KESEJAHTERAAN MALAYSIA DAPAT DICAPAI MELALUI 8 ELEMEN YANG PENTING. HAYATI, FAHAMI DAN HAFAL KESEMUA ELEMEN INI.
1.AGAMA DAN KEPERCAYAAN
1.Agama merujuk kepercayaan yang dianuti oleh masyarakat Malaysia iaitu kepercayaan kepada Tuhan.
2.Islam sebagai agama rasmi Malaysia merupakan agama akidah mempercayai kewujudan Allah yang mengutamakan aspek akidah, syariah dan akhlak kehidupan.
3.Agama juga berkaitan dengan tatasusila masyarakat iaitu bukan sahaja perhubungan dengan Tuhan tetapi juga membentuk keharmonian sesama manusia dalam hidup bermasyarakat.
4.Agama dan kepercayaan berperanan membina masyarakat harmoni dan bertamadun serta mencapai kesejahteraan.
2.EKONOMI
1.Program Transformasi Ekonomi (ETP) merupakan usaha kerajaan untuk memacu Negara menjadi Negara maju.
2.Pencapaian status Negara maju dilaksanakan tanpa mengabaikan mana-mana kaum mengikut prinsip keadilan dan pengagihan kekayaan secara saksama dan perkongsian.
3. POLITIK
1.Malaysia mengamalkan politik berdasarkan parti.
2.Keterbukaan masyarakat tempatan merupakan penduduk tetap Malaysia sanggup berkongsi kuasa dan kepentingan untuk menikmati kejayaan Negara.
3.Asimilasi dalam kebudayaan dan pendidikan iaitu penenrimaan dan pengabungan budaya unik rakyat Malaysia membentuk keharmonian politik
4.PRASARANA
1.Menggambarkan kemajuan sesebuah Negara
2.Menggalakkan pertumbuhan ekonomi
3.Memberi keselesaan hidup kepada rakyat
4.Menyedia peluang pekerjaan kepada rakyat
5.SOSIAL DAN BUDAYA
1.Kemajuan sempurna diukur dari segi pencapaian fizikal dan nilai moral dan etika yang tinggi.
2. Perbezaan budaya salah satu faktor yang mencabar intergrasi kaum yang mudah mencetuskan prasangka, etnosentrisme yang boleh mengugat integrasi nasional.
3. Sebelum merdeka hak keistimewaan Melayu, agama rasmi, kewarganegaraan sudah diterima oleh semua kaum.
4. Proses pembentukan kebudayaan nasional diharapkan dapat melahirkan masyarakat bersifat keMalaysiaan
5.Asimilasi percantuman dan penyatuan antara etnik membentuk budaya dan identiti yang sama.
6.Akomodasi setiap etnik menyedari perbezaan budaya tetapi menghormati nilai dan norma antara satu sama laim.
7.Akulturasi iaitu proses meminjam budaya etnik lain dan disesuaikan dengan etnik tersebut
6.EKOLOGI
1.Ekologi saling bergantungan dan kepelbagaian biologi
2.Kerosakan harta benda akibat banjir dapat dielakkan
3.Hakisan tanah kerap memberi impak kepada ekonomi negara. Kurang hakisan tanah mampu menjana ekonomi pertanian negara.
4.Malaysia mampu dijadikan tempat riadah dan konsep eko pelancongan.
5.Memelihara habitat flora dan fauna
6.Berusaha menyederhanakan suhu bumi.
7.Mengekalkan sumber makanan kepada manusia
7.SAINS DAN TEKNOLOGI
1.Mengurangkan kebergantungan kepada sumber buruh yang akan mengalami kemerosotan dan bilangan serta kadar upah yang tinggi.
2.Memenuhi tuntutan semasa yang memerlukan kemajuan dan pembangunan dalam pelbagai aspek seperti perindustrian, perubatan, pertanian dll.
3.Penggunaan teknologi hijau dalam pembinaan merupakan kemajuan dalam sector pembinaan.
4.Perubatan Penggunaan sains dan teknologi mampu menghasilkan produk ubatan seperti ubat hipertensi, diabetis selain rawatan kanser.
5.Rakyat semakin mahir menggunakan kemajuan ICT untuk meningkatkan pengetahuan.
8. INTEGRASI DAN PERPADUAN
1. Integrasi adalah satu proses yang menyatupadukan pelbagai kelompok dalam masyarakat melalui satu indentiti bersama.
2.Bagi negara yang berbilang bangsa, proses ini merupakan satu matlamat utama yang diusahakn agar berjaya.
3.Perpaduan pula adalah proses menyatukan pelbagai bangsa dalam sesebuah negara supaya mempunyai hasrat dan cita-cita yang sama tentang negaranya.
4.Perpaduan rakyat Malaysia adalah satu perkara penting yang perlu diberi perhatian dalam proses pembangunan negara.
5.Ekonomi dan politik yang stabil akan memberi sumbangan yang besar dalam proses perpaduan.
6.Pembentukan sosioekonomi yang membolehkan semua kaum dan etnik turut serta dalam proses pembangunan negara.
7.Penyusunan semula masyarakat melalui Dasar Ekonomi Baru iaitu dengan memberi fokus kepada membasmi kemiskinan berasaskan kaum.
8.Penglibatan golongan miskin dalam pelbagai corak pembangunan ekonomi dengan menubuhkan beberapa agensi yang berkaitan seperti MARA, FELDA, UDA dan sebagainya.
9.Sistem pendidikan digunalan sebagai medium utama pembentukan perpaduan dengan menjadikan Bahasa Kebangsaan sebagao bahasa pengantar dalam sistem pendidikan di Malaysia di semua peringkat pengajian dari pendidikan rendah, menengah rendah, menengah atas, dan pengajian tinggi.
No comments:
Post a Comment