Friday, April 9, 2021

MENGEMBANGKAN KARANGAN

 LATIHAN MENGEMBANGKAN PERENGGAN 

Kemasukan warganegara asing ke negara ini secara haram menimbulkan pelbagai kesan kepada rakyat negara ini.

Antara kesannya ialah merampas peluang pekerjaan rakyat tempatan. Hal ini kerana  majikan lebih suka mengupah mereka yang sanggup menerima upah yang rendah. Keadaan ini jelas menunjukkan bahawa majikan suka membelakangkan warga tempatan. Tambahan pula majikan sanggup memberhentikan pekerja tempatan untuk memberikan laluan kepada warga asing. Kebanyakan pekerja asing merupakan pekerja yang rajin dan baik. Mereka berasal dari keluarga yang miskin di negara asal mereka seperti di Indonesia dan di Bangladesh. Mereka juga sanggup melakukan sebarang pekerjaan yang ditawarkan . Mereka tidak memilih atau cerewet tentang upah yang diberikan. Permintaan terhadap pekerja banyak berlaku di sektor perladangan, pembinaan dan perkilangan. Hal ini mengakibatkan kadar penggangguran pekerja tempatan semakin meningkat. Jika masalah ini tidak ditangani maka kadar jenayah di negara kita akan meningkat.

No comments:

Post a Comment