuanku, baiklah Paduka Raja dijadikan bendahara, kerana ia sedia anak bendahara." Maka titah baginda, "Baiklah." Maka Paduka Raja pun dijadikan bendahara.
Syahadan, Bendahara Paduka Raja itulah yang dikatakan orang bijaksana, kerana pada zaman itu tiga buah negeri yang sama besarnya: pertama, Majapahit; kedua, Pasai; ketiga, Melaka. Di dalam negeri tiga buah itu, ada tiga orang yang bijaksana; di Majapahit, Patih Aria Gajah Mada; dan di Pasai, Orang Kaya Kanayan; dan di Melaka, Bendahara Paduka Raja; dan Seri Nara Diraja menjadi penghulu bendahari.

Dipetik daripada 'Burung Terbang Dipipiskan Lada' dalam antologi Sejadah Rindu, Kementerian Pendidikan Malaysia

1. Berikan maksud menjadi berkasihan-kasihan . [2 markah]
2. Nyatakan hubungan antara Paduka Raja dengan Seri Nara Diraja selepas pernikahan Seri Nara Diraja dengan Tun Kudu. [3 markah]
3. Kebijaksanaan merupakan antara ciri yang perlu ada pada seseorang yang dilantik sebagai pembesar. Pada pendapat anda, mengapakah bendahara perlu dilantik dalam kalangan mereka yang Bijaksana. [3 markah]

Baca syair di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri

SYAIR BIDASARI
Dengarkan tuan suatu riwayat, Beberapa lamanya dalam kerajaan,
Raja di desa Negeri Kembayat, Baginda duduk bersuka-sukaan,
Dikarang fakir dijadikan hikayat, Datanglah beroleh kedukaan,
Supaya menjadi tamsil ibarat. Baginda meninggalkan takhta kerajaan.
Ada raja suatu negeri, Datanglah kepada suatu masa,
Sultan halifah akas bestari, Melayanglah unggas dari angkasa,
Asalnya baginda raja yang bahari, Unggas gurda sangat perkasa,
Melimpah ngadil dagang senteri. Menjadi negeri rosak binasa.
Hairan orang empunya temasya, Datanglah menyambar suaranya bahana,
Baginda itulah raja perkasa, Gemparlah sekalian mulia dan hina,
Sangat tiada merasai susah, Seisi negeri gundah-gulana,
Entah pada esok dan lusa. Membawa diri ke mana-mana.
Seri sultan raja bestari, Baginda pun sedang dihadap orang,
Setelah ia sudah beristeri, Mendengar gempar seperti perang,
Beberapa bulan beberapa hari, Bertitah baginda raja yang garang,
Hamillah puteri permaisuri.

1. Nyatakan maksud Baginda meninggalkan takhta kerajaan. [2 markah]
2. Kemusnahan negeri akibat serangan geroda menyebabkan keadaan negeri menjadi kelam- kabut. Pada pendapat anda, mengapakah boleh berlaku keadaan kelam-kabut tersebut? [3 markah]
3. Huraikan dua pengajaran daripada syair di atas. [4 markah]

Baca petikan prosa moden di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri
Setelah sekian lama, para sejarawan menemukan punca kehebatan nenek moyang bangsa peribumi di tanah ini pada abad silam adalah kerana tiga perkara. Pertama, agama anutannya yang berpaksikan akidah yang satu.
Kedua, bahasa ibunda yang menjadi wacana penghubung semua rakyat pelbagai keturunan dan golongan. Ketiga, ketaatan dan kepatuhan kepada raja yang memerintah dengan adil dan saksama. Saya cuba membandingkan antara sejarah silam dengan keadaan yang berlaku pada hari ini. Saya melihat betapa jauhnya jurang yang memisahkan antara dua peta waktu itu, baik daripada landskap politik, sosial masyarakat hinggalah acuan agama yang dianuti bangsa saya.
Setelah beberapa purnama tertangguh, akhirnya saya merasakan sekelumit ilmu mengisi dada saya sudah mampu membolehkan saya berjuang sebagai warga sebuah kota besar yang agung itu. Kepada bonda, saya sampaikan hasrat untuk membina kehidupan yang lebih sempuma di ibu kota. Tanah desa halaman ini tidak lagi dapat menjanjikan masa depan saya lebih menerus. Saya perlukan kerjaya yang terjamin dan ekonomi yang stabil untuk merancang kehidupan masa depan saya.
(Dipetik daripada cerpen ‘Munsyi’ oleh Husna Nazri, dalam antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul,
 (i) Nyatakan dua kehebatan nenek moyang bangsa peribumi ini yang ditemukan oleh sejarawan? [2 markah]
 (ii)Pada pendapat anda, selain berbekalkan ilmu pengetahuan, apakah persediaan-persediaan lain yang perlu dilakukan sebelum seseorang itu berhijrah ke tempat lain?                                                                                                [3 markah]
(iii)Huraikan satu latar masyarakat yang terdapat dalam petikan di atas dan satu latar masyarakat lain daripada cerpen tersebut yang tidak terdapat dalam petikan.                                                                                                              [4 markah]
PENGETAHUAN BAHASA
(a)Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah supaya jelas menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya.
i. baru - baharu ii. tempoh - tempuh iii. dekat - dekad [6 markah]

