Friday, June 25, 2021

Karangan jenis pendapat

Tulliskan pendapat anda berdasarkan 3 gambar berikut

Pandemik Covid-19 mendatangkan pelbagai kesulitan kepada umat manusia di dunia ini. Rakyat Malaysia tidak terkecuali daripada ditimpa musibah oleh pandemik ini.  Saban hari sama ada media perdana mahupun media sosial sering memaparkan pelbagai isu yang kontroversial berkaitan Covid-19 ini.

Antara terbaharu ialah seorang ibu terpaksa menagih simpati orang ramai untuk mendaptakan bantuan  kewangan agar anak-anak kecilnya mendapat sesuap nasi. Dalam hantaran Whatsapp yang dikirimkan kepada umum, ibu tersebut meminta orang ramai memberikan sebarang sumbangan kepada keluarganya agar keluarganya dapat  menjalani kelangsungan hidup. Berita yang tersiar itu menyayat hati pembaca kerana ibu itu terpaksa memberikan anak kecilnya air bergula. Bagaimanapun anak kecilnya tidak dapat menerima minuman itu dan akhirnya anak tersebut bermuntah dan bercirit-birit.

Selain itu terdapat satu lagi kes yang melibatkan pandemik ini, iaitu seorang pemuda sanggup menyelongkar dan menggeledah sebuah mesin ATM di Pulau Pinang untuk mencuri wang. Setelah disiasat, dia mengaku dia dibuang kerja dan dia tidak berwang untuk menjalani rutin hidupnya. Kita tidak pasti sama ada dia mempunyai niat untuk mencuri ataupun biarkan dirinya ditahan polis. Jika ditahan polis, sudah pasti dia akan mendapat makanan untuk beberapa hari sehingga dia didakwa di mahkamah.

Kes yang terakhir terpampang dalam Facebook ialah seorang lelaki telah membunuh diri dengan terjun dari tingkat sepuluh sebuah bangunan di Kuala Lumpur. Video ini cukup mengerikan, tetapi orang ramai diminta jangan menularkannya dalam media sosial kerana kita harus menghormati arwah. Kita difahamakan punca membunuh diri ialah kehilangan perniagaannya lantaran kecelaruan ekonomi pada masa ini.  Akibat muflis, arwah mengalami kemurungan , menghadapi tekanan dan akhir sekali melucutkan nyawanya sendiri

Sudah terang lagi bersuluh bahawa ketiga-tiga kes tersebut dipertalikan dengan keadaan semasa ekonomi negara. Peningkatan kes-kes bunuh diri perlu diberi perhatian yang serius oleh Jabatan Kesihatan negeri. Jabatan Kebajikan Masyarakat pula hendaklah turun ke padang untuk membuat tinjauan terhadap keluarga-keluarga yang tertekan akibat kecelaruan sosial dan ekonomi .







ulasan

 

ULASAN

Bilangan isi tidak ditetapkan tetapi sesuai dengan kepanjangan

Wajib ada isi tersurat dan isi tersirat. Tanpa salah satunya markah maksimum 8 sahaja

Salin bulat-bulat , markahnya 5 sahaja

Tiada arahan khusus untuk ditulis dalam 1,2,3 atau… perenggan

Lebih mudah jika ditulis dalam satu perenggan sahaja

 

Baca petikan berikut dan tuliskan ulasan yang panjangnya tidak lebih 100 patah perkataan

Pelajar-pelajar disajikan pelbagai kaedah untuk mengulang kaji pelajaran mereka. Kesemua cara konvensional pun sudah memadai untuk menelaah pelajaran. Tidak perlu menggunakan kaedah moden seperti teknologi ,peranti moden dan sebagainya.Pelajar hendaklah membaca  nota secara fokus dan pantas. Di samping itu mereka hendaklah mencatat serta meningati  hanya isi-isi penting yang terdapat dalam sesuatu bacaan. Membuat latihan pengukuhan juga merupakan satu lagi cara. Justeru ada yang menganalisis kekerapan  soalan tahun-tahun lepas daripada kertas soalan lepas. Tanpa mengulang kaji pelajaran sudah pasti pelajar tidak akan berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan mereka.

Pemahaman Cerpen Umum

 Baca petikan cerpen umum berikut dan jawab soalan-soalan berikutnya

Halim, seorang remaja yang baru berusia 15 tahun, bekerja sebagai pencuci kereta untuk ketua sindiket haram, iaitu Abang Joe. Kesemua wang hasil kerjanya diserahkan kepada lelaki itu. Abang Joe memeras tenaga remaja yang tidak berumah atau yang lari dari rumah. Dia mengugut mereka supaya melakukan kerja-kerja haram seperti mencuci kereta dan menjaga petak letak kereta.

Halim dan rakan-rakan yang senasib dengannya ditempatkan di sebuah pondok usang. Di situlah mereka menghabiskan masa pada waktu malam. Halim merebahkan badannya yang lesu akibat melakukan kerja paksaan. Halim bermimpi bahawa dia bertemu dengan ibunya. Dalam mimpi itu, ibu Halim memberitahu Halim bahawa ayahnya amat marah atas tindakan Halim lari dari rumah. Halim menjerit-jerit. Saleh mengejutkan Halim. Saleh berkongsi kisah hidupnya dengan Halim. Saleh terpaksa berhenti sekolah kerana keluarganya hidup susah dan ayahnya tidak mampu menanggung belanja persekolahannya. Saleh ke bandar dengan niat untuk mencari pekerjaan bagi membela nasib mereka sekeluarga. Malangnya, Saleh menjadi mangsa Abang Joe. Saleh pernah diugut dan dipukul kerana cuba melarikan diri. Halim bersimpati akan nasib yang menimpa Saleh.

Seterusnya, Halim berkenalan dengan seorang pemuda yang bernama Fariz. Fariz bertanyakan latar belakang Halim. Bagi Fariz, remaja seperti Halim sepatutnya masih bersekolah. Halim tidak berani berterus terang kepada Fariz tentang keadaan dirinya. Hal ini demikian kerana Halim bimbang kalau-kalau Fariz merupakan orang bawahan Abang Joe. Oleh sebab itu, Halim telah berbohong kepada Fariz. Halim memberitahu Fariz bahawa dia tidak mampu ke sekolah kerana dia orang susah dan terpaksa bekerja untuk membantu ayahnya yang kurang upaya.

 1.Mengapakah Halim tidak berani berterus terang kepada Fariz tentang keadaan dirinya? Halim bimbang kalau-kalau Fariz merupakan orang bawahan Abang Joe

2.Siapakah penghuni pondok usang ? Saleh, Halim dan rakan-rakan yang senasib dengan mereka.

