KARANGAN
Kestabilan politik amat penting terhadap sesebuah negara. Huraikan kesan yang dialami jika keadaan politik di sesebuah negara tidak stabil.
Pendahuluan
-media sering menyajikan pelbagai berita mengenai rusuhan, tunjuk perasaan, demonstrasi dan sebagainya.
-ketidakstabilan politik mengundang kesan yang buruk
Isi-Isi
1.kegiatan ekonomi terjejas
-rusuhan yang berlaku melibatkan keganasan dan pertumpahan darah di sesebuah tempat
-kegiatan ekonomi seperti perniagaan dan perusahaan akan tergendala
-kekurangan tenaga kerja kerana faktor keselamatan pengusaha atau peniaga sendiri yang tidak terjamin.
-aktiviti ekonomi terganggu menyebabkan lebihan penawaran produk atau barang serta perkhidmatan dan sekaligus memperlahankan aliran keluar-masuk wang.
2. beban kerajaan akan meningkat
-ketidakstabilan politik mengganggu pertumbuhan ekonomi
-ini mencerminkan imej negara yang tidak selamat dan tidak berpotensi dalam ekonomi
-pelabur asing hilang minat untuk melabur dalam negara
-kerajaan terpaksa menggunakan kos yang besar bagi menanggung perbelanjaan seperti menggunakan peruntukan sektor-sektor lain dalam perbelanjaan pembangunan negara dan perbelanjaan mengurus negara secara berlebihan.
3. Perpaduan rakyat akan terjejas
-permusuhan dan pergaduhan yang besar akan berlaku dan perlu ditanggung oleh rakyat seluruhnya.
-keruntuhan nilai-nilai murni dan sikap prejudis memecahbelahkan perpaduan
- kehilangan nyawa serta risiko berlaku keganasan antara pihak yang berlainan
-pertumpahan darah juga berkemungkinan terjadi
-keadaan negara tidak kondusif dan tidak selamat.
4. Membantutkan pembangunan negara
- kemusnahan harta benda atau material seperti kerosakan jalan, bangunan dan tempat tinggal akan berlaku
- prasarana dan kemudahan-kemudahan tertentu menjadi tidak lancar dan tergendala.
-tanpa kemudahan dan prasarana, kegiatan ekonomi akan menjadi perlahan
-pelabur tidak berminat dengan negara kita
-kerajaan tidak dapat menanggung kos penyediaan kemudahan infrastruktur dan prasarana kepada rakyat
5. peluang pendidikan akan terjejas
-sekolah tidak dapat memainkan peranan melahirkan golongan yang berilmu
-sebuah sukatan pelajaran yang seragam tidak dapat dirangka
-setiap sekolah akan menjalankan sukatan dan rancangan masing-masing yang memihak kepada kaum
-sekolah sebagai tempat menyatupadukan rakyat akan tercabar
-ini boleh mengundang kepada perpecahan kaum, prejudis, iri hati dan sebagainya
Kesimpulan
-akan membuka ruang kepada permusuhan dan pergaduhan-membuka ruang kepada musuh negara atau pihak luar mengambil kesempatan --kerajaan akan kehilangan kepercayaan rakyat
No comments:
Post a Comment