Friday, April 9, 2021

MENGEMBANGKAN KARANGAN

 Mengembangkan Karangan

1.Huraikan langkah-langkah yang boleh diambil oleh kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai pusat pelancongan bertaraf antarabangsa.

I -Isi / langkah ~ memperkenalkan Malaysia di luar negara.

M - Mengapa/ masalah sebelum ini ~ Malaysia indah tetapi belum dikenali ( iklim, flora-fauna, masyarakat majmuk, pelbagai budaya, syurga makanan dll)

P - Pengembangan / bagaimana melaksanakan ~ Malaysia boleh diperkenalkan melalui media elektronik dan cetak (internet, halaman, risalah, iklan, dokmentari)

A - Alibi (contoh / bukti ) ~ pembikinan Majalah 3 oleh TV3, Warisan Sungai oleh RTM, Rencana dalam Majalah ‘Going Places’ oleh MAS.

K - Kesan ~ kedatangan pelancongan bertambah / pertukaran wang asing meningkat.

2.Kemasukan warganegara asing ke negara ini secara haram menimbulkan pelbagai kesan kepada rakyat negara ini. Huraikan kesan-kesan tersebut.

K -Kesan(isi) ~ merampas peluang pekerjaan rakyat tempatan.

E - Explain / bagaimana ~ majikan lebih suka mengupah mereka

~ suka membelakangkan warga tempatan

~ sanggup berhentikan pekerja tempatan untuk memberikan laluan kepada

warga asing

S - sebab ~ merupakan pekerja yang rajin dan baik

~ berasal dari keluarga yang miskin

~ sanggup melakukan sebarang pekerjaan

~ tidak memilih / cerewet tentang upah

A - Alibi / contoh ~ berlaku di sektor perladangan

~ berlaku di sektor pembinaan, perkilangan

N - Natijah (akibat) ~ kadar penggangguran pekerja tempatan meningkat

~ kadar jenayah meningkat

3.Huraikan punca-punca remaja lari dari rumah.

P - Point (punca) – punca tertarik / terpengaruh oleh dorongan material

U - Ulasan ~ dorongan material tersebut ialah mahu hidup bergaya, kelihatan cantik dan

anggun, merasai nikmat keduniaan

N - Naratif – tergoda oleh cerita rakan – meninggalkan sekolah dan membelakangi ibu bapa – akibat mentah dalam pemikiran / kurang asam garam kehidupan

C - Contoh – kajian oleh pihak polis membuktikan faktor tersebut, hasil temu ramah dengan mangsa /

reaksi mangsa dalam Kisah Benar di TV 3

A - Akibat – Remaja menggilai nilai-nilai kebendaan tetapi malang tidak berbau – remaja terjebak ke

dalam kancah maksiat / lembah kehinaan seperti menagih dadah.

No comments:

Post a Comment