3. Nyatakan perwatakan Abang Joe mengikut petikan di atas tidak berperikemanusiaan, tidak bersimpati terhadap anak buahnya, garang/panas baran  dan tidak penyayang

 4. Mengapakah Saleh terpaksa berhenti sekolah dan ke bandar?

Saleh terpaksa berhenti sekolah dan ke bandar kerana keluarganya hidup susah dan ayahnya tidak mampu menanggung belanja persekolahannya. Oleh itu Saleh ke bandar dengan niat untuk mencari pekerjaan bagi membela nasib keluarganya

 5. Pada pendapat anda siapakah agaknya Fariz dalam cerpen ini?

Pada pendapat saya Fariz dalam cerpen ini ialah seorang polis yang menyamar . Saya berpendapat demikiana kerana Faris ingin tahu latar belakang keluarga Halim.

Emile Durkheim

 Dalam keadaan pandemik sekarang, banyak dicatatkan kes bunuh diri.Émile Durkheim, seorang sosiologis Perancis pernah mengatakan bahawa kadar bunuh diri meningkat bukan sahaja disebabkan oleh penyakit gila (mental) seseorang tetapi juga disebabkan oleh sosial dan persekitaran yang celaru iaitu kecelaruan nilai dan norma hidup. Covid-19 menjangkiti sebahagian kita dari semasa ke semasa. Kerajaan dan institusi-institusi berkepentingan hendaklah memastikan rakyat terus mendapat pembelaan dari segi keperluan hakiki. Kita tidak mahu lagi kematian. Semua pihak sewajarnya memenuhi tuntutan kelangsungan hidup rakyat kita. 


Wednesday, June 23, 2021

Brisk walk

Today morning and evening  went for brisk walk from my neighbourhood to DO foothill  through Kampung Bukit Kecil road. Feeling refreshed and rejuvenated. I hope it will improve my health and balance.

Novel STP 1982

SALAH ASUHAN merupakan sebuah novel Indonesia karya Abdoel Moeis. Kehidupan rumah tangga Hanafi-Corrie tidak berjalan mulus atau tidak tenteram dan ikhlas.  Corrie pergi ke Semarang dan meninggal kerana kolera di sana  sementara Hanafi pula sangat menyesal atas perbuatannya pulang ke Solok lalu meninggal dalam penyesalan. SITI NURBAYA pula adalah sebuah novel Indonesia karya Marah Roesli. Nurbaya dipaksa berkahwin dengan Datuk Meringgih yang kaya dan abusif.

Realitinya, pembacaan novel-novel seumpama ini sewaktu mengambil kesusasteraan di peringkat STP tahun 1982, memberi banyak iktibar. Antaranya kita hendaklah berhati-hati dalam memilih jodoh kita. Jodoh kita ini bukan sahaja gerangan yang kita cintai, malah percintaan kita perlu direstui oleh orang tua kita. Jika tiada persefahaman antara kekasih dan kemudian suami isteri, nescaya rumah tangga tidak akan tenteram dan aman. Hal ini jelas dirakamkan dalam novel SALAH ASUHAN.  Ketidakadilan gender dan feminisme konvensional digambarkan dalam novel SITI NURBAYA. Wanita perlu mempunyai pendidikan supaya  mereka dapat memilih pasangan mereka dan menentukan kehidupan mereka sendiri. Hanya melalui pendidikanlah, mereka dapat meningkatkan status quo mereka dalam masyarakat. Pada zaman pascapenjajahan di negara kita, ramai wanita diperisterikan dengan lelaki tua hanya semata-mata untuk melangsaikan hutang ibu bapa wanita tersebut. Fenomena ini dicerminkan dalam novel SITI NURBAYA. Kedua-dua novel ini memang tidak dapat saya lupakan.Saya cuma membaca sinopsis untuk STP, tetapi setelah ditawarkan kursus Pengajian Melayu di UM, saya terus ke Pustaka Antara di KL untuk membeli kedua-dua naskhah ini dan membacanya sebanyak dua atau tiga kali. Sepertimana saya pernah memberitahu kalian, sekotak buku saya telah kecurian di asrama, termasuk kedua-dua khazanah ini

Tuesday, June 22, 2021

MORFOLOGI

SISTEM APLIKASI BAHASA

MORFOLOGI

Baca petikan berikut dan kesani  3 kata kerja berimbuhan apitan dan 3 frasa nama, Kemudian bina ayat menggunakan kata-kata tersebut.

Dalam peruntukan tambahan yang diumumkan di dewan rakyat baru-baru ini, kerajaan berhasrat untuk  memperluas jalan-jalan raya di negara ini. Malah terdapat banyak kemudahan asas yang pincang sepanjang jalan raya. Jadi kerajaan juga ingin  memperelok kualiti kemudahan asas ini supaya dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh orang awam. Bagaimanapun masih terdapat beberapa orang ahli pembangkang  memperkecil usaha kerajaan kita ini. Mereka sepatutnya memberi sinergi kepada kerajaan bukan sekadar hentam kremo kerajaan sahaja.

IMBUHAN 4 AWALAN ber me  pe  ter  AKHIRAN  an  i  kan APITAN  diper   memper  keter

Frasa nama ialah gabungan kata nama dan penerang buku teks kedai makan destinasi pelancongan

KATA KERJA BERIMBUHAN APITAN

1.Memperluas= Bapa saya bercadang untuk memperluas ruang tamu.

2.Memperelok=Pelajar itu cuba memperelok tulisannya supaya lebih kemas dan mudah dibaca.

3.Memperkecil=Pelajar-pelajar hari ini memperkecil usaha guru mereka.

 FRASA NAMA

1.peruntukan tambahan= Kerajaan mengumumkan peruntukan tambahan untuk membendung pandemik Covid-19.

2.dewan rakyat= Yang di-Pertuan Agong menitahkan agar dewan rakyat bersidang  dengan segera.

3.kemudahan asas= Beberapa orang pemuda yang nakal merosakkan  kemudahan asas  yang disediakan oleh kerajaan tempatan.

4.orang awam=PM mengingatkan orang awam supaya mematuhi penjarakan fizikal di tempat-tempat awam. 

PENYUNTINGAN

PENYUNTINGAN

Baca Bahan 1, cari dan betulkan 11 kesalahan dan 10 kesalahan dalam Bahan 2

BAHAN 1

Sukan memainkan peranan yang terpenting sekali untuk kesehatan badan dan kecergasan otak. Sebelum orang ingat  akan kepentingan sukan kepada status individu dan ekonomi negara, peranan sukan sebagai ejen kesihatan badan tubuh sudah dikenalpasti. Untuk mendapat badan yang sihat mestilah rajin melibatkan diri dalam sukan, sama ada sukan berat atau ringan. Dengan bersukan, kita bukan sahaja akan merasa sihat dan segar, tetapi juga terhindar daripada pelbagai penyakit-penyakit yang merbahaya seperti penyakit jantung dan kenser. Kita tidak perlu melibatkan diri secara professional, cukup sekadar bersenam tiga kali seminggu dengan tiap sesi 10 minit.

