Thursday, April 9, 2020

LATIHAN MASA CUTI PKP SIRI 2 T4/T5


LATIHAN MASA CUTI PKP SIRI 2

Jawab semua soalan

 (a)    Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah supaya jelas menunjukkan anda faham maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.

(i)                 lauk-pauk

(ii)               mandi-manda

(iii)             desas-desus

(iv)             lintang-pukang

(v)               gilang-gemilang

(vi)             turun-temurun

                                                                                                        [6 markah]

(b)        Cerakinkan ayat majmuk dalam perenggan di bawah kepada enam ayat tunggal tanpa mengubah maksudnya.

Golongan muda merupakan modal insan yang tidak ternilai kepada negara kerana mereka ialah pelapis untuk memimpin negara pada masa akan datang. Oleh itu, setiap golongan muda perlu melengkapkan diri masing-masing dengan ilmu    pengetahuan dan segala kemahiran agar mampu bersaing pada peringkat     antarabangsa. Selain itu, pembinaan sahsiah juga harus sentiasa dipupuk dalam  diri setiap golongan muda.

 [6 markah]

(c)                 Dalam setiap ayat di bawah, terdapat  satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan                penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi                 setiap ayat, anda tidak  boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

            (i)         Bantuan perlengkapan sekolah seperti beg dan unifom telah diserahkan       kepada anak-anak mangsa banjir itu.

            (ii)        Gadis manis yang berpakai baju berwarna merah dan berambut kerinting                             itu berasal dari pedalaman Sabah.

            (iii)       Ombak laut yang semakin mengila telah menyukarkan kami untuk                                       merialisasikan cita-cita sebagai rakyat pertama negara menyeberangi selat                            tersebut.

                               [6 markah]

 (d)       Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau       istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-           kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih        daripada satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan   tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

            (i)         Lukisan-lukisan yang cantik-cantik di galeri itu telah musnah dijulang api                           dalam kebakaran yang berlaku lewat malam tadi.

            (ii)        Dari masa ke semasa, pihak polis meronda di kawasan perumahan itu                                  kerana disangsi menjadi tempat persembunyian penculik.

            (iii)       Kakak telah menerima hadiah sebuah komputer riba dari ayah kerana                                  berjaya memperoleh keputusan yang tinggi dalam peperiksaan Sijil                           Pelajaran Malaysia.

                                                                                                                               [6 markah]

 (e)        Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian nyatakan tiga peribahasa yang                  sesuai dengan petikan tersebut.

“Bersabarlah Husna,” pujuk Syafika kepada rakan karibnya yang bukan sahaja emaknya dirawat di hospital pesakit jiwa, malah ayahnya juga ditahan di hospital kerana mengalami keracunan makanan.
“Sampai hati Mak Pah buat begini. Saya sudah berusaha sedaya upaya untuk menyelamatkan anaknya, tetapi dia bukan sahaja tidak menghargai pertolongan saya, malah menuduh saya pembunuh anaknya,” luah Husna dengan nada sedih.
“Jangan fikirkan sangat cakap Mak Pah itu. Perkara penting yang harus kamu utamakan sekarang ialah teruskan usaha kamu supaya cita-cita kamu tercapai,” nasihat Syafika.


Internet dan e-mel digunakan secara meluas oleh pelbagai pihak. Kedua-dua kemudahan ini membawa pelbagai implikasi kepada masyarakat. Bincangkan
Intro
·         Internet dan e-mel berada di lingkaran mayapada menghampirkan manusi sesama sendiri dan akhirnya menjadikan dunia bagaikan tiada sempadan
·         dalam era perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi yang begitu pesat, Internet merupakan saluran maklumat dan komunikasi yang digunakan secara meluas.
Idea 1
·         masyarakat berilmu dapat diwujudkan dengan adanya Internet.
·         melaluinya, ungkapan “katak di bawah tempurung” tidak timbul lagi.
·         pengguna komputer hanya perlu menggunakan hujung jari bagi menjengah maklumat terkini dalam semua bidang.
·         peristiwa yang berlaku di mana-mana sahaja dapat kita ikuti dengan serta-merta.
·         hal ini membolehkan kita membina satu masyarakat yang  berilmu.
Idea 2
·         Internet banyak membantu dunia perniagaan.
·         pengusaha dapat mengiklankan perkhidmatan atau barang dalam ruang siber dan mendapat pulangan daripadanya.
·         misalnya, kini RTM-Net mendapat 90,000 pelanggan manakala akhbar arus perdana seperti Utusan Malaysia Online memikat setengah juta pengguna.
·         melaluinya, pasaran global dapat dicapai secara terus.
Idea 3
·         e-mel pula berkesan dalam komunikasi pelbagai hala.
·         Kemajuan ini telah mendekatkan hubungan sesama negara dan manusia.
·         Penggunaan teknologi digital optik fiber menggantikan filem dan video.
·         Surat-menyurat dan maklumat dapat dihantar ke seluruh pelosok dunia dalam sekelip mata sahaja asalkan dapat sambungan Internet.
Idea 4
·         Internet boleh menyalurkan maklumat yang berunsur pornografi, propaganda, ajaran sesat, dan sebagainya melalui Internet.
·         adalah sukar bagi kita menghalang, menyaring, dan menyekat penggunaan dan pengaliran bahan negatif daripada meresapi minda kita
·         hal ini memang membimbangkan kita.
·         pemuda pemudi kita mungkin terdedah kepada nilai yang bercanggah dengan nilai murni kita.
Idea 5 
·         ketagihan Internet juga akan mengubah hidup dan peribadi seseorang.
·         orang yang dilanda “demam” Internet mungkin melupakan corak hidup yang perlu dilaksanakan.
·         mereka akan mengabaikan produktiviti kerja.
·         ibu bapa mengabaikan anak-anaknya. Manusia mungkin memencilkan diri semata-mata hendak menyelami maklumat dalam Internet yang tanpa batasannya.
·         amalan hidup berkelompok dan Internet merenggangkan hubungan sesama  manusia.
Kesimpulan
·         ledakan teknologi maklumat dan komunikasi banyak mengubah kehidupan manusa.
·         kemajuan ini membuka jendela kepada kemungkinan, kegilaan, dan malapetaka baru, bergantung pada cara-cara kita memanfaatkannya atau  menyalahgunakannya.
·         ibu bapa perlu mengawasi anak-anak mereka ketika mereka melayari Internet.

·         ketahanan diri itulah yang menjamin kita tidak diracuni unsur negatif melalui Internet. 



No comments:

Post a Comment