Thursday, April 23, 2020

JAWAPAN LATIHAN MASA CUTI PKP T2/3 SIRI 4



 (b) Tukar ayat aktif di bawah kepada ayat pasif tanpa mengubah maksud asalnya.

(i) Saya akan mengalihkan pasu bunga ke halaman rumah esok.
(ii) Pelancong dari luar negara mengagumi keunikan budaya rakyat Sabah
(iii) Landoi menyertai aktiviti gotong-royong membersihkan surau secara sukarela [ 6 markah]

(i) Pasu bunga akan saya alihkan ke halaman rumah esok.
(ii) Keunikan budaya rakyat Sabah dikagumi oleh pelancong dari luar negara
(iii) Aktiviti gotong-royong membersihkan surau secara sukarela telah disertai oleh Landoi. [ 6 markah]

(c kesalahan ejaan dan satu kesalahan dari segi imbuhan.

(i) Pertandingan deklamasi puisi sempena hari kebangsaan anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka telah dapat disertai daripada pelbagai kaum.
(ii) Perasaan curiga atau waswas merupakan masalah yang dialami oleh sesetengah orang sehingga menyukarkan seseorang itu menilai dan membuat keputusan terhadap sesuatu perkara.
(iii) Jabatan Imigresen memaklumkan bahawa terdapat pelbagai faktor yang dapat dikaitkan dengan senario peningkatan ketara dari segi kemasukan pekerja asing ke negara kita. [ 6 markah]

(d) kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa.

(i) Pelancong dari Jepun itu terpegun semasa melihat kemahiran orang buta itu menganyam bakul rotan dengan pantas.
(ii) Kerajaan seharusnya memberikan pelepasan cukai atas pembelian rumah mampu milik untuk meringankan bebanan rakyat yang berpendapatan rendah.
(iii)Kementerian Pendidikan mengingatkan pentadbiran sekolah bahawa mereka boleh dikenakan tindakan tatatertib sekiranya menyembunyikan kes disiplin yang berlaku di sekolah masing-masing.
[6 markah]

(e) Baca dialog di bawah ini dengan teliti, kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai bagi mengisi tempat kosong dalam dialog tersebut.

PakAli: Perasaan ingin mencuba sesuatu yang baharu memang sentiasa wujud dalam diri seseorang remaja. Walau bagaimanapun, akal dan fikiran yang rasional perlu diutamakan kerana  1. hendak seribu daya tak hendak seribu dalih.
Puan Salma: Betul kata ayah kamu. Golongan remaja tidak harus melakukan sesuatu perkara dengan terburu-buru. Mereka perlu 2. deras datang dalam kena apatah lagi jika sesuatu itu melibatkan masa hadapan mereka.
Nurul Erna: Baiklah,ibu. Baiklah,ayah. Saya akan sentiasa ingat akan pepatah masyarakat kita, iaitu 3. kerbau berpegang pada talinya, manusia berpegang pada janjinya . Saya berjanji akan melengkapkan diri saya dengan pelbagai ilmu pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya.

(f)kesalahan penggunaan ejaan dan imbuhan atau kesalahan penggunaan kata atau istilah atau bahasa.

1. Nadhir selalu menasihatkan[H1]  kawan-kawannya agar tabah dalam menghadapi cabaran hidup tetapi ketika musibah menimpa dirinya, dia tidak dapat menanggongnya[H2] .
2. Kebanyakan pelancung [H3] lebih gemar berkunjung ke pulau-pulau yang cantik di pesisiran [H4] pantai Malaysia.
3. Kerajaan menggalakkan orang ramai menyertai progrem [H5] kemasyarakatan supaya hubungan antara kaum dapat dipereratkan[H6] .
4. Orang awam tidak dibenarkan masuk ke pusat [H7] pembinaan projek itu di atas [H8] sebab-sebab keselamatan
5. Kejadian gempa bumi yang meranapkan baki [H9] sejarah di kota itu telah menggegarkan [H10] masyarakat dunia.
6. Kerajaan sudah melulus [H11] undang-undang yang membenarkan pegawai penguatkuasa [H12] menahan individu yang berkelakuan tidak bermoral.
7.Kenaikkan [H13] harga barang sentiasa dipantau oleh pihak berkuasa agar tidak membebankan gulungan [H14] berpendapatan rendah.
8.Ketua sendiket [H15] pemalsuan kad kredit telah diberkas oleh pihak polis dalam penyerbuan [H16] semalam.
9.Kanak-kanak itu bertepok [H17] tangan sebaik-baik sahaja persembahan nyanyian sempena disambut [H18] kemerdekaan tanah air selesai.
10.Selepas upacara peresmian [H19] dewan, pegawai daerah itu dibawa lawatan [H20] ke bilik seminar.
11.Pendidikan pra-sekolah [H21] dikenalkan [H22] kepada kanak-kanak dalam lingkungan usia 4 hingga 6 tahun bagi tujuan mendedahkan mereka pada persekitaran sosial.
  