1.terpenting 2.kesihatan 3.kecerdasan  4. agen 5. dikenal pasti 6.mendapatkan 7.berasa  8.penyakit  9.berbahaya   10.kanser   11.profesional  12.setiap

BAHAN 2

Ubat-perubatan moden masa kini terdiri daripada lebih 30 peratus bahan yang berasal dari tumbuhan. Dianggarkan sumber baru ubat-ubatan pada masa hadapan akan banyak bergantung kepada hasil pertemuan kajian yang dilakukan terhadap bahan tumbuhan yang digunakan di dalam perubatan tradisional. Malah, tidak hairanlah jika sekiranya mendapat berita pengaji  Jepun telah mendakwa yang mereka menemui bakal ubat AIDS yang berasal daripada tumbuhan iaitu kangkung liar.Kangkung liar ini banyak terdapat di Indonesia dan Malaysia yang dikenali dengan nama saintifiknya Merimia Mammosa.

BAHAN 2

1.ubat-uabatan  2.daripada 3. diandaikan  4. baharu  5. penemuan  6.dalam   7.jika  8.pengkaji  9.bahawa   10.menemukan  11.di Malaysia 

SOALAN PEMAHAMAN DRP RUMUSAN

 SOALAN PEMAHAMAN

1.Berdasarkan Bahan 1, apakah maksud suaka

= exile mendapat perlindungan di negara lain

 dan ekosistem?=persekitaran

2.Berdasarkan Bahan 1, apakah punca berlakunya masalah pelarian? peperangan, politik, suaka dan bencana alam.

3.Berdasarkan Bahan 2 , apakah bentuk campur tangan UNHCR dalam urusan pelarian ini?

-mereka berani menyuarakan ketidakpuasan di pusat-pusat pelarian.

-mereka tidak mahu penguat kuasa Malaysia hadir bersama apabila memproses kad pelaraian

4.Berdasarkan Bahan 1 , mengapakah rakyat kita bersikap marah terhadap isu pelaraian ini?

-kerana kerajaan tidak serius dan tidak tegas, tidak berkesan dan tidak efektif dalam menangani isu pelarian. Selain itu kerajaan kita masih  berlembut-lembut dalam hal ini.

5.Berdasarkan Bahan 1dan 2, apakah persoalan yang sama dibincangkan?

-ialah pelarian menimbulkan pelbagai masalah kepada kerajaan, jadi mereka hendaklah dihantar pulang ke negara asal mereka

6.Pada pendapat anda mengapakah negara dunia ketiga lain enggan menerima pelarian-pelarian ini?

-kerana mereka tidak sanggup membiayai kos kehidupan mereka-mereka bimbang akan keselamatan negara mereka –mereka menghadapi masalah logistik iaitu masalah penempatan

Rumusan

 Baca kedua-dua bahan berikut dan tuliskan satu rumusan yang panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan

BAHAN 1:

fokus 1 : 6 langkah

fokus 2: 2 kesan

Masalah pelarian di Malaysia semakin menjadi-jadi belakangan ini. Pelarian ke negara kita disebabkan oleh faktor-faktor  peperangan, politik, suaka dan bencana alam. Jika negara kita tidak mengekang masalah ini, besar kemungkinan masalah ini akan mengundang risiko yang lebih besar kepada keselamatan dan ekosistem =persekitaran politik kita.

Kerajaan harus peka dan sedar dengan perubahan rakyat Malaysia yang sudah melonjak kemarahan mereka. Kemarahan rakyat adalah api dalam sekam yang akan mengundang padah. Kerajaan wajar serius dan menangani isu pelarian dengan lebih tegas, berkesan dan efektif. Masa berlembut-lembut sudah berlalu.

Selain itu, kerajaan harus mengarahkan penutupan Pejabat UNHCR di Malaysia. Mereka mengeluarkan kad UNHCR daripada memfokus dan memastikan penempatan pelarian di negara ketiga. UNHCR juga mula berani menyatakan secara terbuka ketidakpuasan tidak dibenarkan meninjau pusat tahanan pendatang asing tanpa izin dan pelarian.

Di samping itu, Malaysia harus memaklumkan kepada UNHCR bahawa mereka tiada kuasa untuk mengeluarkan kad UNHCR dan semua kad tersebut tidak lagi diiktiraf dan terbatal. Jika perlu, sebagai negara berdaulat, adalah hak Malaysia untuk mengeluarkan apa-apa kad dan bukan hak mana-mana organisasi luar.

Sementelahan, kerajaan wajar mengumpulkan dan menempatkan semua pelarian dengan pengasingan lelaki dan perempuan serta kanak-kanak dalam pusat-pusat tahanan dan pada masa sama mencari sebuah pulau sebagai penempatan sementara.

Bukan itu sahaja, kerajaan kita perlu meminda undang-undang sedia ada dan menggubal undang-undang baharu dengan meningkatkan hukuman terhadap tuan punya premis yang tanpa izin dan kebenaran pihak berkuasa menyewakannya kepada pelarian dan juga kepada majikan yang menggajikan atau mengambil pelarian sebagai pekerja.

Yang lebih penting ialah kerajaan perlu menubuhkan sebuah agensi yang khusus untuk menyediakan sebuah pangkalan data yang terperinci dan komprehensif mengenai pelarian yang berada di Malaysia.

Sekiranya Malaysia masih mengambil pendekatan sambalewa dan bersikap bagai melepaskan batuk di tangga terhadap isu ini, maka pelarian ini akan mengundang padah kemudian hari.

BAHAN 2:

fokus 1: 2 kekangan/halangan

fokus 2: 1 langkah

Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian (UNHCR) bertujuan untuk melindungi pelarian, menghantar pulang, dan menempatkan semula di negara ketiga. Sejarah UNHCR di Malaysia telah bermula susulan Perang Vietnam pada tahun1975. Malaysia telah membenarkan UNHCR membuka pejabat sejak 46 tahun UNHCR di Malaysia. Jadi kini sudah sampai masanya bagi Malaysia mengkaji semula kedudukan UNHCR ataupun menutup sahaja pejabatnya di Malaysia.

Mengikut statistik Januari 2021 seramai 178,710 orang pelarian berdaftar berada di Malaysia. Daripada jumlah itu pelarian Rohingya yang paling ramai iaitu seramai102,350 orang . Daripada 56,000  orang pada tahun 2017 meningkat  kepada 101,584 orang pada tahun 2020.

