PERENGGAN CONTOH
Kerajaan pula harus memainkan tugas penting untuk
menggerakkan rakyat ke arah perpaduan yang jitu. Sebagai jentera pentadbiran
negara, kerajaan perlulah berusaha menerapkan gagasan Satu Malaysia dalam
kalangan rakyat. G1M bertujuan mewujudkan sebuah negara bangsa yang merangkumi
persefahaman dan perpaduan yang utuh dalam kalangan warga Malaysia. Demi
merealisasikan gagasan tersebut, kerajaan haruslah menganjurkan pelbagai kempen
untuk menyemarakkan semangat perpaduan dalam kalangan rakyat. Antaranya ialah
pameran kebudayaan dan warisan masyarakat Malaysia. Langkah ini dapat menyemai
persefahaman dalam kalangan rakyat berbilang kaum kerana mereka dapat mengenali
dan menghayati budaya kaum lain dengan lebih lanjut. Kempen “Cintai Bahasa
Kita” dan Program Integrasi Nasional perlulah digiatkan dengan lebih cergas
lagi untuk memartabatkan bangsa malaysia
(109
perkataan)
No comments:
Post a Comment