(b) Cerakinkan ayat majmuk di bawah ini kepada dua ayat tunggal. i. Pertandingan pidato itu akan diwakili oleh Jordan atau Jessica?
ii. Kita mestilah berhati-hati semasa memandu kenderaan di jalan raya pada musim hujan. iii. Negara Perancis menjuarai Bola Sepak Piala Dunia 2018 kerana memiliki pemain- pemain yang hebat. [6 markah] (

(c) Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan.
i. Kanak-kanak itu perlu menjalankan rawatan menggunakan anti-biotik untuk mengelakkan penyakitnya itu berlarutan.
ii. Kes mencuri motorsikal yang semakin menjadi-jadi di kawasan itu sudah dapat dibanteras oleh pihak polis.
iii. Selain mengambil makanan seimbang dan penglibatan dalam sukan, kita juga memerlukan multi vitamin untuk menjaga kesihatan badan kita. [6 markah]

(d) Dalam setiap ayat di bawah ini terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa.
i. Semasa bercakap dalam ceramah di kampung itu, ahli politik itu asyik memperkatakan tentang isu yang sudah tidak relevan lagi dengan masa kini.
ii. Sejak kebelangan ini, banyak kawasan di luar bandar yang berkembang cepat.
iii. Masalah ini kita harus tangani dengan segera agar majlis pengisytiharan program dapat berjalan lancar nanti.
IV. Peristiwa semasa berkhemah di Taman Negara itu meninggalkan ingatan manis yang sukar dilupakan olehku.
V. Kegiatan pemerdagangan orang telah mendapat prihatin dunia dan menjadi isu antarabangsa di masa ini.
VI.  Ayah mencantas semak samun di kebunnya pada tiap hujung minggu
VII. "Masyarakat berfikir" adalah asas penting bagi mencorakkan perubahan masyarakat maju pada zaman ke-21.
VIII. Minit mesyuarat itu ada dengan pengetua untuk ditatap oleh beliau sebelum dibentangkan dalam mesyuarat bulanan.
VIX. Ketua kampung akan membincangkan tentang masalah-masalah yang ditempuhi oleh anak mukimnya pada minggu depan.

(e) Berikan peribahasa yang sesuai berdasarkan situasi yang berikut.
Ketua kampung kesal akan sikap penduduk yang membisu semasa mesyuarat diadakan, tetapi mula bersuara apabila projek sudah dijalankan. Ada-ada sahaja yang tidak kena. Mereka bersikap umpama _____ (i)______. Mereka tidak sepatutnya mengemukakan pendapat dengan sesuka hati dan tidak mengeluarkan kata-kata yang dapat menyinggung perasaan orang lain. Hal ini demikian kerana ______ (ii)_____. Walau bagaimanapun sebagai ketua, beliau akan berusaha untuk menyelesaikan masalah anak buahnya bagai _______(iii)_____ supaya penyelesaian yang dibuat dapat memuaskan hati semua pihak. Jika setiap pihak ingin _______(iv)_______, maka masalah ini tidak dapat dirungkaikan. Orang tua-tua pernah berkata bahawa _____v_______, jadi selesaikan apa jua masalah secara bermuafakat dan berdamai.