Sepatutnya UNHCR menempatkan pelarian ke negara ketiga yang lain seperti Vietnam, Singapura dan sebagainya. Kad UNHCR yang ditawarkan kepada mereka setaraf Kad Pemastautin Tetap (MyPR). Setelah menerima kad, pihak UNHCR mengatakan Kad UNHCR tidak akan ditarik balik. Jadi negara kita buntu untuk mengatasi masalah ini. Lagi pun ketika UNHCR memproses kad tersebut, mereka tidak mahu penguat kuasa Malaysia hadir bersama. Oleh hal yang sedemikian, kerajaan kita tidak tahu jumlah sebenar pemegang kad UNHCR.

Malah campur tangan UNHCR dalam urusan dalaman negara kita semakin menjadi-jadi. Mereka berani menyuarakan ketidakpuasan di pusat-pusat pelarian. Sebenarnya Malaysia tidak mempunyai apa-apa tanggungjawab terhadap  pelarian tersebut.

Jadi sudah sampai masanya bagi kita  bersikap tegas dengan UNHCR. Kita hendaklah mendesak kerajaan kita supaya menutup pejabat UNHCR dan minta mereka keluar sahaja dari negara kita ke negara dunia ketiga lain. Selama 46 tahun pelarian tinggal di negara kita secara percuma dan segala kos pembiayaan ditanggung oleh wang kita. Kita mestilah mencontohi Singapura yang enggan menerima pelarian di negara mereka.

Semuanya 8 isi iaitu : Bahan 1 ambil  4 langkah dan  2 kesan       Bahan 2 ambil 1 kekangan  dan 1 langkah

Petikan merumuskan langkah, kesan dan kekangan masalah pelaraian di negara kita

Kesimpulannya, negara-negara dunia ketiga yang lain hendaklah menerima pelarian agar beban Malaysia dapat diringankan

Saturday, June 19, 2021

LISAN 1

TAJUK-TAJUK POPULAR LISAN

Remaja / Diri sendiri

1. disiplin pelajar= 1. Punca kurangnya disiplin=rakan sebaya=2. keruntuhan  ins keluarga =3. didikan yang tidak sempurna =agama

 Kesan jika pelajar tidak berdisiplin=1.imej pelajar terjejas/tercalar-dipandang enteng=mereka tiada jati diri=2.prestasi akademik merosot=hilang fokus/terganggu/ponteng kelas/tertinggal dalam pelajaran3.keruntuhan akhlak=perlakuan, pemikiran negatif/persepsi dan perasaan =marah, protes, ganas dsb

 Langkah utk atasi mas disp dlm klg pelajar=1.bijak memilih kawan=ambil yang jernih buang yang keruh=kawan yang suka belajar/berdisiplin=2.pelajar hendaklah bijak mengurus masa=kaunselor mengadakan sesi kaunseling

3.Sekolah perketat peraturan sekolah=mengenakan hukuman yang lebih berat mengikut panduan disiplin KPM=semua guru adalah guru disipin maka mereka hendaklah memantau pel berdis dari semasa ke semasa=pelajar akan berwaswas dan berhati-hati

 2.Remaja Lari dari Rumah =punca percintaan=percintaan mereka tidak direstui oleh ibu bapa.=melakukan sesuatu jenayah=menghadapi masalah keluarga=keluarga yang porak peranda=perceraian ibu bapa=mengalami masalah kesihatan mental=seperti kemurungan kerana tekanan kerja atau tekanan ibu bapa


KERJA KURSUS PA TINGKATAN ENAM

TIADA KEJELASAN, KEPADUAN DAN KESATUAN DALAM KAJIAN KERJA KURSUS PELAJAR TINGKATAN ENAM

Saya cuma bincangkan bahagian DAPATAN KAJIAN sahaja.

Berikut ialah komen saya:

1.Pelajar dinasihatkan buat temubual dan YA atau TIDAK kerana ini dapat membantu pelajar menulis alasan/sebab dalam perenggan dapatan kajian.

2. Kejanggalannya ialah dalam soal selidik SETUJU terlalu tinggi peratusnya tetapi keputusan setelah EKSPERIMEN pula menunjukkan penurunan. Sepatutnya meningkat kerana banyak responden nyatakan jawapan yang positif dalam soal selidik

3. Perenggan-perenggan dalam dapatan kajian tidak seimbang. Ada yang 5 baris dan ada yang berbelas-belas baris.

4. Jangan longgokkan sebab/alasan/pandangan tokoh/pakar dalam sesuatu perenggan.

5. Sepatutnya semua perenggan dapatan kajian perlu dibincangkan   sebab/alasan/pandangan tokoh/pakar.

6.Dalam KK tingkatan enam, tiada satu bab yang asing untuk SOROTAN KAJIAN. Pelajar dikehendaki gabungnya dalam perenggan PENGENALAN. Jadi sebab/alasan/pandangan tokoh/pakar yang dibincangkan dalam PENGENALAN hendaklah diguna pakai sebagai bahan sokongan apabila pelajar membincangkan statistik dalam dapatan kajian.

7. Nama penulis/pakar/tokoh boleh berulang-ulang dalam perenggan dapatan kajian tetapi sebab atau alasan atau pandangan yang diberikan oleh mereka bolehlah pelbagai.

8. Dalam kajian yang sebenar, pendapat/alasan/sebab yang diberikan oleh  penulis/pakar/tokoh perlu dibincangkan terlebih dahulu dalam PENGENALAN (bab 1)  sebelum menghuraikan pendapat/alasan/sebab tersebut dalam dapatan kajian.

9. Tiba-tiba sahaja pelajar memasukkan pendapat/alasan/sebab oleh seseorang penulis/pakar/tokoh dalam dapatan kajian, tetapi nama mereka tidak disebut sama sekali dalam bahagian PENGENALAN (bab 1)

Harap dapat membantu

 

Friday, June 18, 2021

RUMUSAN CONTOH PT3

 

Petikan membincangkan keburukan dan kebaikan kemasukan pendatang asing ke negara kita. (idea utama)Salah satu keburukan ialah kerajaan mengalami kesulitan untuk membanteras kemasukan pendatang asing ini. (IS)Selain itu keselamatan sosial kita juga terancam (IS). Selanjutnya, penyakit-penyakit berbahaya juga akan merebak dengan meluas.(IS) Di samping itu, pendatang asing menyebabkan  masalah perumahan(IS). Seterusnya  hak rakyat kita juga sedikit sebanyak terjejas apabila mereka merampas peluang pekerjaan kita(IS). Kebaikannya pula ialah kemasukan pekerja asing diperlukan dalam pembangunan negara(IS). Malah mereka memudahkan pekerjaan kita khususnya suami isteri yang keluar bekerja(IS).Kesimpulannya kerajaan perlu menangani masalah pendatang asing ini dengan serius agar rakyat dapat hidup aman dan sejahtera. 99 patah perkataan

Dalam ayat pertama wajib ada idea utama dan diikuti oleh 6 IS iaitu idea sokongan. Kesimpulan buat sendiri (tidak boleh diambil daripada petikan)

 

Thursday, June 17, 2021

BERSATU DEMI CORONA

Hanya satu kelebihan pandemik ini. Dalam situasi cemas berbahaya, kita semakin insaf akan keperluan saling bekerjasama sesama kita bagi  mencari penyelesaian untuk terus bernyawa. Pengalaman cemas ini membolehkan kita bersatu untuk menangani musuh kita iaitu CORONAVIRUS.Albert Camus pernah mengatakan bahawa manusia dalam keadaan normal, tidak bersatu dan bermuafakat walaupun mereka sedar akan kekurangan masing-masing. Saya kagum dengan kerelevanan pendapatnya dengan situasi mutakhir. Kini pandemik perlu dijadikan inklusif dalam kehidupan kita.

