Sunday, April 26, 2020

LATIHAN MASA CUTI PKP SIRI 5 TINGKATAN 2/3


LATIHAN MASA CUTI PKP SIRI 5 TINGKATAN 2/3
Gabungkan ayat-ayat tunggal di bawah supaya menjadi satu ayat majmuk.
(i) a- Nabila termenung di tepi jendela.
     b- Nabila teringatkan kisah silam.

(ii) a- Kejayaan kajian itu hasil usaha sama semua pihak.
      b- Kejayaan kajian itu hasil kegigihan semua pihak.

(iii) a- Ibu sedang memanaskan gulai kambing.
       b- Kakak membasuh pakaian kotor.

(iv) a- Syukran tidak pergi ke padang bola.
       b- Syukran menonton televisyen di rumah.

(v) a- Farah ingin membeli komputer riba baharu ?
     b- Farah ingin membeli telefon tangan baharu ?

(vi)a- Kerajaan telah memberi amaran tegas.
     b- Amaran itu diberi kepada pemilik kenderaan persendirian.
     c- Mereka dikehendaki memasang tali pinggang keselamatan ketiga.

Baca ayat-ayat berikut dan cari satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan imbuhan
(i)Walaupun negara Malaysia sudah puluh tahun mencapai kemerdekaan namun
semangat nasionalisma masih perlu dipupuk dalam kalangan rakyat.
(ii) Salah satu keunikan masyarakat di negara kita ialah kegunaan dailek yang pelbagai
berdasarkan faktor keturunan, tempat dan juga budaya.
(iii) Jawatan kuasa pertandingan pidato peringkat daerah telah menghadkan
penyertaan bagi pertandingan tersebut kepada murid-murid menengah atas
sahaja.
(iv)Syahril mudah mendapat pekerjaan di syarikat yang bernama itu kerana dia
boleh bertutur dalam dwi bahasa.
(v) Dia melemparkan perasaan was-was terhadap pegawai baharu itu jauh-jauh
setelah pegawai itu membuktikan kesungguhannya untuk membangun dan
memajukan syarikat.
(vi) Petani moden itu menghadkan penggunaan racun serangga perosak terhadap
tanam-tanamannya demi kelestarian alam semulajadi.

Baca ayat-ayat berikut dan betulkan kesalahannya
(i)Para hadirin yang berada di dalam dewan telah diminta untuk meninggalkan tempat
tersebut dengan segera oleh pihak bomba.
(ii) Pengetua Sekolah- Pengetua Sekolah disarankan menggunakan kaedah yang
sesuai bagi membaiki masalah disiplin di sekolah.
(iii) Setengah pelajar sukar untuk memasuki aktiviti kemasyarakatan kerana kekangan
masa.
(iv)Walaupun ada label halal yang dicap di pembalut coklat itu, dia tetap tidak
membelinya kerana berasa curiga.
(v) Saya sering menziarahi nenek kerana jauh antara rumah saya dan rumahnya kira-
kira 500 meter sahaja.
(vi) Rakyat jelata mematuhi titah perintah Sultan Abdul Fatah untuk mereka bersiap
siaga untuk menghadapi peperangan.

Baca setiap petikan di bawah dengan teliti, kemudian kemukakan satu peribahasa
berdasarkan setiap situasi tersebut.
(i) Negara Malaysia menjadi tumpuan pekerja-pekerja dari negara jiran untuk mencari
rezeki.
(ii) Izati suka mencari pengalaman hidup dengan berhijrah di merata-rata tempat namun
dia tetap berusaha menghormati adat istiadat tempat tersebut.
(iii) Sejak Syafiq dinaikkan pangkat menjadi mandur lagaknya mengalahkan ketua jabatan. (iv) Negara Malaysia menjadi tumpuan pekerja-pekerja dari negara jiran untuk mencari
rezeki.
(v) Izati suka mencari pengalaman hidup dengan berhijrah di merata-rata tempat namun
dia tetap berusaha menghormati adat istiadat tempat tersebut.
(vi) Sejak Syafiq dinaikkan pangkat menjadi mandur lagaknya mengalahkan ketua jabatan.
Setiap kali pulang ke kampung, Encik Johan akan melalui jalan yang berliku-liku
seperti ........................................... Walaupun dia sudah biasa melalui jalan itu,
namun ........................................... kerana pada suatu hari dia terbabas lalu terlanggar pembahagi jalan di selekoh yang amat tajam. Sejak itu, dia begitu berhati-
hati ketika melalui jalan itu kerana ............................................................

Bina satu ayat berdasarkan pola ayat dasar di bawah.
(i) FN + FK
(ii) FN + FA
(iii) FN + FS
(iv) FN + FN
(v) FN + FK
(vi) FN + FA
(vii) FN + FS
Karangan
Tuliskan sebuah karangan yang panjangnya tidak lebih 180 patah perkataan darihal tajuk berikut:
GEJALA SOSIAL DALAM KALANGAN REMAJA PADA HARI INI
Pendahuluan
Gejala sosial yang melibatkan golongan remaja bukan sahaja menimpa remaja kelas bawahan- membabitkan kelompok remaja kelas menengah dan atasan-gejala ini timbul kerana golongan remaja tidak mempunyai tempat mengadu - tidak diurus dengan saksama lagi bijaksana.
Isi-isi
1. ibu bapa tidak mempunyai kemahiran dalam mendidik anak-anak- tidak bijak menangani kesihatan mental dan emosi anak-anak muda- perlu  penguasaan terhadap perkembangan terkini- perlu dididik bahawa jiwa remaja kini tidak sama dengan mereka- Interaksi dengan anak-anak tidak lagi bersifat sehala.
2.Ibu bapa harus peka dan membantu remaja-perlu memahami perubahan fizikal -perlu dibantu apabila terdapat ledakan kebolehan intelektual- membina jati din sendiri-menjadikan emosi dan psikologi mereka mulai bebas- ibu bapa masih mengamalkan konsep melindungi dan bukannya tempat meluahkan masalah.
3.Guru di sekolah pula bukanlah sekadar pembimbing akademik- harus menjadi rakan kepada remaja-Guru menyelesaikan masalah remaja-menimbulkan minat belajar- jangan asyik memberi arahan sehala sahaja- pemberontakan jiwa perlu digahami guru-guru memberi kaunseling kepada pelajar yang bermasalah
4.Pihak berkuasa turut menyediakan ruang yang sesuai- sediakan kemudahan seperti litar lumba-program kemasyarakatan- anjurkan kem-kem membina sahsiah dan akhlak kepada remaja- Kementerian Belia dan Sukan bersama Kementerian Pelajaran mengorak langkah yang proaktif
Penutup
Sesungguhnya, pelbagai gejala negatif berleluasa dalam kalangan remaja hari ini. Oleh itu, semua pihak perlu bekerjasama membanteras fenomena ini agar tidak timbul masalah sosioekonomi yang lebih serius.

No comments:

Post a Comment