NOVEL [15 MARKAH]
Jawab soalan-soalan di bawah ini berdasarkan novel-novel yang telah anda kaji.
1. Huraikan pendapat anda tentang bahagian peleraian bagi novel yang telah anda pelajari. [7 markah]
2. Bandingkan seorang watak wanita dalam kedua-dua buah novel yang telah anda pelajari. [8 markah]

KARANGAN
Projek-projek mega menyebabkan beratus-ratus ribu hektar tanah hutan di negara kita terpaksa digadaikan kepada pelabur asing. Huraikan kesan negatif yang dialami oleh rakyat Malaysia jika tanah hutan digondolkan oleh pelabur asing untuk tujuan pembangunan.
Intro
·        Di Semenanjung, kurang 40 peratus daripada muka bumi diliputi tanah hutan.
·        Sesuatu yang amat menyedihkan.
·        Contohnya Sabah dan Sarawak telah melanggar ketetapan Konvensyen Antarabangsa Rio yang berkehendakkan sekurang-kurangnya 50 peratus muka bumi sesebuah negara perlu dilitupi tanah hutan.
·        Jika langkah-langkah wajar tidak diambil, maka pelbagai impak akan timbul
·        Banyak kawasan tanah hutan yang telah digondol dan diratakan bagi tujuan pembalakan
·        pembukaan tanah bagi tujuan penanaman dan pembangunan.
Idea
Pemanasan global
·        Kawasan-kawasan hutan di negara semakin mengecil
·        Negara akan kurang menerima hujan
·        Kekurangan ‘catchment areas’ yang susut mendadak.
·        Negara akan kerap mengalami cuaca panas melampau dan berlaku peningkatan suhu.
·        Jika keadaan jerebu, cuaca menjadi hangat
·        Rentetan senario kehangatan cuaca, laut dan sungai menjadi panas dan menjejaskan akuatik
Habitat flora dan fauna terjejas
·        Jika ditelusuri, flora dan fauna di negara kita juga hilang habitat
·        Akibat kerakusan manusia memusnahkan tempat tinggal mereka.
·        Flora dan fauna ini merupakan khazanah negara yang sangat bernilai mengalami kepupusan
·        Satu kerugian yang amat besar kepada negara.
·        Kerana mengejar kemewahan dunia, habitat binatang liar akan pupus
·        Pelbagai spesies pokok bagi tujuan perubatan tradisional turut musnah
Kehilangan identiti Malaysia
·        Pemimpin kita menjual tanah pusaka rakyat kepada pelabur asing
·        Memberikan projek kepada pelabur asing untuk mengaut keuntungan peribadi,
·        Jika dijual secara kekal kita kehilangan jati diri
·        Pelabur asing membangunkan 'township' atau bandar baru
·        Kawasan Perindustrian seperti Forest City/MCKIP(Malaysia-China Kuantan Industrial Park)
·        Sama seperti penjualan Temasik kepada Penjajah British dahulu
·        Pembangunan bercorak Malaysia tidak akan wujud
Kedaulatan negara tercabar
·        Lama-kelamaan kawasan ini akan bertukar menjadi terasing dan terpisah dari 'kedaulatan'
·        Seolah-olah kita berasa berada di negara asing apabila berkunjung ke tempat itu.
·        Satu ketika nanti kita tidak lagi berasa jijik atau sensitif apabila melihat ramai pekerja asing akan dibawa masuk
·        Mereka akan mengamalkan budaya dan cara hidup mereka
·        Mereka akan melanggar atau mencabar undang-undang kita
·        Contoh di MCKIP pekerja dari negara China tinggal mengikut kawasan dan daerah negara asal mereka
·        Rakyat tempatan tidak dibenarkan masuk ke Tembok Besar China Kuantan

Kekurangan aktiviti pertanian
·        Aktiviti pertanian menjadi kurang
·        Tidak mempunyai tanah yang mencukupi
·        Rakyat terpaksa mengimport bahan makanan dari luar
·        Golongan yang tidak mampu mengalami kebuluran
·        Negara juga tidak dapat mengeksport komoditi pertanian seperti kelapa sawit dan getah
·        Menjejaskan pendapatan negara
Kesimpulan
·        Tanah hutan ini adalah khazanah negara yang amat berharga.
·        Bukan saja untuk kehidupan masa kini bahkan untuk generasi yang akan datang.
·        Tanah-tanah hutan telah mengecil dengan begitu drastik
·        Senario ini semestinya mendatangkan banyak implikasi.




No comments:

Post a Comment