Wednesday, June 16, 2021

INGIN MENJADI GURU BAHASA TAMIL

 Pemilihan kursus BT ada dua cara. Satu ialah di UM dan satu lagi di UPSI. Di UM kamu boleh belajar Pengajian India yang mencakupi bidang linguistik, sastera klasik, sastera moden, sastera bakthi dan sebagainya. Di UPSI kamu boleh belajar BT dan Kesusasteraan Tamil di samping pedagogi. Jika anda mengambil Pengajian India di UM,  susah hendak menjadi guru kerana semua universiti sudah tutup kursus perguruan lepasan ijazah iaitu dipanggil KPLI. Oleh hal yang demikian, untuk menjadi seorang guru BT ada dua cara,  iaitu sama ada anda masuk ke IPG atau ke UPSI. Kalau anda ditawarkan ke IPG peluang untuk menjadi seorang guru amat cerah, selamat dan pasti . Jika ditawarkan ke UPSI pula, anda hendaklah menunggu kekosongan jawatan perguruan di sekolah-sekolah.  Bagaimanapun jika anda benar-benar ingin menjadi guru, anda boleh menunggu selepas memperoleh  ijazah daripada UPSI. Jika ada pengambilan kedua daripada IPG bagi tahun 2021 saya akan memberitahu anda kemudian. Jika anda bertanyakan peluang perguruan ini lebih awal, sekurang-kurang saya dapat menghubungi sahabat-sahabat saya atau bekas students saya yang menjadi pensyarah di IPG.

JAWAPAN SET 1

 

SET 1 ;JAWAPAN 7 JUN

Jawab semua soalan

1        Rukun Negara merupakan salah satu dasar sosial yang dibentuk oleh Majlis Perundingan Negara setelah berlakunya rusuhan kaum pada tahun 1969.   Terangkan  dua kesan pembentukan  Rukun Negara. 4M           

a)       Dapat mewujudkan  dan mengukuhkan perpaduan kaum – DI MALAYSIA SEMUA KAUM  HENDAKLAH HIDUP BERSATU PADU

b)      Dapat memelihara amalan demokrasi – SETIAP RAKYAT BERHAK MENGUNDI ATAU BERHAK BERTANDING DLM P.RAYA

c)       Dapat melahirkan sebuah masyarakat yg adil - SETIAP KAUM DILAYAN SAMA DLM PELBAGAI BIDANG

d)      Dapat menjamin sikap liberal terhadap tradisi kebudayaan yg pelbagai

SETIAP KAUM BEBAS MENGAMALKAN  BUDAYA DAN KEPERCAYAAN MASING-MASING  

e)       Dapat membina masyarakat yg progresif yg akan meggunakan S&T

RAKYAT HENDAKLAH MAJU SEIRING DENGAN KAMAJUAN SAINS DAN TEKNOLOGI

2  Huraikan dua bidang yang diberi tumpuan dalam Program Transformasi Ekonomi         [4]

a.       Bidang minyak ,gas dan tenaga

 IAITU MSIA MEMPUNYAI POTENSI UTK MEMBANGUNKAN SUMBER TENAGA ALTERNATIF SPT NUKLEAR, SOLAR DAN HIDRO BAGI MENGATASI PENYUSUTAN DLM PENGELUARAN GAS ASLI DOMESTIK

b.       Bidang minyak sawit IAITU MSIA PERLU MENINGKATKAN PRODUKTIVITI HULUAN SAMBIL MENGGUNA SEPENUH POTENSI SERTA PELUANG HILIRAN SEDIA ADA BAGI MENGEKALKAN PERTUMBUHAN MAPAN DLM SEKTOR TERSEBUT

c.       Bidang perkhidmatan kewangan IAITU KERAJAAN MENYASAR UTK MENGEMBANGKAN SEKTOR PERKHIDMATAN KEWANGAN MSIA UTK MEMENUHI PERNIAGAAN DAN PENGGUNA DLM EKONOMI BERPENDAPATAN TINGGI

d.       Bidang pelancongan IAITU BAGI MENINGKATKAN SEKTOR TERSEBUT, SEKTOR PELANCONGAN PERLU MEMBANGUN DAN MENAIKKAN PENAWARAN DAN PERKHIDMATAN SERTA MEMPERTINGKAT KESALINGHUBUNGAN KE PASARAN DUNIA

e.       Bidang perkhidmatan perniagaan IAITU MENJELANG TAHUN 2020, KERAJAAN BERHARAP SEKTOR PERKHIDMATAN PERNIAGAAN MENYUMBANG LEBIH KURANG 20% KPD KDNK NEGARA DAN PEKERJAAN SERTA 14% KPD EKSPORT

f.       Bidang elektrik dan elektronik IAITU KERAJAAN MENYASAR UTK MEMPERKUKUH KEUPAYAAN SEKTOR ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK MSIA

g.       Bidang pemborongan dan peruncitan  IAITU SEKTOR TERSEBUT AKAN MENJADI PEMACU UTAMA PENGGUNAAN DOMESTIK YG SETERUSNYA AKAN MENERAJUI PERTUMBUHAN EKONOMI MSIA (KESEMUANYA ADA 12 BIDANG)

3        Berikan tiga objektif utama Dasar Pensyarikatan  Malaysia.

KERAJAAN=NASIHAT/KEPAKARAN   SWASTA=KELUARKAN MODAL  MALAYSIAN INCORPORATED          

a.       Menghapuskan salah faham antara sektor awam dengan sektor swasta

b.       Menggalakkan  perkongsian dan pertukaran maklumat antara sektor awam dengan sektor swasta

c.       Mewujudkan kerjasama yang erat dan berkesan antara sektor awam dengan sektor swasta dalam usaha membangunkan negara untuk faedah bersama

 

4        Terangkan dua dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan untuk memupuk perpaduan dalam kalangan  rakyat Malaysia yang berbilang kaum.  [4]    

a. Melalui Dasar Pendidikan Kebangsaan.

