Sunday, April 11, 2021

KARANGAN-PERPADUAN

 

Perpaduan kaum merupakan tonggak keharmonian negara. Oleh itu langkah-langkah untuk mengukuhkan perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia adalah amat dominan. Bincangkan

Pendahuluan

Perpaduan dan keharmonian merupakan elemen yang sangat penting dalam mengekalkan kesejahteraan dalam masyarakat Malaysia yang berbilang kaum ini. Tanpa perpaduan, nescaya kemerdekaan dan kedaulatan negara yang telah diperoleh sejak sekian lama akan hilang dalam sekelip mata. Persoalannya, bagaimanakah kita dapat mengukuhkan perpaduan kaum di negara ini?

 

Idea

Huraian

1.rakyat haruslah bergaul dan memupuk persefahaman antara kaum.

 

 

 

 

 

 

 

2. institusi-institusi pendidikan perlu bertanggungjawab menerapkan semangat bersatu-padu dalam kalangan pelajar berbilang kaum

 

 

 

 

 

 

3. pelajar-pelajar perlulah belajar dan menghayati sejarah negara agar dapat memahami erti perpaduan negara

 

 

 

 

 

 

 

 

4. rakyat Malaysia hendaklah menghindari sebarang tindakan yang dapat mencetuskan provokasi kaum

 

 

 

 

 

 

 

 

5. menganjurkan pelbagai aktiviti kemasyarakatan

·         ibu bapa perlulah menerapkan nilai-nilai perpaduan dalam diri anak-anak sejak kecil lagi.

·         mereka digalakkan berkomunikasi dengan jiran yang berlainan bangsa dan membawa anak-anak mengunjungi rumah jiran semasa hari lebaran.

·         ibu bapa dapat menjadi suri teladan kepada anak-anak dan membolehkan mereka menghayati keistimewaan masyarakat Malaysia yang mempunyai pelbagai jenis kaum dan etnik.

 

·         guru-guru hendaklah membahagikan pelajar secara berkumpulan dalam melaksanakan projek-projek sekolah

·         guru-guru juga haruslah membahagikan kedudukan pelajar dengan sempurna untuk menggalakkan pelajar berkomunikasi dengan pelajar-pelajar yang berlainan kaum dan bukannya sesama kaum sahaja.

·         guru tidak boleh mencetuskan isu-isu sensitif semasa mangajar, misalnya dengan mengagung-agungkan warisan budaya sendiri dan mengejek budaya kaum lain.

 

·         dapat mewujudkan permuafakatan bangsa. Kementerian Pelajaran Malaysia telah mewajibkan pelajar-pelajar agar lulus dalam mata pelajaran Sejarah di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

·         langkah tersebut dapat menyedarkan anak-anak bangsa tentang kesan akibat kurangnya perpaduan kaum dalam kalangan masyarakat.

·         pelajar perlu mengenali sejarah tanah air agar dapat menyemai semangat perpaduan dalam diri individu.

 

·         membangkitkan isu perkauman dapat mengakibatkan hasutan dan pertelingkahan kaum

·         pemimpin politik hendaklah mengelakkan ucapan yang berbaur perkauman kerana parti politik di negara ini berdasarkan kepentingan kaum  sendiri

·         sebarang lagu atau penulisan dalam media jangan menimbulkan api kemarahan rakyat Malaysia

·         kita janganlah mengambil kesempatan untuk mencetuskan isu-isu sensitif yang menghancurkan keharmonian kaum

 

 

·         gotong-royong, Program Rukun Tetangga, dan kempen Bulan Kemerdekaan mengeratkan hubungan antara masyarakat pelbagai kaum. rakyat juga berpeluang berkomunikasi dan menghulurkan bantuan kepada jiran tetangga yang berlainan bangsa.

·         ini dapat membuka mata rakyat jelata tentang adat resam dan budaya kaum lain.

·         masyarakat setempat tidak ketinggalan dalam melahirkan permuafakatan dalam kalangan masyarakat negara.

 

 

Kesimpulan

Usaha-usaha untuk mengukuhkan perpaduan kaum di negara ini memerlukan sinergi dan dedikasi yang tidak berbelah bahagi oleh oleh semua pihak. Kerajaan hendaklah memastikan setiap pihak memainkan nkan peranan mereka.


No comments:

Post a Comment