Sunday, April 19, 2020

LATIHAN MASA CUTI PKP T2/3 SIRI 4


LATIHAN MASA CUTI PKP T2/3 SIRI 4

Karangan

Huraikan punca dan langkah mengatasi rasuah yang menjadi duri dalam daging di negara ini.

Pendahuluan
ü  Rasuah merupakan suatu jenayah atau kesalahan undang-undang
ü  seseorang mendapat kebebasan , kontrak atau keistimewaan daripada pihak berkuasa atau sesebuah syarikat selepas memberi wang, hadiah keraian kepada pihak-pihak tersebut.
ü  terdapat banyak punca meyebabkannya dan langkah proaktif perlu diambil
ü  masalah rasuah perlu ditangani sejak menjadi nilai suapan yang kecil
ü  jika tidak sukar dibendung bagai tanduk diberkas

Punca / Faktor berlakunya rasuah
Sikap materialstik
ü  Keinginan hidup mewah yang melampaui kemampuan diri
ü  Sikap ingin kepada kekayaan supaya dipandang tinggi dan berbangga dengan kekayaan material
ü  Kekayaan harta benda dipandang tinggi dan hebat dalam masyarakat
ü  Bak kata pepatah ukur baju di badan sendiri

Kurang didikan agama /moral
ü  Kurang penghayatan ilmu agama / moral menyebabkan seseorang mudah terjebak dengan gejala sosial seperti rasuah
ü  Akhlak yang mulia dan terpuji kurang diamalkan oleh masyarakat
ü  Mereka kurang sedar tentang dosa dan pahala
ü  Mengambil kesempatan bak kata pepatah menangguk di air yang keruh

Langkah-langkah Pencegahan Rasuah
Penguatkuasaan undang-undang
ü  Melalui penguatkuasaan undang-undang pencegahan rasuah seperti  Akta SPRM 2009
ü  Bagai kelip-kelip terbang malam
ü  Denda lima kali nilai suapan atau RM 10 ribu atau mana-mana yang lebih tinggi
ü  Pemantauan oleh pihak SPRM di semua agensi kerajaan
ü  Setiap kakitangan hendaklah mengistiharkan harta kepada ketua jabatan mereka
ü  Jika tidak masakan bangkai gajah ditutup nyiru?

Kempen kesedaran
ü  Kempen-kempen kesedaran tentang tanggungjawab warga yang baik untuk tidak melakukan rasuah sama ada memberi atau menerima rasuah
ü  Kempen-kempen yang dijalankan oleh kerajaan melalui media massa terutamanya media elektronik tentang keburukan rasuah kepada diri, keluarga dan negara.
ü  Masyarakat perlu takut melakukannya kali kedua
ü  Bak pepatah pisang tidak berbuah dua kali
ü   
Kesimpulannya,
ü  semua pihak hendaklah berkerjasama dalam menangani kegiatan rasuah yang berlaku pada bila-bila masa dan tidak mengira tempat serta waktu.
ü  Penekanan kepada nilai-nilai murni harus diberi sejak kecil supaya mereka sedar tentang kesan-kesan negatif rasuah
ü  Melentur buluh biarlah dari rebungnya
 (b) Tukar ayat aktif di bawah kepada ayat pasif tanpa mengubah maksud asalnya.

(i) Saya akan mengalihkan pasu-pasu bunga itu ke halaman rumah esok.
(ii) Pelancong dari luar negara mengagumi keunikan budaya rakyat Sabah
(iii) Landoi menyertai aktiviti gotong-royong membersihkan surau secara sukarela [ 6 markah]

(c kesalahan ejaan dan satu kesalahan dari segi imbuhan.

(i) Pertandingan diklamasi puisi sempena hari kebangsaan anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka telah mendapat disertai daripada pelbagai kaum.
(ii) Perasaan curiga atau was-was merupakan masalah yang dialami oleh sesetengah orang sehingga menyukari seseorang itu menilai dan membuat keputusan terhadap sesuatu perkara.
(iii) Jabatan Imigresen memaklumkan bahawa terdapat pelbagai faktor yang dapat dikaitkan dengan sinareo peningkatan ketara dari segi kemasukkan pekerja asing ke negara kita. [ 6 markah]

(d) kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa.

(i) Pelancong daripada Jepun itu terpegun semasa melihat kemahiran orang buta itu menyulam bakul rotan dengan pantas.
(ii) Kerajaan seharusnya memberikan pembebasan cukai atas pembelian rumah mampu
milik demi untuk meringankan bebanan rakyat yang berpendapatan rendah.
(iii)Kementerian Pendidikan mengingatkan pentadbiran sekolah yang mereka boleh dikenakan tindakan tatatertib sekiranya menyimpan kes disiplin yang berlaku di sekolah masing-masing.
[6 markah]

(e) Baca dialog di bawah ini dengan teliti, kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai bagi
mengisi tempat kosong dalam dialog tersebut.