SEMUA SEKOLAH MENGGUNAKAN SISTEM PERSEKOLAHAN YANG SAMA

BAHASA KEBANGSAAN SEBAGAI BAHASA PENGANTAR YANG SAMA,

KURIKULUM YANG SAMA DAN PEPERIKSAAN YANG SERAGAM                                                

b. Melalui Dasar Kebudayaan Kebangsaan.

PANDUAN PEMBENTUKAN DAN PENGEKALAKAN IDENTITI RAKYAT MSIA UNTUK MENGUKUHKAN PERPADUAN KAUM DENGAN MEMELIHARA KEPERIBADIAN BANGSA                                                                                                           

c. Melalui Dasar Sukan Negara.

MEMUPUK DAN MENGERATKAN PERPADUAN KAUM MELALUI AKTIVITI SUKAN.

Soalan 7 :

Membina negara Malaysia yang bersatu padu telah diletakkan sebagai cabaran pertama dalam Wawasan 2020. Bagi mengukuhkan bangsa Malaysia yang bersatu padu, kerajaan telah memperkenalkan ideologi negara dan pelbagai dasar lain. Bincangkan

 Kombinasi  Idea: (1+4)

Pendahuluan:

Bagi mengukuhkan bangsa Malaysia yang bersatu padu, kerajaan telah memperkenalkan ideologi negara dan pelbagai dasar lain.

1.Rukun Negara

-MERUPAKAN IDEOLOGI KEBANGSAAN

-MENJADI PANDUAN DAN PEGANGAN RAKYAT BERBILANG KAUM

BAGI MENCAPAI KEHARMONIAN SERTA PERPADUAN

2. Dasar Pendidikan Kebangsaan      

-BAHASA MELAYU DIJADIKAN BAHASA KEBANGSAAN=

-MENGGUNAKAN KURIKULUM YANG SAMA

3. Dasar Kebudayaan Kebangsaan     

- KEBUDAYAAN MERANGKUMI AGAMA, KEPERCAYAAN, ADAT RESAM, BAHASA, EKONOMI, DAN POLITIK

-KEBUDAYAAN MELAYU DAN KAUM KAUM LAIN DITERIMA SEBAGAI SEBAHAGIAN DARIPADA KEBUDAYAAN KEBANGSAAN=BERTOLAK ANSUR =TOLERANSI=GIVE AND TAKE

4.Dasar Ekonomi Baru  

-BERMATLAMAT UNTUK MEMBASMI KEMUSKINAN TANPA MENGIRA KAUM DAN MENYUSUN SEMULA MASYARAKAT

-PENYERTAAN ORANG MELAYU DALAM BIDANG PERNIAGAAN DAN PERUSAHAAN DIHARAPKAN DAPAT DITINGKATKAN

5.Dasar Integrasi Nasional       

-PENYATUAN MASYARAKAT MERENTASI WILAYAH

-MEWUJUDKAN SEMANGAT PATRIOTISME DAN MENGERATKAN SILATURAHIM MELLUI PEBAGAI PROGRAM

6.Dasar Pembangunan Nasional        

-MENETAPKAN LANGKAH UNTUK MEMBOLEHKAN MALAYSIA MENCAPAI TARAF NEGARA MAJU DARI SEGI KEADILAN SOSIAL, KECEMERLANGAN EKONOMI, KESTABILAN POLITIK, DAN KESEJAHTERAAN HIDUP

7.Dasar Sukan Kebangsaan     

-SUKAN MERENTAS KAUM DAN WILAYAH

--INTERAKSI SOSIAL YANG BERMAKNA

Kesimpulan :

Ideologi negara dan pelbagai dasar lain yang diperkenalkan dapat mengukuhkan negara jika semua pihak bekerjsama dan bersatu padu menjayakannya

ARWAH DATUK

 

Sewaktu saya dalam darjah 4 datuk saya meninggal di Teluk Anson (Teluk Intan) Arwah datuklah memberi didikan yang paling asas kepada saya . Arawah mengajar saya cara-cara memegang kalam (state) dan menggunakan jari untuk menulis huruf-huruf Tamil di atas pasir sehingga hujung jari saya pecah dan kadang kala berdarah. Dari sinilah mulanya pendidikan awal saya. Oleh sebab arwah tidak bersekolah , arwah ingin melihat cucu-cucunya berpelajaran, paling tidak pun pendidikan rendah.

Arwah seorang penyokong kuat Arinyar Anna (C.N. Anndurai) seorang penulis, pemidato dan pemimipin parti DMK di Tamil Nadu. Setiap pagi bangun daripada tidur pada wajah Arinyar Anna, saya tatap. Bagi saya Arinyar Anna adalah “Tuhan” kerana setiap pagi saya diwajibkan menatap wajahnya sebelum ke sekolah ataupun sebelum melakukan apa-apa selepas bangun daripada tidur. Arwah amat menyayangi saya kerana saya bukan sahaja cucu bongsunya malah saya cerdik sewaktu kanak-kanak. Arwah kerap membawa saya ke kedai kopi di estet untuk minum teh. Arwah menghirup teh dari cawannya sementara saya pula menghirup teh dari piring cawan tersebut. Oleh sebab itulah sehingga hari ini saya tidak dapat lupakan teh tarik.

Tatkala saya di darjah empat, arwah kepingin ke Teluk Anson untuk melawat adiknya. Setelah beberapa hari arwah di sana, kami di estet mendapat perkhabaan bahawa arwah telah meninggal dunia di sana di sisi adik dan keluarga adiknya. Sejak pemergiannya berjumpa dengan Illahi, kami dibesarkan oleh ibu dan nenek kami.

Oleh sebab arwah tidak berpendidikan, arwah mengharapkan kami (seramai 3 orang cucu) belajar sepanjang hari dan tidak membuang masa untuk berhibur atau perkara-perkara lain.

Ajaran daripada kitab-kitab lama memainkan peranan penting dalam didikan kami. Sebelum masuk tidur pada waktu malam, saya sentiasa tidur bersamanya kerana arwah menceritakan cerita-cerita fabel yang mendukung pesan moral . Begitu juga , setelah saya berkahwin dan berkeluarga, saya menceritakan kisah-kisah teladan dan pengajaran kepada kesemua tiga orang anak saya. Malah sejak kecil kami diajari untuk menghormati orang tua, belajar dengan tekun, mengambil berat tentang orang lain dan sentiasa merendah diri. Kalau bernakal sama ada sengaja atau tidak, hukumannya pasti berat.

