Tuesday, April 21, 2020

Karangan Terbaik Bahagian A Tingkatan 4/5


Gannesh T4

Berdasarkan gambar SAMPAH di bawah, tuliskan pendapat anda tentang kesan-kesan pembuangan sampah kepada negara dan masyarakat. Panjang karangan  tidak lebih 250 patah perkataan.


Antara kesan pembuangan sampah adalah seperti berikut:
1 .Penyakit kepada masyarakat 
2. Menjejaskan pemandangan 
3. Mengakibatkan bau yang tidak menyenangkan  
4. Merencatkan ekonomi negara  
5. Membebankan kerajaan 

   Sampah merupakan sisa – sisa seperti  sisa makanan , barangan yang rosak , kertas yang telah digunakan dan sebagainya. Sampah ini perlu dibuang di tong sampah dan di kawasan – kawasan tertentu. Pada zaman pascakemerdekaan[H1]  ini, kegiatan pembuangan sampah di merata- rata tempat semakin berleluasa . Hal ini berlaku apabila masyarakat tidak mempunyai ruang di rumah untuk membuang sampah atau malas membuang sampah di tong yang disediakan di luar rumah. Hal ini berlaku kerana masyarakat kini bersikap bagai katak di bawah tempurung [H2] kerana mereka tidak tahu kesan – kesan buruk yang akan mereka hadapi sekiranya mereka membuang sampah di merata-rata tempat. Persoalaanya, apakah kesan – kesan membuang sampah di merata – rata tempat ?

Antara kesan pembuangan sampah ialah dapat membawa penyakit kepada masyarakat. Longgokkan [H3] sampah di tepi jalan raya, di longkang serta di sungai akan menjadi tempat tinggal kepada vektor seperti tikus , lipas, lalat dan sebagainya. Vektor merupakan haiwan yang membawa patogen berbahaya seperti ‘Vibrio cholerea’  , ‘ Lectospira genus’ dan sebagainya. Patogen – patogen ini dapat membawa penyakit seperti ‘ Cholera ‘ dan juga ‘ Lectospirusis’ kepada manusia sekiranya mereka dijangkiti dan boleh membawa kematian sekiranya serius. Oleh itu, pembuangan sampah di merata- rata tempat dapat menjurus kepada pembawaan pelbagai penyakit kepada masyarakat.
  
Selain itu, pembuangan sampah dapat menjejaskan pemandangan. Hal ini berlaku apabila pembuangan sampah di kawasan – kawasan  yang cantik seperti sungai , taman rekreasi,tasik dan sebagainya menjejaskan pemandangan cantik di kawasan tersebut. Hal ini dikatakan demikian kerana longgokan sampah menghalang pengunjung untuk menikmati kecantikan kawasan – kawasan tersebut. Sebagai contoh, pembuangan sampah di kawasan peranginan akan menyebabkan pemandangan kawasan tersebut terjejas. Oleh itu, pembuangan sampah di merata- rata tempat dapaat menjejaskan pemandangan.
   
Di samping itu, pembuangan sampah dapat mengakibatkan bau yang tidak menyenangkan. Pembuangan sampah , terutamanya sisa – sisa makanan di merata – rata tempat akan mengeluarkan bau yang tidak menyenangkan . Longgokan sampah yang menjadi tempat tinggal haiwan juga dapat mengakibatkan bau yang tidak menyenangkan . Sebagai contoh, tikus yang tinggal di kawasan yang penuh dengan sampah akan kencing dan mengeluarkan najisnya di merata- rata tempat . Hal ini menyebabkan kawasan tersebut mempunyai bau yang memeningkan. Justeru itu, pembuangan sampah dapat mengakibatkan bau yang tidak menyenangkan.
  
Seterusnya, pembuangan sampah akan merencatkan ekonomi negara. Apabila negara kita penuh dengan longgokkan [H4] sampah di merata- rata tempat, pemandangan di kawasan-kawasan pelancongan juga terjejas. Hal ini menyebabkan jumlah pelacong yang datang ke negara kita akan semakin berkurangan. Hal[H5]  ini menyebabkan ekonomi negara semakin jatuh. Longgokkan sampah di sungai dan laut menyebabkan ikan – ikan di sungai dan laut mati. Hal ini mengurangkan rezeki para nelayan . Negara kita juga perlu membeli ikan dari luar negara dengan kos yang tinggi. Hal ini menyebabkan ekonomi negara kita terencat.
  
Kesimpulannya, pembuangan sampah di merata-rata tempat akan membawa pelbagai kesan yang buruk kepada masyarakat dan negara. Pihak – pihak berkuasa seperti kerajaan dan badan bukan kerajaan [H6] sewajarnya bekerjasama bagai aur dengan tebing memanifestasikan fikiran mereka untuk mencari lengkah[H7] -langkah kreatif bagi mengatasi masalah ini. Mereka perlu menasihati masyarakat kini untuk membuang sampah di tong sampah dan bukan di tepi jalan , sungai [H8] , dan di taman rekreasi. Dengan ini, negara kita akan menjadi lebih bersih dan masyarakat dapat hidup dalam keadaan yang sihat.



Terbaik. Kekalkan mutu penulisan anda.





 [H1]cantum


 [H2]better change to bagai mencurah air ke daun keladi because masyarakat masih memandang enteng akan seruan kerajaan supaya membuang sampah di tempat yang sepatutnya


 [H3]longgokan


 [H4]ejaan


 [H5]rentetan daripada fenomena ini ekonomi negara…………


 [H6]bada bukan kerajaan “bukan pihak berkuasa”


 [H7]ejaan


 [H8]di sungai

No comments:

Post a Comment