PakAli: Perasaan ingin mencuba sesuatu yang baharu memang sentiasa wujud dalam diri seseorang remaja. Walau bagaimanapun, akal dan fikiran yang rasional perlu diutamakan kerana ………………. (1)………………………………………..
Puan Salma: Betul kata ayah kamu. Golongan remaja tidak harus melakukan sesuatu perkara dengan terburu-buru. Mereka perlu …………..(ii)…………… apatah lagi jika sesuatu itu melibatkan masa hadapan mereka.
Nurul Erna: Baiklah,ibu. Baiklah,ayah. Saya akan sentiasa ingat akan pepatah masyarakat kita, iaitu, ………………(iii)………….. . Saya berjanji akan melengkapkan diri saya dengan pelbagai ilmu pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya.

(f)kesalahan penggunaan ejaan dan imbuhan atau kesalahan penggunaan kata atau istilah atau bahasa.

1. Nadhir selalu menasihatkan kawan-kawannya agar tabah dalam menghadapi cabaran hidup tetapi ketika musibah menimpa dirinya, dia tidak dapat menanggongnya.
2. Kebanyakan pelancung lebih gemar berkunjung ke pulau-pulau yang cantik di pesisiran pantai Malaysia.
3. Kerajaan menggalakkan orang ramai menyertai progrem kemasyarakatan supaya hubungan antara kaum dapat dipereratkan.
4. Orang awam tidak dibenarkan masuk ke pusat pembinaan projek itu di atas sebab-sebab keselamatan
5. Kejadian gempa bumi yang meranapkan baki sejarah di kota itu telah menggegarkan masyarakat dunia.
6. Kerajaan sudah melulus undang-undang yang membenarkan pegawai penguatkuasa menahan individu yang berkelakuan tidak bermoral.
7.Kenaikkan harga barang sentiasa dipantau oleh pihak berkuasa agar tidak membebankan gulungan berpendapatan rendah.
8.Ketua sendiket pemalsuan kad kredit telah diberkas oleh pihak polis dalam penyerbuan semalam.
9.Kanak-kanak itu bertepok tangan sebaik-baik sahaja persembahan nyanyian sempena
disambut kemerdekaan tanah air selesai.
10.Selepas upacara peresmian dewan, pegawai daerah itu dibawa lawatan ke bilik seminar.
11.Pendidikan pra-sekolah dikenalkan kepada kanak-kanak dalam lingkungan usia 4 hingga 6
tahun bagi tujuan mendedahkan mereka pada persekitaran sosial.

(g) Nyatakan peribahasa yang sesuai

1.ibu bapa selalunya menyayangi dan menjaga anak-anak mereka bagai menatang minyak yang penuh sehinggalah mereka dewasa.
2.Sikap Ng Khai Liang yang sukar menerima perubahan yang berlaku menyebabkan dia berfikiran tertutup seperti katak di bawah tempurung.
3. Pelajar yang malas dan bersikap seperti paku dengan penukul tidak mungkin dapat meraih kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan.
4.Masih ramai ibu bapa yang malas membaca tetapi mahu anak mereka rajin mengulang kaji pelajaran samalah seperti ketam mengajar anaknya berjalan lurus.
5.Setelah Berjaya melepaskan dirinya daripada digigit anjing liar, gadis itu terpaksa pula bergelut dengan seorang lelaki yang hendak meragut beg tangannya.
6.Walaupun telah lama tinggal di luar negara namun akhirnya Rony pulang semula ke kampung halamannya kerana berasakan kampung halamannya lebih tenteram.
7. Apabila Encik Santos meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya dua tahun yang lalu, keluarganya menjadi kucar-kacir dan saling berbalah.

(h) isikan tempat kosong dengan istilah-istilah yang  menarik
1Memanifestasikan fikiran
2Menukilkan kata-kata
3Memberikan impak
4Rentetan senario itu
5Jika ditelusuri
6Penyalur ilmu
7Alaf baharu
8Mutakhir ini
9Seantero dunia
10Anjakan paradigma

1.Rasuah di negara kita______________________________________kepada negara dan masyarakat
2.Pengarang itu begitu bijak _______________________________yang puitis dalam penulisannya.
3.Karya-karya sastera berjaya__________________________________seseorang novelis.
4.Media sosial merupakan _________________________________kepada masyarakat kini
5._______________________lebih mendalam dadah tidak membawa sebarang faedah kepada kita.
6._____________________________________pelbagai kesan akan berlaku kepada kita
7. Tun Dr. Mahathir Mohamed memang terkenal di _____________________________
8._____________________________________ramai remaja tidak berfokus terhapa pelajaran, sebaliknya lebih terarah kepada dunia hiburan
9.Setiap seribu tahun dikenali satu_______________________________________
10.Tanpa_____________________________________dari  segi pemikiran dan  tindakan, sukar bagi kita mencapai status negara maju


No comments:

Post a Comment