Banyak perkara telah diajari oleh arwah. Antaranya tidak boleh memanggil orang yang lebih tua daripada kita dengan nama peribadi mereka. Mereka boleh dipanggil dengan nama hubungan kekeluargaan ataupun sekadar pakcik dan makcik sahaja. Tindakan yang bermoral ini saya terapkan dalam diri anak-anak saya kemudian hari

 

 

PESARA

 Pesara amat beruntung. Persaraan merupakan satu pemberian (gift) untuk menemukan diri mereka semula (introspection ).Pesara boleh membuat penyelidikan tentang diri mereka untuk mendapatkan pencerahan sejati. Melepaskan diri daripada dunia pekerjaan yang streotaip merupakan sebahagian daripada perjalanan. Tidak pasti sama ada perjalanan hidup masih jauh ataupun singkat. Tetapi pesara mesti ingat bahawa perjalanan hidup ini pasti mencetuskan idea-idea yang bernas agar pesara terus aktif dan menjadi relevan kepada masyarakat sekeliling.

Monday, June 14, 2021

Tun Perak

Nama penuh Tun Perak ialah Bendahara Paduka Raja Tun Perak. Bapanya ialah Sri Wak Raja Tun Perpatih Besar. AdiknyaTun Kudu yang berkahwin dengan Sultan Mansor Syah dan kemudian baginda menceraikannya dan meperkahwinkannya dengan Seri Nara Diraja demi keamanan dan keselamatan Melaka. Jadi Paduka Raja dalam komsas SPM ialah Tun Perak. Pengorbanan baginda Sultan Mansor Syah patut dijadikkan sebagai satu tindakan yang bijaksana

Saturday, June 12, 2021

LISAN SPM BM

 SOALAN LISAN BM SPM

Pada pandangan anda mengapakah masyarakat sekarang suka menempah makanan melalui aplikasi makanan

1.Cara pengendalian  makanan boleh dipercayai. Kebanyakan restoran yang menyediakan makanan melalui tempahan adalah bersih, selamat dan boleh diyakini berbanding makan di kedai makanan yang belum tentu terjamin kebersihannya. Hal ini juga dapat mengelakkan pelajar daripada masalah kesihatan

2. Masyarakat tidak perlu membuang tenaga hendak membeli  barang basah dan kemudian menyediakannya.  Jika masyarakat memasak, mereka terpaksa membeli  bahan mentah.

3. Kos yang ditanggung oleh masyarakat lebih tinggi daripada kos menempah makanan. Lagipun jika terdapat lebihan bahan mentah, pelajar terpaksa membuang kerana tidak boleh disimpan begitu lama

4. Masyarakat dapat memilih makanan kesukaan mereka mengikut menu yang disediakan oleh restoran . Malah terdapat juga rating yang boleh membantu masyarakat membuat pilihan makanan

5. Masyarakat juga akan mendapat diskaun kerana Foodpanda juga memberi diskaun dari semasa ke semasa . Adakalanya masyarakat boleh mendapat 30% potongan harga dengan minimum pembelian RM20 . Dengan yang demikian masyarakat dapat menjimatkan wang

 

 

NAK JADI GURU BT

 

Pemilihan kursus BT ada dua cara. satu ialah di UM satu lagi di UPSI. Di UM kamu boleh study pengajian India yang mencakupi bidang lingiustik, sastera klasik, sastera moden dan sastera bakthi dan sebagainya. Di UPSI kamu boleh belajar BT dan Kesusasteraan Tamil di samping pedagogi. Jika anda mengambil pengajian India di UM,  susah hendak menjadi guru kerana semua universiti sudah tutup kurus perguruan selepas ijazah iaitu dipanggil KPLI. Oleh hal yang demikian, untuk menjadi seorang guru BT ada dua cara,  iaitu sama ada masuk IPG atau UPSI. Kalau dapat IPG posting menjadi guru memang selamat dan pasti . Jika UPSI, kamu kena menunggu kekosongan. Bagaimanapun jika kamu benar-benar ingin menjadi guru , kamu boleh menunggu selepas memperoleh  ijazah daripada UPSI. Jika ada pengambilan kedua daripada IPG bagi tahun 2021 saya akan beritahu kamu. Last closing date was in April 2021. Jika kamu beritahu lebih awal, sekurang-kurang saya dapat bertanya kawan saya atau bekas students saya yang menjadi pensyarah IPG.

RASIONAL KAJIAN KK PA

PENULISAN RASIONAL BAGI KAJIAN. BERIKUT ADALAH CONTOH:

Rasional bermaksud alasan yang munasabah sesuatu tindakan. Jadi pelajar SMK Pasir Gudang 2, PG. Johor memilih Foodpanda sebagai pilihan mereka kerana:

1.Cara pengendalian  makanan boleh dipercayai. Kebanyakan restoran yang menyediakan makanan melalui tempahan adalah bersih, selamat dan boleh diyakini berbanding pelajar  makan di kedai makanan yang belum tentu terjamin kebersihannya. Hal ini juga dapat mengelakkan pelajar daripada masalah kesihatan

2. Pelajar tidak perlu membuang tenaga hendak membeli  barang basah dan kemudian menyediakannya.  Jika pelajar memasak, mereka terpaksa membeli  bahan mentah.

3. Kos yang ditanggung oleh pelajar lebih tinggi daripada kos menempah makanan. Lagipun jika terdapat lebihan bahan mentah, pelajar terpaksa membuang kerana tidak boleh disimpan begitu lama

4. Pelajar dapat memilih makanan kesukaan mereka mengikut menu yang disediakan oleh restoran . Malah terdapat juga rating yang boleh membantu pelajar membuat pilihan makanan

5. Pelajar juga akan mendapat diskaun kerana Foodpanda juga memberi diskaun dari semasa ke semasa . Adakalanya pelajar boleh mendapat 30% potongan harga dengan minimum pembelian RM20 . Dengan yang demikian pelajar dapat menjimatkan wang


Thursday, June 10, 2021

DEFISIT KEMANUSIAAN

 

Salah sebuah tabloid dalam talian melaporkan sebanyak 6 insiden yang menyahat hati telah berlaku  pada hari ini 10 Jun 2021

1.Lelaki ditinggalkan di tepi jalan selepas dipukul di NILAI

2.Lelaki mati tergantung depan Pusat Khidmat Masyarakat di HULU SELANGOR

3.Terkejut jumpa teman lelaki mati tergantung di BEAUFORT

4.Orang awam selamatkan wanita mahu terjun jambatan di GEORGETOWN

5.Lelaki terjun jambatan kerana masalah keluarga di JOHOR BAHRU

6.Lelaki cuba bunuh diri berjaya diselamatkan di Meru Raya di Ipoh.

Kematian dan cuba untuk mati  ini jelas menunjukkan bahawa masyarakat kita semakin defisit kemanusiaan. Kita tidak lagi sanggup membantu golongan yang berada dalam keadaan kemurungan, sakit mental ataupun putus rezeki disebabkan Covid-19 dan sebagainya. Agensi kerajaan yang terbabit, NGO dan wakil-wakil rakyat di kawasan-kawasan berkenaan hendaklah tampil membantu mengatasi masalah ini agar tidak berterusan lagi. Masyarakat yang mendapat gaji ataupun pencen bulanan yang tetap  tidak boleh menganggap masalah-masalah ini bukan masalah mereka maka mereka boleh berdiam diri. Inilah masanya untuk kita sudi menghulurkan bantuan kepada mereka yang perlu.

