Mengembangkan karangan
Tidur lewat merupakan amalan yang tidak baik. Huraikan sebab-sebab murid-murid mesti tidur awal.
Tidur merupakan sebahagian daripada rehat. Seseorang murid perlu tidur 8 jam sehari supaya mereka dapat bangun awal. Hal ini kerana mereka mempunyai masa yang cukup untuk bersiap-sedia ke sekolah. Jika mereka tidur lewat, mereka akan mengantuk dalam kelas. Selain itu otak mereka tidak dapat berfikir dengan sempurna. Malah kesihatan mereka juga terganggu. Mereka cepat berasa letih dan tidak dapat menguruskan diri dengan baik. Badan sentiasa segar jika kita tidur lebih awal. Perbuatan ini perlu diamalkan agar kesihatan kita sentiasa terjaga
No comments:
Post a Comment