Perpaduan kaum merupakan tonggak keharmonian negara.
Oleh itu langkah-langkah untuk mengukuhkan perpaduan dalam kalangan rakyat
Malaysia adalah amat dominan. Bincangkan
Pendahuluan
Perpaduan
dan keharmonian merupakan elemen yang sangat penting dalam mengekalkan
kesejahteraan dalam masyarakat Malaysia yang berbilang kaum ini. Tanpa
perpaduan, nescaya kemerdekaan dan kedaulatan negara yang telah diperoleh sejak
sekian lama akan hilang dalam sekelip mata. Persoalannya, bagaimanakah kita
dapat mengukuhkan perpaduan kaum di negara ini?
Idea |
Huraian |
1.rakyat haruslah bergaul dan memupuk persefahaman
antara kaum. 2. institusi-institusi pendidikan perlu
bertanggungjawab menerapkan semangat bersatu-padu dalam kalangan pelajar
berbilang kaum 3. pelajar-pelajar perlulah belajar dan menghayati
sejarah negara agar dapat memahami erti perpaduan negara 4. rakyat Malaysia hendaklah menghindari sebarang
tindakan yang dapat mencetuskan provokasi kaum 5. menganjurkan pelbagai aktiviti kemasyarakatan |
·
ibu bapa perlulah menerapkan
nilai-nilai perpaduan dalam diri anak-anak sejak kecil lagi. ·
mereka digalakkan berkomunikasi
dengan jiran yang berlainan bangsa dan membawa anak-anak mengunjungi rumah
jiran semasa hari lebaran. ·
ibu bapa dapat menjadi suri
teladan kepada anak-anak dan membolehkan mereka menghayati keistimewaan
masyarakat Malaysia yang mempunyai pelbagai jenis kaum dan etnik. ·
guru-guru hendaklah membahagikan
pelajar secara berkumpulan dalam melaksanakan projek-projek sekolah ·
guru-guru juga haruslah
membahagikan kedudukan pelajar dengan sempurna untuk menggalakkan pelajar
berkomunikasi dengan pelajar-pelajar yang berlainan kaum dan bukannya sesama
kaum sahaja. ·
guru tidak boleh mencetuskan
isu-isu sensitif semasa mangajar, misalnya dengan mengagung-agungkan warisan
budaya sendiri dan mengejek budaya kaum lain. ·
dapat mewujudkan permuafakatan
bangsa. Kementerian Pelajaran Malaysia telah mewajibkan pelajar-pelajar agar
lulus dalam mata pelajaran Sejarah di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia
(SPM). ·
langkah tersebut dapat
menyedarkan anak-anak bangsa tentang kesan akibat kurangnya perpaduan kaum
dalam kalangan masyarakat. ·
pelajar perlu mengenali sejarah
tanah air agar dapat menyemai semangat perpaduan dalam diri individu. ·
membangkitkan isu perkauman dapat
mengakibatkan hasutan dan pertelingkahan kaum ·
pemimpin politik hendaklah
mengelakkan ucapan yang berbaur perkauman kerana parti politik di negara ini berdasarkan
kepentingan kaum sendiri ·
sebarang lagu atau penulisan
dalam media jangan menimbulkan api kemarahan rakyat Malaysia ·
kita janganlah mengambil
kesempatan untuk mencetuskan isu-isu sensitif yang menghancurkan keharmonian
kaum ·
gotong-royong, Program Rukun
Tetangga, dan kempen Bulan Kemerdekaan mengeratkan hubungan antara masyarakat
pelbagai kaum. rakyat juga berpeluang berkomunikasi dan menghulurkan bantuan
kepada jiran tetangga yang berlainan bangsa. ·
ini dapat membuka mata rakyat jelata tentang adat
resam dan budaya kaum lain. ·
masyarakat setempat tidak ketinggalan dalam
melahirkan permuafakatan dalam kalangan masyarakat negara. |
Kesimpulan
Usaha-usaha untuk mengukuhkan perpaduan kaum di
negara ini memerlukan sinergi dan dedikasi yang tidak berbelah bahagi oleh oleh
semua pihak. Kerajaan hendaklah memastikan setiap pihak memainkan nkan peranan
mereka.
PERENGGAN CONTOH
Kerajaan pula harus memainkan tugas penting untuk
menggerakkan rakyat ke arah perpaduan yang jitu. Sebagai jentera pentadbiran
negara, kerajaan perlulah berusaha menerapkan gagasan Satu Malaysia dalam
kalangan rakyat. G1M bertujuan mewujudkan sebuah negara bangsa yang merangkumi
persefahaman dan perpaduan yang utuh dalam kalangan warga Malaysia. Demi
merealisasikan gagasan tersebut, kerajaan haruslah menganjurkan pelbagai kempen
untuk menyemarakkan semangat perpaduan dalam kalangan rakyat. Antaranya ialah
pameran kebudayaan dan warisan masyarakat Malaysia. Langkah ini dapat menyemai
persefahaman dalam kalangan rakyat berbilang kaum kerana mereka dapat mengenali
dan menghayati budaya kaum lain dengan lebih lanjut. Kempen “Cintai Bahasa
Kita” dan Program Integrasi Nasional perlulah digiatkan dengan lebih cergas
lagi untuk memartabatkan bangsa malaysia
(109
perkataan)
No comments:
Post a Comment