PUJIAN KEPADA GURU KITA

 OECD dan Unicef pernah melaporkan standard pendidikan tahun 2020 menurun akibat penularan pandemik Covid-19. Malah KPM kita juga pernah mengaku bahawa pelajar yang mengikuti PdPr tidak begitu serius malah capaian Internet di rumah mereka juga kurang menggalakkan. Namun dalam keadaan yang serba kekurangan ini, pelajar kita telah mencapai keputusan yang cemerlang malah jurang pencapaian pelajar bandar dan luar bandar dapat dikurangkan berbanding tahun-tahun sebelumnya.  Hal ini menunjukkan komitmen dan iltizam guru-guru kita yang banyak mengorbankan wang, tenaga dan masa untuk melatih dan membimbing pelajar kita sehingga mereka cemerlang. Walaupun bilangan hari persekolahan amat kurang , tetapi banyak warga guru kita mengadakan kelas bimbingan tambahan selain PdPr . Segala pujian dan junjungan hendaklah menjadi milik guru-guru kita. Saya tidak faham mengapa ada segelintir mempolitikkan isu ini. Jika mereka masih mempolitikkan isu ini,  bermaksud kita memperlekeh usaha dan kesungguhan warga guru kita dan mempersoalkan masa depan pelajar kita yang rajin berusaha sehingga mencapai kecemerlangan dalam SPM mereka. Bagi saya tidak sesiapa pun boleh dipinggirkan daripada arus pendidikan. Sama ada pelajar kita  cemerlang ataupun  tidak, mereka patut mendapat tempat yang sewajarnya  dalam jurusan yang ingin diceburi oleh mereka mengikut kelayakan dan kewibawaan mereka.

 

Wednesday, June 9, 2021

BEZA ANTARA ORG GILA DAN WARAS

 

Perbezaan antara orang gila dan orang waras. Orang waras mempunyai pelbagai jenis kisah dan ada pendengarnya. Walhal orang gila hanya bercakap-cakap secara bersendirian mengenai satu kisah yang sama tanpa pendengarnya. Dialah pencerita dan dialah pendengarnya. Kebanyakan hidup pesara seperti kategori kedua.......

ULASAN CERPEN

 

Saya bukan seorang pembaca cerpen yang tegar ataupun konsisten . Bila-bila ada masa lapang saya membaca cerpen yang tersiar dalam Mingguan Malaysia, Berita Minggu atau Dewan Sastera. Perspektif ini saya tulis berdasarkan beberapa cerpen yang dibaca tetapi tidak dapat dinyatakan secara khusus contoh-contohnyanya keran tidak teringat bila dan di mana membacanya. Tetapi apa sekalipun, hasil daripada pembacaan secara rambang dan umum, saya mendapati banyak penulis tanah air kita berjaya mengupas pelbagai spektrum persoalan hidup masyarakat kini. Pengalaman hidup manusia kontemporari yang khusus dengan motif dan konkrit terserlah dalam karya-karya mereka. Kehidupan dan permasalahan golongan marhaen di negara kita khususnya golongan B40 sering mendapat tempat di hati penulis-penulis kita. Golongan yang daif dan naïf sering dibiarkan oleh masyarakat sekeliling. Pandemik Covid-19 yang menyulitkan golongan yang tidak terdaya digambarkan secara hidup dan real, seolah-olah peristiwa-peristiwa tersebut berlaku di hadapan mata kita. Bagaimanapun penulis kita harus dipuji juga kerana mereka turut menyarankan penyelesaian untuk menangani kemelut yang dialami oleh sosial kini. Ada yang mencadangkan wakil rakyat kawasan atau pihak menteri hendaklah turun ke padang bersama golongan yang menderita ini untuk menghulurkan bantuan mereka. Selain itu, penulis-penulis juga berjaya menghidupan watak yang terlibat dan melalui dialog watak-watak tersebut, falsafah dan pemikiran khusus berjaya disajikan kepada pembaca

Sunday, June 6, 2021

Bacalah.......

KPM telah melanjutkan tempoh PDPr selama 25 hari mulai 13 hb. Jun hingga 16 Julai. Jika ditambah pula dengan cuti pertengahan penggal, pelajar bercuti sehingga 25 Julai. Selain pembelajaran di rumah, para pelajar khususnya siswa prauniversiti mahupun mahasiswa hendaklah memanfaatkan waktu yang terluang untuk banyak membaca. Terdapat banyak rungutan daripada cendekiawan kita bahawa banyak pelajar kita hanya membaca untuk tujuan pembelajaran ataupun untuk lulus dalam peperiksaan. Harus diingatkan kepada mereka bahawa pelajar hendaklah membaca bahan-bahan berilmu pengetahuan yang tidak semestinya daripada bidang yang diceburi mereka. Pembacaan menyebabkan mereka dapat berfikir dengan kritis dan analitik.Ramai antara kita hanya membaca sekadar tajuk sesuatu bahan bacaan. Dengan membaca tajuk, kita tidak boleh merumuskan apa-apa. Tajuk artikel atau bahan bacaan hanyalah sebagai tarikan. Pelajar juga hendaklah membaca sesuatu yang bersumberkan maklumat yang berbeza-beza, jangan membaca bersumberkan satu maklumat. Pelajar biarlah memilih bahan bacaan yang tidak dijenguhkan dengan fakta semata-mata sebaliknya pilihlah bahan yang dijenguhkan dengan pandangan atau spektrum yang benar. Dalam konteks pemilihan bahan tadi, pelajar janganlah bergantung kepada media sosial semata-mata. Pembacaan pada skrin komputer cepat melemaskan, meletihkan dan kurang selesa. Pembacaan dalam alam maya sering dihambat oleh banyak gangguan tumpuan atau distraksi. Pilihlah bahan bacaan bercetak. Pandangan dan fikiran yang disampaikan oleh media cetak tidak akan sama dengan apa yang dihidangkan oleh media sosial. Platform melalui Internet tidak akan dapat memberi impak serupa dengan media cetak. Pelajar harus ingat bahawa bahan bercetak masih relevan kerana mudah untuk kita membuat rujukan, mudah untuk mengingati dan mudah untuk mengulang. Kini banyak syarikat atau orang perseorangan mempromosikan bahan-bahan bacaan bercetak yang mencakupi pelbagai bidang  dalam pelbagai media sosial untuk kita membacanya. Jadi tempoh masa 25 hari ini hendaklah dimanfaatkan sepenuhnya untuk membaca. Selamat Membaca