Jadual menunjukkan jenis-jenis bacaan dan peratusnya. Jenis bacaan yang tertinggi ialah akademik iaitu sebanyak 40%. Golongan yang membaca bacaan akademik ialah pelajar, siswa dan mahasiswa di institusi pengajian tinggi. Angka ini disusuli oleh novel remaja iaitu sebanyak 24%. Remaja membaca novel kerana isi ceritanya bersinonim dengan cara hidup mereka. Jenis bacaan yang ketiga diminati ialah bacaan mengenai isu semasa iaitu sebanyak 13%. Pembaca ingin mengetahui peristiwa-peristiwa yang berlaku di dalam dan di luar negara. Jenis bacaan yang paling kurang diminati ialah novel seram iaitu sebanyak 3%. Hal ini kerana banyak pembaca tidak lagi mempercayai cerita-cerita yang khurafat . Kesimpulannya, selera pembaca berbeza-beza.
No comments:
Post a Comment