Thursday, April 30, 2020

JAWAPAN LATIHAN MASA CUTI PKP SIRI 5 TINGKATAN 2/3



Gabungkan ayat-ayat tunggal di bawah supaya menjadi satu ayat majmuk.
(i) Nabila termenung di tepi jendela sambil teringatkan kisah silam.
(ii)Kejayaan kajian itu hasil usaha sama dan kegigihan semua pihak.
(iii)Ibu sedang memanaskan gulai kambing sementara kakak membasuh pakaian kotor.
(iv) Syukran tidak pergi ke padang bola kerana menonton televisyen di rumah.
(v) Farah ingin membeli komputer riba baharu atau telefon bimbit baharu?
(vi)Kerajaan telah memberi amaran tegas kepada pemilik kenderaan persendirian agar mereka dikehendaki memasang tali pinggang keselamatan ketiga.

Baca ayat-ayat berikut dan cari satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan imbuhan
(i)Walaupun negara Malaysia sudah puluh[H1]  tahun mencapai kemerdekaan namun
semangat nasionalisma [H2] masih perlu dipupuk dalam kalangan rakyat.
(ii) Salah satu keunikan masyarakat di negara kita ialah kegunaan [H3] dailek [H4] yang pelbagai
berdasarkan faktor keturunan, tempat dan juga budaya.
(iii) Jawatan kuasa [H5] pertandingan pidato peringkat daerah telah menghadkan[H6] 
penyertaan bagi pertandingan tersebut kepada murid-murid menengah atas
sahaja.
(iv)Syahril mudah mendapat pekerjaan di syarikat yang bernama [H7] itu kerana dia
boleh bertutur dalam dwi bahasa.[H8] 
(v) Dia melemparkan perasaan was[H9] -was terhadap pegawai baharu itu jauh-jauh
setelah pegawai itu membuktikan kesungguhannya untuk membangun [H10] dan
memajukan syarikat.
(vi) Petani moden itu menghadkan [H11] penggunaan racun serangga perosak terhadap
tanam-tanamannya demi kelestarian alam semulajadi[H12] .

Baca ayat-ayat berikut dan betulkan kesalahannya
(i)Para hadirin [H13] yang berada di dalam dewan telah diminta untuk[H14]  meninggalkan tempat
tersebut dengan segera
(ii) Pengetua Sekolah- Pengetua Sekolah [H15] disarankan menggunakan kaedah yang
sesuai bagi membaiki [H16] masalah disiplin di sekolah.
(iii) Setengah [H17] pelajar sukar untuk memasuki [H18] aktiviti kemasyarakatan kerana kekangan
masa.
(iv)Walaupun ada label halal yang dicap [H19] di [H20] pembalut coklat itu, dia tetap tidak
membelinya kerana berasa curiga.
(v) Saya sering menziarahi nenek kerana jauh [H21] antara rumah saya dan [H22] rumahnya kira-
kira 500 meter sahaja.
(vi) Rakyat jelata mematuhi [H23] titah perintah Sultan Abdul Fatah untuk [H24] mereka bersiap
siaga untuk menghadapi peperangan.

Baca setiap petikan di bawah dengan teliti, kemudian kemukakan satu peribahasa
berdasarkan setiap situasi tersebut.
(i) Negara Malaysia menjadi tumpuan pekerja-pekerja dari negara jiran untuk mencari
(ii) Izati suka mencari pengalaman hidup dengan berhijrah di merata-rata tempat namun
dia tetap berusaha menghormati adat istiadat tempat tersebut[H26] .
(iii) Sejak Syafiq dinaikkan pangkat menjadi mandur lagaknya mengalahkan ketua jabatan[H27] .
(iv)Setiap kali pulang ke kampung, Encik Johan akan melalui jalan yang berliku-liku
seperti[H28]  ........................................... Walaupun dia sudah biasa melalui jalan itu[H29] ,
 ........................................... kerana pada suatu hari dia terbabas lalu terlanggar pembahagi jalan di selekoh yang amat tajam. Sejak itu, dia begitu berhati-
hati ketika melalui jalan itu kerana[H30]  ............................................................

Bina satu ayat berdasarkan pola ayat dasar di bawah.
(i) FN + FK; Ali berjalan ke sekolah
(ii) FN + FA: Malaysia sedang maju
(iii) FN + FS: Bapa dari Ipoh
(iv) FN + FN:  Ibu saya seorang jururawat di Hospital Permai






 [H1]Berpuluh-puluh/puluhan


 [H2]nasionalisme


 [H3]penggunaan


 [H4]dialek


 [H5]Jawatankuasa


 [H6]mengehadkan


 [H7]ternama


 [H8]dwibahasa.


 [H9]waswas


 [H10]membangunkan


 [H11]mengehadkan


 [H12]semula jadi


 [H13]peserta


 [H14]oleh pihak bomba.


 [H15]Pengetua-pengetua sekolah


 [H16]mengatasi


 [H17]sesetengah


 [H18]menyertai


 [H19]dicetak


 [H20]pada


 [H21]jarak


 [H22]dengan


 [H23]menurut


 [H24]agar


 [H25]ada gula ada semut


 [H26]di mana bumi dipijak di situ langit  dijunjung


 [H27]bagai kaduk naik junjung


 [H28]ular kena palu


 [H29]alah bisa tegal biasa


 [H30]ingat sebelum kena jimat sebelum habis

No comments:

Post a Comment