(g) Nyatakan peribahasa yang sesuai

1.Ibu bapa selalunya menyayangi dan menjaga anak-anak mereka bagai menatang minyak yang penuh sehinggalah mereka dewasa.
2.Sikap Ng Khai Liang yang sukar menerima perubahan yang berlaku menyebabkan dia berfikiran tertutup seperti katak di bawah tempurung.
3. Pelajar yang malas dan bersikap seperti paku dengan penukul tidak mungkin dapat meraih kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan.
4.Masih ramai ibu bapa yang malas membaca tetapi mahu anak mereka rajin mengulang kaji pelajaran samalah seperti ketam mengajar anaknya berjalan lurus.
5.Setelah Berjaya melepaskan dirinya daripada digigit anjing liar, gadis itu terpaksa pula bergelut dengan seorang lelaki yang hendak meragut beg tangannya.sudah jatuh ditimpa tangga
6.Walaupun telah lama tinggal di luar negara namun akhirnya Rony pulang semula ke kampung halamannya kerana berasakan kampung halamannya lebih tenteram. Bagai gagak pulang ke benua
7. Apabila Encik Santos meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya dua tahun yang lalu, keluarganya menjadi kucar-kacir dan saling berbalah.bagai laying-layang putus tali

(h) isikan tempat kosong dengan istilah-istilah yang  menarik

1Memanifestasikan fikiran
2Menukilkan kata-kata
3Memberikan impak
4Rentetan senario itu
5Jika ditelusuri
6Penyalur ilmu
7Alaf baharu
8Mutakhir ini
9Seantero dunia
10Anjakan paradigm

Maksud istilah

Memanifestasikan fikiran= menjadikan fikiran itu nyata
Menukilkan kata-kata= mencetuskan atau memikirkan kata-kata baharu
Memberikan impak= membawa kesan
Rentetan senario itu= akibat daripada situasi tersebut
Jika ditelusuri= jika dikaji lebih mendalam
Penyalur ilmu-= penyampai ilmu atau penyebar pengetahuan
Alaf baharu= alaf maksudnya 1000 tahun ataupun milenium =boleh diertikan pada zaman baharu
Mutakhir ini= sejak akhir-akhir ini. =mutakhir maksudnya latest atau terkini
Seantero dunia=seluruh dunia
Anjakan paradigma=bentuk-bentuk perubahan

1.Rasuah di negara kita memberikan impak  kepada negara dan masyarakat
2.Pengarang itu begitu bijak menukilkan kata-kata yang puitis dalam penulisannya.
3.Karya-karya sastera berjaya memanifestasikan fikiran seseorang novelis.
4.Media sosial merupakan   penyalur ilmu kepada masyarakat kini
5.Jika ditelusuri  lebih mendalam dadah tidak membawa sebarang faedah kepada kita.
6.Rentetan senario itu   pelbagai kesan akan berlaku kepada kita
7.Tun Dr. Mahathir Mohamed memang terkenal di seantero dunia
8.Mutakhir ini ramai remaja tidak berfokus terhapa pelajaran, sebaliknya lebih terarah kepada dunia hiburan
9.Setiap seribu tahun dikenali satu alaf baharu
10.Tanpa  anjakan paradigma dari  segi pemikiran dan  tindakan, sukar bagi kita mencapai status negara maju






 [H1]menasihati


 [H2]menanggungnya


 [H3]pelancong


 [H4]persisiran


 [H5]program


 [H6]dipererat


 [H7]tapak


 [H8]atas


 [H9]tinggalan


 [H10]menggemparkan


 [H11]meluluskan


 [H12]penguat kuasa


 [H13]kenaikan


 [H14]golongan


 [H15]sindiket


 [H16]serbuan


 [H17]bertepuk


 [H18]sambutan


 [H19]perasmian


 [H20]melawat


 [H21]prasekolah


 [H22]diperkenalkan

No comments:

Post a Comment