(a) Tukarkan ayat aktif di bawah kepada ayat pasif
tanpa mengubah maksud asalnya.
1.
Sekolah Kebangsaan Seri Angsana telah mengutip RM 20 000 melalui program Hari Keusahawanan.
2.
Pasukan Bomba dan Penyelamat telah mengeluarkan semua mangsa yang terperangkap
dalam keretapi itu.
3.
Ibu sudah melipat kain itu petang semalam walaupun keletihan selepas balik dari
Kuala Terengganu.
4.
Kami telah menunaikan permintaan jurulatih untuk menang dalam pertandingan bola
tampar itu.
5.
Tuan Pengetua telah menyampaikan surat kenaikan pangkat kepada beberapa
orang
guru pagi semalam.
(b).
satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan dari segi imbuhan.
(i).
Generasi muda yang mempunyai ide bernas untuk pembangunan negara perlu
membimbing
kerana mereka akan menjadi tonggak kemajuan negara pada masa depan.
(ii).
Syarikat otomotif yang mula beroperasi pada tahun 2012 telah berjaya mencapai
sasar jualan kereta sebanyak 2000 unit pada tahun ini.
(iii).
Individu yang hendak mengambil makanan penambahan berasaskan cendawan perlu merujuk
kepada doktor atau ahli fermasi.
(c).
satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa.
(i).
Kebanyakan filem-filem yang dihasilkan oleh karyawan tempatan di negara ini
selalu mendedahkan tema cinta muda mudi.
(ii).
Pak Samad sedang mentafsir kerugian yang dialaminya setelah tanamannya musnah
di dalam kejadian banjir semalam.
(iii).
Para hakim terpesona mendengar hujah-hujah yang cukup panas dilontarkan oleh pembahas
kedua daripada pasukan Kolej Tunku Abdul Rahman dalam pertandingan Bahas Ala
Parlimen Peringkat Kebangsaan.
(d).
Berikan satu peribahasa lain yang sama maksud atau hampir sama maksud dengan peribahasa
di bawah.
(i).
seperti abu di atas tunggul.
(ii).
bagai cincin dengan permata.
(iii).
di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung.
No comments:
Post a Comment